|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Wednesday, September 29, 2004
terperangkap dalam lift
Sape penah terperangkap dalam lift? sebelum ni selalu dengar cerita kawan dia terperangkap dalam lift ber jam jam sebelum "di selamatkan.." . ada lah satu lift kat opis aku ni, dah galak kali jugak memerangkap org, terutama waktu nak balik pejabat. kalau ramai penuh sesak dalam lift mau ada yg fengsan di buatnya..
ni yang nak cerita ni, tadi masa aku turun nak pegi makan, tetiba lift tu berenti kat tkt 16, nasib baik bukan aku sensorang je dalam tu.ada 6 mamat lagi.. picit loceng tak ada pulak sesape respond kat luar.. hai pegi makan ke semua mamat ni.. biar betul.. lama kami tunggu , lepas tu sorang tu call kawan dia kat atas, minta tolong carikan org dalam control room tu, tidur ke? aku pun call jugak.. talipon operator tak de sape yg jawab, mana tak nya time makan semua ilang le..
geram punya pasal , ada yg picit loceng tu tak berenti2.. baru le kluar suara mamat kat luar tu "jangan picit lagi sedang di baikki." hehe tu le sape suruh buat diam je.. ada 1/2 jam kot baru ok.. bertambah lapau aku dibuat nya..
|
zino at Wednesday, September 29, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, September 28, 2004
dua kali dah macam ni
Petang semalam, selepas ambik mem aku terus je jalan nak keluar melalui jalan susur di flat pekeliling tu, biasa nya aku buat satu round opis dia tu, kat jalan tu dulu lah yg aku terserempak dengan teksi dan iswara yg tak mau mengalah tu.. petang semalam satu kisah berlaku dengan aku.
semasa aku melalui jalan yg sempit tu tetiba seorang budak entah dari mana berlari laju di hadapan kereta aku, terkejut badak aku di buat nya dan terus emergensi break, mem yg tengah membelek apa tah, masih tak pakai talipinggang keledar terjerit dan terdorong kedepan terantuk kat dashboard . lama jugak aku terberenti kat situ memerhatikan budak tu terus berlari laju tanpa menoleh kebelakang lagi, aku tanya mem sakit ke ? mem kata ok je tapi aku tengok mem tak henti2 berungut dan memarahi budak yg tak pun hilang dari penglihatan.lantas mem cadangkan lain kali jangan ikut situ lagi.
jangan sesekali kita leka bila memandu, macam macam boleh berlaku dengan sedikit ke alpaan.. nasib baik betul.. macam macam aku bayang kan kalau aku tersentuh sedikit je budak tu..
|
zino at Tuesday, September 28, 2004 ::
(0) <-->
Monday, September 27, 2004
Nak panggil TV3 ? biar betul..
Terkejut aku baca bila geng UNSER kat JB tu tulis dalam forum, rupanya dia ada hantar e mail ke TV3 utk buat coverage perjumpaan kami di Puchong tempuh hari, dan jawapan pun ada di terima dari TV3 supaya berhubung dengan pihak pihak tertentu, agaknya di lain TT sekiranya bertepatan dengan masa dan keadaan harus ada TV coverage utk TT tu. kalau tak dalam majallah 3 terselit le kot di mana mana program..
Dalam pada tu ada juga geng yg akan berurusan dengan The Star utk buat coverage. kenapa perlu sampai ada coverage? sebenarnya forum yang satu ni lain dari yg lain. perpaduan antara kaum jelas nampak di terjemahkan oleh ahli kelab. baik dari kalangan ahli, kaum keluarga mau pun anak anak semua. tak ada siapa yang berasa kekok untuk bercampur gaul , berbual, bergurau . Malah masing masing cukup concern dengan kebajikan ahli. contoh nya bila aku kemalangan dulu bertalu2 talipon dan sms aku terima bertanya kabar dan memberi syor apa yg harus aku lakukan dan di mana kereta aku perlu di baikki. mereka juga tidak kekok untuk melakukan sebarang tugasan yang di cadang walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri utk melakukan nya.
aku harap lebih banyak forum forum sebagini ujud untuk menjadi contoh kepada keharmonian kaum di malaysia, tanpa mengira kedudukan , pangkat dan darjat , masing masing cukup selesa di antara satu sama lain . aku harap forum dan persahabatan ini boleh bertahan lama..
