Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Friday, July 30, 2004

abahh! nak roti canai..

semalam masa aku ambik baby rumah kakak tu dia dah tidur..masa tu dah dah pukul 7.45 kot. so aku dukung le baby balik ke rumah terus bawak dia naik tidur kat atas. tapi kira2 jam 10.00 malam baby terjaga.
"abah nak makan roti canai!". mata masih terpisat pisat lagi.
"alamak, parah jawabnya" aku berkata pada diri ku. dah terbayang nak berjalan jauh ke gerai roti canai di taman mulia tu.
"abah pegi beli, adik tunggu rumah ye!" aku cuba pujuk baby.
"adik nak ikut" jawab nya cepat sambil menunjuk muka cembeng dia tu.
"kalau nak ikut, adik jalan tau" aku pujuk lagi.
"adik pegang abah je" jawab baby. aku keliru dia nak pegang tangan ke?.
"adik pegang tangan abah, jalan ye" aku cuba dapat kepastian.
"dukung je" jawab bay selambe.

alamak macam mana ni. nak dukung baby sampai ke gerai sinun tu.. aduss lemah lutut. aku mencari jalan macam mana nak bawa baby ke gerai tu. stok roti canai instant dah habis pulak. lantas aku teringat kereta tolak baby masa baby dulu, kereta tu dah jadi barang mainan dia. kadang tu dia minta aku tolak dia di kawasan hall tu. ok lah aku dah dapat jalan penyelesaian nya.

"baby, adik duduk dalam ni ye abah tolak" aku kata. mem dah jeling aku. hehe
"nak nak" jawab baby tanpa banyak bicara. dia memang suka pun. dah galak kali dia ajak aku berjalan kat luar tu naik kereta tu. aku mem dab baby pun ke gerai berjalan kaki melalui flat sri kota, kemudian merentas flat baru yg aku buat dulu..(tak perasan apa nama yg dia org letak) menuju gerai roti canai kassim di tempat letak kereta depan pasaraya tu. masa pergi kesana ok lagi sebab nya banyak jalan yg menurun berdesup je aku tolak baby dalam tu. sesekali baby menggayakan macam org bawak F1 hehe. siap dengan injin dia sekali.

tapi masa balik jalan tu banyak yg mendaki, aduss selow le sikit. bila selow baby complain , " abahhhhh, laju le sikit!!" dengan suara halus yg di tinggikan. aku pun bagi le pelbagai alasan kenapa tak boleh laju laju hehe.. malam tadi baby tidur jugak masa aku ambik dia. nasib baik dia tak terjaga minta coti canai lagi. pasal nya aku dah keletihan nak berjalan. balik semalam mem ajak ke pasar malam nun kat PB tu. lepas tu ke pasaraya pulak. malam tu baru ambik baby.

| zino at Friday, July 30, 2004 :: (0) <-->
Wednesday, July 28, 2004

episod akhir kot

petang semalam aku dapat panggilan dari geng UNSER, wan zawawi , dia dah cek dengan kawan dia di SC shamelin, agaknya kesian bila dia baca kesulitan yg aku perlu lalui utk hantar kereta di sg rasa .pagi tadi i call shamelin tapi kawan dia tak jawab, maybe dia sibuk kot. so i pun ke kurnia insuran office tak juh dari office i ni utk ambik borang claims.

sampai sana dia minta i ke tkt 6 utk buat claims, la i datang nak ambik borang bukan nak buat claims lagi..hehe. tak pe lah naik jugak lah .di sana i di sambut mesra oleh petugas bernama kamarul. bersusah payah dia menjelaskan berkaitan kurnia express , dimana dia akan terus estimate kesosakkan jika kos terlibat kurang dari RM 3000.00 dia akan terus keluarkan cek atas nama aku dan aku boleh pegi repair di mana saja aku suka. apa kata kalau kos repair lebih RM 3000.00.? don't worry lepas dapat cek i boleh pegi kemana workshop dapatkan anggaran mereka kalau kos repair tak mencukupi i boleh pulangkan balik cek tu dan hantar keter ke panel kurnia atau toyota service center utk proses biasa. tu yg buat aku termenung memikir sama nak ambik ke offer yg di beri.. akhirrrr nya aku kata ok. dia pun terus order adjuster utk buat estimate kerosakan ambik gambar atas bawah depan belakang dan minta aku tunggu sementara dia search harga spare part dan sebagainya.

akhirnya aku di beri cek bernilai...oops kurang sikit dari maksimum. lepas tu i terus ke Toyota service centre shamelin cari kawan wan. dia pun panggil sorang makenaik utk tengok kereta aku dan buat anggaran berapa pulak kos repair. mamat tu tanya berapa kurnia bagi.. ooops mana boleh bagi tau hehe estimate le dulu aku nak compare..akhirnya dia dapat satu harga anggaran RM ... kurang sikit dari nilai cek yg aku dapat. hehe makna nya ada balance le.. lega rasanya.. so aku pun tak tunggu lama utk bersetuju di repair di shamelin dengan kos yg di tentukan. janji kereta aku akan siap hari isnin.

