|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Saturday, January 31, 2004
daging dah habisss??!!
pepagi tadi pegi lah pasar tani kenkonon nak beli daging sekilo dua.. dari jauh dah perasan..ramai nya orang kat pasar tani tu.. terutama tempat jual daging tu..nak paking keter pun susah.. biasa lah kat pasar tani tu.. berebut nak kluar berebut nak masuk.. apesal le tak di buka gate bahagian belakang paking tu . kan ke senang. so mem pun bergegas le ke tempat menjual daging .. mamat yg jual tu pun dah kenal .. selalu beli daging kat tempat dia.. i pulak pi paking keter.. sebelum menyusul ke tempat mem.. belum sempat pun i sampai mem dah buat u-turn dengan dukacita memaklumkan daging dah habis kene book.. yg ramai2 tu menunggu bahagian masing2. hai.. baru kol lapan dah habis.. hehe
so apa plan B ? call kakak kat shah alam ingat kot ada solution... hampa.. hehe ooops mem teringat daging yg stanby dalan esbok.. call angah kat rumah mintak keluarkan daging beku tu rendam dalam air..ok lah guna daging tu je lah.. sikit pun sikit lah nak buek cam mano...
lepas tu terus pi tangling minum.. mak oi kat sini pun ramai orang.. i cari tempat mem pi beratur beli 1/2 jam agaknya bau lah dapat makan.. fizah pulak dah dua kali calling minta kami balik cepat nak pi tusyen..tak sesabar betul tusyen dia kol 10.00 kol 9.00 dah sibuk menanya.. tusyen nya di rumah kawan dia agak jauh jugak dari rumah nak suruh jalan kaki memang tak patut le..
sekarang ni mem tengah masak. petang nanti baru nak balik kg. org lain tu tak tau nak balik bila.. isnin akan kembali ke KL .. kepada semua selamat hari raya aidil adha dari kami sekeluarga.
|
zino at Saturday, January 31, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, January 29, 2004
tempat paking khas le pulak..
zino dah lama tak pegi car4 Sri Petaling..sejak ada car4 kat cheras ni selalu je ke sana.. tapi sat tadi zino baru balik dari Sri Petaling... tapi kat sini bukan le nak kempen suruh geng pi car4 ..kisah nya macam ni.. bila zino masuk dia org (guard tu le..) arah zino paking kat tempat yg dah di sediakan.. ada arrow tunjuk tempat paking khas utk UNSER dan HARRIER.. fulamak macam keter VIP le pulak... siap dengan paking khas dengan ada sorang guard tepacak kat situ.. setiap keter UNSER yg masuk dia org catit dalam buku...
Actually kami pun sibuk bincang dalam forum.. dalam pada ramai yg tak minat unser tu pada hakikatnya keter ni menjadi salah satu keter idaman pencuri kereta.. so masing masing dah mula menambah macam2 gejet utk mengelak kereta kesayangan di sambar pihak yg tak bertanggong jawab. sebelum ni ada kawan kata di tempat letak kereta tertentu dia orang sediakan tempat letak khas utk unser ...
Minta2 di jauhi lah benda benda macam ni..
|
zino at Thursday, January 29, 2004 ::
(0) <-->
adussss lapaunya..
pepagi tadi terus mengadap boss , memang dah dua tiga hari ni menunggu nak jumpa dia.. tercanguk le zino kat luar opis dia tu.. tapi tak kesampaian jugak.. dia pun dua tiga hari ni cari zino jugak.. sebabkan dia tu asyik miting miting tak habis2 maka nya tertangguh.. tapi pagi tadi sama sampai..dalam lif lagi dia dah kata jumpa i lepas ni.. memang pun dokumen tu i bawak balik sebab petang semalam patutnya jumpa tapi bos tak kluar2 miting.. so lepas punch kad terus mengadap.. agaknya dia pun tak minum lagi.. hehe
panjang le bercerita dan membentang kan dokumen yg telah i sediakan sejak seminggu yang lalu. di semaknya sebiji sebiji.. bertanya macam2 soklan .. dan akhirnya bersetuju dengan pendapat jawatankuasa yg memberi cadangan cuma i kene buat sedikit pindaan utk menyelaraskan saja... Alhamdullilah.. senang lah keje den lopeh ni.. tak perlu lagi i bentang kan ke jawatankuasa sekali lagi utk endosment
tapi sekarang ni lapau le pulak.. ingat nak pi minum le dulu sebelum buat ubahsuai yg berkaitan.. hehe
|
zino at Thursday, January 29, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, January 27, 2004
lepas ni jangan le rosak lagi..
balik tadi zino tengok ada satu surat dari bank. dia kata surat ini adalah bagi mengesahkan penggunaan kad buat kali pertama. terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.. lebih kurang macam tu le.. hehe gelak sorang bila baca.
Actually bukan pertama kali dah empat kali zino terpaksa tukar kad ATM tu.. yg first tu boleh guna tiga kali kot.. lepas tu mesej kat mesin tu kata .. tak boleh proses sila hubungi bank terdekat.. alahai.. masa kita nak RM dia buat rosak .. ok lah pi komplain dia kata kat tu rosak.. ganti lah yg baru... tak sampai sebulan rosak lagi.. apa punya suyee ni kene pun tengok dok sengkek sangat nak guna RM.. tukar lagi.. lepas tu rosak lagi..sampai empat kali baru tukar isnin lepas..
mula tu dia kata pasal i tak update buku bank.. ok lah pi update.. bila kene sekali lagi dia org kata pulak guna bookless account pulak.. ok lah guna bookless account.. bila jadi lagi dia kata i tak update buku...mula lah hangin...buku pun tak ada nak update apekebenda nya.. hehe.. bila dah 4 kali jadi i sendiri pun tertanya2 jugak why me why me??