|
zino at Monday, September 27, 2004 ::
(0) <-->
Sunday, September 26, 2004
Bertemu wakil Puteri dari Johor
Persidangan dah selesai pun, dan cerita ni tak de sangkut paut dengan persidangan tapi ada kena mengena sikit dengan perwakilan puteri UMNO.. hehe.. pagi sabtu tu aku dapat mesej, katanya dia ada di PWTC mengikuti perjalanan persidangan, amboi jadi perwakilan ke atau jadi calon puteri.. dia tanya aku tak dapat PWTC ke? . menjelang pukul 11.00 aku decide ke sana. tempat aku ke PWTC hanya satu stesyen monorail je, aku naik dari medan tuanku turun di cowkit.
Dari stesyen lagi aku dah nampak kemeriahan , org ramai mundar mandir dengan urusan yg aku tidak pasti. bila aku menghampiri hotel pan pasific, keadaan semakin meriah, di sana sini penuh dengan org , sama ada sedang berjalan, sedang berkumpul, berbual dan macam macam hal. dalam fikiran kalau aku ke PWTC sekarang ni sure aku tak mudah mencari wakil puteri ni, lantas aku hantar mesej minta dia tinggalkan PWTC dan datang ke mall sebelah. masih boleh panggil mall ke walau pun pakson yg berniaga di sana sekarang.
Di mall pun ramai org, di starbuck penuh dengan org, ramainya duduk berbual tanpa sebarang oder, rugi lah tokei hehe di secret resepi pun penuh tempat duduk dengan org. bila dia tanya nak minum kat mana aku garu kepala.. ramai nya org , so akhirnya aku decide pot kat keney roger , ternyata kat situ tak le ramai sangat. memula dia kata nak datang dengan kawan2 , tapi akhirnya sorang je yg muncul, kenkawan dia dah balik berkemas kerana nak balik ke JB petang itu jugak. kepada geng JK pasti boleh meneka siapa perwakilan puteri yg aku jumpa, dia pun berkirim salam dengan semua geng JK yg di kenali. apabila hujan reda..kami pun bersurai dia nak ke PWTC semula dan aku pulang ke pejabat dengan monorail. ooops lupa nak tanya apa jawatan dia dalam puteri?
|
zino at Sunday, September 26, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, September 23, 2004
the world biggest dome
aku bukan mau bercerita tentang the world biggest dome di atas, tapi ada kaitan nya dengan satu projek yg sedang aku kendalikan. projek yg bakal menjadi satu lagi mercu tanda di lembah klang. projek ini mempunyai sejarah yg cukup panjang, menghadapi pelbagai karenah dan rintangan sebelum berjaya di lancarkan. bermula dengan masaalah pertukaran beberapa perekabentuk, kemudian di tambah dengan masaalah tanah yg di kaviet hinggalah kepada masaalah menyerahkan sebahagian dari tapak projek kepada pihak lain yg lebih di beri keutamaan.. pihak pertama yg di lantik utk kerja pembinaan juga menghadapi masaalah..tetapi akhirnya projek itu tetap di lancarkan..
dalam projek ini nanti ada beberapa buah dome yg akan dibina, dari berukuran 1.5 meter paling kecil sehingga berukuran 24 meter yg paling besar.. tapi masih jauh lebih kecil kalau di bandingkan dengan dome di atas yg boleh memuatkan 20,000 org . walaubagaimana pun ukuran 24 meter merupakan di antara saiz dome besar juga pernah di bina di malaysia. aku harap apabila dia nya siap di bina..ia akan menjadi kebanggaan warga kota dan menjadi tumpuan semua. InshaAllah.
|
zino at Thursday, September 23, 2004 ::
(2) <-->
Wednesday, September 22, 2004
jom main air di KLCC..
