|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Monday, August 30, 2004
janji telah di kotakan..
dua hari lepas sms yg aku kirm tak berbalas, aku ingat dia balik kg pasal tu tak dapat jawab..rupanya sedang berurusan. tadi semasa aku di flat sri kota nak ambil baby aku sms lagi memaklumkan malam ni nak datang hantar pisang bonzai.. aku suspen jugak bila mem beritau dia dah bagi pisang tu dengan kakak dia yg datang semalam.. tapi aku yakin kalau ada rezeki pasti ada bahagian utk ucuk..
tetiba aku menerima panggilan dari ucuk.. rupanya dia ada di taman permaisuri bersiar siar.. oo kalau macam tu tak payah le ke rumah , tunggu di sana aku datang membawa pesanan. kebetulan mem , alang dan fizah pun ada ikut sama nak pi makan.. setelah bercerita panjang kami pun beredar dari taman..lagi pun dah senja kala.. tak jadi makan di kedai, terus beli bungkus dan makan di rumah..
harap ucuk dapat menikmati pisang bonzai tu bila tiba masanya nanti.. ada lagi ke? ada,tapi anak dia masih kecil..lagi. kena tunggu beberapa bulan lagi utk keluaran akan datang.. hehe..
sekian... jom pi tengok bunga api... MERDEKA MERDEKA MERDEKA....
|
zino at Monday, August 30, 2004 ::
(0) <-->
hari minggu yg panjang..
12.00pm
aku call ep cadang nak konvoi dengan dia ke klang. nak harap aku sendiri ke sana sah nanti sosek. ep cadang aku ke rumah dia jam 2.30pm sebelum pergi.pelan ke rumah mely memang telah aku print sejak semalam lagi. pelan yg ep kirim tak kunjung sampai, nasib baik melor baik hati forward kan satu.
2.15pm.
baru bertolak dari rumah, itu lah janji melayu tak pernah tepat hehe.. alang dan fizah bertanya nak kemana? tapi tak de reaksi nak ikut sama. memang kami cadang mereka akan tinggal, makanan utk mereka telah kami sediakan. kari kepala ikan dengan ayam goreng, kambing masak kari serta udang goreng sekali.. meriah tu.. tunjuk kat stadium merdeka...
3.15pm.
kami masih mencari rumah mely.. ikut plan memang nampak mudah. tapi bila kami turun dari jambatan ke pelabuhan selatan, kami dah kehilangan arah. pelan yg di beri salah ke atau dah kami yg salah baca hehe. kami terlajak sampai ke pelabuhan utara. setelah ep bertanya arah tuju baru lah kami perasan tapi dah 4km tersasar.. hehe sosek jugak rupanya.. zar talipon kali kedua.. cepat cepat ngaku sosek hehe..bila kami sampai zar dah menunggu, sekejap tu melor pulak muncul.. bila sampai ke kemah beberapa kawan geju lagi muncul.. yg aku kenal sorang je salina.. rupanya memasing dah berpakat utk sampai di waktu yg sama..
4.30pm
ep cadang makan di muara ikan bakar. dah lama aku mendengar ikan bakar di muara ni tapi aku tak pernah sampai kesana lagi. dulu penah aku terai nak mencari dengan mem tapi sosek entah kemana. so kali ni aku tak melepas peluang utk ke muara yg di war warkan tempat makan ikan bakar yg menjadi sebutan tu.
5.45pm
kami menuju kemuara, mula tu cadang nak menyoping utk mengabiskan masa yg terluang.sebelum tu kami ke hospital utk melawat sorang kawan geju ep tapi dia telah pun di discharge. first time aku sampai ke muara. berjalan jalan di persisiran pantai . baby sibuk nak ke gigi air..tapi tempat tu bukan pantai yg boleh kita mencecah kaki ke air. kebetulan terjumpa org menjual cendol pulut, mem teringin nak menerai semangkuk dulu.
