Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Tuesday, June 29, 2004

macam macam ada !!

kisah angah..

so keputusan nya aku akan belikan motor utk angah, tapi kenalah stanby
kemungkinan along pun akan minta juga nanti. tapi setakat ni angah yg lebih perlu.
aku dah congak kalau dia terpaksa jalan kaki ke kolej mau kurus anak aku hehe..
baru sebentar tadi aku hantar kan lesen L dia dulu, kata driving school tu, kalau
dah penah ada L lagi le mudah, boleh terus renew je. angah dah bersemangat nak
belajar motor lepas i kata OK beli motor. terima kasih dengan pandangan yang di berikan.masa aku belajar dulu aku beri alasan yg sama dengan ayah, tapi aku ada alasan tambahan aku satu kolej dengan adik aku, dan duduk pun satu rumah di kg baru , ayah tak beli kan aku motor tapi bagi aku guna motor dia, kesian ayah dua tahun tak ada transport nak pekene teh tarik. kalau along minta nanti kena beli jugak ke hehe..

kisah komputer..

tenet kat opis tu masih lagi kaput, dah masuk empat hari. dulu tu komputer ni masing
masing department uruskan. apa apa hal pun kena lah urus sendiri. sekarang ni dah ada IT department. maka nya semua hal kenalah refer dengan dia org . mereka kena jaga semua PC semua hal, dalam semua department. kalau nak dapat service tu kenalah tunggu turn. sekarang tah apa le hal dengan tenet tu. Pengguna PC ni pun satu hal lebih lebih lagi tenet dan email. galak kali IT bagi nasihat, kaedah yg sepatutnya guna tenet dan email tapi ada yg celik IT dan tak kurang yg kabur IT.. so server selalu sendat dengan sampah sarap. firewall yg di pasang utk sekat virus tak larat nak sekat . dah galak kali server kat opis tu down akibat virus. dalam mail official aku tu pun berlambak email virus yg datang. kadang tu guna alamat kawan yg aku kenal tapi aku tau yg datang tu virus. komputer aku ni pun mungkin semput akibat virus jugak. tu pasal msn tak boleh guna lagi..banyak program lain juga dah kaput. nasib baik netscape ni ok lagi walaupun tak 100% ok.

macam macam ada

ni sebenarnya ayat feberet baby sekarang ni. kalau dia nak cerita apa
apa mesti ayat "macam macam ada" tu dia sebut. malam tadi dia minta mem garukan kat
belakang dia.. sekejap atas sikit, sekejap bawah sikit.. sekejap ke kiri dan sekejap
ke kanan , kalau berenti dia kata lagi, lagi.. so mem pun kata "ehhh macam macam lah
adik ni"..selamba je dia jawab " mama, macam macam ada!!" hehe



| zino at Tuesday, June 29, 2004 :: (0) <-->
Monday, June 28, 2004

how should i decide ?

Ahad lepas angah datang mendapatkan aku, masa tu aku sedang membaca akhbar dengan
muka sedih dia memberitau ,
"abah, angah ada problem" sambil memandang ku.
"apa hal nya" suspend aku di buat nya apa pulak hal nya kali ni. macam problem berat je.
"angah tak ada transport nak ke kelas, kawan angah dulu tu semua sangkut, angah je lepas"
jawab angah dengan nada sedih. "isnin dengan kamis angah tak ada sape nak tumpang" jawab
angah lagi. Selama ni aku tau dia pegi kelas tumpang motor kawan dia. kalau nak jalan
kaki dari tempat sewa dengan kolej memang agak jauh.
"bah, beli kan angah motor" angah cuba memberi cadangan.
"cuba tanya mak" saje aku suruh dia, mak dia memang tak akan luluskan bila di minta.
"dah tau dah kalau tanya mak sure tak dapat, mak kan tau masaalah angah" jawab angah
segera.
"awak tau ke bawak motor?" aku mula nak interview.
"dah selalu, guna motor kawan" jawab angah konfiden.
"lesen tak ada macam mana nak bawak motor" aku interview lagi.
"tak payah le lesen, dalam kampus je." angah cuba beli alasan.
"mana boleh, kalau nak motor mesti ada lesen" aku memotong.
"kalau tak de lesen , insuran tak cover, apa apa hal sape susah nanti!" aku sambung
lecture. "awak dah ada lesen kereta, mudah nak ambik lesen motor, ujian undang2
dah tak perlu" sambung ku lagi.
"lepas ni pegi cari driving school kat sana, minta dia apply kan lesen L dulu." aku
memberi cadangan .

tapi aku masih belum membuat keputusan. dan baru petang tadi aku memberitau mem
pasal permintaan angah tu. dulu mem memang membantah kalau nak beli motor. aku pun
tak berapa pekenan. tapi aku terpaksa membuat pilihan. dan aku juga tak mau pelajaran
angah terganggu dengan alasan susah nak ke kolej. di depan rumah sewa dia tu aku
tengok tak kurang 6 biji motor kepunyaan kawan2 dia. salah satu darinya sure pernah
di gunakan nya . aku cuba bincangkan alternatif yg ada dengan mem tapi masih belum
ada keputusan lagi.

| zino at Monday, June 28, 2004 :: (0) <-->
Sunday, June 27, 2004

things are not happened as plan

Pada perkiraan awal, aku akan punya cukup masa utk membuat dua kerja dalam satu masa. Balik kampong dan joint TT putrajaya. Tetapi malangnya in tak berlaku semudah itu. Kita merancang tapi Allah menentukannya.

Balik dari Opis sabtu tu, aku rasa terlalu penat nak mengantuk, mem ada mengingatkan
aku supaya balik kampong segera kalau nak ke TT Putrajaya malam ni. Tapi aku rasa tak larat nak drive dan perlu berehat dulu. Lantas aku buat keputusan utk tidur sekejap sebelum balik malangnya aku tertidur sampai pukul 5.00 ptg. Selepas sembahyang asar kami balik kg. aku dah berjanji dengan ayah dan mak nak ambik dia datang ke KL , aku tak mau dia naik bas dalam perjalanan pulang mak talipon, bertanya bila nak balik dan nak makan malam ke?