Actually baru sekali aku bawa baby mandi manda di Taman KLCC tu, memula nampak air tu dia hairan tengok org ramai mandi dalam tu, bila aku tanya baby nak masuk ke? dia rasa ragu ragu, agaknya takut air tu dalam ke atau risau ramai sangat org. bila aku bawa dia mencecah kaki ke air , baby tak mau lepas kan tangan aku, kesana ke sini di heret nya lah tangan aku, tapi 1/2 jam kemudian segala nya berubah, dia suruh aku berdiri di tepi perhatikan dia mandi, mula lah aku yg risau, baby mula berkejaran mengikut rentak budak yg lebih dewasa dari dia..
merayap dari satu tempat ke satu tempat yg lain.. aku mengekor dari belakang takut berlaga dengan bebudak besar yg berkejaran. lepas tu puas memujuk ajak minta baby berhenti mandi .. puas mandi dia berkejaran pula di taman permainan, semua mau di cuba.. seronok melihat kerenah dia..entah bila lagi dapat bawa dia kesana.. sebelum pergi tu aku kena jogging dulu..mendapatkan stamina.. hehe kalau tak aku penat dulu sebelum dia..
|
zino at Wednesday, September 22, 2004 ::
(0) <-->
Monday, September 20, 2004
TT Puchong
Malam sabtu lepas berlangsung satu lagi sesi TT geng FUNSER.. kali ini TT di buat di sebuah restoren mamak di Puchong. kali pertama aku sampai kesana, dengan tulip yg di sediakan peterscm aku berjaya menjejak tempat TT tanpa perlu menggunakan talian hayat hehe.. seperti mana motto FUNSER New places new faces. TT kali ini paling meriah pernah aku hadiri, di sertai 27 keluarga FUNSERIAN bermakna 27 UNSER berderet di luar restoren..oops 27-1 , seorang member datang dengan ALTIS kerana Unser dia merajuk hehe.. kemeriahan turut di rasakan ahli keluarga yg turut serta..
Sekalong tahniah aku ucap kepada hos TT malam tu, Wan Zawawi..yg juga telah belanja teh tarik utk semua. oleh kerana ramai geng baru yg datang aku syorkan tanda nama di sdiakan bagi memudah mengenali antara satu sama lain.. cadangan aku di sambut Victor yg juga seorang geng baru utk menyediakan tanda nama. tak sangka pula dia menyediakan tanda nama yg agak berkualiti.. nampaknya setiap kali TT kena pakai le hehe.. malam itu aku terkejut juga apabila seorang geng unser dari JB muncul, memula tu hairan juga ada seorang menamakan diri mr ABC akan turut serta, rupa2nya aimman dari JB..mana boleh tahan setiap kali TT di adakan dia hanya mampu membaca saja. bila kebetulan ada urusan di KL , maka peluang menyahut cabaran TT tidak di tinggalkan. leongk merupakan jurugambar kami malam tu, jeles jugak melihat camera dia yg canggih tu.. aku tunggu dia pamirakan gambar2 tu saje utk di cetak rompak hehe.
malamngnya tapi kami gagal lagi utk mengenali seorang geng unser yg di tunggu2.. entah apa halangan dia gagal muncul malam tu.. kami akan jemput dia lagi di TT akan datang. Dimana TT berikutnya?..Victor yg menyahut cabaran utk jadi hos TT seterusnya, kemungkinan selepas raya nanti..boleh lah di manakan TT kongsi raya..di Bandar Sri Damansara..tunggu...
|
zino at Monday, September 20, 2004 ::
(3) <-->
Friday, September 17, 2004
Obesiti: Dua cara kuruskan badan
kepada yg nak mengurangkan berat badan bacalah apa kata pakar..
Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Individu yang mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti hanya mempunyai dua cara terbaik untuk menguruskan badan.
Langkah yang perlu diambil ialah mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten.Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila berkata, ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak badan dan bukannya air atau otot badan.
Menurut beliau, langkah menguruskan badan yang terbaik apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan satu kilogram setiap minggu.``Individu perlu ingat, penurunan berat badan dengan kurang mengambil air akan menjadi sia-sia kerana ia hanya sementara,'' katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan.Katanya, ia berlaku apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan tinggi kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkabonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar. ``Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka akan mengalami pertambahan berat badan,'' ujarnya.
Oleh itu, kata Premila, adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama menguruskan badan. Jelasnya, langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, yo-yo diet dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan membuat individu tersebut gagal.
Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan yang betul iaitu:-
* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.
* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.
* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.
* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.
* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.
Bagaimanapun, tambahnya, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan, dinasihatkan berjumpa doktor.
|
zino at Friday, September 17, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, September 15, 2004
sape punya spek ?