bank officer tu pun fenin dia kata ada dua sebab je kad ni tak boleh guna.. akaun ada masaalah atau kad ada masaalah.. dia kata akaun i ok tak de masaalah. so kad yg ada masaalah.. tapi kenapa kad org lain tak ada masaalah.. so dengan matematik mudah i lah punca masaalah.. hehehe.. yg ni tak cakap dengan bank officer tu.. so belek le i punya beg duit tu.. lalu terfikir benda ni ke jadi masaalah? .. zip kat beg duit tu.. betul2 kene kad cip kat ATM tu.. yg menyebabkan kad tu rosak.. agaknya lah.. lepas dapat kad baru terus pi beli beg baru.. hehe..
hopefully lepas ni jangan le rosak lagi.. jadi forbia i di buat nya.. nak kluar RM kalau mesin tu senyap sekejap mula lah suspen.. rosak lagi ke?? hehe.. selalu mem jadi penyelamat..hehe ....tu lah kisah nya..
|
zino at Tuesday, January 27, 2004 ::
(0) <-->
boleh ke menjadi ni
semalam zino dapat satu minit.. di minta untuk menyenaraikan projek yg nak di buat dengan pegawai yg terlibat serta kemahiran yg di perlukan untuk melaksanakan projek ini dengan jaya nya. dengan kata lain membuat satu lawatan sambil belajar ke mana saja dalam atau luar negara berkaitan projek yg nak di implimenkan.. benda ni last year lagi dah di bangkitkan. tapi macam tak bergerak kemana.. masih di takuk lama.. tetiba muncul kembali. biasa nya hal hal lawatan ni.. hanya bos bos je yg merasa.. tu yg agaknya memasing malas nak menggerakkannya.
so i pun dah buat investigation awal dengan pegawai lain yg boleh membantu utk mendapat gambaran jelas kenapa benda ni tak bergerak dulu dan sekarang timbul balik.. lepas tu i pun panggil semua officer utk bincang sama utk mendapat satu collective conclusion.. so panjang lebar le memasing mengeluarkan pendapat dan idea.. ada juga yg mengeluarkan keluh kesah dan sebagainya.. hehe maklum lah banyak politiking di pejabat ni. akhirnya satu keputusan di buat. atau boleh di buat.. dan lepas ni memasing perlu pulak membantu mendapat maklumat tambahan utk di bincangkan petang esok.
bila habis bincang terasa lapau nya rasa.. baru perasan tadi pagi tadi tak sarapan lagi. mulanya nak sarapan ditempat mem bila hantar dia pagi tadi tapi entah kenapa jem pulak nak kesana.. setengah jam masih dijalan. bila tengok jam dah lewat dan i dah target nak cuba selesaikan masaalah yg ni so tertangguh le minumnya.. lepas ni kene lah pegi makan secukup rasa nak cover balik..
|
zino at Tuesday, January 27, 2004 ::
(0) <-->
Monday, January 26, 2004
Report dah siap..
satu minggu i bertungkus lumus menyiapkan report tu baru hari ni siap dan dah pun di hantar utk di selaraskan. ptg ni kalau sempat nak mengadap bos pasal deraf report tu sebelum final touch up.. at least tugas i dah hampir selesai unless ada perkembangan terbaru selepas bos baca report tersebut. nak jumpa dia sikit punya susah.. sepatutnya petang ni i ada miting dengan dia pasal projek lain tapi terpaksa di tangguhkan sebabnya dia tak free.. dia ada miting lagi urgent.. so kene cari tarikh lain le pulak.. entah bila lah tu.. dah le miting tu i set kan tiga minggu yg lampau hehe..
menggodek weblog
PC kat rumah tu dah ok.. berapa kali nak cakap hehe.. tu le pasal bila dah ada tenet kat rumah mula lah tangan tu gatal nak duduk depan tu je bila ada kelapangan.. alah bukan lapang sangat pun sekejep2 je.. apa lagi menggodek weblog ni lah.. nak buat bagi puas hati.. tapi pasal tak terror setakat ni kene lah puas hati dulu... bila ada masa godek lagi.. jangan sampai tumbang dah le.. kalau tumbang kene cari cikgu le jawabnya tulun repair balik.. hehe.. tapi cuba tetap akan di cuba..
|
zino at Monday, January 26, 2004 ::
(0) <-->
selamat kembali bertugas
pasti nya masing banyak cerita semasa cuti panjang... i pun ada satu cerita sebenarnya.. kisah nya masa pi berkunjumg ke rumah saudara di shah alam.. rumah baru dia lah ni baru je siap renovate.. berkemas pun belum habis lagi. sebuah rumah banglow tersergam indah di atas bukit. memang cantik.. masuk rumah rasa macam masuk hotel lima bintang. apa lagi kalau masuk bilik air.. puhhh hebat nya. i punya mimpi pun tak sampai nak berangan rumah macam ni..
yg kelakar tu masa minum.. kakak tu hidang le teh o.. i ni pun tanpa toleh kiri kanan teru minum.. oops pahitnya.. lupa taruk gula ke.. bisik dengan mem.. mem senyum je.. tu gula dalam bekas tu susu pun ada tu. hehe malunya den nasib baik tak cakap kuat kalau tak lagi le malu.. hehe lupa lak.. teringat cerita kisah pi rumah org kaya tu.. hehe sebelum tu ada le lawatan dari bilik ke bilik.. penat menjelalah.. maklum lah rumah besar.. mak mertua pun di tunjuk mana bilik dia dan bilik maid yg akan jaga dia..kursus cara nak guna bilik air hehe.. berungut org tua tu.... tak goti den ... hehe..