masaalah claim dengan 3rd party aku kena uruskan kemudian, selepas dapat report polis , lakaran dan 3rd party report pada 4/8/04 nanti. kurnia kata aku kena submit sebelum insuran kereta aku expired..ie in 2005 lama lagi tu.. hopefully semua akan berjalan lancar juga.. tak lupa aku nak ucap terima kasih kepada Datuk kenneth chua (president funser club ) , haslinda (perunding insuran) dan wan zawawi (kawan funser yg sedia membantu)

| zino at Wednesday, July 28, 2004 :: (1) <-->
Tuesday, July 27, 2004

part 3

Nak sambung lagi pasal kereta.. nampak nya lambat lagi zino boleh hantar kereta ke workshop. ptg tadi zino ke Toyota service centre di sg rasa, Klang. mula tu blurr jugak kat mana lah agaknya sg rasa tu. dua tiga kali call baru lah dapat bercakap dengan sorang mekanik, tony. bila dia kata masuk kiri selepas stesyen BP di federal highway, aku dah dapat agak kat mana sg rasa. dan tekaan aku memang tepat. rupanya sg rasa tak jauh daru UITM shah Alam bukan di bandar Klang sana tu. Tapi heran jugak kawasan tu dah dikira Klang, bukan lagi shah Alam.

so aku mendapat penjelasan lanjut apa yg harus aku buat seterusnya. memula aku kena tunggu report penuh pihak polis, yg di janjikan akan keluar dalam tempuh 2 minggu selepas lapuran aku buat dulu. dalam report tu ada gambar kereta aku yg di ambil pihak polis, lakaran kejadian dan lapuran pihak yg melanggar kereta aku dulu. lepas tu aku kena ke JPJ utk buat JPJ search utk mendapat kan maklumat insuran kereta yg melanggar. dan aku juga perlu mengisi borang claims yg perlu diperolehi dari pihak insuran. selain dari photostat IC, lesen kereta, policy insuran, geran kereta dan sebagainya.

yg tak sedap dengar tu pihak workshop beritau kat dalam tu ada 20 biji kereta toyota dalam que utk di repair, kalau kereta aku masuk aku kena tunggu sekurang2 nya 2 minggu sebelum dia org boleh tengok kereta aku.. aduhhh lama tu. dalam pada tu aku kena merancang plan B utk fizah, bagaimana ke sekolah dan ke tusyen. tapi sebelum aku selesai mencari jalan fizah terlebih dahulu mempunyai cadangan .. pepagi naik bas ke sekolah (alamat kena bangun lebih awal) dan tusyen tumpang kawan baik dia. dan aku merancang nak pinjam motor angah je.. hehe angah pun dah bersetuju. tapi bukan nak pegi kerja cuma nak guna utk ke kedai, hantar fizah dan sebagainya . nak pi keje kenalah naik LRT .. ok lah tu..

tapi aku dah kata kat insuran nak sewa kereta dan charge kat insuran.. tak tau apa jawapan mereka.. hehe..

| zino at Tuesday, July 27, 2004 :: (1) <-->
Sunday, July 25, 2004

perhimpuan keluarga di Tanjung Karang

Oleh kerana tajuk ni berkaitan dengan kaum kerabat di kg rencana ni telah di alih bahasa.. kepada yg memerlukan tranlater sila rujuk dengan penulis.. hehe.

sebagaimano di janji, semalam den bersamo saudaro di kg berkundo kundo ke tanjung karang. patut e den kono balik kg dulu ambik mak , tapi ado yg kosian nak numpangan omak den dari kg. tak payah den balik lae..janji den tunggu di stesyen petronas solopeh tol sg besi. maso tu den tak tau berapo ramai yg akan poe TK. bila den sampai ket petrol stesyen saudaro den dah sampai dulu.. den lewat sikit pasal fizah ado tusyen. ado limo keto, abob, zizul,candak,kawan abob, dan keto den. maso tu den masih tak tau mano nak tinggal, omak den koba an abob dah book banyak ghumah kek sano cukup utk saudaro yg datang. pueh den mike an mano lah abob tompah, hotel ke? chale ke? ahh hontam yo lah. lopeh bincang semua setuju nak ikut sg buloh ke kuala selangor lopeh tu ke tanjung karang.

memulo tu konvoi le sesamo, tapi bilo sampai trafik light sg buloh memasing dah bepisah. de dah tak nampak yg lain cumo zizul jo yg ngekor keto den. tak po lah asal semua sampai ke tompek dituju. tapi den ingat keto den yg last sekali. bilo sampai kuala selangor baru den talipon abob, tanyo kek mano? rupo e dia org kek belakang. maso mano pulak den motong hehe. lopeh tu den selow je lah menunggu dia org datang, pasal den pun tak tau toboh yg nak pegi ni. abob potong bilo dah sampai tanjung karang, lopeh jambatan dia masuk kiri yg lain tu ngekor jo lah. ghupo e sampai ke pusat latihan dan khidmat masyarakat UKM , tanjung karang. la den ingat tadi duduk hotel rupo e asrama .. hehe.. ok lah tu. bilo sampai penyelia asrama sambut kami dan makan tengah hari pun dah ready..tongah ari apo dah pukul duo lebih.. dah kebulo ni.. hehe.. den dapek duo bilik , asrama e kocek yo satu bilik tak muek den limo beranak. nampak e den kono tidur dengan alang dan baby..dan mem dengan fizah.