7.30pm
ikan bakar mula di hidang. aku pulak sibuk memujuk baby, memula masuk ke tempat makan tu dia nak mula ewwekk.. nampak gaya macam aku tak jadi makan le kalau baby tak lulus masuk ke tempat tu.tapi lama kelamaan dia mula selesa di tempat tu baru aku berani bawak dia masuk. kalau tak pasti ada majlis yg spoil kalau baby muntah.tapi aku makan sikit je..pasal masih kenyang makan di rumah mely siang tadi maklum lah lunch dah pukul 3.30pm.. hehe
8.30pm.
kami terpaksa minta izin utk balik dulu, tak sempat nak sembang lama. aku perlu sampai ke cheras 9.30 utk mengambil hafizah dari tusyen. masa pegi dia tumpang kawan dia. aku perlu cari hiway utk segera sampai ke KL. asal ada tanda menuju KL mengguna hiway aku pun redah je. nak cari hiway kesas entah di mana, akhir nya aku masuk hiway NKVE berdesup sampai di KL sampai tempat tusyen jam 9.35pm. kira on time le tu..
10.00pm
tugas aku belum selesai. kena pulak menghantar angah balik sebelum tu kami singgah di car4 cheras, aku tau car4 tutup pukul 11.00pm so sempat le lagi membeli belah utk angah. pukul 10.45pm baru keluar dari car4. terus ke shah alam dan sampai semula ke bandar tun razak jam 12.30 mlm tadi.
sah satu hari minggu yg panjang..
|
zino at Monday, August 30, 2004 ::
(0) <-->
Saturday, August 28, 2004
kecurian di pejabat
Dua tiga hari ni kecoh sikit kat opis aku pasal kecurian di pejabat. dua hari lepas bos aku yg terkena. talipon bimbit dia dia kena kebas di bilik dia sendiri.!! pelik kan. rupanya ada org lain juga terkena.
lotus operandi dia.. katanya si pencuri ni datang dengan berpakaian kemas siap bertali leher lagak macam saleman dan sebagainya, dia akan masuk ke pejabat tanda di syakki oleh sesiapa pura2 hendak berjumpa dengan sesaorang utk menunjuk product.. maklum lah pejabat kami ni tak berhenti org datang, bebas keluar masuk , kat lobby tu kan main ambik pas tapi bila naik lift je dia org ni bebas kemana dia org suka..
lepas ni tak boleh tinggalkan bilik tanpa di kunci.. alamat ada yg melayang nanti..
|
zino at Saturday, August 28, 2004 ::
(0) <-->
Friday, August 27, 2004
masak di rumah atau beli je di kedai??
Saya tak tau org lain tapi bagi kami sejak menjak ni selalu pulak makan di luar, dah le sarapan pagi di luar, makan t.hari pun di luar bila balik kerja bawak anak anak pergi lagi makan diluar. sesekali tu beli lauk makan di rumah tapi kadang tu lepas ambik baby terus singgah di kedai nyamtap dulu. ada le alasan tu kenapa makan malam awal, pertama pasal hafizah ada tusyen pukul 8.00 dan alasan lagi satu baby mesti minta roti canai bila aku datang ambik dia.
tak penah masak ke? selalu gak mem masak, kalau hari minggu atau masa cuti memang makan kat rumah le unless along dan angah balik buat permintaan khas nak makan di luar. tapi bila hari2 bekerja lebih mudah beli je.. kadang tu belikan utk fizah dan alang je.. pasal dia nak tusyen kalau tunggu semuanya sedia alamat kebulur le anak dara tu. balik tusyen nanti baru boleh makan.atau beli lauk je di luar balik makan kat rumah. yang aku ni tak cerewet sangat makan makan ni.. dapat nasi lemak pak aji pun jadi. kadang tu numpang roti canai baby je..
yg payah sikit mem le pasal mak dia ada duduk bersama. bila kita beli je ada lah rungutan dia nanti, tak pedas le tak itu le tak ini le.. letih jugak bila aku dengar..tapi seperti biasa aku tak kata apa lah... nak buat macam mana , balik kadang tu lambat.. bila sampai pun dah penat..nak usik itu ini tah kol brape baru ready.. bungkus je lah...
itu saje sekian terima kasih..
|
zino at Friday, August 27, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, August 25, 2004
Janji Melayu..