kami sampai kg jam 6.45 ptg. mak dah siap masak tapi tak sampai hati nak minta segera bersiap dan sebagainya. selepas magrib makan dulu bersama keluarga. sekejap tu aku terima panggilan dari Dato Kenneth.
"zino, dah sampai ke? " kenenth bertanya kerana dia tak tau aku dah sampai kg.
" kenneth, i kat kg sekarang ni, kami datang lambat" aku membalas
aku masih berharap aku sempat berjumpa mereka bila balik nanti. lepas makan jam 8.15pm aku bertolak ke KL bersama ayah bonda.dalam perkiraan aku kalau aku terus ke PutraJaya aku masih berpeluang berjumpa mereka. Aku drive agak laju tapi masih dalam hadlaju yg selamat.. masa sampai di Rembau aku terima panggilan lagi.
"tan sri kat mana ni? aku kenal suara yg memanggil tapi aku tersilap juga bila
menyebutnya.
" hello rismil" balas aku pendek tapi segera di betukkan.
"farris le" balas farris. oops sorry.
"farris, aku balik kg, tapi sekarang on the way ke KL" jawab ku.
"agak2 kol berapa boleh sampai?" tanya farris lagi.
"lebih kurang satu jam lagi!" jawab ku dengan konfiden.
"allright"
traffic malam tu agak lengang, aku terus meluncur laju ke KL , speed antara 110-130km/h tak laju kan.. sepanjang perjalanan tu aku terima juga panggilan dari wan Zawawi,kamato dan sorang lagi geng funser yg aku tak perasan suara dia, semua bertanya bila aku akan sampai Aku beritau mem nak terus ke Putrajaya, tapi mem tak bersetuju balik juga sekejap.ok lah sebaik sampai BTR aku minta alang keluarkan barang dalam kereta, terutama durian yg sudah semakin semerbak bau nya. aku sedar, utk joint TT dah agak terlambat, tapi aku tetap ke PutraJaya berjumpa mereka.

dalam perjalanan ke Putrajaya, kamato cadangkan aku tunggu di big screen dan dia akan menyusul, bila aku sampai konvoi rondaan sedang bermula, melepek aku TT tapi at least aku sempat berjumpa mereka bila berkumpul di dataran putra. siapa yg ada ? ramai rakan yg ku kenal dan ada juga yg aku belum kenal. memang aku tak sempat nak berkenalan dengan mereka..tak pe lah.. maybe di lain masa.

sebelum pulang aku mendapatkan Rismil, aku terkejut mendengar cerita dari nya dan tempuh tujuh bulan yang di lalui nya, aku mendengar dengan penuh minat, kalau aku yg melalui pengalaman seperti itu , aku sendiri pasti runsing dan cercelaru, rismil telah berjaya melalui nya , semuga terus tabah dan akan dapat melupakan peristiwa tersebut.selamat berpindah ke rumah baru dan menghadapi masa depan yg lebih gemilang. InshaAllah.

| zino at Sunday, June 27, 2004 :: (0) <-->
Saturday, June 26, 2004

aku, alang & cikgu

kamis : 9.30 mlm 24hb. Jun.
lokasi : dapur


alang: abah, esok datang sekolah
aku : apesal pulak,nak buat apa?
alang: ambik kad
aku: kad apa ? (saje buat tak paham..)
alang: kad kemajuan le..
alang: no 14 (sambil sengeh paksa..)
mem: apesal tak dapat no. satu along dulu boleh dapat no satu, asyik tengok TV
bla bla bla bla...........................

Jumaat : 10.30 pagi. 25hb Jun.
lokasi : sek Men bandar Tun razak.


pengawas: nak cari sape pakcik?
aku: hafizuddin, kat mana kelas 3 bestari ?
pengawas: kat sebelah sana (sambil menunjuk kelas sebelah)
aku: terima kasih.

bila aku sampai kelas 3 bestari ada dua keluarga sedang menunggu geleran berjumpa
cikgu.aku duduk di sebelah seorang bapa yg sedang membelek2 report kad anak dia.
sementara tu alang datang menghulurkan report kad sambil duduk kembali di tempatnya.
iseyman.. teropong tinggal dalam keter pulak.. terkial2 aku nak tengok result
alang..

aku: alang mari sini.
alang: (tersengeh 2 duduk di sebelah aku.)
aku: alang dah baca apa yg cikgu tulis ni. (aku mula lectura) result alang ni
tak le teruk sangat, kalau alang belajar lebih sikit je lagi semua yg B ni boleh
dapat A..
alang: (sengeh lagi..)
aku: cuba tengok ni, cikgu tulis banyak kan latihan, yg ni pun cikgu tulis
banyak kan latihan. abah tengok, alang boleh buat lebih baik lagi. ni result
tak baca buku ni..kalau alang baca agaknya boleh dapat macam along. tau along
dapat berapa PMR ?
alang: (ngangguk macam burung belatuk)
aku: alang ni sama macam angah, alang nak tau angah dulu masa form 5 macam ni le ,
lebih teruk dari ni. sain, math, fisik, add math semua merah fail.masa tu
tiga bulan lagi nak exam. tapi angah cepat sedar bila abah tegur.
alang: (sengeh lagi...)
aku: bila SPM angah lulus, math add math score, dapat buat matrik dan sekarang
dah masuk U. alang tak berhajat ke nak masuk U macam along dengan angah?.
alang: (angguk dan sengeh...)susah le...
aku: memang le susah kalau kita tak belajar. cuba tanya along, susah ke senang.
kalau senang tak payah le ada cikgu , tak paah le pegi sekolah alang kena
fikir apa alang nak jadi bila besar nanti. kalau nak masuk U
alang kena belajar. nak banyak duit, alang kena belajar, nak beli kereta besar
kena belajar, masuk U dapat kerja baru boleh banyak duit.
aku: sekarang ni boleh le abah bagi duit. tapi bila abah dah tak keje sape nak
kasi alang duit? kawan alang ke? tak !! alang kena cari sendiri.
aku: tengok along, PMR dia dapat hadiah apa? dia nak gitar abah belikan.
masa SPM dia nak komputer pun abah belikan. kalau result alang baik alang
boleh dapat hadiah . alang boleh mintak hadiah apa yg alang nak.

banyak lagi yg aku lecture kan.. tapi sebahagian nya aku sendiri dah tak ingat..
alang tak jawab . sengeh memanjang. beberapa kali aku tanya paham ke apa yg
aku cakap tu? angguk dan sengeh je..bila tiba geleran aku kedepan berjumpa cikgu.
alang duduk di sebelah

cikgu : assalamualaikum
aku: waalaikum salam..
cikgu: kalau tengok pada keseluruhan result ni, keputusan hafizuddin adalah baik.
alang: ( kembang habis bila cikgu dia puji.)
cikgu: result yg B ni biasanya bila PMR sebenar nanti boleh dapat A , itu dari
pengalamana yg lepas le.tapi hafizuddin kena maintain atau lebihkan
sikit belajar. cikgu tengok hafizuddin boleh buat.
hafizuddin: (kembang lagi)
cikgu: soalan kali ni kami ambik dari kementerian dan kebanyakkan nya soalan
dari form 1 & form 2. memang susah sikit. kalau kurang ulang kaji.
yang C ni perlu di tingkatkan. sedikit lagi supaya boleh dapat B .
dan ada dua D ni. tapi tak perlu risau subjek ni tak di ambil kira
dalam PMR agaknya tu pasal tak beri tumpuan.
cikgu: hafizuddin duduk dala kelas ni saya tak berapa risau. kelas ni
keseluruhan nya ok.

setelah beberapa minit berbincang dengan cikgu tu kami pun minta izin utk balik.
dalam kereta aku sambung lectura lagi. aku harap alang termakan sedikit apa
yang aku cakap dan apa yg cikgu dia cakap. alang dapat 5B 2C 2D.. aku doakan dia
mendapat keputusan yang lebih baik masa PMR nanti. InshaAllah.



| zino at Saturday, June 26, 2004 :: (0) <-->
Friday, June 25, 2004

pasal kontrak lagi

Kenapa desigb & build Contract? banyak projek yg berjaya , dilaksanakan mengguna
kaedah design & build contoh yg sangat di banggakan pembinaan KLIA. Sebelum
tawaran di keluarkan pihak kerajaan menyediakan garis panduan atau keperluan
utk membina sebuah lapangan terbang keperluan ini dimanakan "government
requirement" ,bagi kes KLIA menyediakan keperluan ini juga memerlukan kemahiran
dan kepakaran. so perunding dari Jepun di lantik utk membantu kerajaan
menyediakan segala keperluan projek.