Semalam bila aku masuk je rumah aku nampak satu spek puteh di atas rak kasut tu..dalam hati terus berkata apesal le angah letak spek kat situ..tapi hari ni selasa buat apa pulak angah balik kata banyak keje. lantas aku kata kat mem angah balik, mem pun meninjau semula keluar mencari kasut angah agaknya.. "mana ada" katanya. "tu spek tu , kan angah punya" jawab aku balik.
aku pun naik ke atas, urusan belum selesai, bilik bebudak tu terang pasal lampu di buka dan pintu pun terbuka sikit, dalam otak tu masih berkata angah ada balik, agaknya ada dalam bilik le tu. bila baby ikut aku naik ke atas, aku kata kat dia, "baby, angah balik pi tengok" baby pun bukan main gumbira lagi, dia memang ngam sangat dengan angah, pasal angah yg suka melayan dia , suka dukung dan sebagainya. "mana ada" baby jerit dari bilik sebelah, lepas tu dia pi turun bawah mencari, tak jumpa jugak. mem kata lagi, "mana ada angah, alang punya spek agaknya tu"
"bila pulak alang pakai spek, tu kan spek membaca macam angah punya tu" balas ku balik. masih tak puas hati. memang macam perasan sangat angah yg balik. bila selesai urusan di atas kami pun turun, nak tanya alang, dia tak ada pulak. kat bilik dia lah tu agaknya. tanya fizah, "sape punya spek tu?" "kawan kita punya, tertinggal kat sekolah agama tadi" jawab fizah.. lantas menyelesaikan kekalutan sebentar tadi..agaknya pasal angah dah lama tak balik jadi macam tu... hehehe.. minggu lepas mem talipon sorang sorang , along dengan angah tanya sape yg nak balik? dedua jawab bzzz tak dapat balik... along siap tanya" mak masak bes bes ke?"
tak pe lah tahun ni dua dua final year.. memang banyak yg nak di buat... aku pun penah jadi student dulu.. tambah lagi bila nak mencari bahan dan menulis tesis..dalam tesis tu ada nama along dan angah..hehe..
|
zino at Wednesday, September 15, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, September 14, 2004
nak seluar panjang dgn talipinggang
Apa nak cerita hari ni. sehari dua ni sibuk dengan meeting meeting meeting.. sampai beku idea nak bercerita di blog. nasib baik le bila teringat kerenah baby dapat idea ni. hehe.
sekarang ni baby sibuk tol nak pakai seluar panjang ada tali pinggang. lepas mandi je mesti cari seluar panjang. nak tidur pun pakai tali pinggang. nasib baik ada tali pinggang lama angah .. lilit sampai dua round hehe.. hari hari gaduh dengan mak dia nak seluar panjang..
kalau tanya kenapa nak seluar panjang , dia kata "adik dah bujang " hehe..
|
zino at Tuesday, September 14, 2004 ::
(0) <-->
Sunday, September 12, 2004
hari minggu di rumah...
Sejak dua tiga hari ni baby selsema dan batuk, maka aktiviti pun jadi terbatas. tapperiksa malam tadi waktu nak tidur batu baby menjadi jadi, langsung dia tak boleh baring. dan aku dengar nafas dia pun berbunyi. akhirnya jam 12.30 mlm kami buat keputusan bawak baby ke PUSRAWI. setelah di periksa Dr mencadangkan baby buat puff utk astma, ini rasanya kali kedua baby mengambil nya.
bila saja dia tau dia perlu mengenakan alat tu di muka nya dia pun menjerit dan menangis dengan kuat, puas aku memujuk dan terpaksa memangku baby bagi mententeramkan nya. lama kelamaan dia berasa selesa tambah lagi bila pernafasan nya semakin normal dan dia merasa lega. akhirnya dia tak mau aku memangkunya lagi malah meminta aku duduk di kerusi sebelah.. bila aku kata "baby macam bawak kapal terbang je," dia balas , "tak bah, macam bawak helikopter" hehe.. bila selesai Dr datang utk memeriksa baby, selamba je baby menghulur tangan dan bertanya "gula gula mana?" hehe itu dah jadi kebiasaan nya bila kami membawa baby ke klinik kasimm di flat sri kota.