Kenapa dengan tajuk tu..? pasti ada sesuatu yg menarik kenapa aku mahu menjadi kan tajuk utk di kupas. kalau sebut janji melayu semua org akan mendapat satu gambaran satu janji yg akan di lunaskan tapi bukan pada waktu yang di janjikan.. tapi pada waktu tertangguh. macam siaran tertangguh gitu.. dan aku ada satu kisah utk renungan.
Dua hari lepas ada sorang mamat tu talipon aku, kunun nya nak datang buat presentation satu product yg kebetulan sedang aku cari utk projek di Wangsa Maju. ok lah kalau dia nak datang. so aku pun setkan supaya dia datang jam 3.00 ptg semalam. Bila sampai waktu, 3.00 ptg aku mendapat panggilan dari dia, mintak tangguh ke pukul 4.00 kenkunun jem di jalan Ampang. Aku pun tak kisah nak datang pukul 4.00 masih ok lagi. tapi 4.30 dia call lagi kata mungkin tak sempat sampai pasal masih sangkut dalam jem.!! boleh percaya ke tu? ok lah datang saje esok pukul 10.00 pagi.
pagi tadi aku tunggu lagi, macam menunggu buah bacang tak gugur, kenapa buah bacang? pasal kalau kat kg buah bacang tu org baling je dengan kayu bagi gugur..hehe geram lah tu. sampai kol 10.30 dia tak muncul, call pun tidak. Mamat ni biar betul, boleh percaya ke berurusan dengan org macam ni, kebetulan sorang kawan aku talipon nak jumpa aku kat lobby, aku pun turun dan keluar dengan kawan tu cari kedai mamak utk minun dan sembang. nak tau mamat tu datang office aku pukul 11.00 . eewah, dia boleh cakap kat staff aku mungkin aku terlupa appointment dengan dia..dia tinggalka kad kat meja aku. mula rasa nak buang je kad tu. tapi tak pe lah aku bagi dia peluang lagi . nak tau apa dia kata bila aku call, dia terlupa pasal banyak sangat appointment.kat staff aku dia cakap lain , tapi bila aku call cakap lain pulak.
pukul 12.30 aku sms seorang kawan utk mendapatkan supplier product yg sama, tapi syarikat lain. bila aku call , mamat tu jawab, "boleh fax awak punya opis punya plan ka? " hai, mamat mana pulak ni jalan dalan KL pun tak tau, opis aku pun dia tak tau di mana. ok lah sekejap lagi aku fax kan. aku pun buat lakaran ringkas kedudukan opis aku, dan tulis satu nota " saya berminat utk mendapat maklumat teknikal tentang product tuan, bla bla bla.. bersama sama ini di sertakan pelan ke pejabat saya" dan no talipon sekali. aku jangkakan dia akan call buat appointment utk buat presentation. tetiba jam 1.30 tengahari terpacak dua org mamat ah chong depan pintu aku. kebetulan aku tak keluar makan hari ni..Ingatkan sape yg datang.."tadi lu ada talipon pasal itu balang, " laa.. dah sampai.!!
dalam hati aku berkata.. no wonder org kita jauh ketinggalan dalam business. buat appointment kan main, tapi tak muncul2 janji melayu ke tu? sedang kan bangsa asing, dapat je peluang langsung tak tangguh..
|
zino at Wednesday, August 25, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, August 24, 2004
dulu lain sekarang lain
Semasa di kampung hari tu.. banyak nostalgia lama yg di selongkar bersana sanak saudara yg dah lama tak berjumpa..kalau tak ada majlis macam ni .. tak dapat le nak berkampong. istilah berkampong tu le yg telah kami kupas bersama..