Setelah segala keperluan ini di muktamatkan. kerajaan mengadakan pre qualification
for tenderer dimana penender2 yg berminat mengemukakan kemampuan syarikat masing
masing utk membina sebuah lapangan terbang. kerajaan akan memilih petender2 yang
betul betul layak sebelum membenarkan mereka mengemukakan tawaran utk tender.
Dokume tawaran hanya di jual kepada petender yg layak dan berkemampuan jadi tak
pening kepala nak pilih .petender yg berjaya ini lah yg akan melaksanakan projek
menggunakan kaedah design&build. Rekabentuk akan dibuat berpandukan "government
requirement" yg di sediakan . akhirnya nya pihak kontraktor akan bertanggongjawab
sehingga projek yg di laksanakan dapat berfungsi. dalam projek KLIA ada 150
tender yg di keluarkan menggunakan kaedah design & build.

tapi kenapa design&build? pertama nya kita akan mendapat kontraktor berpengalaman
melaksanakan projek. kedua kita juga akan mendapat perunding2 berpengalaman
merekabentuk projek mengikut keperluan kita. ketiga segala risiko pembinaan,
keselamatan,kesempurnaan,kebolehfungsian, segalanya di tanggong pihak kontraktor.
tugas klein hanya menguruskan kontrak pembinaan dan bayaran kemajuan. kerenah
perunding pun tanggong jawab kontraktor.kami telah banyak melaksanakan projek guna
kaedah ini tapi hanya utk projek besar dan perlu kepakaran. tapi di masa akan
datang akan di perluas kepada projek sederhana dan sebagainya.. seminar bagi
memahir cara pengurusan projek projek seumpama ini.

inshaAllah segala galanya biar le berjalan dengan baik tanpa banyak masalah.

| zino at Friday, June 25, 2004 :: (0) <-->
Wednesday, June 23, 2004

Design & build Contract

apa itu kontrak? bila ada satu penawaran dan ada penerimaan itu di namakan kontrak.
dalam melaksanakan satu projek ada pelbagai jenis kontrak yg di gunapakai.
pada kebiasaan nya lump sum kontrak dan bill of quantities kontrak, ada juga
kontrak jenis design & build , turnkey atau build-operate-transfer .pada kebiasaan
nya kontrak jenis lump sum dan BQ di gunakan. tapi utk masa depan tempat aku
mahu melaksanakan kontrak sistem design and build. kenapa?

ada kebaikkan dan keburukkan dalam melaksanakan sebarang bentuk kontrak, tetapi
matlamat akhir yang mahu di capai ialah sesuatu projek itu dapat di siapkan
dalam jangka masa ,harga dan kualiti yang munasabah. menggunakan sistem design
and build adalah di katakan sesuatu projek itu akan lebih cepat dapat
dilaksanakan, dan kaedah penguruan yang lebih cekap dan berkesan di mana dalam
sistem ini pihak kontraktor adalah bertanggung jawab dalam kerja kerja rekabentuk
dan melaksanakan kontrak dan memastikan matlamat pembinaan mencapai maksud
berdasarkan keperluan keperluan dan garis panduan yang telah di berikan kepada
mereka.

hehe paham ke ni? ... hehe.. esok zino kalau ada kemuskilan.

| zino at Wednesday, June 23, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, June 22, 2004

pelbagai kisah

Malam minggu yg lepas dua jejaka dalam rumah zino tu dah balik ke kolej masing masing. along ,kebetulan dapat duduk di asrama selepas dua tahun menyewa di PD. dia nekat tak mau lagi duduk PD, kalau tak dapat asrama katanyn nak berulang dari BTR..makna nya keter abah dia akan jadi keter dia. bila dia dapat asrama hipotisis tu tak menjadi kenyataan. bagus jugak dia dapat duduk di sana boleh le menumpu lebih masa utk pelajaran.bila dia balik kesana di angkut sama komputer yg baru di beli.

malam tu jugak aku menghantar angah ke rumah sewa di shah alam. angah pun cuba minta asrama tak tak dapat , makanya kena lah terus duduk di rumah sewa tu. malang lagi bagi angah kawan yg sama menyewa disana mendapat kopun makan di kolej. so mereka tak perlu lah nak memasak atau keluar makan di gerai lagi. angah juga apply tapi tak layak..kesian angah . maka angah pun mengangkut periuk belanga, asam garam dan segalanya katanya nak masak , alasan nya susah nak kekedai sorang transport tak ada abah tak belikan dia kereta.. hehe ehh kesitu pulak. nak beli motor mak dia tak kasi bahaya, lagipun lesen pun tak ada , nak beli kereta entah bila abah dia nak belikan lesen dah lama ada hehe. tak pe lah angah.. belajar le bersusah sikit.. banyak kan stok maggi tu hehe..

angah balik pun angkut kemputer jugak.. so aku kat rumah dah tak ada komputer. mana pegi komputer dulu tu? ooops sebenar nya aku ada komputer lama, aku beli hadiah utk along masa dia cemerlang SPM , masa tu pentium II je. bila along nak beli komputer baru hari tu aku cadang dia ambik komputer tu je dia tak nak kata nya dah out of date..so beli lagi komputer lain utk dia. lagi pun sebelum tu angah pun beli pc baru. apa dah jadi dengan pc lama tu? bila ada pc baru yg lama tu merajuk dan terus rosak. di serang virus. hardisk langsung tak boleh pakai lagi. pilihan yg ada , samaada aku ganti hardisk je lepas tu guna balik, atau aku upgrade motherboard ke pentium IV atau aku lupus dan beli baru je. yg mana satu pun aku kena tanya RM nya dulu.. biar angah cari spesifikasi dan buat perbandingan .. pasalnya dia student IT tentu dia lebih arif apa yg latest di pasaran.

tu le kisah hari ni..

| zino at Tuesday, June 22, 2004 :: (0) <-->
Sunday, June 20, 2004

Terjadi secara sepontan..