tu le kisah nya..
|
zino at Monday, January 26, 2004 ::
(0) <-->
Friday, January 23, 2004
Selamat cuti panjang
Selalu nya bila cuti tahun baru cina kami akan meninggalkan KL biasanya balik kg. le . tapi sejak kebelakangan ni tak lagi . dulu tu balik bukan saja pasal cuti tapi nak mengelak bunyi bising sepanjang malam.. bunyi apa lagi kalau tak bunyi mercun.. macam perang bunyi nya berdentun di mana saja.. sepanjang malam seolah2 saling balas membalas "tembakan" . tapi sejak pengharaman mercun di buat bunyi mercun masih lagi kedengaran tapi tak le sehebat sebelum ni. hanya sesekali kedengaran..
tapi yg pelik nya kalau perayaan tahun baru cina jarang pulak dengar budak2 putus jari kerana mercun, tapi bila time raya banyak sangat kes melibatkan kepakaran bahan letupan tak bertauliah ni.. cuti kali ni tak kemana pun relax kat rumah je lah jawab nya.. ok lah lain kali sambung lagi..
|
zino at Friday, January 23, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, January 22, 2004
Pc kat rumah dah ok..
akhirnya pc kat rumah dah ok.. nasib baik ada student komputer balik cuti raya.. tah apa yg di usik tadi .. sekarang pc dah ok.. boleh le guna .. dah sebulan lebih tak boleh guna..
|
zino at Thursday, January 22, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, January 21, 2004
..ngantuk nya mata...syukorlah baby ok..
Malam tadi balik dari menjemput along dan angah lebih kurang jam 11.30 mlm.. masa tu baby dah tidur.. tapi i perasan nafas dia agak laju.. dan asyik terbatuk batuk je.. memang dah dua hari dia kene selsema dan batuk tapi tak le seteruk yg i nampak kali ni.. so i pun angkat dia naik ke atas tidur.. dan peratikan dia tidur.. tapi i rasa tak sedap hati dan kesian melihat keadaan nya . kene asma ke hazwan..? lalu i dukung dia turun ke bawah dan ajak mem pi klinik. kami decide nak ke HUKM je.. dekat..
sampai di klinik pemeriksaan awal di jalankan.. kata dresar tu dia tak ada asma.. tapi nafas dia agak laju dan nampak tidak selesa. kemudian baby di bawak masuk ke dalam utk pemeriksaan lanjut. sorang je yg boleh ikut.. i lah tu. di dalam Dr pulak cek. pun di sahkan bukan asma. namun Dr kene buat pemeriksaan darah.. apa lagi meraung le baby bila tangan dia di cucuk jarum .. mem kat luar pun terkejut mendengar.. puas i pujuk.. bila menangis mula lah batuk dan muntah berlambak keluar.. tisu tak ade pulak.. tadah je dengan tangan.. habis katil kene muntah hazwan.. lama jugak baby meraung.. hehe
tak ada apa yg bolehh i buat selepas tu kecuali menunggu .. menunggu keputusan blood test..sementara tu baby di beri ubat demam bila temp dia agak tinggi.. so i terpaksa lah melayan segala kehendak dia.. kejap2 nak tidur.. tepuk la, urut kat belakang le dan macam2 lagi. jam 2.00 pagi baru dapat keputusan.. baby pun masa tu dah ok. rancak berbual, bertanya bermacm soalan yg kene i jawab atau reka jawapan yg munasabah hehe. alhamdullilah.. tak ada apa yg merunsingkan. baby boleh balik.. nak tau apa baby kata... baby tak nak balik, nak tidur sini.. buat kan semua yg mendengar tersenyum.. bila dah ok bukan main lagi dia bercakap.. agaknya jam3.00 pagi baru terlena.
|
zino at Wednesday, January 21, 2004 ::
(0) <-->
Yang biasa kita dengar
Abang bagi abah sambal belacan...
tiong tiong tiong........ main game lah tu..
Adik bagi abah sambal belacan..
piong piong piong..... sorang lagi main game.. hehe
sayang nak sambal belacan..
kring kring kring.. bunyi sebenar imagine sendiri lah ye..
sekejap ye sayang...
iklan...
bla bla bla..
hai nak sambal belacan pun susah..
abis tu cam no.... ambik sendiri je lah... hehe
|
zino at Wednesday, January 21, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, January 20, 2004
Nak dengar satu citer..
Baca lah kalau rasa nak baca .. hehe.. bukan nya apa geram jugak di buat nya.. pagi sabtu tu i anta komputer tu pi repair.. bukan rosak apa .. cuma bila angah pi godek2 reformat grafik dia ilang, kalor pun ilang.. dah le jadi komputer macam zaman jepun dulu.. black & white. (zaman jepun dah ada komputer ke ?) hehe.. so akhirnya give-up tak tau kat mana salah.. kawan kata driver dia tak de.. mano pulak mengayap e driver tu...so akhirnya bawak le ke IMBI situ kat ke famous dengan kedai komputer ni..
so minta le dia org godek2 pulak.. dari pagi sampai ke t.hari tak dapat jugak.. akhirnya i kata nak balik dulu le nanti petang datang balik.. bila i datang dia kata dah ok dapat driver dari tenet.. hehe so ok lah gumbira lah hati.. minta dia masukkan tenet semula.. pasang modem baru.. yg lama tu pun dah kene petir.. buat kali ke tiga agaknya.. so bila dah siap bawak le balik.. sampai rumah pasang le.. senyum lebar je.. tup tup.. hang pulak.. dia tak jumpa mouse.. try dua tiga kali tak mu jugak.. alahai.. kompunan betol.. call kedai tak berjawab.. ehh tak boleh jadi ni.. angkat balik CPU tu bawak pi Sg Wang balik.. mmm tinggal harapan je lah dia org dah tutup kedai.. seminggu lah kene tunggu jawabnya...
abih tu nak buek cam mano.. tunggu je lah.. hehe..
tu lah cerito e.. boring kan... abih tu sape suruh baco.. hehe..
|
zino at Tuesday, January 20, 2004 ::
(0) <-->
semuga selamat diperantauan...