petang tu ghamai lagi saudaro yg sampai, angah dari ampang, pina, kamu, bang manshol dari s'ngapor , zilah, sazali, bang anoh, dan sapo lae yo dah tak ingat dah hehe.. sobona e malam ni akad nikah anah buah den si abob tu. pukul 8.45 rombongan ke rumah pengantin pempuan di parit 3 skinchan, jalan kek skincan mak oi teruk betul, tapi masih boleh lalu le.. kalau banyak keto dah sah jem gilo tu. majlis akad solosai jam 10.30 agak e.. lopeh tu balik ke asrama UKM tidu..

esok e pepagi dah ado yg ngajak pi makan roti canai ke pokan tanjung karang. baby tidu lagi, minta alang yg jago..bila den balik dah makin ramai saudaro yg datang, angah dari shah alam, kak long dari kg, anak/ menantu kak long, mak teh, nomi , kan sah, ramai lagi lah.. den kiro ado dua lobeh puloh keto .. lopeh tu ado satu bas lagi rombongan dari kg ..kakak den dari sabak tu pun datang. kalau di kiro sumo ado seratus agak e.. hehe . tuan rumah dah di bagi warning sebelum tu. kalau rombongan dari kg datang jangan tekejut memang ramai. memang meriah. memang kecoh hehe.. tu lah deh org kampong den. memang soko bona bejalan.tapi bagus jugak maso ni lah saudaro nak berkumpul.

| zino at Sunday, July 25, 2004 :: (0) <-->
Thursday, July 22, 2004

part 2....
 
9.30 mlm
lokasi balas polis Jln Bandar

malam tu aku ke balai polis membuat lapuran..sebelum keluar baby tanya "nak pegi mana, abah?" 
aku kata "kereta kita kena langgar " ,
baby tak puas hati, bertanya lagi " langgar kat mana?",
sambil berlari keluar nak tengok .. aku pun tunjukkan tempat2 yg kemek dan pecah..
baby kata" ehhh org ni wat apa langgar keter adik?"
ok jom kita pi balai polis, aku pun bukakan pintu belakang utk baby naik
nak tau apa baby kata," biar adik bawak kereta" hehe..
aku tanya " kenapa pulak?"
baby jawab, "nanti org langgar lagi keter adik kang"  agaknya dia ingat biar dia yg drive.. baru lah selamat. hehe..

semasa dalam perjalanan ke balai, kenneth talipon, "Datuk kereta u exsiden ke? are u ok? " eh macam mana dia tau. kenneth kata dia baca dalam forum funser, wan zawawi yg tulis. rupanya semasa di tempat kejadian tadi isteri wan zawawi nampak keter tu, lalu memaklum kepada wan, dengan segera satu folder di buka hehe.. sampai di balai kamato pulak talipon ingin pengesahan dari apa yg di baca. pagi tadi aimman talipon dari JB bertanya perkara yg sama, farris juga ber sms beberapa kali bertanya kabar. terharu pulak rasa bila kenkawan mengambil berat hehe

sampai di balai aku kena isi borang lepas tu kena taip sendiri report dalam PC yg di sediakan.. polis tu kata ikut je contoh kat dinding tu , aku pun tak fikir panjang ikut je ayat yg mana relevent hehe. bila siap polis tu bagi aku satu salinan report dan aku kena mengadap sgt Md Shah di tingkat satu. sgt minta aku tunjuk "kecederaan" yg kereta aku kene. rupanya sebelum tu dah ada sorang yg terlibat dalam exsiden tu yg datang report , so banyak le soalan yg kena aku jawab semasa sgt memikir macam mana exsiden berlaku.

kereta aku diambil gambar , dalam pada tu datang sorang mamat mengimpit aku, katanya kereta yg sebelum tu tadi dah agreed minta dia urus segala repair. so dia pun mula menabur janji janji manis nak aku repair keter dengan dia jugak. "oleh percaya ke?" "kenapa ? tak percaya ke? " tapi aku tak komen apa , senyum je dengar dia kata. last bila dah selesai urusan dengan sgt dia minta lapuran report aku nak urus semuanya, aku kata "tak pe lah kalau i nak service u, nanti i call u" sebelum tu dia dah bagi calling card kat aku. rupa2nya ada jugak yg ambik kesempatan atas kesusahan org lain.

11.00 pagi
balai polis jln bandar lagi..

aku kesana utk mengambil salinan report semalam, salinan yg telah di sahkan. gambar gambar yg di ambil aku kena tunggu lagi dua minggu setelah mengisi borang aku di maklum supaya datang balik 2 minggu lagi utk full report dan gambar. kawan aku ada cadang satu workshop, tapi aku kena semak dengan insuran dulu sama ada workshop tu panel mereka atau pun tidak.

bersambung...

| zino at Thursday, July 22, 2004 :: (0) <-->



5.15 petang..
lokasi bangsar.

lepas ambik mem di pejabat kami terus ke bangsar. mem nak ambik baju2 yg di tempah seminggu yg lalu. memang setiap kali tempah baju. dia akan hantar di sebuah kedai di bangsar.. berhampiran stesyen LRT putra bangsar..