Semalam aku balik kg mem nak hantar mak dia ke rumah kakak di kampong. Esoknya ada majlis kenduri kahwin yang akan berlangsung. Lepas makam malam tu aku dan mem terpaksa balik semula ke KL. Pagi tadi aku perlu menguruskan kemasukan semula along ke kolej. Utk tahun akhir dia dapat duduk di asrama semula. Kolej 12. bila segala urusan selesai baru lah kami balik semula ke kampong . kalau ikut aku biar le along urus sendiri tapi mem nak hantar jugak. Ok lah tu..

Semasa kami dalam perjalanan balik semula ke kampong , kami terserempak dengan satu kemalangan jalan raya , berlaku di depan mata. Aku baru saje keluar dari Bandar Tun Razak. Bila tiba berhampiran simpang ke Bandar Tasik Selatan, aku terdengar satu dentuman di hadapan , kira kira tiga empat biji kereta di depan kereta aku. Kemudian sebuah kereta yang di pandu laju tak sempat nak memberek lalu melanggar kereta depan yang baru saje melanggar kereta di depan nya. Kereta yang di pandu laju tadi tidak berenti di situ tapi masih meluncur laju terhuyung hayang di hadapan kereta aku seolah olah tidak dapat di kawal lagi menghala ke stesyen minyak di sebelah kiri dan akhirnya berhenti betul betul dihadapan stesyen minyak tersebut.

Bila saja dentuman kedengaran aku segera memberek imergensi tapi dalam hati terasa debaran takut kalau kalau kereta di belakang aku tak sempat brek. Mujurlah kereta di belakang aku agak jauh . aku lihat sebuah kereta terdorong kehadapan naik ke pembahagi jalan di tengah jalan. Satu lagi kemek depan dan belakang sebuah lagi remuk di bahagian pintu sebelah kanan. Nasib baik kami mtak terlibat dalam kemalangan tersebut. Kami meneruskan perjalanan ke kampong dengan telah pun selamat balik ke KL alhamdullilah.

Malam ni aku ada urusan yang belum selesai sekejab lagi nak menghantar along dan angah balik ke kolej masing masing. Percutian tiga bulan telah pun berakhir. Perjuangan belum selesai.

| zino at Sunday, June 20, 2004 :: (0) <-->
Thursday, June 17, 2004

kes ragut.

Kalau kita baca akhbar sekarang ni cerita yang paling menyakitkan hati ialah kes ragut yg semakin berlualasa sekarang ni. mereka se makin nekat dan berani dan menakutkan. seolah olah negara kita sudah kembali ke zaman koboi di mana siapa yg kuat dan berani dia yang berkuasa. lagi malang apabila mangsa ragut meninggal dunia akibat terhempas ke jalan dan sebagainya. soalnya mengapa ini berlaku?

adakah peragut mendapati ini adalah jalan mudah untuk mendapatkan wang ? adakah kerja ini mudah dan mendatangkan hasil lumayan? adakah kerja meragut mempunyai risiko yang rendah berbanding pergi mencuri di mana mana? atau mangsa yang terlalu ramai menjadikan pekerjaan ini lebih mudah dilaksanakan? entah kita tak boleh nak menjawabnya hanya di peragut yg mepunyai jawapan. siapa nak interview dia org?

tapi kepada kita yang menjadi mangsa. apa yg boleh kita lakukan untuk mengelak menjadi mangsa? ramai yang akan menasihat supaya kaum hawa lebih berhati hati dari menjadi mangsa peragut. malang nya kita tidak akan tau bila peragut akan bertindak dan siapa peragut di kalangan penunggang motosikal yang banyak. kehilangan harta benda ada lah satu perkara , tetapi peragut sanggup bertindak lebih jauh dari itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

aku sendiri pernah melihat mangsa ragut yang tercedera kerana di seret oleh motosikal apabila dia cuba mempertahankan bag yg cuba di ragut. masa aku sampai mangsa sedang menangis dan menahan kesakitan akibat tercedera.si peragut telah hilang entah di mana. malah mem aku sendiri pernah cuba di ragut tetapi tidak berjaya , apabila dia tersedar motosikal yang melunsur laju berhampiran dan sebelum beg sempat di rampas. kes ragut bukan lagi berlaku di lorong lorong sunyi.. tetapi berlaku di hadapan kelayah ramai.

apa yang sebenarnya telah berlaku ? sama sama lah kita fikirkan cara mengatasinya dan mengelak dari menjadi mangsa.

| zino at Thursday, June 17, 2004 :: (0) <-->
Wednesday, June 16, 2004

Perpustakaan Kuala Lumpur.

Ni aku nak buat iklan sikit .. mungkin ada yang terbaca di surat kabar atau mendengar di radio. perpustakaan baru Kuala Lumpur telah pun di buka kepada orang ramai mulai 15hb Jun lalu. cadangan asal nak buka pada 1hb Feb. sempena hari Wilayah.. tetapi atas sebab sebab luar jangka hanya sekarang baru di buka kepada orang ramai.. kepada yang belum tau perpustkaan Kuala Lumpur yang dulu nya di kenali sebagai Pustaka Peringatan Kuala Lumpur terletak di Jalan Raja bersebelahan dengan Dataran Merdeka. pada peringkat awal ini sekira nya pengunjung/ pengguna datang satu taklimat akan di beri dan guide tour akan di berikan sebagai pengenalan kepada pengunjung warga kota.

Semalam aku kesana kerana ada urusan resmi, aku lihat sudah ramai warga kota yang mengunjungi nya terutama student. Perpustakaan ini di terbahagi kepada dua satu utk org dewasa dan satu library khas utk kanak kanak.. selalu nya utk perpustakaan kanak kanak macam macam aktiviti di adakan utk menarik minat anak anak membaca.jadual dan program boleh di dapati di perpustakaan tersebut. anda di galak kan menjadi ahli untuk mendapat kemudahan meminjam buku dan sebagainya...

jom kita pegi perpustakaan Kuala Lumpur ramai ramai..

| zino at Wednesday, June 16, 2004 :: (0) <-->
Monday, June 14, 2004

satu kebetulan

Biasa nya bila cuti aku suka berjalan jalan dengan hazwan, berdua je. dan baby pulak suka naik LRT .. biar le seharian dalam LRT tu.. kalau nak turun pun pasal nak makan kentang goreng atau nak minum. so sabtu lepas aku dengan baby round the world lagi dalam LRT . baby tak tau pun nak kemana yg dia tau naik LRT je.. lrt panjang lrt pendek.