Semalam i cuti.. bukan kerana nak berehat di rumah atau ada aktiviti luar.. tapi kami ke KLIA menghantar adik yg berpindah ke sabah.. aku sampai jam10.00 dan aku agak pun adik akan sampai dari kg jam yg sama.. memang tepat pun.. bila aku sampai adik aku baru je sampai bersama keluarga dan sanak saudara yg mengiringi dari kg. kemudian kami tolong mengurus check in di kaunter.. mak oii banyak nya barang yg nak di bawa.. boleh ke nanti adik mengurus semua nya..anak anak nya halus halus je walaupun memang dah boleh di harap..
tapi memang tak boleh di elak.. segala keperluan perlu di bawa bersama.. sebahagian barang nya telahpun di hantar ke kg sebelum ni.. jam 11.30 pengumuaman di buat utk mereka masuk ke dalam.. suasana riang, ceria masa berbual tadi tiba2 menjadi hening, suram sedih dan sebagainya..maklum lah 5 tahun di perantauan.. jauh dari tempat sendiri dengan persekitaran yg asing. semuga dia berjaya menghadapinya.. anak anak tetap ceria, riang, ketawa seolah olah tiada apa yg perlu di risaukan.. apa lagi sekejap lagi nak naik kapal terbang.
semuga mereka berjaya menghadapi segala cabaran di perantauan.. dan semuga satu hari nanti aku dapat ke sana ke tempat dia.. inshaAllah..
|
zino at Tuesday, January 20, 2004 ::
(0) <-->
Friday, January 16, 2004
hari ni masuk lambat.. hehe
nak tau kenapa.. pepagi tadi datang opis punch card je..shhhhhhhh jangan bagi tau bos zino tau hehe..lepas tu u turn balik ke taman shamelin nak servis kereta. biasa nya i ambik cuti kalau nak hantar keter servis ni tapi hari ni tak boleh petang nanti ada miting lagi sambung yg semalam tu. nanti tangguh servis pun tak boleh pasal nya nak dapat time servis tu pun kene book dua minggu. bagus tak alasan ni...
sampai shamelin keter zino no yg ke dua puloh baru kol 8.15.. agaknya kol berapa org lain tu datang ye.. selepas pemeriksaan awal dan serahkan kunci dengan mamat tu.. zino pun beredar le.. nak tunggu .. ehh tak payah le dia org kata kol 3.00 ptg nanti baru siap.. itu pun kalau siap.. lambat kan.. abih tu nak buek cam mano..hehe.. sarapan dulu kat gerai depan woksop tu baru balik ke opis.. 10.30 sampai opis.. ok lagi kan..
lepas ni nak merangka report yg nak di present petang ni.. sat lagi nak balik pulak semayang jumaat..
|
zino at Friday, January 16, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, January 15, 2004
Selesai sesi kedua..
jom relak kan mata tengok pantai yg indah berseri ni....
|
zino at Thursday, January 15, 2004 ::
(0) <-->
penat nya mata.......
baru selesai sesi kedua menganalisa dokumen yang berlambak tu.. dah hampir seminggu di kerja kan sorang tapi semalam start buat dengan satu jawatankuasa.. masih banyak lagi yg belum di belek.. naik berjegait biji mata di buat nya.. ada 41 set dokumen yg perlu di teliti satu persatu.. petang ni sambung lagi..
i dah set tiga hari untuk menyelesaikan nya sehari lebih kurang 15 set dokumen yg perlu di buka di teliti di catit dan sebagainya.. sebelum satu summary boleh di buat. petang ni sambung lagi....... adusss.. ponek den..
|
zino at Thursday, January 15, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, January 14, 2004
Cherating oo Cherating
tak dapat le nak joint nampak nya.. kawan kawan sedang mengumpul nama sesiapa yg nak joint konvoi ke cherating.. setakat ni dah ada 16 keluarga bersetuju nak kesana cuti sekolah bulan Jun ni. hajat di hati memang nak ikut sama tapi terpaksa di pendamkan dulu sebab alang dan fizah ada peperiksaan besar hendak di tempuh.. biar le mereka meneruskan perjuangan tanpa selingan sedemikian.. maybe bila ada trip ke tempat lain di lain masa boleh le ikut sama.. tak lari cherating di kejar.. hehe..
|
zino at Wednesday, January 14, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, January 13, 2004
cabaran teh tarik....
minggu lepas merupakan cabaran teh tarik yg ketiga.. sesi teh tarik ni bermula bila seorang kawan siber datang ke KL dari p. pinang bersama keluarganya.. beberapa bulan lalu..so i pun set kan sesi teh tarik bersama kawan lain yg berkesempatan.. masa tu shukur dan keluarga datang ke KL bercuti.. so i, farris, vinna beserta keluarga masing2 berjumpa di gazebo s.jaya beramah mesra dengan mereka.
sesi teh tarik kedua juga berlangsung di sana.. entah kenapa gazebo jugak jadi pilihan i pun kurang pasti tapi kali ini peserta yang datang makin ramai.. kalau tak salah i yg datang malam tu farris, zainal,rismil,haslinda, kzaman, dan ada lagi rasa nya tapi i tak ingat sape .maaf ye kawan.. memang rancak dia org berbual malam tu bermacam kisah dan ragam dapat di perhatikan.. anak2 pun seronok dapat kawan baru.. mem pun suka kerana dapat berkenalan dengan isteri2 kawan2 siber yg datang.