1.30 pagi kami meninggalkan PUSRAWI, baby teringin nak makan roti canai, aku pun membawa dia ke gerai roti canai kasim menikmati roti feberet nya. oleh kerana dia tak berapa sihat dia cuma memakan sedikit saj roti canai yg lebihnya tugas abah dia menghabiskan nya. hari minggu kami tak kemana mana, tak mau baby terlampau aktif , bila dia aktif dia akan batuk dan kadang kala sampai termuntah, dia minta nak makan nasi ayam, bila di belikan dia tengok je tanpa menyentuh sedikit pun. bagitu juga roti canai. tapi baby menunjuk reaksi positif bila di beri ubat. aku harap baby segera sembuh, tak selesa aku tengok bila baby tak berkejaran kesana kemari, tak menanjat itu ini, dan tak membuat abang dan kakak dia terjerit bila asyik kena kacau dan barangan mereka di ambil baby.. hehe..
sekian utk hari minggu..
|
zino at Sunday, September 12, 2004 ::
(0) <-->
Saturday, September 11, 2004
ragam pengunjung blog...
Sejak beberapa hari ni aku perhatikan ramai yang berminat singgah ke blog ni dari dalam dan luar negeri... macam dah famous pulak hehe.. bukan itu topik yg nak aku bincangkan. tapi ada dua ketegori pengunjung yg nak aku sebut.
pertama
pengunjung yg datang , menulis sepatah dua kata dan menghilang kan diri tanpa dapat di kesan. makna nya tidak meninggalkan alamat email atau url blog supaya dapat di buat kunjungan balas. kepada yg singgah dan meletakkan email add biasa nya aku akan mengirim ucapan terima kasih atas kesudian singgah . ada juga yg membalas balik kehairanan ucapan thanks u utk apa , makna nya dia lupa dia singgah dimana dan bila. kalau tak ada alamat email aku ucap terima kasih di blog je.. aku tau dia tak akan singgah lagi..
kedua
pengunjung yg datang dengan ucapan yg tidak perlu di ucap. tak payah le aku tulis apa yg di tulis nya tapi cukup le aku kata , tulisan yg tidak patut di tulis langsung oleh se orang ahli masyarakat yg bertamadun, kenapa aku kata bertamadun, sebab sudah boleh mengguna komputer.. ok lah cukup le.. aku tak nak ulas panjang. bila aku terjumpa tulisan tulisan tu aku terus delete je dari blog sebelum sempat di baca oleh pengunjung lain atau pun telah di baca. ada juga yg meletak email add dengan tulisan yg se demikian rupa.. aku tak perlu membuang masa utk melayan penulis bagini..
aku tak pasti di blog org lain.. tapi di sini peminat nya pelbagai ragam hehe..
|
zino at Saturday, September 11, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, September 09, 2004
Puteri Gunung Ledang
Semalam aku dah buat ulasan pasal PGL tapi entah macam mana lembaga penapis filem tak luluskan maka nya tak keluar di blog aku ni. so sekali lagi aku nak ulas. harap kali ni berjaya. semalam aku dah tengok PGL di Leasure mall cheras bersama mem dan fizah. panggung nya tak sehebat Midvel dan sound system pun tak secanggih mid vel tapi kat sana senang nak book tiket.
ini filem kedua aku tengok selepas PSM , aku rasa filem ni lebih baik dari PSM dari belbagai segi, lakonan nya, jalan cerita dan sebagainya. kisah nya pasal hang tuah dah syok kat adik kepada raja majapahit, tapi si abang tak suka dengan hang tuah.dia org ni dah asyik bercinta le kenkonon, lepas tu ada pulak satu raja lagi pun syok kat minah tu, akhirnya si abang syorkan adik dia kahwin dengan sultan melaka.. hehe.. sultan pun syiok jugak le.. ok lah cukup le tu yg lain pi tengok sendiri..hehe
teknik penggambaran memang hebat, tapi kalau nak tengok Hang tuah yg mancho tu berpencak silat ada lah sikit, tapi ala ala kongfu le jugak.. hang Tuah kat sini lebih kepada seorang jejaka yg dalam persimpangan delima , maklum lah buah hati bakal di pinang raja. kat sini lah kalau nak tengok Hang Tuah frust.. ooops tercerita lagi..ok lah pendek kata sesuwai utk di tunton.. tapi kepada yg suka filem jiwa2 le.. sebab kongfu dia sikit je..