dari btr aku ambik tiket ke masjid jamek tapi kami lajak dulu ke sentul timur , tak turun pun dari sentul timur ke masjid jamek semula. dalam perjalanan tu aku sms sorang anak saudara . mula aku ingatkan dia dah balik ke utara. tapi tak pe lah cuba je .. kebetulan bila dia jawab dia kata ada di KLCC . dan anak menuju ke masjid jamek. ok lah dia pun tak de cakap nak jumpa aku dan kami pun cadang nak terus ke Klsentral. pot kegemaran baby. bila sampai ke masjid jamek baby nak minum.. tak sempat lagi sampai ke klsentral. so aku pun cari Mc D tak jauh dari stesyen utk beli air milo dan kentang goreng. ajak baby makan kat luar stesyen lrt putra tu sambil mengadap ke sungai. tu pun tempat baby suka landing.. duduk sambil tengok air. aku sms anak saudara tu lagi katanya ada di masjid india sembahyang dzuhor.. aku yg silap tafsir aku ingat masjid jamek sebelah tu.. hehe.. lepas tu baby kata nak ke toilet.. aku pun bawak turun ke stesyen cari toilet.. biasanya baby tak suka masuk toilet.. memang pun bila sampai kat bawah tu dia kata, "abah tak de, saje je.."

aku pun ajak baby jenjalan , tak mau naik lrt dulu.. apa hal pun nanti senang sikit.. kalau dalam lrt buat hal payah jugak aku nak menguruskannnya. aku pun berjalan menyusur kawasan masjid jamek ke wisma yakin dan sampai ke lorong tuanku abd rahman. sepanjang jalan tu baby nak berdukung.. "abah, adik dah penat ni sakit kaki adik ni" kata baby sambil jalan terhenjut henjut.. aku senyum je dalam hati kata" pandai sungguh anak aku ni berlakon" macam tu lah selalu bila dia nak kan sesuatu dia akan berlakon dulu. ada satu hari tu aku minta dia ambik something, "baby, tolong abah ambik tu?" sambil menunjuk barang yang aku minta. selambe je baby angkat mainan dia sambil berkata" abah lah ambik, tengok tangan adik ni ada barang . adik penat ni" selambe je dia cakap. kakak dan abang dia dengar semua ketawa. bijak nya anak abah..

rupanya di lorong tuanku abd rahman tu ramai yg sedang berniaga. aku ingat musim raya je org berniaga situ. agaknya setiap minggu macam tu kot. sambil berjalan aku lalu di satu gerai menjual mainan.. tetiba je baby kata kaki dia dah elok dia nak jalan, aku kata "tadi baby kata sakit".. selambe je dia jawab " kejap je bah" aku tau le dia dah nampak mainan tu.. hehe. lepas satu satu mainan dia pegang, semua nampak dia nak. akhirnya aku belikan dia pistol yg ada bunyi dan lampu rege RM10.00. dalam perkiraan aku boleh le bertahan seminggu. dalam pada tu anak saudara aku tu ada di kawasan sekitar jugak.. aku kata tunggu biar aku cari dia..tapi baby tak mau jalan dah, dukung pun tak mau asyik nak main pistol. abis semua org yg lalu lalang tu dia tembak. bila dukung dia kata," macam mana adik nak tembak org jahat." hehe.. last last anak saudara tu yg kata" pakngah tunggu situ, biar dia datang cari" masa tu aku dah sampai kedai buku . baby asyik menembak mamak dalam kedai tu.. hehe..akhirnya aku berjumpa juga dengan anak saudara yg belum pernah aku jumpa sejak tahun 2000 ..

baby dah bising nak naik lrt pendek pulak. kentang yg aku beli tadi dia dah tak minat nak habis kan. sibuk dengan pistol nya. kami berjalan ke sogo dan terus menuju Mc.D . anak saudara yg nak belanja.. memang aku dah kehausan melayan baby. berdukong sejak tadi. panjang jugak kami berbual.. itu pun sambil menunggu peluh kering dan menghilangkan penat , akhirnya aku meneruskan perjalanan ke stesyen sogo menuju titiwangsa. dari sana kami naik monorail menuju hang tuah. baru lah baby rasa puas.. dapat naik ketapi pendek. anak saudara aku meneruskan window sopping dia. dalam monorail pun baby asyik menembak setiap org yg masuk.. semalam aku tengok satu lampu kat pistol tu dah tak menyala.. tahan ke pistol tu satu minggu hehe... sama sama kita tengok.

| zino at Monday, June 14, 2004 :: (0) <-->

kecoh anak dara tu pagi ni..

Ni kisah anak dara tu pulak. dua tiga hari lepas demam pasal kena campak tapi pagi ni nak pi sekolah jugak. aku tengok pun dah ok pun muka yg sembab dua tiga hari dulu dah ilang, dah nampak berseri semula. sejak semalam lagi mak dia dah pesan sedia kan semua barang utk ke sekolah ari ni. kasut pun dah berbueh mulut bercakapa baru nak pi basuh..

so pagi ni kenkonon nak keluar awal, memang awal pun kol tujuh semua dah masuk kereta , sebelum keluar tu anak dara tu dua kali jugak le masuk ke dalam balik ada saje barang yg tertinggal.. biasa lah tu. bila semua dah ready aku pum terus memandu ke sekolah dia, biasa memang macam tu pun hantar dia dulu sebelum hantar adik dia kat klat sri kota tu. harap lift kat situ ok kalau tak sape nak manjat 16 tkt tu.. aku jugak yang kena hehe..

sesampai je kat depan sekolah dia fizah menjerit halus.. eh eh barang kita tinggal pusing pusing balik.. dengan spontan jugak mak dia fire pok pek pok pek .. hehe aku memang tak cakap apa pun dah tau dah perangai anak dara tu lagi kita pesan lagi le ada yg tertinggal . aku pun terus le pusing balik ke rumah tanpa berhenti pun. dalam kereta tu mak dia bersyarat lagi, bangga nak cepat tadi tak kesampaian. lepas ambik barang hantar semula fizah ke sekolah . lepas tu baru anta baby.

sesampai kat opis dah 8.16 am.. maka merah le tanda kat punchcard aku. terpaksa la buat karangan dulu sebelum turun balik menghantar mem yang pasti akan terlewat jugak kalau aku melengahkan masa. kepada semua ibubapa selamat menghantar anak anak ke sekolah semula dan joint the morning jem..

dan kepada semua bapa selamat hari bapa...

| zino at Monday, June 14, 2004 :: (0) <-->
Friday, June 11, 2004


angah paling kiri..kalau nak jelas klik kat album le.. hehe

Happy besday utk anak bujang no2..

Hari ni hari jadi angah.. dah bujang anak abah sorang ni. Biasanya bila ada sesiapa sambut besday kami belikan kek dan makan yg bes sikit. Kali ni giliran angah pulak.. yg dapat merasa semua.. so dalam setahun 7 kali kami sambut besday hehe , tadi aku dan mem baby pun ikut sama ke JJ membeli kek dan Pizzza..