minggu lepas berlangsung lagi sesi teh tarik. kali ni kami set di sekyen 20 . mula nya memang i ni gelap sikit bila dia org sebut sekyen 20.. mana lah i tau.. nasib baik le zainal memberi sedikit panduan.. macam biasa le i memang datang lambat .. macam banyak nau urusan.. hehe malam tu rismil, zainal, zul, azhar, nor rosidin, kak sabariah, kenneth, leongk, suffian(husband haslinda), norlida datang dengan keluarga kecuali azhar datang solo manakala rosidin dan sufian datang dengan junior je.... masing masing seronok bercerita dan gelak ketawa.. lebih lebih lagi bila rismil ada.. hehe tak kering gusi dengan joke spontan dia..
lebih kurang jam 11.00 agaknya baru le kami bersurai itu pun masih sempat bersembang di bawah .. rismil menunjukkan apa yg keter dia boleh buat hehe... sesi teh tarik yg akan datang dia org dah cadang kan kat ceras.. i le yg kene cari pot utk dia org.. mmmm kat mana nak pegi tu.... ?? any idea.. hehe
|
zino at Tuesday, January 13, 2004 ::
(0) <-->
Satu hari di ATM mesin...
Dua hari lepas i pegi ke car4 nak cari barang sikit.. sebelum tu singgah di satu ATM mesin kat car4 tu.. i tengok ada sorang mamat bangla dekat situ.. tak kisah le so i pun buat le urusan apa yg patut.. i perasan mamat tu makin dekat dengan i.. heran dan seram jugak .. apahal mamat ni macam nak ngintip apa yg i buat.. meninjau2 dari belakang..so i pun merapatkan diri kat mesin tu biar dia tak nampak.. bila i hampir selesai berurusan dia datang lagi rapat .. datang kat sebelah i..
" bang, boleh tolong ka? saya mau angkat wang tak tau picit." sambil menunjukkan kad ATM dia.. la.. nak minta tolong rupanya , ingat kan nak merampok tadi.. hehe so i pun ajar kan le.. yang dia tau picit no pin je yg lain tu sumer kene ajar.. tapi yg i pi tanya dia nak berurusan dalam bahasa inggeris ke melayu.. hehe mamat tu dua2 pun tak tau hehe.. bila di kenang2 balik senyum sorang di buat nya..
sekian terima kasih..
|
zino at Tuesday, January 13, 2004 ::
(0) <-->
Monday, January 12, 2004
A FRIEND…….
A ccepts you as you are
B elieves in “you”
C alls you just to say “HI”
D oesn’t give up on you
E nvisions the whole of you (even the un finished parts.)
F orgive your mistakes
G ives unconditionally
H elps you
I nvite you over
J ust “be” with you
K eeps you close at heart
L oves you for who you are
M akes a diference in your life
N ever judges
O ffers support
P icks you up
Q uiets your fears
R aise your spirits
S ays nice things about you
T ells you the truth when you need to hear it
U nderstands you
V alue you
W alks beside you
X –plains thing you don’t understand
Y ells when you don’t listen and
Z aps you back to reality.
|
zino at Monday, January 12, 2004 ::
(0) <-->
ADUSS FENAT NYA BADAN.....
apa tak nya i baru je balik opis ni.. sejak pagi tadi tak masuk opis lagi.. jam 9.00 pagi tadi kami pergi lawatan ke Nilai S'ban melawat kilang HDPE.. actually kilang buat tangki dan lain lain product dari polymer HDPE.. in-layman term tangki plastik le....biasanya kalau kat rumah rumah kita biasa nampak tangki air warna hitam tu.. lebih kurang macam tu le.. tapi kilang yg kami lawat tu buat tangki utk di guna di flat2 tu.. so saiznya jauh lebih besar.. selain tu ada le product lai yg dia org buat..
sampai kilang jam 10.00 so ada le taklimat sikit lepas tu lawatan sekitar kilang.. tengok le macam mana proses nak buat tangki yg godang godang tu.. sampai le kol satu.. sebelum acara kemuncak hehe pi makan kat restoren di nilai.. yg kelakar tu sebelum meninggalkan kilang dia bagi le sorang satu cenderamata.. nak tau apa dia tong platik hitam tu hehe.. nasib baik le kawan sorang tu bawak storm dia .. boleh le kita org sumbat 6 tong dalam kereta dia.. kalau tak sure i kata tunggu i balik kg nanti datang ambik.. hehe..
lebih kurang jam 2.30 bertolak balik ke KL.. tong tu pun dah sumbat dalam keter... boleh le ganti tong sampah kat luar tu..dah lama pun patut di ganti hehe..
|
zino at Monday, January 12, 2004 ::
(0) <-->
Saturday, January 10, 2004
betul ke ni.. hehe
I recently paid a visit to a millionaire's house, and ended up not
having anything to drink despite the offer. Below is how the offer was
made to me:
Question: "What would you like to have..... Fruit juice, Soda, Tea,
Chocolate, Milo, or Coffee?"
Answer: "Tea please"
Question: "Ceylontea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, Ice tea or
green tea?"
Answer: "Ceylontea"
Question: "How would you like it? Black or white?"
Answer: "White"
Question: "Milk, Whitener, or Condensed milk?"
Answer: "With milk."
Question: "Goat milk, Camel milk or cow milk"
Answer: "With cow milk please."
Question: "Milk from Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: "Uhmm? I will take it black."
Question: "Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question:" Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar"
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Wow! Forget about tea just give me a glass of water instead."
Question: "Mineral water or still water?"
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored?"