Kalau di masa lalu, bila ada satu keluarga ingin menguruskan satu majlis kenduri kahwin, majlis berkampung akan di adakan. sanak saudara jauh dan dekat akan balik dan berkumpul di rumah tuan rumah utk membincangkan persiapan majlis. menetapkan beberapa tarikh penting sebelum hari kenduri itu sendiri. sekurang2 nya seminggu sebelum majlis akan di adakan majlis gotong royong mendirikan beberapa bangsal , tempat makan para tetamu (meja dan kerusi dari buloh) , tempat persediaan lauk pauk, bangsal memasak , tempat membasuh pinggan mangkok, kemah kugiran, dan lain2 bangunan sementara utk kegunaan di hari kenduri
seluruh bangunan2 ini di perbuat dari buloh, yg di pasang sedemikian rupa , tidak ada paku yg digunakan , semuanya di ikat rapi menggunakan rotan atau tali rapia. dan di hias dengan kertas warna supaya nampak menarik. bumbung nya sama ada gunakan kemah kanvas askar yg tebal tu atau pun atap rumbia.
bila tiba hari kenduri ramai yg akan membantu melayan tetamu, mengemaskan pinggan mangkok, membansuh, menyediakan sajian dan sebagainya. suasana gotong royong dan keakraban sesama saudara mara memang jelas kelihatan. tuan rumah hanya menghias badan menyambut setiap tamu yg datang menghantar mereka ke kemah makan.. setiap tetamu akan di bekalkan bunga telur, sapa yg ulur lebih tu dapat le telur lebih.. hehe so kita akan dapat gambaran sape yg salam nipis sape yg salam tebal hehe.. yg salam kosong pun dapat telur jugak.. kalau org pempuan mereka datang dengan handbag yg standard, di kg di panggil boko dalam tu di isi dengan pelbagai juadah , paling ringkas di isi dengan beras. bila balik boko akan di isi tuan rumah dengan juadah juga seperti pulut kuning dan telur...
tapi sekarang sudah jauh berubah.........
|
zino at Tuesday, August 24, 2004 ::
(0) <-->
kenapa tak percaya..?
Baby sekarang ni suka mengajuk apa yg org cakap, so berlaku lah satu skekta pendek ni di rumah ..masa tu dia sedang makan roti canai feberet dia tu, dia oder air oren kat mak dia, taruk batu sekali , hehe nak air batu le tu..
"ehhh masyam le air ni" kata baby sambil mengerutkan dahi.
"ye ke biar mak rasa, kan sedap tu" kata mak dia.
"kenapa, tak percaya ?" selambe je baby tanya sambil ketawa.. hehehe..
sekian terima kasih..
|
zino at Tuesday, August 24, 2004 ::
(0) <-->
Sunday, August 22, 2004
hilang nama dek gelar
pagi semalam jiran sebelah rumah tanya aku,
"irwanshah tu anak buah ke?" aku terpinga pinga sape yg di maksudkan tu.
"irwan mana?" aku tanya balik kehairanan.
"dia mekanikal engineer kat UKM" dia beri penjelasan.
"oooo si abob", jawab ku sambil ketawa kecil.
"kami kenal dia dengan nama abob, baru hari ni dengar nama dia irwan shah." jawab ku.
"dia ada jemput ke majlis persandingan esok" jelas jiran ku lagi.
"oh ye ke.., abob tu anak saudara aku, rumah mak dia sebelah rumah mak aku , petang nanti kami balik kg. esok datang le" aku balas.
"inshaAllah, cadang tu nak pergi" jawab jiran ku lagi.
kami balik kg jam 6.00 ptg sabtu. sampai ke kg dah azan magrib.kami terus ke LC, malam nya baru aku ke rumah mak, alang, fizah dan baby ikut sama. mem seperti biasa perlu sediakan makanan utk mak dia. di kg kakak aku dari sabak dah sampai. aku turun ke bawah ke rumah acik sebelah utk bertemu sanak saudara yg turut balik. aku di sapa seorang jejaka, aku perasan dia dari singapore tapi aku tak perasan sape nama dia. kami berbual beberapa ketika sedangkan aku masih lagi meneka2 nama nya. bila dia sebut abang ali ada di sana, aku terus keliru , aku ingat tadi dia lah ali, anak abang sepupu aku yg bekerja di singapura tu. makna nya dia ni adik si ali. ahhh aku terlupa nama dia.