Nak cerita sikit pasal anak bujang yg ensem sorang ni. Cerita dia masa di sekolah st.john paling menarik. Pasal angah aku kerap kali terpaksa ke sekolah dia. Ada saja hal yg berlaku . tapi satu peritiwa tu yang betul membuat aku hangin.. bukan hangin kat angah, tapi hangin dengan pentadbir sekolah dia. Masa tu aku sedang menghadiri satu mesyuarat bila terima call dari sekolah minta aku datang. Aku pun bergegas kesana menaikki LRT.. masa tu lrt baru sampai Jln Sultan Ismail, aku berjalan kaki dari mall ke Sultan Ismail. Dari percakapan talipon tu lagi aku menyingar je bila mendengar guru displine tu bercakap.

Bila sampai di sekolah aku ingin sangat berjumpa dengan guru tu tapi aku diminta berjumpa gurubesar . angah aku tengok monyok je menanti aku datang. Di bilik guru besar aku di maklum kenapa aku di panggil . apa yg telah angah buat selama bersekolah di sana. Yg buat aku hangin bila guru besar memberi aku satu senarai panjang kesalahan angah sejak dia form one di sana.. mak aii kenapa dah form five baru nak bagi tau.. kenapa tak pernah bincang semasa aku datang mengambil report card. tetiba je makin panjang kesalahan angah Bertalu talu soalan yg keluar yg tak dapat di jawab dengan memuaskan pentadbiran sekolah. Aku kata kalau setakat nak bagi print out kesalahan aku pun pandai tulis.sebelum ni aku dah datang beberapa kali kesekolah pasal angah.. Akhirnya aku minta pihak sekolah jangan mengganggu angah lagi, biar dia belajar, lagi 3 bulan SPM.. kalau cikgu tak suka dia selepas SPM dia tak kan datang sekolah ni lagi. Geram sangat le tu.

Tapi alhamdullilah, Angah sekarang berada di menara gading mengikut jejak langkah abang dia. Peristiwa aku pertahan kan dia dan bertegang leher dengan guru besar mungkin sebanyak sedikit merubah perangai nya ,bila balik aku bawak dia keluar makan berdua dan slow talk dengan dia panjang lebar, dia sedang meniti tangga kejayaan. Aku doa kan dia terus berjaya mencorak kehidupan dia nanti. Dalam apa keadaan sekali pun aku tetap berdiri di sisi dia. Sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Kalau dia berjaya kejayaan itu untuk dia untuk masa depan dia.

happy birthday utk angah..

| zino at Friday, June 11, 2004 :: (0) <-->



Cerita bujang kecik..

Dah lama tak bercerita pasal bujang kecik sorang . diam diam dia dah pun tiga tahun dua bulan . semakin hari semakin petah bercakap . jangan je kita tersilap atau terlepas cakap dengan dia , sure dia akan bersoal jawab dengan kita balik. Selagi tak puas hati dia akan terus bertanya.

Soalan yang selalu dia guna kalau di tegur,
"kenapa abah marak adik? Adik kecik lagi nanti adik nangis kang"
selalu tol dia guna.. lepas tu dia buat buat merajuk pi mengadap kemana mana dinding atau sembabkan muka dia kat kerusi. Sambil dengan muka monyok macam cekodok hehe. Kadang tu aku jawab,
"tak, bah tak marah pun, abah cakap je"
dia balas balik, "tadi tu abah marah adik"
"mana ada abah marah , cuba tengok abah ni, abah senyum je" hehe sambil belakon senyum. Kalau dia puas hati dia senyum balik kalau dia tak ok dia terus kan lagi mogok dia sampai kita pujuk balik. Tapi kalau aku dah geram sangat aku jawab macam ni,
"adik nangis le tak pe, nanti abah pujuk le.." jawapan tu yang dia merajuk lagi tu.tapi aku ada rasa nak pujuk dia balik.. hehe.

Satu perkara lagi yang selalu dia buat ialah belakon menangis bila nak kan sesuatu atau perhatian. Menangis macam nak rak betul, macam sakit kena cubit2 sampai lebab hehe Kalau kita dengar macam betul betul dia dalam kesusahan atau ada masaalah.. tapi aku peratikan dia buat semata mata nak kan perhatian. Bila kita layan je dia dengan segera ok, boleh senyum dan terus main semula.. tak de langsung sedu sedan macam org sedih yg benar. Hehe tapi semua tu adalah sebahagian dunia kanak kanak dia guna segala kemahiran yang ada utk mendapat tempat di kalangan abang abang dia kakak dia tu. Dia tau cara dia pasti berkesan . pasti abah dia tak mau lihat atau dengar dia menangis , tapi aku tapis apa kemahuan dia tu kalau harus dia dapat apa yg di minta dia akan dapat tapi kalau sebaliknya aku akan yakinkan dia dia tak patut mendapat apa yg dia minta.

Ok lah banyak lagi cerita baby ni.. lain kali le..

| zino at Friday, June 11, 2004 :: (0) <-->
Wednesday, June 09, 2004

Harry Potter vs Pontianak..

Aku bukan nak menjadi pengulas film.. tapi pasal aku dah tengok dua filem rasa nya aku beri ulasan sedikit pasal dua film ni. Minggu lepas aku menonton pontianak, kalau nak compare cerita ni dengan cerita melayu yg lain.. rasanya memang boleh bersaing. Tapi kalau nak bandingkan pontianak dengan cerita harry potter.. memang jauh sekali.

Aku suka cerita macam ni , walaupun cerita rekaan semata mata.. tapi jalan ceritanya membuat kita tak sabar nak tau apa yg akan berlaku seterusnya..dari satu plot ke plot yg lain kita di bawa berteka teki dan mencari jawapan kepada persoalan yg timbul. Teknik yg di gunakan memang jauh lebih maju dari film kita.. pemandangan sungguh menakjupkan ,cantik walaupun mungkin hanyalah hayalan dalam grafik computer.

Cerita ni memang sesuwai utk se isi keluarga, tu yang anak anak aku ber iya iya sangat ajak kami menonton. Ada seram, ada lucu, ada sedih, ada adventure, yang penting ada beberapa mesej yg boleh jadi pengajaran kepada yang dapat menilainya. Tengok hari rabu ada diskaun..bila dah ramai tu setiap diskaun ada makna..hehe..

Kepada yg berhajat menonton pegilah tengok cerita ni kalau tak kau akan menyesal tapi kalau nak tengok cerita melayu jugak pontianak is not that bad.. kau pasti tak kan menyesal.

| zino at Wednesday, June 09, 2004 :: (0) <-->

Cuti cuti kat cheras je…

Hari ni zino cuti.. bukan nak berjalan kemana pun.. dah beritau awal awal dengan anak anak cuti kali ni tak kemana.. kalau nak berjalan tunggu habis priksa .. fizah dan alang akan ambik priksa tahun ni.. so segala cuti di bekukan.. lagi pun masa cuti pun dia org ada tusyen.. tapi hari ni zino cuti. Esok lusa pun cuti.