6.20 petang
lokasi jln istana Baru menuju seremban highway.

semasa melepasi istana negara, aku nampak sebuahkereta di pandu dengan amat perlahan di lorong kanan dan cuba memasuki lorong kiri dengan cara yg agak bahaya. aku hon dan terus berlalu mengelak ke sebelah kiri. bila sampai berhampiran jejambat sebelum projek SMART tunnel, aku terdengar satu dentuman kuat di belakang dan dari cermin sisi aku nampak sebuah kereta melayang di udara dan menghempap betul di belakang kereta aku, berderau darah aku .. nasib baik terkena bumper dan sedikit belakang kereta..,kemudian sebuah kereta toyota camry meluncur melanggar sisi sebelah kanan kereta aku dan melekat di situ.alamakkk kereta aku...

beberapa minit aku tergamam, aku toleh kereta camrydan aku nampak driver dia seolah2 menggigil dan cuba di tenteramkan oleh isterinya (agaknya) yg duduk diseat belakang. apa kena dengan driver tu..sebuah motosikal berhenti berhampirankereta aku, dan penunggang nya  mencadangkan akumengalihkan kereta ke tepi sebelah kiri.gaya macam polis.. (tapi mem kata org biasa..) selepasmengalihkan kereta aku turun melihat apa yg berlaku.

di belakang aku kereta wira erobak yg terbang tadi kemek teruk di pintu belakang sebelah kanan dan remuk di belakang, kereta camry remuk di hadapan, dua buah wira lagi kemek sedikit di belakang, sebuah BMW kemek di sisi kiri dan hadapan... kereta aku? aduh ni yg sedih nak cerita.. kemek di pintu sisi kanan belakang, bumber belakang kemek dan pecah, lampu belakang kiri pecah , pintu belakang bercalar..tapi aku dan mem ok..aku pening memikir..kereta mana punya angkara. mem kata kereta camry.. aku bertanya dengan driver yg lain semua kata kereta camry.. mem kata itu lah kereta yg di pandu perlahan tadi. tapi aku masih tak paham bagaimana sebuah kereta menyebabkan 6 buah kereta merana.. termasuk kereta aku. aku tengok driver camrytu macam org sakit, tak berkata sepatah pun dan masih di tenteramkan oleh isterinya yg sarat mengandung..

masingmasing menasihatkan aku mengambil no pendaftaran semua kereta yg terlibat terutama kereta yg melanggar kereta aku. aku menalipon haslinda.. (pakar insuran aku hehe) memaklum apa yg berlaku, aku harap dia dapat membantu menguruskan claims insurana ku nanti. pasal dia wakil insuran utk kereta aku hehe.. bila polis datang aku bertanya lagi apa yg harus aku buat, nak tau apa polis tu kata " kalau tak berlaku kemalangan maut, dan kereta encik boleh jalan, lebih baik le encik balik, tapi sebelum balik pastikan encik dah catit no kereta yg terlibat dan buat lapuran di balai polis jalan bandar" kalau encik tunggu akan menyebabkan kesesakkan. memang sejak tadi jalan dah sesak..mana tak nya enam kereta tersadai di sebelah kanan dan kiri.

bersambung.....

| zino at Thursday, July 22, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, July 20, 2004

fening memikirkan nya...
 
hari sabtu lepas kami balik kg , mula tu ada dua perkara yg nak di lakukan .. kira2 dua dalam satu.. pertama nya kerana ada majlis kenduri di sebelah rumah mak, sepupu aku nak melangsungkan perkahwinan anak dia.
 
satu perkara lagi nak menjengok rumah mertua di LC.. tapi sebelum balik tu ada lapuran dari kg LC maklum banjir dan rumah di tenggelami air.. mesej tu mem beritau mak dia , pujuk tak payah le balik sebab banjir, bukan boleh nak kemas rumah pun..so kami tak jadi ambik dia di Shah Alam utk balik sama. memang setiap minggu dia akan ajak kami balik kg , tapi bukan sengaja kami tak nak balik, tapi macam macam perkara yg perlu di bereskan yg dia tak mau paham.. fizah sabtu ahad ada tusyen, along dan angah pun kenkadang nak balik berehat dari kesibukkan di kolej. nak makan masakan mak dia..bila kata nak balik kg dia org tak nak ikut.. sedangkan mem kalau anak dia tinggal rumah dan kami balik kg dia tak sedap hati..
 
so kami pun balik le sabtu tu.. pasal kenduri je.. sepupu ni masa duduk KL dulu memang tempat aku mengadu masa aku belajar di kolej memang tak patut kalau aku tak balik. malam tu keluar  TV banjir besar di LC , aku tak sempat tengok berita, tapi ayah yg cakap.. rumah mertua pun masuk TV hehe..selesai kenduri mem ajak aku ke LC nak tengok besar mana banjir tu hehe.. sampai di simpang ke sawah raja ada satu notis, jalan tutup..banjir , tapi kami redah je.. sampai ke simpang kundur satu notis lagi jalan tutup , malah di atas jalan tu di letak kon, aku terus jugak pasal tak ada org berkawal, sampai simpang ke LC ada polis menahan kereta aku, masa tu dah pukul 11.00 malam. memang gelap gelita, aku park kereta ketepi dan turun dari kereta. selamba aku tanya polis tu , "kenapa tutup jalan" hehe.. polis tu pun selamba jawab.. "kalau boleh lalu tak kan kami tutup" hehe kena sebiji.. tapi aku tak nampa di mana yg dalam tu pasal gelap mau jugak aku melangkah melewati sekatan polis tu..takut aku tidur lokap pulak malam tu..
 