dah di tayang di peringkat antarabangsa.. tak kan orang local tak mau tengok hehe sekian terima kasih..
|
zino at Thursday, September 09, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, September 08, 2004
Puteri Gunung Ledang
Ini Filem Melayu yg kedua aku tengok setelah sekian lama aku tak ke panggong wayang, lebih lebih lagi kalau nak menonton filem melayu. sebelum ni aku tonton PSM, cerita nya ok tak le aku rasa menyesal menonton, tapi filem PGL aku rasa ia jauh lebih baik dari PSM.. tetapi kepada sesiapa yg suka menonton filem corak demikian. kalau kita bercadang nak menyaksikan aksi lincah Hang Tuah berpencak silat , atau Sultan Melaka menjatuh hukum, bukan ini filem nya.
Hang Tuah tidak menunjuk kehandalan nya bermain keris Tamingsari, tetapi PGL mengisahkan sebuah cinta terhalang antara Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang, ia itu adik kepada Raja Majapahit. ehhhh tak payah cerita banyak le nanti tak syok nak pegi menonton hehe.. pendek kata kepada yg suka kan kisah kisah cinta , cerita ini sesuwai di tonton.. tapi aku lebih tertarik bagaimana jalan cerita di olah.. dari sati episod ke satu episod ..membuat kita terus terpaku utk mengetahui episod berikutnya.. memang layak PGL di nobatkan filem terbaik pernah di hasilkan. Dengan belanja yg bagitu tinggi , tidak mustahil filem ini akan di alih bahasa kan utk tontonan dunia luar.
ok.. bila lagi nak pi menonton.. sikit punya baik ke aku iklan kan filem ni.. hehe
|
zino at Wednesday, September 08, 2004 ::
(0) <-->
lontong kg baru...
Zino nak buat iklan sikit hehe.. actually hari isnin lepas mem ajak makan lontong kat kg baru, tapi bila kami sampai tutup le pulak, lantas terus ke tangling pekene nasi lemak tangling. sejak masuk surat kabar ke TB ? ni nasi lemak tangling sentiasa penuh dengan org ramai , tapi tak le panjang beratur macam hari sabtu tu. semalam zino nak pegi opis makanya kami pekene nasi lemak dang wangi, mengancam jugak tapi kalau dari opis tu jauh le sikit nak berjalan.. so pagi ni kami ke kg baru lagi , hopefully gerai lontong tu buka.
Rupanya memang dia off on monday, mem order lontong tambah pegedel dengan sotong, i punya sotong dengan limpa.. lontong kat gerai ni memang enak, tambah lagi bila dia tabur kerisik dalam tu, dan kalau nak makan lontong ni bersedia lah makan banyak.. hehe pasal nya lontong yg bakal di hidang boleh bertahan sampai ke malam.. banyak.. for sure lunch ni aku kena skip, makan malam belum tau hehe..
fizah hari ni satu paper je, sain, semalam dia minta aku cek jawapan utk metamatik, part 1 tu objektif.. ada 40 soalan, utk di jawab dalam masa 1 jam.. aku tengok semua betul.. part tu subjektif.. dia kena tulis jalan bagaimana mendapat jawapan.. kalau kat kolej dulu , jawapan tu tak berapa penting, lecturer kata kalau jawapan betul dapat dua markah je, yg penting bagaimana jawapan tu di perolehi. apa tidak nya banyak soalan jawapan di beri pun, soalan nya bagaimana nak membuktikan jawapan tu di perolehi. tu yg buat aku berpeluh bila exam.. dah tulis berjela jela masih tak menjurus ke jawapan tu hehe.. so ada lah satu joke.. hehe
dah jawab panjang lebar 4 ke 5 muka kertas tapi tak bertemu jawapan yg di cari, ada yg buat conclusion macam ni, " maka jawapan nya = a" , bila lecturer priksa dia pun tulis kat kertas jawapan tu makan awak dapat kosong hehe.. entah dari mana tetiba je jawapan =a tanpa pembuktian.. hehe..
itu saje utk pagi ni..