Kesian tengok dia org.. so janji ptg nanti nak bawak pegi tengok wayang.. cerita Harry potter tu.. so memasing sejak dua hari lalu dah mula bertanya bila nak tengok wayang cerita harry potter.. ok lah petang nanti pegi..
"selalu tengok wayang ke?",
"Tak jugak. Last tengok wayang dengan anak anak sebelum ada hazwan.." kira empat lima tahun dulu le..
"kenapa tak tengok ?"

satu tiket dia jadi mahal bila anggota rombongan ramai hehe kalau berdua je boleh tahan lagi. Kedua cerita kat wayang ni sebulan dua nanti dah main kat TV.. so tunggu je lah tak payah nak ke panggung.. save sikit.. ke tiga VCD cetak rompak banyak di pasar malam.. hehe beli je lah kalau dah teringin sangat..

sekarang ni nak pi tengok wayang dah mudah.. tak payah nak beratur beli tiket.. boleh book dari rumah je.. klik sana klik sini dah dapat tiket lepas tu pegi panggong ambik dan bayar..

macam promosi pulak..

| zino at Wednesday, June 09, 2004 :: (0) <-->
Monday, June 07, 2004

cuba baca ni..

To realize The value of a sister
Ask someone Who doesn't have one.

To realize The value of ten years:
Ask a newly Divorced couple.

To realize The value of four years:
Ask a graduate.

To realize The value of one year:
Ask a student who Has failed a final exam.

To realize The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.

To realize The value of one month:
Ask a mother who has given birth to A premature baby.

To realize The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize The value of one minute:
Ask a person Who has missed the train, bus or plane.

To realize The value of one-second:
Ask a person Who has survived an accident...

To realize The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.

Treasure every moment you have. You will treasure it even more when
you can share it with someone special.

To realize the value of a friend:
Lose one.

| zino at Monday, June 07, 2004 :: (0) <-->

kisah semalam..

Semalam kami menerima jemputan ke slim river. actually anak kakak yg jaga fizah dulu kahwin dengan org sana. so kami ke sana pasal majlis persandingan dia di sana pulak . mula nya janji 4 kereta , aku ke pantai dalam dulu kakak dan abg (mak bapak pengantin) tumpang kereta kami.anak2 dia yg lain tunggu di sg buloh.. selepas R&R. dalam perjalanan ke sama dia org talipon, kata terpaksa ke RR rawang, polis tak kasi tunggu bawah jambatan. apesal le tunggu bawah jambatan hehe kalau tunggu kat RR jambatan tu kan senang. so oklah aku kata kami on the way. sesampai di RR rawang kelibat dia org pun tak nampak. nak calling2 tak dapat line pulak.. so setelah berbincang kami ambik keputusan meneruskan perjalanan , kemungkian dia org jalan terus kot.. hehe.. sampai le ke tol slim river sorang pun kami tak jumpa.. apa dah jadi ni mana dia org.

setelah sekian lama berehat selepas tol tu dia org call bertanya kat mana nai dah lama tunggu kat RR rawang.. pulak dah hehe kat mana selisih tadi tu.. apesal kami tak bertembung pun dengan mereka.. agaknya semasa dia org call ke RR rawang tu kami ni tak jauh di belakang.. aku tak perasan pun kereta mereka. dia org pun mungkin tak perasan kereta kami. mak dan ayah dalam kereta pun tak beri perhatian kereta yg kami potong.. mana nak sangka cempedak menjadi nangka.hehe so kami pulak yg tunggu dia org sampai ke slim river.

kg yg di tuju agak jauh dari tol.. wakil tuan rumah datang menjemput. mula nya aku fikir buat apa datang ikut je lah plan yg di beri.. hehe nasib baik kalau ikut plan alamat tak jadi makan kenduri lah kami. rupanya jauh dan berliku nak sampai sana. ikut plan macam dua lengkok je dah sampai hehe.. talian hayat langsung tak boleh guna bila dah masuk sana.. maxis ada jugak le line seketul dua di tempat2 tertentu masih boleh guna ..talipon aku hampeh... rasa nak tukar line je lepas ni.. nanti le kalau dapat no yg sesuwai harus di tukar jugak.. ada banyak alasan lagi nak tukar.. kat basement memang tak ada line, dlm sopping komplek yg corok sikit pun tak de line.. dalam lift memang out le. kalau emergensi tipon ni memang tak boleh harap ..

la dari citer slim river yg semakin slim tu.. ke citer talipon pulak hehe.. ok cukup le tu..

| zino at Monday, June 07, 2004 :: (0) <-->
Sunday, June 06, 2004

Satu kisah di musim durian

Semalam aku balik kg. dan memang setiap hujung bulan aku pasti balik ke kg. menziarah ayah dan bonda. Adik aku yg duduk di bangi tu pun balik. Mak menjamu kami dengan doreyan. Sebelah rumah mak ada sebatang pokok doreyan yg agak lebat buahnya. Baru sebiji dua yg gugur.. sambil makan doreyan kami bercerita kisah dolu dolu di musim doreyan..

Aku teringat satu kisah di zaman kanak kanak mengutip doreyan. Di kg tu aku adik2 aku sepupu2 aku dan sanak saudara yg lain berkungsi dusun doreyan yg sama, sesiapa pun di kalangan saudara mara ni berhak mendapatkan doreyan tersebut tanpa sebarang sekatan. Tapi nak mendapatkan nya kenalah berusaha sendiri. Paling seronok berkejaran sesame sendiri utk mendapatkan doreyan setiap kali gugur. Macam pesta pulak. Kalau kami sedang bermain tetiba doreyan gugur, apa lagi tinggalkan permainan sekejap dan berkejaran utk mendapatkan nya..

rule dia amat mudah.. pat nyo nyo sape dapat dia punya.. so tak ada sape yg iri hari, kalau tak dapat kali ni tak pe tunggu akan ada giliran nanti kita pulak yg dapat. Bunyi doreyan gugur tu yg menjadi topic perbualan kami masa aku balik semalam.. mak kata doreyan yg gugur di sebelah rumah tu tak de bunyi macam doreyan gugur..mana tak nya doreyan tu rendah dan berada dalam kawasan lapang pulak tu. Bila gugur pun tak perasan.. dulu masing masing memang peka dengan bunyi doreyan gugur. Sauuuuuuuuuuuuu….. buk!!!. terdengar je memasing berkejaran siapa cepat dia dapat dan bunyi doreyan gugur ni jugak ada lucunya.. dalam diam diam , apa yg kami buat dengan menggunakan pelepah kelapa , kami bawak ke kebun doreyan lalu memukulkan kepada daun daun pokok yg rendang sebelum memukulnya ketanah.. akan terdengar bunyi sauuuuuu buk !! hehe.. maka berkejaran memasing ke arah bunyi dengan menjangkakan ada doreyan yg gugur.. sedang kami yg menyorok kat belakang pokok terkekek2 sambil menahan perut cuba supaya jangan sampai kedengaran hehe sambil memerhati gelagat saudara kami mencari doreyan..