malam itu juga aku berjumpa sanak saudara jauh dan dekat yg sama sama balik ke kampong, berbual mengenang nostalgia lama. sedang aku seronok berbual, baby dah dapat kawan berkejaran kesana kemari di dalam malam gelap, kawan dia anak kakak dari sabak , walaupun anak kakak lebih tua dari baby tapi selamba je baby bermain. bila baby dah mengantuk kami pun balik semula ke LC.
esoknya pagi pagi aku datang semula ke rumah mak, di rumah acik sanak saudara sedang melapah daging kerbau yg baru di sembelih. inilah satu acara gotong royong yg seronok aku saksikan. aku cuba menyelitkan diri utk membantu , tapi aku datang tanpa persediaan , tanpa pisau yg tajam apa yg boleh di lapah..umpama maju ke medan perjuangan tanpa senjata. hehe.. akhirnya aku hanya menyebukkan diri di tempat org bekerja. jam 11.00 lebih kurang aku ke LC semula utk menjemput keluarga utk sama meraikan majlis si mempelai.
mak risau menanti adik aku balik, dah jam 2.00 bayang adik aku yg duduk di bangi tu belum nampak lagi. mak kata dia dah talipon bagi tau, dan adik aku berjanji nak balik. aku terus menalipon dia,
" asalamulaikum, kat mana ni?" aku bertanya.
" kat rumah" selamba je adik aku jawab.
" tak balik kg ke?" aku bertanya sambil ketawa kecil.
" laaa kahwin anak acik tu hari ni ke?" tanya adik aku terkejut.
" ah ha hari ni le , pengantin pun dah sampai tu" balas ku.
" la , ingat kan minggu depan" jawab adik aku.
" tak ada rezeki lah nampak nya" kata adik aku lagi.
aku beritau mak hasil perbualan talipon aku dengan adik di bangi. mak dan ayah terkejut dengar, macam mana adik aku boleh tersilap tarikh sedangkan dia dah janji nak balik.. mmmm kalau dah tak ada rezeki nak buat macam mana...sekejap tu jiran aku yg sama bekerja dengan si pempelai pun sampai. aku menyebuk kan diri melayan dia makan.
aku balik ke KL jam 6.00 petang tadi. jem sikit kat seremban.. sampai KL waktu magrib jugak.. sekian kisah hujung minggu.
|
zino at Sunday, August 22, 2004 ::
(0) <-->
Saturday, August 21, 2004
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
|
zino at Saturday, August 21, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, August 19, 2004
hari ni patut buat kerja gantian..
hari ni aku tercuti..dua hari lepas mak cik tipah baby bagi notis nak cuti hari ni.. so aku kena take over tugas dia jaga baby. mem tanya aku apa aku nak buat dengan baby nanti. aku kata nak jalan jalan dan tengok wayang hehe.. bila dengar tengok wayang mem pun nak cuti jugak. tapi last minit makcik tipah tak jadi cuti, aku dan mem pun buat plan B , hantar baby rumah dia dan kami keluar dating hehe..
masa hantar tu baby dah suspek aku tak pi keje.
baby tanya "nak pegi mana ni?"
aku kata "nak pegi rumah makcik le."
baby tanya lagi" abah nak pegi mana?"
aku jawab," nak pegi keje lah"
baby tanya lagi" abis tu kenapa pakai baju tu?"
baru aku perasan baby tengok aku tak pakai macam nak pegi keje pun hehe..
selamba aku jawab" nanti le lepas anta baby abah tukar baju le"
memula kami ke tangling sarapan, terjumpa dengan geng lama aku, sama belajar di UTM dulu, nampak segak dengan tali leher walau pun rambut dah putih. bekerja di ikhram. lepas sarapan aku ke wangsa maju dulu. semalam aku dah janji nak kesana. nak cek something kalau aku tak datang hari ni isnin depan baru aku boleh pegi tengok. kesian pulak dia org nak buat kerja.