Answer: "Gee! I give up.... just forget about everything."
|
zino at Saturday, January 10, 2004 ::
(0) <-->
BEBERAPA MUTIARA KATA UTK RENUNGAN.....
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintailah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.
|
zino at Saturday, January 10, 2004 ::
(0) <-->
Friday, January 09, 2004
bayak pulak keje..
Dua tiga hari ni sibuk sikit.. bukan nya apa satu projek tu yg dah di tawar semula tu ..ada 41 penender yg masuk mengemukakan tawaran. dah naik penuh bilik ni.. setiap dokumen tu pulak tebal2.. fenat nak angkat.. so tugas pertama menyusun harga tawaran yg di kemukakan mengikut ranking no 1 sampai 41 dan mengikut kedudukan berbanding harga anggaran kami serta tempuh siap.
lepas tu kene tengok pulak harga yg di tawarkan bagi setiap komponen utama , buat lagi satu listing.. listing ni belum siap lagi.. dah dua hari membelek..satu2 dokumen.. lepas ni ada lagi !! kene pulak semak balik satu2 dokumen tu senarai kan pulak pengalamana kerja masing masing.. kerja kerja yg pernah mereka buat sebelum ni atau ada ke kerja kerja yg serupa dengan kerja yg kami nak buat ni..
lepas tu nanti kene pulak semak kedudukan kewangan mereka.. ada ke duit dia org tu nak buat keje.. dan macam macam lagi le.. bila semua ni siapa baru i boleh bentangkan dalam mesyuarat , utk semakan dan di bincangkan dalam jawatankuasa.. yg paling rumit nanti kaedah yg nak diguna pakai utk eliminate dan fokus kepada petender2 yg berpotensi utk di syorkan kepada satu lagi jawatankuasa utk di pilih.
harap2 esok semakan peringkat kedua ni siap.. at least i dah ada gambaran awal tentang kedudukan masing masing tawaran..
|
zino at Friday, January 09, 2004 ::
(0) <-->
menarik cerita ni.. kelakar le pulak..
pasal first time masuk sekolah.. tima kasih kepada pengirim yg sudi cerita ni dikongsi kat sini..
arwah bapak andak ckp, andakler anak yg paling senang nak g sekolah... hehehhe.. tp bila pakngah sebut pasal along time tadika, teringat lak anak sedara andak yg sulung yg kami panggil along juga. namanya nurul izzatie skang dah tahun 2. masa dia tadika dulu semer org x sangka sbb dia nangis mcm nak mati. anak sedara andak ni nampak mcm bijak sbb dia petah betul berckp tapi nak g sekolah.. masyaalllah.. nasib baik kakak andak tu housewife so boleh la temakan dia. kakak andak pon segan jugak jd dia tunggu kat luar jer... si along ni kejap2 tgk luar nak passtikan mak dia ada.. kot xder mula la dia nangis..
pas tu kakak andak pon nak train dia suruh naik kereta sewa sama dgn budak2 lain. punyala dia ni liat nak bangun.. tiap pagi menangis... sedih pon ada.. boleh dia peluk2 adik dia sambil nangis2 ckp `along sayang adik, along x nak pegi sekolah, along nak temankan adik' mengharukan betul... rasa nak sekeh pon ada.. hehehe.. lama jugakla dia buat perangai tu... tapi skrg dah x dah... eksen bukan main.. adik dia tu masuk tadika.
|
zino at Friday, January 09, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, January 08, 2004
Black Dog Bones
Hati Ku Luka Lagi
( dialog )
( ...Inilah hari yang paling sedih dalam hidupku
Demi pertemuan kita ini adalah yang terakhir
Aku tak sanggup melihatkan kau pergi
Meniggalkan aku menahan kepedihan
Selama ini kita terlalu mesra
Tapi kau telah meracun hati dan fikiranku
Duniaku kini diseliputi mendung
Maka tersiksalah aku didalam kegelapan
Aku terpaksa melepaskan kau pergi
Demi diriku tak berharga lagi untukmu
Biarlah kuterima kenyataan ini... )
Harapan setinggi gunung
Berderai menjadi debu
Mengapakah kisah sedih
Yang selalu ku alami
Kupercaya padamu
Dengan sepenuh hatiku
Engkaulah cahaya
Penerang jalan hidup
Tapi kau permainkan ( hatiku luka )
Engkau sakitkan hatiku ( hatiku luka )
Sengaja kau bermesra
Dengan dia teman barumu
Apa daya ku ini
Engkau bebas membuat pilihan
Tak dapatku halang kau kau kau kau kau
Terhadap dalam cinta
hu... hu hu...
Hatiku luka kerna kau
Yang tak bertimbang rasa
Kulepaskan kau pergi
Asalkan kau bahagia ( hatiku luka )
Ketika kau melangkahkan kaki ( hatiku luka )
Jangan kau menoleh kepadaku
Ku tak sanggup ( hatiku luka )
Melihat kau berlalu ( hatiku luka )
Hatiku... Luka... Lagi...
dulu minat tol dengan group ni... lagu ni pun ada nostalgia hehehe.....
|
zino at Thursday, January 08, 2004 ::
(0) <-->
Tahniah TPM baru..
spekulasi perlantikan TPM akhirnya berakhir.. Paklah telah membuat keputusan.. maybe juga keputusan tu dah lama ada hanya baru semalam hendak di umumkan.. kepada Datuk Najib..sekalong tahniah bertugaslah dengan bersungguh sungguh dan penuh amanah.. jadilah TPM yg boleh di percayai PM.. prinsip " No two must always be no two" not 2+1 atau yg sewaktu dengan nya..