doreyan sebelah rumah tu banyak lagi di atas pokok nya.. harus kena balik lagi tu hehe buah dia sederhana besar, isi dia nyam nyam nyam.. tebal dan enak sekali. Biji dia kecik je.. makan se ulas dua macam makan doreyan muar sebiji

| zino at Sunday, June 06, 2004 :: (0) <-->
Friday, June 04, 2004

keputusan peperiksaan PTK 1 & 2

Sebelum ni heboh satu Malaysia bila keputusan peperiksaan PTK di umumkan untuk guru.. hanya 0.1% yg mencapai tahap kecermerlangan. markah yg perlu di perolehi utk mencapai tahap tersebut ialah 80%..kira A1 kot kalau ambik kira peperiksaan SPM atau SRP.bila di tanya mengapa bagitu tinggi peratus kelulusan di perlukan? jawapan yg di berikan untuk layak mendapat kenaikkan gaji menegak atau melintang perlu mendapat markah 80% jugak.. patut ke tak patut ?

keputusan yg sama juga telah di umumkan semalam di tempat aku ni.. bagai satu tiupan taufan yg melanda..sebahagian nya terkejut dengan keputusan merasa marah kecewa dan sedih, sebahagian lagi memang sudah menduga apa yg bakal di terima dan sebahagian lagi langsung tak mau membuka sampul surat keputusan tersebut. bila di tanya , dengan rasa kecewa menjawab "it make no different , tapi aku dah jangka aku tak kan lulus." jawab nya ringkas langsung tak mau membincangkan nya lagi.

persoalan nya adakah PTK berjaya mencapai matlamatnya? adakah yg gagal menunjukkan mereka tidak mencapai tahap kecermelangan yg di perlukan ? sedangkan di kalangan mereka pernah mendapat pergerakan gaji melintang sebelum ni. malah ada yg mandapat nya dua kali sehingga menyebabkan rasa iri hati di kalangan rakan sekerja.. dan adakah yg telah berjaya mempunyai tahap kecermelangan lebih baik dari yg lain.

aku berpendapat PTK hanya mempunyai petunjuk kecermelangan akademik semata mata. siapa yg rajin membuat rujukan belajar menghafal dan membaca.. atau kebetulan dapat spot tajuk tajuk yg bakal keluar dalam peperiksaan , dia yg akan lulus. kepada yg sibuk dengan tugas harian, sibuk dengan famili dan sibuk segala2nya sehingga tiada masa utk menumpu kepada peperiksaan , akan gagal mendapat keputusan yg baik. so ada sedikit yg bernasib baik dan ramai yg tidak bernasib baik.di tempat aku ni 5% bernasib baik 95% kurang bernasib baik. so what next? yg berjaya tersenyum riang, yg gagal mula memberontak, kalau pun tidak secara terus, dalam diam akan mengurangkan kecermerlangan bekerja..produktiviti akan menurun, kesungguhan akan luput , urgency akan di abaikan , mungkin bekerja ikut selera yg dah tak seberapa...

mungkin kah? tiada siapa yg tahu.. itu lah yg aku dengar dari cakap cakap org yg kecewa..

| zino at Friday, June 04, 2004 :: (0) <-->
Wednesday, June 02, 2004

kisah doreyan..

Bila ungku nor bertanya pasal doreyan aku teringat satu kisah semasa di kg dulu.. bila di ingatkan kembali terasa lucu pulak hehe.. kisah nya macam ni. ada satu keluarga di kg aku tu.. kiranya saudara juga le.. bila tiba je musim doreyan.. memasing mula berubah perangai.. semua jadi sombong pasal doreyan.. masa tu di kg doreyan ni macam satu harta yg berharga . masing masing berlumba lumba mendapatkan nya.. so kisah nya adik beradik pun boleh bergaduh dan tak bertegur sapa pasal doreyan..kalau org luar apa lagi.. masa tu memang tak berapa kenal le.. hehe..

kadang ada lucu nya .. bila doreyan gugur..belum sampai ke tanag lagi pun.. memasing dah bersedia nak lari , bukan nak lari sembunyi diri tapi lari sape dulu mendapatkan doreyan tu.. caya tak..? tak caya? memang kalau sekarang org tak caya tapi dolu dolu itu lah yg berlaku pada famili ni.. kenapa sampai di kejar? pasalnya harga doreyan masa tu memang berbaloi utk di jual.. tak makan pun tak pe.. asal doreyan yg dapat di kutip dapat di tukar dengan RM..

itu dolu , dolu lain sekarang lain..sekarang ni tak de lagi kot.. pokok doreyan pun dah banyak yg kena tebang.. ada di antaranya dah terlalu tua.. ada yg merajuk agaknya bila tuan dia asyik bergaduh setiap kali musim doreyan..dan ada juga di tebang kerana nak buat rumah.. org dolu2 tanam doreyan dalam kawasan rumah kenkonon utk menyenangkan anak cucu.. tapi akhirnmya ank cucu berbalah...

sekarang ni guna RM kalau nak doreyan.. pegi ke kepasar malam, datang je cokit berlambak doreyan.. tak payah nak gaduh2.. kalau gaduh pun pasal nak rege murah lagi.. hehe.. teringat pesta makan doreyan rumah ** dolu hehe.. jom kita pakat pakat sHARE MAKAN DOREYAN ramai2 nak ke?

| zino at Wednesday, June 02, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, June 01, 2004

kisah musim cuti

cuti sekolah telah bermula . ramai yg mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga tapi bagi kami sekeluarga kementerian pelancungan terpaksa di tutup utk musim cuti kali ni.... pasal nya fizah ada tusyen , malah alang dan fizah terpaksa korbankan cuti utk membuat persediaan exam yg akan datang tak lama lagi. along kena ambil alih kementerian pengangkutan pepagi kena ikut kami ke opis dan bawak balik kereta utk menjemput fizah balik nanti. bila semua bercuti termasuk kementeria pendidikan tinggi.. perbendaharaan aku merasa gusar sedikit.. banyak peruntukkan tambahan di perlukan di pelbagai kementerian terutama komunikasi dan multi media.. bagitu juga hal ehwal pengguna. hehe.. poning kepalo den..

cuti sekolah ni juga ramai yg mengambil kesempatan utk mengadakan majlis kenduri kahwin.. ahad lepas aku te;lah menghadiri satu majlis. minggu depan ni kalau tak ada aral melintang aku akan ke slim river pulak. jugak pasal kenduri. seminggu lepas tu ada lagi satu majlis di kg. semalam ipar aku dengan biras datang utk menjemput kami menghadiri majlis perkahwinan anak dia. kena balik lah tu. di hari yg sama seorang staff baru di pejabat ni jugak akan melangsungkan perkahwinan dia di shah alam.. majlis majlis ni jugak boleh memening kan kepalo hehe.. saham perlu di keluarkan utk pelaburan masa depan hehe..

ok .. nanti aku menulis lagi..

| zino at Tuesday, June 01, 2004 :: (0) <-->