Selesai di wangsa maju aku ke jalan TAR, mem kata nak beli tudung, aku teman je dia yg bebelanja, lepas tu singgah di SOGO.. kami ni antara pelanggan terawal hari ni, apa tidak nya SOGO belum buka lagi kami dah terpacak dengan pintu.. mem belek beg tangan, pekenan lah tu. selesai membelek kami ke midvalley, plan B nak tengok wayang le.. cerita om puteh.. panggung tak penuh pun separuh pun tak sampai agaknya.. hari kamis sape nak tengok wayang.. hehe
lepas makan mem ajak ke SOGO balik.. katanya nak beli beg yg dia pekenan tadi.. laaa.. agaknya masa tengok wayang tu dia fikir pasal beg hehe.. so ke SOGO balik semata beli beg sebelum balik ke rumah...
tu je lapuran hari ni..
|
zino at Thursday, August 19, 2004 ::
(0) <-->
Monday, August 16, 2004
siapa aktifkan anda?
AF dah selesai, so tak ada alasan nak demam lagi hehe. keputusan pun semua orang dah tau, seperti di jangka yg menang tetap menang jugak. tapi satu persoalan yg selalu aku nak tau juga telah terjawab. berapakah agaknya SMS yg telah di hantar peminat AF. dalam paper hari ni kalau tak salah aku tadi tulis 15 juta sms di terima di seluruh Malaysia, itu tak masuk brunei lagi.. dan bila di congak congak lebih kurang RM 7.5 juta telah di belanjakan utk sms.. kaya singguh org Malaysia ni, untuk tempuh 10 minggu mereka boleh menderma RM 7.5 juta, dan kalau di hitung purata seminggu 750,000.00 di derma kan kepada Astro. so sendiri kiralah berapa masing masing menderma.. hehe..
soalan nya siapa lah aktifkan anda? di hujung minggu baby yg sentiasa aktifkan aku.. nak tau kenapa? beberapa hari ni dia sibuk minta aku belikan gasing, gasing jepun yg kalau mau di pusingkan gunakan sejenis alat tu.. tak perlu gunakan tali macam gasing di kg dulu. aku penah perasan gasing tu kat SOGO tapi tak beli, ingat kan kat JJ ada jual aku pun kesana. tapi tak ada . sebagai ganti aku belikan YOYO.. baby masih tak puas hati tapi terpaksa bermain dengan YOYO dulu. tali YOYO tu panjang bila di lepaskan YOYO jatuh ke lantai. baby dapat idea, dia pun berdiri atas kerusi bila nak main YOYO. abah kena ada di sini sebab nak ikat tali YOYO . hehe. lama lama baby pun give up susah sangat nak main YOYO tak boleh nak bergerak kemana asyik kena berdiri atas kerusi. maka di gera aku carikan gasing jugak.
tak senang duduk aku di buat nya , akhirnya aku keluar cari kat kedai mamak tu. ada pulak gasing, mure je 3.50 . bukan main seronok baby. balik je setat main, abah kena jugak duduk sebelah dia , bila gasing berputar dia nak abah dia saksikan , dan puji dia," pandai adik main" hehe. aku ingat bila dah dapat gasing boleh le aku relax tengok TB ke baca surat kabar ke , tidur ke.. hehe kena juga melayan dia. so sampai ke malam baby main gasing , abang kakak jangan nak kacau. "adik punya tu. rosak nanti gasing adik" kedekut tol ..hehe
so apa aktifkan anda?
|
zino at Monday, August 16, 2004 ::
(0) <-->
Saturday, August 14, 2004
sebentar di petaling street...