Dulu semua sudah berjanji akan akur dengan sebarang pilihan yang di buat PM so sepatutnya tak ada keluh kesah selepas ini.. sama sama lah bekerja utk kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia. kita di Malaysia ini patut bersyukur dan berbangga dengan kestabilan dan keamanan negara kita.. Tidak berlaku kacau bilau dan sebarang mala petaka yang boleh menggugat keharmonian yang kita nikmati selama ini.
Cuba kita bayangkan betapa siksa nya kehidupan ini kalau negara kita di landa musibah seperti banyak negara di dunia ini.. semuga kita terpelihara dari segala bahaya demi kesinambungan jenerasi akan datang. hidup dengan aman saling menghormati sesama insan , bantu membantu dan sama sama menjadi kan Malaysia semuab negara yg kita banggakan. InshaAllah.
|
zino at Thursday, January 08, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, January 07, 2004
anak bujang tu suka sangat dengan ikan. apa tak nya di rumah kakak yg jaga dia tu hari2 tengok ikan beri makan dan sebagainya. bila ke kedai jumpa ikan dalam aquarium tu asyik tol dia menengok.. dah lama dia minta i belikan ikan.. tiap kali kluar kalau tanya "baby nak pegi mana?" selambe je dia jawab " nak beli ikan" tapi sampai sekarang masih belum di belikan lagi..
dulu memang penah bela ikan mas ni.. tapi bila pam air tu meletup dan terbakar takut pulak nak membeli nya lagi.. habis hitam legam dinding rumah nasib baik tak melarat.. itu pun sebab pam tu jatuh dalam air ...bangun pagi i terbau semacam je.. rupanya ada kebakaran kecil berlaku.. ikan 2 tu apa lagi habis terbungkang kecuali ikan bandaraya..
tapi ingat nak belikan baby yg aquarium yg kecik tu je.. tak payah pakai pam..
|
zino at Wednesday, January 07, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, January 06, 2004
Berjaya jugak zino mewarna warnikan weblog ni... hehe...
|
zino at Tuesday, January 06, 2004 ::
(0) <-->
buat hati pengarang jantung abah dan mak dia..
semalam entah apa mula nya mem marahkan anak bujang kecik dia ni..mem kata " tak nak kawan baby" sambil moncong muka dengan baby hehe.. selambe je baby pi kat abah dia peluk tangan abah dia sambil kata " adik kawan dengan abah " sambil meletakkan kepala nya kat tangan abah dia.. " spontan kami semua ketawa.. mak nak marah pun tak jadi.. baby dah pandai cari tempat berlindung hehe..
|
zino at Tuesday, January 06, 2004 ::
(0) <-->
masuk sekolah....
semalam bermula lah sesi sekolah utk tahun 2004 ni.. banyak nostalgia di alam persekolahan ni. masih teringat kali pertama along bersekolah.. bila kenangan ini di ceritakan kembali kepada dia.. dengan cepat dia menafikan . malu le tu. hehe.. macam budak lain jugak bila first time kesekolah along bagitu takut dengan persekitaran baru tu.. bukan sekolah betul tadika lagi masa tu.. abah kene jaga dia di bilik darjah.. abah bukan duduk di luar tapi abah kene duduk di samping dia didalam kelas.. cuba bayangkan ada murid besar dalam kelas yg keseluruhan nya halus2 tu hehe.. bukan sehari bukan dua hari tapi seminggu abah dia tak boleh kemana2..
last last cikgu dia kata.. cik balik le.. biar le dia menangis.. tak pe.. lama2 nanti oklah tu.. so dengan berat hati aku pun meninggalkan dia melalak dalam kelas tu.. ehh malu abah dia tau.. dari jauh aku perhatikan jugak.. lepas penat menangis dia tertidur dalam kelas.. tapi tak pe biar kan le..lama kelamaan baru lah dia dapat mensesuaikan diri dengan persekitaran baru dengan kawan2 baru dengan pembelajaran baru..
hari ini along menjadi idola adik2 yg lain.. kejayaan demi kejayaan yg along cipta menjadi impian adik2 dia. menjadi pendorong untuk mereka menempah kejayaan sama.. semuga along berjaya.... semuga adik2 along akan mengikut jejak along kemudian..
angah sedang mengekori rapat dibelakang..
|
zino at Tuesday, January 06, 2004 ::
(0) <-->
Monday, January 05, 2004
berita dari tanah suci..
dah seminggu kami menunggu berita dari ayah dan mak di tanah suci.. baru semalam ayah menalipon mereka berdua sihat dan kini berada di madinah. Alhamdullah semuga mereka berdua dan seluruh umat islam yang lain berada dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menyempurnakan ibadat haji dengan sempurna. InshaAllah.
Ayah dan Mak bertolak ke tanah suci pada hari 28hb Dis. lalu . Mereka terus ke madinah dan di jadualkan esok akan bertolak ke mekah. pada 27hb dulu aku dan keluarga balik dan tidur di kampong. Memang jarang aku berkesempatan tidur di Kg.. manakala adik aku balik pada pagi 28hb . Sanak saudara silih berganti datang beramah mesra dan berjumpa dengan ayah bonda.. seminggu sebelum tu kami telah mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat di Kg. memang rezeki ayah bonda murah.. ramai sanak saudara dan jiran tetangga yg datang sehingga ada yg terpaksa menunggu di tangga kerana kekurangan ruang.
kira2 jam dua 28hb tu kami bertolak ke Kelana Jaya. hanya kereta aku dan adik saja yg ke Kl. Ada saudara mara yang telah pun ke KL sebelum tu. adik2 yg lain menunggu di KL saje. Di kelana Jaya seperti biasa penuh dengan para jemaah dan sanak saudara yg mengiring org tersayang ke tanah suci.. apabila ayah bonda selamat masuk ke ruang check in di Kelana Jaya kami pun kembali ke rumah dengan seribu doa agar mereka berdua dan seluruh jemaah yang bersama selamat sampai ke tempat yg di tuju..