malam tu mem talipon mak dia melapur keadaan sebenar, so tak payah le nak balik , memang sah banjir besar dan jalan pun tutup. esoknya mem talipon lagi nak cakap dengan mak dia, pasal malam tu kakak dia yg jawab.. tapi kami terkejut kakak dia kata mak dah balik kg dengan adik mem, adik dia ni memang tak reti nak kata tidak.. bila mem kata jangan balik rupanya dia pi pujuk anak bongsu dia balik.. malam ahad tu dia call mem beri tau tak dapat kemas rumah pasal banjir... ehhh geram nya dengar.. tapi tak boleh nak kata apa...
 
fening memikirkan nya...
 

| zino at Tuesday, July 20, 2004 :: (0) <-->
Friday, July 16, 2004

laman 2004 Tarikh : 17 July 2004 -25 Julai

Upacara Perasmian LAMAN2004 akan dilangsungkan pada 17 Julai 2004 (Sabtu) jam 4.00 petang di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Upacara Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput untuk turut sama hadir ke Taman Tasik Perdana pada tarikh dan waktu tersebut bagi menyaksikan upacara perasmian tersebut.

 
Pada 17 Julai 2004 orangramai yang ingin mengunjungi LAMAN2004 dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan awam dan menggunakan perkhidmatan syatel yang disediakan di Stesen Sentral KL, Ibu Pejabat DBKL dan Masjid Negara untuk membawa pengunjung ke Taman Tasik Perdana dan sebaliknya. Perkhidmatan ini disediakan setiap setengah jam mulai jam 10.30 pagi dan trip terakhir dari Taman Tasik Perdana tamat pada jam 10.30 malam.Walaubagaimanapun pada 18-25 Julai 2004, orang ramai dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta sekitar luar Taman Tasik Perdana seperti di Masjid Negara, Medan Selera Tanglin, Taman Rama-Rama, Masjid Bukit Aman, Perpustakaan JPA, Taman Burung, Memorial Tun Razak, Planetarium, Muzium Kesenian Islam, Stesen KTM, Dayabumi, Pejabat Pos Malaysia, Bank Rakyat, Padang Merbok, Carcosa Seri Negara dan Muzium Negara.
 
Perkhidmatan Syatel akan melalui kesemua tempat letak kereta tersebut untuk membawa pengunjung ke tapak LAMAN2004. Perkhidmatan ini disediakan sepanjang Festival ini yang berlangsung dari 17 hingga 25 Julai 2004.Pintu Masuk ke LAMAN2004 adalah melalui Kelab Perdana Diraja, Pustaka Perkhidmatan Awam KL dan Muzium Negara.Orang ramai adalah dijemput untuk menyaksikan pelbagai pameran flora yang diadakan sepanjang festival tersebut berlangsung.Waktu operasi LAMAN2004 adalah dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Tiket untuk memasuki LAMAN2004 ialah Dewasa RM2.00 dan Kanak-Kanak (6-12 Tahun) RM1.00 manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma.
 
Kunjungilah LAMAN2004 dan alamilah Warna-Warni dalam Kehijauan.


| zino at Friday, July 16, 2004 :: (0) <-->
Thursday, July 15, 2004

back to business..

Tiga hari aku tak masuk opis. tiga hari aku tak lalu depan opis. bukan aku tak suka kan opis ni tapi kerana aku di arah utk menghadiri satu kursus di Jw Marriot Bukit Bintang.. seronok ke kursus tu ? memang , kalau berseminar atau kursus memang aku suka. pertama aku tak perlu berkejaran ke pejabat nak punch card. kedua nya aku tak perlu memikir nak makan di mana lunch nanti? breakfirst apa dan sebagainya. di sana semua telah di sediakan.. ketiga aku tak perlu pening kepala memikir kerja yg bertimbun yg masih belum di bereskan.. kalau nak pening pun tunggu lah bila aku masuk semula ke opis nanti (hari ni le) ke empat sesekali dapat break from office work bagus jugak. tengok perkara baru, jumpa orang baru, bincang benda baru di tempat baru.. sembang perkara baru..makan di tempat baru.. hehe ke lima menambah ilmu atau mem refresh kan memori yang dah mula berkarat tu..(part yg tak pernah di guna lah..)

ke enam.. berjumpa dengan org lain dengan kerjaya lain dengan problem lain.. dan macam macam lagi lah hehe.. utk kesana aku naik monorail. kalau bawak kereta aku akan berhadapan dengan masaalah baru pulak traffic jem la, parking la, bla bla bla

hari ni aku punch card semula, tempuh jem semula, berkejaran semula sekarang back to the same business.hehe

| zino at Thursday, July 15, 2004 :: (0) <-->
Monday, July 12, 2004

broooom brooom brooooom

Esok angah mula lah brooom broooom dengan motor baru dia. dua hari lepas aku sms dia
nak cari motor, terus dia kata nak balik.. hehe nak ikut lah tu agak nya takut aku
beli kan motor di luar citarasa. aku dah stanby kan RM seadanya.. tapi aku sendiri tak
tak tau berapa yg cukup..buku cek ready dalam kereta. bila aku sembang dengan sorang
kawan kat kedai besi..hehe ada sebuah kedai kat opis tu dia org gelar kedai besi pasal
nya banyak sangat besi yg nampak dalam kedai tu (dibuat guna besi lah..) kawan aku
pesan,"kalau nak beli motor utk anak, lebih baik kita tanya citarasa dia, takut nanti
dia tak puas hati" tambah nya lagi "kalau budak kecik senang kita nak pengaruh tapi
kalau dia dah besar panjang elok kita minta pandangan dia sekali biar dia puas hati"