|
zino at Wednesday, September 08, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, September 07, 2004
tugas masa cuti
Nama je aku cuti UPSR , tapi aku tetap bekerja macam tak cuti.. pagi ni aku ke pejabat nak urus satu dua hal, memula nak jawab email resmi yg aku terima dari sarawak , orang sarawak tu tak tau aku cuti so mereka menunggu feedback dari aku. lepas print dokumen yg di hantar aku pi bincang dengan sorang mamat tu patut nya aku kena call satu meeting jam 2.30 ptg tapi tangguh le sebab aku cuti.. hehe.. lepas tu aku terima satu call dari Titiwangsa minta aku datang, ok lah kebetulan aku ada kat office ni sekejap lagi aku kesana.
selesai urusan aku ke titiwangsa, dulu aku pernah cerita persekitaran boathouse bakal berubah wajah, bila dah siap nanti boleh le aku jemput kenkawan datang , boleh naik boat lagi.. hehe.. selepas fizah habis priksa seperti biasa kami dah tunggu di luar tu. mem ajak pi makan ika bakar di belemy, lepas semayang kami ke belemy, dah kol 2.00 dah agak lengang, org opis semua dah balik . ikan bakar banyak lagi . mem pun tunjuk ikan talapia, ikan kembung, ikan terubuk dan sotong.. mak ai banyak nya. aku alang, fizah dan mem .. aku tengok ada dua tiga famili lagi yg makan masa tu , agak nya mereka pun saja pilih waktu ni datang sebab tak berapa sesak.. sebelum bayar fizah kata dia org kira terlebih 10.00 , nasib baik ada budak UPSR , kalau aku sure tak kira lagi tu ambil resit terus bayar..
esok mem ada program lain pulak .. nak tengok puteri gunung ledang, cuba book di mid vellay dah habis pulak , book di leasure mall ceras. esok boleh le tulis sedikit ulasan selari..
|
zino at Tuesday, September 07, 2004 ::
(0) <-->
Monday, September 06, 2004
cuti periksa.. UPSR...
Hari ni UPSR bermula.. seperti kelaziman kalau ada anak anak zino ambik priksa zino akan bercuti.. sokongan moral utk mereka. hantar ke sekolah dan ambik bila habis priksa. so hari ni kami bercuti lagi le.. pepegi tadi dah hantar hafizah ke sekolah, dalam kereta tak habis habis mak dia beri pesanan penaja.. sampai terpaksa aku cakap dah lah tu.. banyak sangat pesanan dia.. hehe.. kami doakan fizah boleh menjawab dengan tenang..
Semalam kami memenuhi satu jemputan kahwin di sek. 10 wangsa maju, bila baca plan yg mem tunjuk.. spontan aku kata. "oo tak jauh dari rumah zar ni", tanpa melihat lagi pelan tu berdesup je sampai ke sek 10 wangsa maju dewan di belakang surau besar tu. sekejap kami sampai pengantin pun sampai.. cuma aku, mem dan baby je yg lelain tak mau ikut. semasa lalu di jalan depan tu aku tengok gerai cendul tapai tu buka.. lalu pesan dengan mem lepas kenduri ni nak pekene cendol dulu.
aku pesan cendol tapai dan mem oder cendol pulut, baby tengok je.. sesekali aku tanya dia baby nak tak? agaknya dah galak kali tanya akhirnya baby kata , "nak batu je " hehe , dia minat ice tu je.. aku sms sorang kawan tu ajak makan cendol,rope rope nya dia sedang meratah ketam goreng.. chiss buat meleleh air liok aku je.. hehe..
sekian utk hari ini nak pi ambik anak dara tu kejap..
|
zino at Monday, September 06, 2004 ::
(0) <-->
Friday, September 03, 2004
semuga kedua nya berjaya....
