So dah terjawab siapa yg bakal menjadi YB dan siapa yg akan kembali menjadi org kebanyakkan.. kepada yg tercalon dah pasti akan tersenyum lebar walau pun belum pasti menang atau diterima rakyat .. sekurang kurang separuh dari perjuangan telah pun bermula.. sekurang kurang nya dah boleh berangan angan dan menggayakan title YB yg bakal di miliki.. hehe... dan tak kurang juga dah yg bermuram durja.. ada yang dah menyangka tidak akan tercalon dan ada juga yg terperanjat beruk bila nama di gugurkan.. walaupun kepada sebahagian nya menerima dengan hati terbuka tapi kepada sebahagian lain terasa pahit bila di gugur dengan berat hati terpaksa juga pasrah dengan nasib yg menimpa.. terima lah hakikat hidup ini umpama roda akan terus berputar sama ada kita suka ataupun tidak..dulu pernah di sanjung apa salah nya menyanjung orang lain pulak..
so habis kisah YB dan bekas YB.. dan kita pula mempunyai tanggongjawab utk memilih siapa yg kita fikir layak di pilih atau yg patut di tolak dan kita mempunyai alasan masing masing utk membuat pilihan.. so apabila sampai masanya pergi lah mengundi...
alamak macam kempen le pulak.. hehe..
Kepada Ibu-ibu dan yang bakal menjadi ibu,
40 KESILAPAN IBU BAPA
-----------------------------------------------------------------------
Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
Kurang melahirkan kasih sayang
Sering mengeluh di hadapan anak-anak
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
Tidak menggunakan bahasa yang betul
Suka bertengkar di hadapan anak-anak
Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
Tidak tegas mendidik anak-anak
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali.
|
zino at Wednesday, March 10, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, March 09, 2004
roti canai satu teh o ice satu..
bila balik ambik baby mesti dia arak keter pegi sinunnn sambil tunjuk dengan jari dengan moncong kat bibir dia tu hehe.. dia nak pekene roti canai sebelum balik rumah.. that why sejak menjak ni i kene lah balik awal sikit , terus balik ke rumah , bersiap baru kluar semula pi ambik baby di flat belakang rumah tu.. roti canai memang feberet dia...kalau dia makan dia nak bersila.. so kene lah duduk kan dia atas meja tu.. hehe jangan ganggu masa dia nak makan.. semumeh ke, kuah tumpah ke ape ke.. dia nak kebebasaan menikmati roti canai tu.. kadang tu dia nak roti nan.. baby tak tau beza roti nan ke canai ke.. tapi bila dia tengok kita makan dia pun nak yang tu.. dengan syarat mesti kuah kari.. kuah dal tak main le.. bagitu jugak kalau dia nak makan nasi .. kalau tak ada kuah kari alamat tak jadi makan le anak bujang kecik sorang tu..
|
zino at Tuesday, March 09, 2004 ::
(0) <-->
Monday, March 08, 2004
partime jadi teknisen letrik..
dah lama juga lampu tu tak menyala.. so petang semalam decide nak ganti.. actually bukan ganti mentol je kene ganti satu set .. pasal nya dulu konon nak guna lampu kalimantang yg tak perlu chok dan starter.. tau ape chok tu.. chok tu benda itam/putih dalam lampu panjang tu..bila kita switch on.. terdengar bunyi.. dari chok le tu.. dan starter benda yg menyala sebelum lampu panjang tu menyala.. bila guna chok ni starting current lebih tinggi.. so lebih le pakai karen kalau asyik dok tutup buka lampu.. je.. so ade le teknoloji baru yg guna cips , tak perlu chok tak perlu starter nak idupkan lampu kalimantang ni.. baru pun teknologi ni.. tapi masaalah nya benda alah ni pun ada life span. bila terbakar kene ganti macam kita ganti mentol lampu kalimantang tu . tapi yg jadi hal tu benda tu duduk kat dalam.. kalau nak ganti kene buka satu set lampu tu bawak turun ganti cips tu dan pasang balik. bila dah dua kali kene tukar terasa le letih sikit.. so i decide nak tukar balik pesen lama hehe..