|
zino at Monday, January 05, 2004 ::
(0) <-->
Friday, January 02, 2004
jom berpantun...
cantik warnanya si rama2
nampak berseri bewarna biru
selamat tinggal tahun yg lama.. 2003 le tu..
selamat datang le tahun yg baru.. 2004 pula..
berat terasa barang di bawa..
hendak di letak dah kene marah..
kenangan lama mengusik jiwa..
kekal abadi dalam sejarah
pergi ke seberang naik sampan
di dalam sampan pulak ada lipan.. sape lah letak ni... opocot..
di tahun baru penuh harapan..
azam yang lama di bawa ke depan.. tak tercapai lagi le tu..
anak itik berlari lari ... sape punya itik ni..
sambil tersengeh nampak le gigi... itik ada gigi ke??
izin hamba mengundur diri..
esok lusa berpantun lagi..... idea tak mai lagi le. hehe..
|
zino at Friday, January 02, 2004 ::
(0) <-->
malam tahun baru...
petang tu angah anta sms.. " abah, komputer tak boleh repair keyboard dan mouse tak ada " mm aku dah agakdah komputer lama tu mana boleh guna keyboard yg baru.. "ok lah malam nanti abah anta" balas ku.. so malam tu aku bercadang nak ke shah alam lagi. sebelum kesana mem ajak ke gerai berhampiran membeli juadah dinnder utk mak dan anak2 dia di rumah.. sebelum keluar keter sempat memesan tu." tanya angah kalau belum makan tunggu makan sama" sekali lagi aku menghantas sms ke angah.." dah makan lom? mak nak blanjer!! " tulis ku rengkas.. dengan pantas angah membalas" boleh gak dah lapau ni!" hehe pantang di ajak makan cepat je respond..
malam tu aku mem dan baby ke shah alam dengan dua tujuan. pertama membawa keyboard dan mouse komputer lama tu yg kedua nak bawa anak bujang tu pi makan. kat shah alam ni aku memang tak pandai cari kedai makan yg aku tahu berhampiran bulatan tak jauh dari istana tu.. dari tempat angah nak kesana melalui jalan berhampiran dataran shah alam dan taman tasik.. aku tengok jalan dah mula sesak.. di kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan.. dalam fikiran.." ni tentu nak sambut merdeka punya pasal" waktu tu baru jam 10.00 malam.. selepas makan aku ingat mem nak bayor.. aku jugak yg kene.. hehe kemudian kami menghantar angah balik.. " angah, tak de jalan lain nak ke tempat angah ni? jalan tadi sure dah sesak tu? " so angah pun tunjuk jln utk kesana..
dalam perjalanan pulang aku nampak di sepanjang federal highway berhampiran jln masuk ke bandar anggerik penuh di kiri kanan jln kereta berhenti.. "apa hal pulak ni..??" "agaknya nak tengok pertunjukkan bunga api kot" kata mem.. " yg aku tau pertunjukan bunga api tu di dataran merdeka dan KLCC je.. shah alam pun ada ke.. ".. dalam pada bercerita kami dah hampir ke penghujung deretan kereta yg berhenti.. mem kata " berhenti lah dulu boleh tengok bunga api" dengan pantas aku mencari pot yg sesuai di celah2 deretan keter tu nak menumpang menyebuk sama.. jam masih pukul 11.45 mlm. baby tertanya2 "ada apa bah?"
tepat jam 12.00 terdengar bunyi letupan dari arah dataran shah alam.. diikuti dengan pancaran cahaya yg bergermalapan... seronok betul baby bila melihat langit di hiasi dengan cahaya yag beranika corak dan warna.. firstime buat baby... kesian kakak dan abang baby yg di tinggalkan di rumah... aku sendiri tak menyangka akan dapat menyaksikan nya.. dalam fikiran ku sebelum keluar tadi sure jalan raya jem di mana2 pasal tu tak bawa mereka bersama.. sepuloh minit lebih kurang segalanya berakhir... tiada lagi cahaya yg menerangai malamm yg tinggal hanya cahaya bulan dan bintang... cahaya yg tak akan hilang sepanjang zaman..
selamat tinggal 2003 selamat tinggal segala kenangan.....
|
zino at Friday, January 02, 2004 ::
(0) <-->
SELAMAT TAHUN BARU...
2003 telah pun meninggalkan kita.. rasanya baru saja kita melangkah ke tahun 2003 kini dia telah pun meninggalkan kita.. cepat sungguh masa berlalu.. kini masuk tahun baru lagi.. dan apabila kita leka dengan kehidupan harian.. tahun ini juga akan berakhir tanpa kita sedari..
banyak kenangan suka duka berlaku pada tahun lalu.. sama ada di pentas dunia atau perkara yg di alami sendiri.. dan satu kenangan ini tidak mungkin akan luput dalam ingatan.. biarlah dia bersemadi dalam lipatan sejarah .. satu kenangan yg sungguh menyentuh perasaan.. sesuatu yg tidak terduga dan tidak pernah terlintas sebelum nya.. tapi ia berlaku .. tapi sekarang segalanya tinggal kenangan kini....
perjuangan perlu di teruskan... 2004 terbentang luas dihadapan.. apa yg bakal berlaku tak ada siapa yg tahu.. hari demi hari akan di lalui dengan penuh cabaran.. semuga di tahun baru ini sinar mentari akan terus menghidupkan semangat baru utk di tempuhi dan di harungi sehingga ke akhirnya.....
selamat tahun baru semua..
|
zino at Friday, January 02, 2004 ::
(0) <-->
|
|