OK lah aku ambil ingatan akan nasihat dia tu, aku tengok anak dia semua menjadi, so
masa aku nak cari motor tu angah ikut sama. Kat tempat aku di ceras tu ada beberapa
kedai motor.. bila aku masuk kedai tu ada beberapa jenis motor dengan perbagai harga..
pendek kata macam macam adaaaa.. hehe . aku tanya tokey tu motor yg bagus, tahan
lasak,dan yg murah hehe.. tokey tanya "siapa mau pakai?" macam pakai seluar pulak..
aku tunjuk anak aku yg dah mula tersengeh tu... "oo olang bujang punya aa biar dia
pilih la.." sebiji macam nasihat kawan aku sebelum ni. so aku tanya angah motor macam
mana yg dia nak.. tapi angah dah ada something in mind , dia nak beli macam motor
kawan dia, SUZUKI LAGENDA 110 CC. gere dia RM 4****.** , alamak lari sikit dari baget
aku..ok lah asal angah puas hati aku belikan jugak..

Pagi tadi angah dah register kat Shah Alam, rupanya kalau owner regester sendiri satu
jam siap, kalau kedai yg buat 1 minggu.. hehe.. malam tadi aku ambik angah di shah
alam, esok dia akan urus sendiri di kedai.. lepas tu motor boleh bawak balik ke
Shah Alam.. semuga angah gunakan motor tu dengan cara yang betul, untuk perkara2 yg
betul jugak..dan aku kena bersedia kalau2 along pun sebut nak beli motor..

| zino at Monday, July 12, 2004 :: (0) <-->
Saturday, July 10, 2004

keras kepala atau kerana hak

Selepas aku menurunkan mem di pejabatnya aku ada dua pilihan utk balik ke opis, sama ada aku buat satu round opis mem lalu masuk balik ke jalan besar atau aku terus jalan ke depan melalui jalan susur belakang dan kembali ke jalan besar nun jauh di depan.

Satu pagi tu aku decide utk terus guna jalan susur. jalan tu atk le besar sangat dan sepatutnya 2 way traffic, tetapi pasal nya jalan tu berhampiran kawasan perumahan jalan pekeliling maka banyak le kereta yg parking di kiri kanan jalan tu sehingga menyebabkan sebahagian jalan tu hanya boleh di lalui satu kereta di satu satu masa. that how this story begin..

apabila aku menghampiri jalan yg sempit tu ada sebuah teksi dan sebuah kereta iswara sedang melalui nya dari arah yg bertentangan. so berlaku pertembungan di tengah jalan yg sempit. sedang kan kereta aku ada di belakang teksi tapi masih agak jauh sedikit. dalam keadaan tersebut salah satu kereta terpaksa berundur untuk memberi laluan kepada kereta yg satu lagi. aku tengok teksi yg beralah berundur sedikit (sikit saje) dan kereta iswara terus jalan ke depan tapi masih tak boleh meneruskan perjalanan.

dari jauh aku nampak driver teksi mengarahkan driver iswara utk membelok ke kanan supaya dia boleh jalan terus , manakala driver iswara pula memberi isyarat teksi perlu di undurkan lagi atau membelok ke kiri supaya dia yg boleh jalan terus. masing masing tak mau mengalah.. agaknya ada beberapa minit masing masing tak bergerak. la.. apasal pulak ni masaalah yg senang dah jadi rumit. lepas tu aku nampak driver teksi keluar dari teksi dan menunjukkan bermacam isyarat kepada iswara.. dalam hati aku berkata, masaalah ni tak mungkin dapat di selesaikan dengan mudah. pergaduhan pasti berlaku kalau driver iswara pun keluar dari kereta nya.. habis tu aku ni nak tunggu ke, nak menyaksikan adigen yg tak masuk akal ni ke? .. lantas aku buat keputusan membelok ke kiri masuk ke kawasan perumahan pekeliling dan keluar berhampiran BP station .

dia org masih nak bertegang leher ke, masih nak menuntut hak siapa yg patut lalu ke atau masih nak mempertahankan kepala batu tu lantak lah, tak kuasa aku nak tunggu. pagi pagi lagi dah nak cari gaduh..

tak paham tak paham.. anda paham?

| zino at Saturday, July 10, 2004 :: (0) <-->
Thursday, July 08, 2004

survival skill

tajuk ni pun ada kaitan dengan topik komunikasi yang sedang hangat di bincangkan di sebelah.. pagi ni aku dan team satu projek tu kena berhadapan dengan satu jawatankuasa arahan perubahan. jawatankuasa ni bertanggungjawab menimbang dan meluluskan satu permohonan tambahan kos projek dengan alasan alasan tertentu. Ahli jawatan kuasa ni terdiri dari pengarah jabatan, akauntan dan pihak pengurusan kontrak. menunggu di luar bilik mesyuarat satu hal sementara giliran kami sampai. dari pukul sepuloh hingga ke pukul 12.30 baru le di panggil (sampai turn) . nak turun pegi minum dulu tak tau group yg sebelum tu lama ke sekejap..nanti kalau sampai giliran kami tak ada nyanya kena tembak hehe..