satu lagi pasal kipas kat bilik bebudak tu.. dulu ingat kan kipas tu yg punya pasal.. bila di pasang kipas baru (baru ambik dari subang..sebenarnya kipas lama..) masih tak bergerak jugak.. akhirnya terfikir nak panjat ke dalam siling tengok wiring dia.. mmmm patut tak nyala.. wiring dia dah putus.. hehe agaknya
kak ti punya keje.. semalam tu dah beli le cable yg patut2 nak ganti balik.. tapi belum sempat nak panjat dalam bumbung tu.. kene buat pepagi atau pepetang sikit.. kalau tak.. tak boleh duduk lama dalam tu fanas... rasa dalam sauna.. agaknya lah sauna pun tak penah masuk.. tengok kat TB ade le..
|
zino at Monday, March 08, 2004 ::
(0) <-->
laaa kenapa panjang sebelah hehe..
ade le selai seluar tu..pagi tadi ter perasan kaki dia panjang sebelah .. atau pendek sebelah .. sama lah kan.. hehe malam sebelum tu zino pi jahit balik pasalnya jahitan lipatan kaki seluar tu dah terburai.. memang biasa macam tu le jahitan yg di buat di kedai masa beli tu bukan nya kuat sangat lagi pun dia org guna benang plastik.. 10 kali masuk washing mesin terbarai le jahitan tu .. so kenkonon nak buat sendiri le tu.. biasa je keje jahit menjahit ni.. kalau nak suruh jahit baju tak biasa le.. memang rasa macam teropong tak cukup kuat nak menjahit.. lepas di lipat sekali kon fiden terus jahit.. tak cek langsung..
dah nak pakai pagi tadi baru perasan.. kalau sampai opis perasan cam mane? hehe jawab nya ade le seluar yg kene stapler hehe... tu je nak citer pagi senin ni..
|
zino at Monday, March 08, 2004 ::
(0) <-->
Friday, March 05, 2004
jalan jalan cari makan
Petang semalam kami ke HUKM lagi , petang sebelum tu dah bagi tau mem petang esok kita ke HUKM melawat mem EP . dan kebetulan juga petang semalam ucuk pun nak kesana. so set le jumpa di sana kol 6.30 ptg. plan awal zino terpaksa ambil fizah di sekolah dulu tapi dalam perjalanan fizah call tak ada latihan netbal dan dia ada di rumah. Oleh kerana masih awal kami decide balik dulu kerumah sebelum ke HUKM. sampai di tempat paking call ucuk, rupanya dia dah sampai di tempat yg di tuju dan bila kami sampai ucuk dah kluar dah nak balik pun..tugas belum selesai.
EP nampak kami berbual di luar , lantas datang menghampiri kami.. kemudian tu dia kata jom pi makan mee bandung.. nak bawa mem dia kluar makan mee bandung Mak Siti.. selepas minta kebenaran utk kluar sekejap kami pun turun ke bawah.. i decide tak payah le bawak dua keter .. tunggu i ambik keter kita pi sama2. kalau keter EP mudah le mem dia nak masuk tapi bila keter zino terpaksa le EP membantu mem masuk ke dalam.
di kedai Mak siti mem EP makan mee bandung kegemaran dia kami hanya minum je.. bukan i tak nak makan sama .sat lagi nak makan dengan anak anak di rumah tu. semasa di kedai tu le jawab sms ijan. mem zino kata ok lah kalau ijan dan mujahid nak kami teman dia petang ni. so kami set jumpa petang nanti jam 6.30 , awal lagi mungkin kami tak sempat sampai.. nampak berselera mem EP makan walaupun mengadu pedas... lepas hantar EP ke HUKM baru lah kami ambik baby balik.. semuga EP tabah menghadapi semua nya..
