|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Saturday, November 22, 2003
petang semalam dah mula terasa macam nak demam tekak pun terasa sakit tapi ku fikir nanti elok le tu. bila balik dalam kereta kesejukkan tetiba datang menerpa.. sah le aku ni demam. aircond yg di buka perlahan tu pun terasa amat sejuk sesekali. sesekali terpaksa buka screen kereta kerana tak tahan dengan angin sejuk tu.. nak off kan terus di luar tu penuh dengan asap kenderaan dan habuk..
bila sampai dirumah keadaan makin teruk bila aku basahkan badan dengan air terus badan aku menggigil terketar2 kesejukan , aduss sejuk nya tak tahan rasanya.. selepas berbuka cari dulu ubat demam. alamak dah habis ke.. ade sebiji je.. tak pe lah at least boleh meredakan sementara.. selepas tu aku ke klinik berhampiran. apa lagi Dr jep kat tangan.. nasib baik kat tangan kalau kat punggung.. aduss .
agaknya pukul 10.00 baru terasa perubahan . sejuk semakin hilang.. baru rasa selesa semula. baru boleh call along dah ready ke kami nak datang ambik dia, baru boleh inform kawan yg dah janji nak pi kedai dia malam ni. takut jugak kalau2 jalan jem. tapi ok jugak. kol 11.30 baru sampai ke kawasan jalan TAR utk soping.. mak oooi banyak nya kereta.. dan JEMMMM tak bergerak langsung. kat mana nak parking ni.. cari punya cari tak ada yg berhampiran. tempat yg jauh ada tapi rasa tak secure pulak. so akhirnya decide tak jadi singgah. sebelum tu pun bila call kawan tu dia dah balik dan kedai dia dah tutup.. tak pe lah boleh set esok . esok belum raya lagi . hehe
|
zino at Saturday, November 22, 2003 ::
(0) <-->
Wednesday, November 19, 2003
dua hari ni terperangkap lagi dalam kesesakan.
dua hari lepas. keluar seperti biasa. nak ke opis mem tak le jem ok je. tapi bila sampai kat opis dia , baru teringat slip gaji yang angah minta.. nak tangguh esok dia dah pesan nak hari jugak.. kene lah patah balik ke opis. masa tu hujan dah turun dengan lebat. lepas ambik slip tu i ingta nak shot cut ke konon. masuk elevated highway kluar kat jln tun razak lepas tu nank u turn kat pekeliling flat terus ke jalan tun razak. tapi sebaik saja tiba di siti tengok trafic tak bergerak langsung. so decide nak ikut balik ke jalan mahameru. tapi nampak tak mbergerak jugak.. terperangkap di tengah2 . tapi i terus masuk balik ke kg baru menghala ke opis, masuk jln pahang menuju ke roundabout, jem jugak masuk pulak ke komplek damai kluar balik ke station lrt pekeliling.. masuk ke jalan menghala ke Mall, ikut jln belakang tu kluar ke tugu negara masuk lake garden kluar ke keretapi..
sampai btr dah pukul 7.15 .. orang dah azan lama.. nak berbuka tak ada apa dalam keter.. pegi jugak ke kegai nak beli something utk makan .. ada le belen2 je.. sementara tu dah pesan dengan fizah di rumah suruh dia masak / goreng ayam nugget utk makan. kalau tak nimum air je lah nanti masa berbuka..
semalam hujan lagi. jem lagi sekali lagi terperangkap dalam kesesakan jalan.. aduhai banyak nya dugaan dalam bulan puasa ni. sepanjang ramadhan ni bole di katakan setiap hari hujan.. dan jalan penuh sesak dengan kenderaan.. bersabar je lah...
|
zino at Wednesday, November 19, 2003 ::
(0) <-->
Thursday, November 13, 2003
semalam jem lagi..
biasanya macam tu le bila selangor cuti seluruh kawasan di KL akan jem.. kenape ye? semalam tu aku balik seperti biasa.. mula ke tempat mem ,nak mengelek jem aku ikut Jln Kg Periuk ke Jln TAR.. kemudia buat u turn ke Jln Raja Laut. masih ok lagi.. terus menghala ke Kompleks Damai. lalu di celah2 bangunan tu nak short cut ke Jln Pahang. Nak menghampiri Hospital Kl dah mula jem. Jalan Susur tu sesak sehinggalah berjaya melintas di roundabout.