so jam 12.30 kami masuk, ahli jawatankuasa dah penat sejak pagi tadi bersoal jawab, kami pulak dah penat menunggu . bila kami bentang kes , mula lah kena bombard dengan why why why.. ada soalan yg sopan santun dan boleh di jawab dengan sopan santun tapi ada soalan yg mencabar segala skill tapi perlu di jawab dengan penuh sabar dan sopan santun jugak.. so di sini le "servival skill berkomunikasi perlu di guna sepenuhnya utk menyakinkan semua ahli jawatankuasa akan justifikasi tambahan harga di perlukan. aku tersenyum dalam hati je bila mendengar penjelasan salah sorang perunding menjastifikasikan kerja kerja tambahan yg perlu di laksanakan. berputar putar berbelit belit.. hehe.. dengan susah payah memberi penjelasan. yang bertanya tak interested dengan detail tapi berminat nak tau kenapa perlu di tambah, di ubah, di tukar , kenapa tak di fikir semasa rekebentuk dan sebagainya..

tapi akhirnya masing masing dah keletihan, jam dah pukul 1.30 keputusan pun di capai. permohonan di luluskan , aku berasa lega, perunding lagi lah lega dah berpeluh menjawab, jawatankuasa pun lega .. ada lagi 4 item belum bincang. aku keluar bagi tau miting kena tangguh minggu depan..jawatan kuasa dah kepenatan.. masing masing mengeluh tapi tak boleh nak kata apa.. sebelah petang masing masing ada urusan lain..

bagitu jugak lah dengan kita masing masing perlu ada survival skill utk berkomunikasi terutama utk menyejokkan suasana yg panas hehe..

| zino at Thursday, July 08, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, July 06, 2004

tak sampai sepuloh perkataan sehari !!

Pagi tadi aku round the KL . memula tu ada satu projek di Taman Tasik Titiwangsa, projek baru yang baru serah tapak kepada kontraktor,lepas tu ke Taman Maluri cheras projek lama dah penghujung tempuh kecacatan pun dan last sekali ke Wangsa maju projek aku yang sedang rancak di laksanakan. semasa di Wangsa maju tu aku tertarik dengan satu topik perbualan dengan seorang kenalan bukan pasal projek tapi pasal komunikasi.

Dia ni selalu merantau dari satu projek site ke satu projek lain, so tak pernah kekal di satu2 tempat , paling lama bertahan dua tahun sebelum berpindah ke tempat baru. kerana sibuk dengan kerja tak sempat nak bercinta awal.. he he. so dia ni baru berumah tangga dan mendapat seorang cahaya mata. tinggal nun di seremban, sedang dia mencari rezeki di KL. kenkadang balik kenkadang tak balik. nak jadi cerita dia kata "saya aa, satu ali tak penah cakap lebih 10 perkataan dengan saya punya bini, manyak susah mau cali itu hal mau cerita" aku termenung juga mendengar nya dan cuba2 menghitung " aku ni berapa patah perkataan cakap sehari ye" hehe.. aku pun cadang dia mencari satu tajuk yg boleh di jadikan perbualan bersama maybe pasal anak dan sebagainya ." ye lah kita olang selalau cakap pun pasal anak" sambung dia lagi. " kalau tak ada anak tak tau apa mau cakap "

soalnya perlu ke komunikasi panjang lebar ? berapa banyak perkataan yang dikata normal? atau perlu ke kita hadkan bilangan nya. any komen

| zino at Tuesday, July 06, 2004 :: (0) <-->
Friday, July 02, 2004

ke sekolah lagi

Hari ni aku ke sekolah lagi, kali ni sekolah keb Taman Midah ambik report card Hafizah.sejak semalam lagi anak dara tu berpesan minta aku datang awal, pasal nya boleh balik awal. pepagi tadi tanya lagi pukul berapa aku boleh sampai. bila aku kata pukul 11.00 dia mula monyok hehe.. bila aku dah on the way ke sekolah pun dia call lagi, " abah datang pukul 9.00 tau, cepat le" desak fizah lagi..

bila aku sampai dah ramai ibu bapa yg menunggu, ramai nya kaum ibu le.. aku dah jangka
aku akan menunggu lama . kalau kaum ibu yang masuk jumpa cikgu soalan dia A-Z dan ulang lagi A-Z beberapa kali..( agaknya le hehe ) .kat luar darjah tu di susun 10 kerusi sape yg datang awal duduk di kerusi yg ujung sekali bagitu lah seterusnya.. cikgu paksa ibu bapa jadi murid sekolah rendah jugak.bila yang ujung tu masuk jumpa cikgu ibu bapa kene bergensot kat kerusi di sebelah dan bagitu seterusnya. hehe kelakau kan tapi itu yg terjadi.. ada bapa yg marah2 buat apa nak bertukar kerusi setiap kali ada yg masuk dalam.. tapi nak buek macam mana.. susunan di buat bagitu. aku pun tak setuju. entah berapa kepanasan terpaksa di lalui hehe (kalau faham le) .