|
zino at Friday, March 05, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, March 03, 2004
bila sesuwai nak kahwin
Jangan terperanjat pulak dengan topik ni. bukan zino tanya utk zino le.. hehe tapi ni ada kaitan dengan tajuk sebelum ni. zaman dah berubah so segala galanya berubah. so zino nak tanya lagi bila masa yg sesuwai nak kahwin. i mean umur untuk mendirikan rumah tangga. kalau zaman mak/bapak zino dulu , umur 16/17 tu dah kira cukup matang utk berkahwin dan memikul tanggung jawab berkeluarga. tapi sekarang telah jauh berubah.. mungkin juga umur bukan lagi menjadi faktor utama kenapa harus kahwin. betul ke? so apa yang menyebabkan berlaku perubahan ini. ?
jodoh merupakan jawapan paling tepat kepada soalan kenapa masih belum kahwin. ini memang tidak di nafikan. jodoh pertemuan dan ajal maut hanya Dia yang menentukan nya. ada orang memang cepat bertemu jodohnya sebahagian yang lain agak lewat sedikit. tapi akhirnya masing masing akan bertemu jodohnya.. InshaAllah.
karior juga mungkin menjadi punca berlaku kelewatan sesaorang mendirikan rumah tangga , maklum le habis spm buat matrik lepas tu masuk u dan akhirnya bekerja so sebahagian usia telah di habiskan utk menimba ilmu.. teringin pula menikmati hasil titik peluh sebelum tergerak utk di kongsikan bersama orag lain . betul ke ni?
tiada calon sesuwai mungkin ada yg dah ready atau bersedia untuk berumah tangga tapi belum bertemu calon yang sesuwai , memang payah nak cari agaknya ..
banyak lagi le faktor faktor yang menggalak , mendorong atau menghalang sesaorang itu berkahwin.. so soalan nya bila ke agaknya sesuwai nak kahwin? dari segi umur le..
|
zino at Wednesday, March 03, 2004 ::
(0) <-->
Monday, March 01, 2004
majlis kenduri kahwin
Semalam zino ke Selayang ada majlis kenduri kahwin di rumah bapa saudara. kahwin anak bongsu dia . sepupu zino le nama nya. tapi bukan le nak cerita pasal majlis tu tapi trend kenduri kahwin masa kini. perkara ni bukan saja berlaku di bandar tapi dah mula menular di kg kg. perkara yg zino nak sentuh adalah semangat gotong royong saudara mara apabila di adakan majlis kenduri kahwin. masa di kg dulu apabila di adakan satu satu majlis se umpama ini saudara masa dan jiran tetangga akan bersama sama bergotong royong dari peringkat awal sehinggalah majlis selesai.
Satu majlis berkampong akan di adakan membincangkan perkara perkara yang akan di lakuka dan oleh siapa utk menjayakan majlis tersebut. gotong royong akan di buat untuk mendirikan kemah , membuat pelamin dan sebagainya. di hari majlis akan berlaku pulak gotong royong menyembelih lembu, menyedia, memasak malah menghidang , membasuh pinggan mangkok dan melayan tetamu yang datang. bapak2 saudara, anak2 ,jiran2 rakan taulan akan turut sama menyingsing lengan memeriahkan lagi majlis... itu dulu..
sekarang ni segalanya sudah di modified mengkut peredaran masa. makan ala bufe.. datang terus beratur ambik pinggan, isi dan cari tempat duduk memasing.. makanan di sediakan oleh caterer , tak de lagi yg saudara mara berpeluh berasap di belakang memasak, sekarang tetamu, saudara mara dah tak ada beza.. memasing datang makan dan balik.. bukan saje di bandar ni di kg juga trend ini telah mula di praktikan. ini lah di namakan perubahan mengikut peredaran masa? ... iye ke?
|
zino at Monday, March 01, 2004 ::
(0) <-->