Dari sana terus ke opis mem. dari situ lah bermila jem yg terpaksa di tempuh. terpaksa masuk balik ke round about nak menuju ke Mahameru.. jem.. tapi terpaksa lalu jugak kalau nak masuk Jln Kucing lagi le jem. terus jugak perlahan last last ikut emergensi lane susur terus ke Taman Tasik. Masuk ke Jln menghala ke Bukit Aman, kemudian Tangling dan keluar balik ke round about berhampiran Masjid Negara.
jalan terus menuju Jln Syed Putra. memang pun jem.. jalan lagi sehingga roundabout keluar ke jalan Loke Yew. jem jugak. tapi kemana lagi nak di lencongkan.. ikut saja jalan Loke Yew menuju ke BTR.. sampai BTR dah pukul 6.30 ptg. ingat nak singgah Veledrom.. tak jadi le.. nasib baik mem ada beli sikit di opis so. berbuka le apa yg ada..
baby demam, sejak semalam lagi. pi ambik baby pun selepas berbuka. aduss kesian tengok letih je.. mula muala ajak makan roti canai, lepas tu nak megi pulak tak jadi jugak nak air pulak.. sebenarnya selera tak ada perut agaknya labar.. tu yg minta macam2. balik terus nak tidur.. tak bermaya nak bermain..
|
zino at Thursday, November 13, 2003 ::
(0) <-->
Friday, November 07, 2003
hari ni dah dua belas hari kita berpuasa.. terasa bagitu pantas ramadhan meninggalkan kita.. agaknya sebahagian kita sudah mula merancang, kemana nak beraya kali ni. aku mudah saja tiap tahun perancangan nya sama. cuma yg berbeza berapa lama balik ke kg.
kali ni kami balik kg pun agak lewat dari kebiasaan ,macam tahun dulu sehari sebelum raya baru balik. kalau nak di ikutkan malam raya je nak balik kg. tapi kesian jugak tengok mem , nanti dia jugak yg bertungkus lumus di dapur. memasak segala bagai masakan utk semua. adik2 beradik dia pasti ramai yg balik dengan keluarga masing2.. kami ni dah kita macam tuan rumah mereka tu tetamu. namun bagitu ada juga yg ringan tulang membantu tapi mem jadi anchor.
setiap tahun sembahyang raya di masjid berhampiran rumah mem, sesekali tu aku pergi juga ke masjid di kg aku sendiri. baru le aku boleh berjumpa dengan rakan rakan sekolah dulu, ada juga yg aku hampir tak mengenali mereka kerana masing masing dah berubah termasuk aku sendiri.. hehe dah semakin tua lah tu. selepas sembahyang raya aku akan membawa semua ahli keluarga ke kg ku berjumpa ayah ibu dan beraya di rumah sanak saudara ku di sana. kebetulan semua adik beradik mak duduk berhampiran manakala adik beradik ayah agak jauh sikit tapi masih boleh dikunjungi juga .. sesi hari pertama biasanya sampai ke malam.. unless baby serender tak larat nak berjalan lagi.
kepada alang fizah dan baby ni lah hari yg paling seronok bagi mereka.. collect ampau hehe.. tak de lah mewah tapi cukup le sebagai token dengan kehadiran kami di rumah mereka. along dan angah dah segan nak menerima ampau hehe konon dah besau..baby pun sama sibuk mengira rm hehe. memang kebiasaan nya anak anak yg lebih meriah di hari raya ni. bagi aku berpeluang berjumpa sanak saudara , beramah mesra dan bermaaf2an adalah agenda utama. kalau bernasib baik berjumpa juga dengan kawan dan rakan semasa di sekolah dulu.. tapi aku jarang dapat berjumpa dengan rakan rakan yg rapat semasa sekolah dulu. mereka juga sibuk dengan keluarga masing masing..