setiap seorang ibu aku tengok mengambil terlalu banyak masa utk berbincang dengan cikgu.aku dah tunggu satu jam tapi masih belum dapat berjumpa. ada sorang ibu mengambil masa lebih 20 minit bercakap dengan cikgu.. alahai.. apa yg di bincangkan lelama tu, so aku kata kat bapa sebelah, "don't worry, i won't take that long to talk to the teacher" .apa yang aku nak cakap pun. Fizah ok result dia pun ok. tak ada yg aku nak complain ..bila aku masuk aku cuma cakap aku dah tunggu terlampau lama di luar, cikgu kata dia pun tak boleh nak buat apa ibu2 yg masuk nak bercakap dia tak boleh nak suruh brenti pulak hehe.. so cikgu kata "hafizah tak ada masaalah, dia ok, dia pandai, markah pun ok" so ok lah aku pun tak ada apa nak cakap. terima kasih dengan cikgu dan terus bangun.tak sampai satu minit. hehe

sampai kat luar bapak kat sebelah aku kata " very fast, thanks you" dia lega kerana
tak perlu tunggu lama lagi. aku dan fizah terus balik ke rumah.. nak ke opis ke ?
dah pukul 10.15 ni.tak sempat kot nanti nak balik jugak. nasib baik miting petang
ni kol 3.00 so pi opis petang je lah..

harap fizah kekalkan kecermelangan sampai ke UPSR nanti dan seterusnya..

| zino at Friday, July 02, 2004 :: (0) <-->
Thursday, July 01, 2004

kena marah sampai mengigau

Kesian baby zino.. semalam masa aku datang ambik dia , dia dah mula buat hal. tak mau jalan nak dukung. ok lah bapak dia ni larat lagi nak dukung. Bila sampai kat bawah nak singgah kedai dulu. kedai pulak sebelah tu je. nak gula2 aku belikan gula gula. dalam kereta alang dan fizah dah stanby, nak pegi makan terus dah kelaparan lah tu. sampai ke gerai makan kat taman mulia tu baby nampak 7-11 . kan nya boleh nampak, nak air vitegen pulak. saje aku park jauh sikit dengan harapan baby tak payah ikut ke 7-11 biar aku pergi sendiri. tapi tak berhasil nak mengekor jugak.

masa dalam kereta ke sana dia asyik mengutil satu2 gula coklat dan longgok dalam tangan. so ada le sebeban di genggamnya. bila tegur dia jawab, "tak pe kejap je." sampai je kedai dia nampak gula2 lain pulak.

"abah, pegang gula2 adik ni" sambil menghulur tangan kat aku.
"tak nak,adik pegang sendiri" jawab ku ringkas.aku dah masak sangat perangai dia tu.
"nanti kotor tangan adik kang" balas nya lagi.
"biar, sape suruh keluarkan semua" balas ku pendek.
"isshh abah ni, adik tak suka gula ni" jawab baby dah mula nak marah.
"abis tu kenapa beli tadi " aku balas balik dengan nada serious.
"nah abah ambik le" baby mula tinggi kan suara.
"tak mau, adik pegang tadi kata nak air vitegen kan?" aku terus menduga dia.
"adik tak nak air, adik nak gula2 nanti lapar adik kang" dah makin pandai dia.
"tak mau, jom ambik air vitegen " lalu membawa dia kat tempat air .malangnya air tak ada stok. aku cadang air lain baby tak mau ada can le dia dapat gula2 tu. akhirnya aku belikan gula2 yg dia nak.
"buka bah" pinta baby bila keluar dari kedai.
"tak boleh, makan dulu gula2 yg dalam tangan tu" aku terus berkeras.
"balik rumah baru makan" sambung ku lagi.

baby mula mengamuk. mula dia nak buang gula dalam tangan dia tu, alasan nya tangan dia dah lekit, gula2 coklat tu dah mula cair. aku terus berkeras tak bagi. aku kata kat baby, kalau terus degil lain kali jangan ikut abah pegi kedai lagi. sepanjang jalan aku membebel kat dia sampai ke gerai makan.hujan pun mula lebat. baby takut bila aku kata lain kali bila pegi kedai dia duduk rumah, atau tunggu dalam kereta.
sampai ke gerai hujan makin lebat..hehe.. aku terus marah dengan baby.. selagi gula dalam tangan dia tu tak habis jangan buka gula yg baru tu kalau dia terus berdegil aku nak jual balik gula2 tu hehe.. akhirnya dia mengalah.. dia bagi gula2 yg baru beli tu aku pegang sambil dia makan gula2 yg dah mula cair dalam tangan tu satu satu. sekejap tu baby ok balik. minta aku suapkan dia makan nasi kuah tomyam.

balik rumah baru baby dapat makan gula2 yg baru tu. aku hanya cuba mendisplin kan baby.tiap kali pergi kedai ada saje barang tambahan yg dia nak. malam tu baby tidur mengigau.. beberapa kali terjaga ajak aku naik tidur kat atas sedangkan masa tu dia tidur kat atas. kesian baby.

| zino at Thursday, July 01, 2004 :: (0) <-->