Bila selongkar album lama aku terjumpa gambar ni.. kalau tak salah aku gambar ni di ambil luar di lot10 bukit bintang. lihat le bertapa bergaya anak bujang dan si dara kami masa tu. kiut , nakal dan menghiburkan. itu kisah dulu.. masa tu kita tak dapat mengagak bila mereka besar bagaimana keadaan mereka. tugas kita membela, menjaga dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada dan mendoakan apabila mereka besar nanti mereka akan menjadi insan yg berguna. berguna kepada diri sendiri, berguna kepada kedua ibu bapa dan berguna kepada masyarakat.
sekarang alang sedang melangkah ke alam remaja, sedang mencari identiti diri, dalam peringkat peralihan dari alam kanak kanak ke alam remaja.. masa ni lah aku terpaksa lebih berhati hati menyelesaikan segala masaalah dia. nak di marah bukan kanak kanak lagi, nak di biarkan dia belum matang utk membuat keputusan sendiri. bulan hadapan dia akan menghadapi peperiksaan PMR. kami sentiasa mendoakan semuga dia berjaya menempuhinya..
anak dara aku yg sorang ni pun bakal melangkah ke alam remaja, orang kata budak perempuan lebih cepat matang dari lelaki. bila dapat je IC yang kami buat di maju junction hari tu bukan main seronok dia, dengan bangga mengatakan dia bukan kanak kanak lagi hehe.. anak dara sorang ni yg paling kurang menimbulkan masaalah kepada kami, dia juga akan menghadapi peperiksaan , UPSR. abang abang dia dah memberi dorongan supaya mencapai lebih baik dari mereka dulu. semuga dia berjaya.
abah dan mak doakan hafizah dan alang akan berjaya dalam peperiksaan masing masing.. mengikut jejak langkah along dan angah dulu.InshaAllah...
|
zino at Friday, September 03, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, September 02, 2004
baby dan roti canai..
bila noret dah tanya.. teringat satu gambar baby sedang menikmati roti canai di gerai. tapi gerai ni bukan kedai mamak.. tapi kedai roti canai kasim di taman mulia. baby bersela duduk di atas meja, kalau duduk kat krusi.. tak berapa selesa.. hehe.. aetiap hari bila balik kerja kami pasti singgah di gerai pekene roti canai dulu.. sesekali bila dah lewat beli bungkus makan di rumah.. yg pasti roti canai dengan kuah kari..
|
zino at Thursday, September 02, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, September 01, 2004
di hari merdeka bersama baby..
kemana anda menghabiskan cuti merdeka.? kemana aku pergi. seperti biasa selepas sarapan baby sibuk mengajak/memujuk aku naik lrt, akhirnya aku termakan jugak pujukan baby utk ronda ronda dalam lrt. terget dia naik lrt panjang dan naik lrt pendek. memula kami ke masjid jamik. dari btr lagi penuh sesak dengan org ramai, kami tak dapat duduk apa lagi baby nak aku dukung dia. orang ramai katanya.. tak ada yg simpati meminta aku duduk.. lengoh tangan mendukung.
di masjid jamik aku dapat 4 tin minuman nescafe percuma. nasib baik aku bawak beg sandang aku sumbat dalam beg tu. di stesyen baby nak minum dulu. sambil duduk mengadap sungai yg berkelodak tu baby menikmati nescafe . lepas minum kami menaikki lrt arah ke klana jaya. hajat hati tu memang nak ke klana jaya, dalam perjalanan ada sorang mamat nak bergurau dengan baby. tapi baby tak berapa suka. yg aku heran mamat tu terus tersengeh sengeh dengan baby, buatkan baby jadi takut. akhirnya aku bawa baby turun di asia jaya. hajat nak ke klana jaya terkendala.
dari asia jaya kami naik lrt ke kl sentral. tiket yg aku ambil pun memang ke klsentral, saja nak klana jaya dulu.di kl sentral baby mula menunjuk belang. minta bermacam macam , puas aku pujuk .. biasa nya mudah baby ikut apa yg aku kata . akhirnya aku ajak baby naik lrt pendek.. hehe .tapi sepanjang jalan ke monorail tu baby tak nak jalan. terpaksa lah aku dukung sambil memujuk dia. dalam monorail aku terjumpa satu couple dengan seorang anak yg juga JJCM macam aku dan baby. anak dia 4 tahun tapi baby lebih tinggi dari dia. distinasi aku ke stesyen hangtuah. di stesyen hang tuah kami dapat lagi dua beg minuman tin percuma, kali ni minuman buah2an dan beberapa peket nescafe 3dalam 1. berbalui jugak ronda ronda aku kali ni hehe.
cuba teka sampai di rumah siapa yg penat... hehe...apa lagi tidur le...
|
zino at Wednesday, September 01, 2004 ::
(0) <-->
|
|