di hari raya kedua kami berhari raya pulak di rumah2 saudara mem di kg. raya kali ni merupakan kali kedua kami akan menziarahi kakak mem yg lumpuh . kalau dulu dia lah yg akan memasak utk kami bila kami datang ke rumah nya . apa kan daya dia hanya terlantar di katil . sebahagian tubuhnya kaku tak berupaya di gerakkan lagi. setiap kali kami datang air mata akan bergenang di kelopak mata.. aku pun kadang kadang tak sanggup melihatnya.. sedih sayu dan sebak .semuga dia tabah menerima ujian dari Allah.. dia lah dulu yg menyara adi adin dia bersekolah apabila ayah mereka meniggal dunia.. walaupun bagitu dia mempunyai dua anak dara yg sungguh mengambil berat tentang keadaan ibu nya . mereka berdua lah yg tak jemu2 setiap hari menjaga ibu yg tidak berupaya.
bersambung..
|
zino at Friday, November 07, 2003 ::
(0) <-->
Thursday, November 06, 2003
satu nostalgia..
semalam aku terima kad raya pertama. bila dapat kad raya waktu waktu bagini teringat kembali satu kisah silam. kali terakhir mungkin lima atau enam tahun dulu aku menerima kad raya dari dia.
dulu dia yg paling awal mengirim kad kepada ku, dan kadang kadang dia lah satu2 nya kawan yg tak pernah lupa mengiring kad raya apabila tiba waktu nya. dia merupakan seorang kawan, sahabat semasa di sekolah sehingga tkt 3, apabila masing berpindah sekolah , persahabatan masih berterusan walaupun tiada berpeluang berjumpa. sehingga lah masing masing belajar di kolej, semakin lama semakin mesra dan baik walaupun berlajar di tempat berlainan. sehinggalah masing masing bekerja.
tapi akhirnya masing masing membawa haluan sendiri, aku yg berumah tangga dulu. aku tau dia datang di hari perkahwinan ku tapi aku tak berkesempatan berjumpa dengan nya atau memang dia tak mau berjumpa waktu itu. selang beberapa tahun kemudian giliran dia pula. memang tak dapat aku lupakan dia meminta aku naik ke atas berjumpa dengan nya di di bilik pengantin bersama sama rakan2 yg lain. masa tu along masih baby lagi aku dukung menemuinya.
sejak hari itu aku hanya menerima kad dari nya saban tahun. segala perkembangan dirinya aku tau dari kad itu saja, dia mempunyai cahaya mata pun aku tahu dari kad itu juga. setelah sepuloh tahun berlalu aku berani kan diri berhari raya ke rumah nya. tanpa memberitaunya terlebih dahulu, aku bersama keluarga mencari rumah nya berpandukan alamat di dalam kad, itu lah pertama kali aku berjumpa dengan asben dia, berbual dan mengimbau zaman persekolahan dulu, dia punya sebuah keluarga bahagia.
selang beberapa tahun kemudian.. aku tak ingat bila kali yg terakhir, aku tidak lagi menerima kad dari dia, tertanya tanya juga kenapa, apabila aku balik berhari raya , ibu ku memberi tau , kawan awak dulu telah meninggal dunia akibat lukemia, Innalilahiwainnalilahirajiun.. terkejut aku mendengar nya.. kebetulakn mak aku berkawan dengan mak dia masa sekolah dulu, kebetulan mak aku berjumpa mak dia semasa menghadiri satu majlis . kenapa dia tak pernah bercerita semua ni sebelum ni.
semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu. bersemadi lah mu dengan aman. Alfatihah.
|
zino at Thursday, November 06, 2003 ::
(0) <-->
Tuesday, November 04, 2003
nak cerita pasal bujang kecik tu. actually baru2 ni kami bejalan ke mana entah lupa tapi dalam perjalanan balik tu singgah di titiwangsa, bawak dia tengok budak2 besar tu main keter kontrol. apa lagi hazwan bukan nya nak tengok org tu main dia sebuk nak main keter tu .. hehe. silap tempat le bawak dia.. becok mulut dia" bia le wan main, biar le wan picit.." sambil menggayakan tangan .last2 i kene janji dengan dia nanti nak belikan keter kontrol utk dia.
so last week masa pi car4 ceras i belikan dia keter kontrol tu, apa lagi bila balik je asyik main keter tu le. bukan nya pandai sangat pun. yg dia tau picit dua punat tu so keter tu pun jalan kedepan dan ke kiri asyik bepusing je lah keter tu. hehe abang dia kunun datang le nak mengajar, sebiji kene alau dengan baby , "ahhh adik funyer " hangin je abang dia .. siang malam pagi petang asal bangun tidu je main keter kontol.. so far ok lagi bateri boleh tahan jugak.. nasib baik beli yg kecik je tahan jugak le bateri tu.