Macam mana aku boleh sampai ke petaling street pagi ni hehe. sebenar nya aku ke balai lagi tadi, syarikat insuran mahu aku beli semua report kereta yg terlibat kemalangan hari tu. semasa balik aku tergerak nak ke petaling street. sejak di bangun semula ini first time aku masuk. sedangkan yg buat dulu pun office aku yg handle dan kawan aku yg supervise tapi ni lah first time aku ke sana.. kenapa tak percaya ke ? hehe..
bila lalu di lorong tu aku teringat sati kisah di hongkong dulu. mungkin forbia dulu aku menganggap bagitu. banyak stall di kiri kanan jalan .masa aku datang masing masing baru membuat persediaan. ada yg dah mula berniaga ada yg masih memunggah barang dan ada yg gerai masih kosong. kenapa macam hong kong ? peniaga semua nya satu bangsa tu je. barang yg di jual tidak di letak tanda harga. harga yg di tawar juga pelbagai. kenapa aku kata macam tu?
aku sendiri mengetes nya. aku tak berani nak tanya harga barang yg mahal. kenapa? kalau di hong kong, bila dia org ni baru setat berniaga, first costemer penting. kalau kita dah tanya by hook or by crook kita mesti beli. there is no way out. anda akan di kepong beberapa "pelanggan" sehingga memaksa atau terpaksa beli. itu berlaku kepada kawan aku semasa di hongkong. balik hotel termenung, terpaksa beli dengan harga yg tinggi. mungkin tak berlaku di petaling street kot. aku bertanya harga satu barang, baju baby yg gambar spiderman tu? sape tau berapa harga dia? baju sepasang bila aku tanya dia letak 35.00 . aku pun kata mahal dan letak balik. tup tup harga jadi 30.00 ( tak tawar pun hehe.. ) aku kata mahal dan mula beredar, "aii ya cincai la gua kasi lu 20.00" .. (aku tak minta dia turun kan pun..) dan aku terus melangkah pergi. so berapa harga dia yg sebenar? aku pun tak tau.. murah ke kalau aku beli? atau aku masih di ketuk? entah..
beberapa langkah di depan aku lihat peniaga menjaul DVD cetak rompak, aku berhenti sekejap sekadar memerhati. tiga mat salleh sedang bargain dengan mamat ah chong tu.. hehe ah chong lagi. aku dengan dia kata RM 29.00 /DVD.. hai macam rege original je? yg aku tau along beli 5.00 je.. oooops aku pun tertengok DVD cetak rompak ke.. hehe..
so aku buat conclusion sendiri. di petaling street kalau nak beli, make sure tau dulu harga sebenar. dan kalau nak bargain, letak kan kurang separuh dari yg di tawar..jangan berjalan sensorang di sana. at any time kalau kita leka, kita pasti menjadi mangsa peniaga yg akan cuba mendapat keuntungan maxsima atas kelalaian org lain. aku harap di sana tak berlaku sepertimana di hong kong tu..
|
zino at Saturday, August 14, 2004 ::
(0) <-->
boat house bakal berubah wajah
Selain projek yg membuat aku hangin tu, aku juga sedang mengurus satu projek lagi di Titiwangsa. kalau kenkawan kesana utk beriadah, sudah pasti akan berasa keciwa kalau bermain boat menjadi satu agenda. sebabnya boat house "are close for business" sehingga di beritau kelak.. hehe. aku dengan team bagi projek ni sedang meningkatkan kemudahan untuk anda semua.
bangunan boathouse tu sendiri tidak akan di usik, akan kekal bagitu saja, maybe cat je kot..lagi pun anda yg datang tak berminat nak masuk ke sana pun sebab bangunan tu adalah pejabat dan tempat membeli tiket je, yg lebih utama persekitaran boathouse tu, tempat menunggu/menaikki boat, tempat memerhati boat, dan kawasan di sekitar boathouse tu perlu di pertingkatkan.
sekarang ni kerja kerja melantak cerucuk konkrit sedang rancak di jalankan (concrete piling driving in progress) dalam air lagi. pekerja yg menjalankan kerja tu kenalah gunakan boat..tapi driving di jalankan dari darat menggunakan modified piling machine..kalau nak tengok gambar pegi lah ke album tu.. nanti zino update dari semasa ke semasa. sehingga lah projek siap..InshaAllah..
nantikan wajah baru boat house di titiwangsa....
|
zino at Saturday, August 14, 2004 ::
(0) <-->
Friday, August 13, 2004
|
|