bila dia penat main dia ajak abah dia main.. dia duduk tengok.. kalau keter tu brenti je dia marah. "alan le bah alan le bah". adusss dah jadi satu keje pulak abah dia hehe.. nak tidu pun bawak keter.. penat pujuk ,"keter tu kene rehat jugak penat keter tu, dia pun nak tidu". tapi make sure keter tu tak jauh dari tempat dia tidu..hehe
tapi sekarang ni dah pandai sikit lagi dah pandai buat gear goostan. itu pun pasal keter dia masuk bawah katil. so i ajar macam mana nak bagi keter tu jalan ke belakang. kalau sebelum jangan harap "wan tau wan tau dia pi marah kita."
|
zino at Tuesday, November 04, 2003 ::
(0) <-->
Monday, November 03, 2003
Sabtu memang tak banyak aktiviti, pagi ke pasar tani petang nya ke car4 . petang tu mem buat roti jala. Memang feberet kami anak beranak , sampai tak makan nasi memasing ,baby pun bukan main bersemangat makan .. balik dari tarawih baru le cari nasi. Rupa2nya mem buat nasi ayam tak sape pun meninjau bawah tudung kat atas meja tu hehe..
Malam tu aku dapat berita seorang peniaga rokok di pasar sementara berhampiran meninggal dunia, kenkadang dia jual ikan atau udang yg di pancing nya.. kami pun salah seorang pelangan tetap dia dulu... Esoknya satu lagi berita kematian , kali ni jiran kepada yg meninggal semalam dia berniaga menjual surat kabar di sebelah .. semuga roh2 mereka di cucuri rahmat
ahad mem terpaksa masak awal, sebab petang nya ada date di seremban nak ke kilang perabut geng unser .lebih kurang jam 1.50 baru le kami boleh bertolak ke seremban. Janji jam dua tunggu di tol senawang. Bila kawan tu tanya I kata on the way hehe tapi pesan dengan sorang lagi mungkin akan lewat so tak payah tunggu , biar kami cari sendiri kilang perabut nya tu. Aku tak perlu risau apa apa kalau sesat pun bukan nya tak biasa hehe.
Sampai di seremban lebih kurang jam 2.30 so aku pun mencari sendiri kilang yg di katakan.. pusing kanan kiri dan kiri lagi sesat sekejap pusing balik dan akhirnya aku jumpa kilang tersebut tanpa perlu mengguna talian hayat. Tekejut kawan tu bila I call, “vinna, I’m at your factory gate now.!” , “wow good lah u , u can fine our factory !.. come in we are at the warehouse oposite the factory all our friends are here. “ kat luar tu memang dah ada beberapa UNSER parking so I tau dia orang dah sampai dulu.
Di sana rismil,zainal,zul,zalina( tak kenal lagi) dan keluarga masing masing sedang mundar mandir , melihat menilai memerhati perabut perabut yg ada , kebanyakkan nya dining table and chair pelbagai design utk di buat pilihan. So kami pun joint dia org melihat2 look see look see . akhirnya zalina je yg close deal.. yang lain masih tak pasti termasuk lah kami..
Bila bersurai selepas tu.. aku tengok masih awal lagi, tadi pun dah pesan dengan budak2 tu urus sendiri makan nanti , semua sudah di sediakan . so kami desice balik kg. lantas I call kg beritau ayah kami on the way nak berbuka di kg. tapi Cuma kami dengan baby je.. I terus ke tampin dulu cari “kawanku” kemudian ke pasar raya membeli barang dapur utk keperluan mak di bulan puasa ni. Rupanya adik aku yg bongsu ada di kg bersama keluarga.. so kami pun dapat le berbuka sama dengan ayahbonda . mak tau feberet aku, bila dia tau aku balik mesti dia akan buat kueh tu, apa lagi kelepong le. Kami tak lama di kg selepas magrib dan berehat sebentar ayah dan mak nak terus ke masjid , selepas menghantar mak ke masjid kami kembali ke KL.
|
zino at Monday, November 03, 2003 ::
(0) <-->
|
|