|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Saturday, October 30, 2004
masih lagi berkemas....
dah berapa hari au kemas barang barang dan "sampah sarap" dalam bilik aku ni.. tapi masih belum nampak reda lagi..maklum lah dah berapa lama pulak mengumpulkan nya.. hehe buku buku , nota nota dan salinan hasil kerja krekabentuk aku dulu dah aku masuk kan dalam satu kotak, berat jugak kotak tu jadi nya tapi masih ada dalam bilik ni jugak.belum tergerak nak mengangkat nya masuk dalam keter.
mana2 projek yg sedang berjalan aku dah sedia kan satu list utama menceritakan segala galanya di sana biar bila sesiapa yg take over nanti sedikit sebanyak tau le perkembangan projek projek tu nanti tak de lah terkial kial nak meneruskan apa yg patut di buat. tapi ada banyak lagi katalog yg masih belum aku keluarkan dari bilik ni.. benda benda tu akan aku agihkan kepada sesiapa yg nak.. maklumat tu berguna untuk di buat rujukan utk projek akan datang..
ada juga yg minta calculation aku untuk di jadikan rujukan masa depan, (kawan yg baru pindah ke depatment ni) ok aku bagi sesiapa yg minta aku kasi lah tapi tak de lah nak meng offer.. di tempat baru nanti rasa nya semua tu aku tak perlu kan lagi.. tapi aku nak juga sedikit kenangan dan bukti yg aku pernak melakukan kerja kerja tersebut.kerja kerja yg ramai tak berminat melakukan nya. sukar, remeh, tension, berisiko , memerlukan penuh minat dan consentrasi , tekun, sabar , teliti, detail, dan sebagai nya.. ada yg suka kerja sikit2 lepas tu goyang kaki.. hehe..
|
zino at Saturday, October 30, 2004 ::
(0) <-->
Friday, October 29, 2004
baby demam lagi.
Dua hari ni waktu aku banyak bersama baby, bila dia meragam abah tak boleh nak kemana. bangun sekejap pun dia cari, "abah mana?" kalau nampak batang idung abah dia baru dia rasa selesa utk terus bermain. tapi kalau dia nak baring abah mesti ada sebelah, tepuk. behenti je tangan menepuk segera dia perentah,"tepuk!" . malam semalam semalaman tak tidur , merengek sampai ke pagi. seminit abah dia hilang melalak.. bila kita bangun sahur dia terjaga, mencari abah dia. bising bertanya, "wat apa makam malam2? pi lah tidur, belum siang lagi." hehe..
sambil aku makan sambil menepuk dia tidur kat sebelah, angkut tilam ke dapur. sampai aku tersasul2 di buat nya.. hehe lantas aku pun berenti makan.. tak selesa di buatnya. malam tadi baby meragam lagi, petang tu dah pi klinik badan dia panas aku basahkan air, malah aku bawak kan air minta di basahkan badan. (kita buat dia marah) badan basah lantai pun basah hehe..
malam tadi nak tidur terlupa pakai kan baby pampers..penat sangat kot.entah pukul berapa dia terjerit, terkejut aku di buat nya dah le mamai je tidur tak lena. "abahhhh" , " kenapa baby? aku tanya, "tilam adik ni basah?" sambil duduk di sebelah tilam yg basah tu."la..apa baby tak cakap? " aku tanya baby. habis le tilam along basah" mak dia kata. "bukan adik buat dia kuar siri" hehe. selamba je baby jawab...pagi tadi baby dah mula aktif. sama bangun sahur tengok org makan.. bila aku tak lalu makan baby membebel, "makan le nasi tu, cepat le bah" "apa abah tengok je?" bila dah baik macam macam soal jawab dia .. hehe..
harap malam ni baby tak meragam lagi.
|
zino at Friday, October 29, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, October 27, 2004
melawat ke tempat baru..
Selepas hari raya nanti aku akan berpindah ke tempat baru. Walau pun masih di bangunan yg sama tapi aku akan memulakan tugas jauh berbeza dengan apa yg sedang aku buat sekarang. dah lama aku ingin melakukan sesuatu yg lain dari yg aku buat selama ini.aku selalu berharap akan di tempatkan di tempat semacam ini.Alhamdullilah apa yg aku ingin kan aku mendapatkan nya.
Arahan berpindah keluar bulan lepas, tapi aku tak boleh nak pindah segera, aku kena membereskan beberapa kerja yg sedang aku buat atau at least aku menyediakan senarai tugas yg masih belum selesai biar yg mengambil alih nanti tahu apa yg nak dibuat seterusnya. dan tempat aku akan di isi oleh kawan yg aku akan ambil alih tempat dia. tukar suka sama suka le kiranya.. tapi di arahkan suka hehe..
sekarang tkt 24, selepas ni tkt 30 , susun atur pejabat sama, renovation dulu opis aku yg urus.. dan bilik aku sekarang dengan bilik aku nanti juga di tempat yg sama..secara kebetulan le tu. tapi yg paling lucu, staff kat sana kata rupa aku juga se iras dengan bos lama dia yg aku nak ganti nanti.. hehe boleh dia org kata " tak de lah nanti kita rasa kehilangan bos lama, bos baru wajah se iras.. " hehe ehhh serupa ke mana ada.. hehe.. ada seorang dua staff sana yg aku dah kenal yg lain tu akan di kenali juga nanti. dan aku akan buktikan penempatan aku di tempat yg baru ni adalah satu keputusan yg tepat. InshaAllah.
|
zino at Wednesday, October 27, 2004 ::
(1) <-->
Monday, October 25, 2004
sampai juga hajat ...
Sebenarnya awal puasa lagi aku bercadang nak balik kg berbuka di rumah bersama mak dan ayah. tapi banyak pulak program sehingga rancangan minggu lepas ter bantut. so minggu ni set lagi, dah lebih dua bulan aku tak balik kg. elahhh baru dua bulan hehe.. tapi aku memang balik menjengok org tua setiap bulan . kalau tak dapat lama aku balik sekejap.
semalam pun banyak juga program sebelum aku dapat balik. pagi tu aku ke UM mengangkut barang along, ade ke kolej 12 tu tak luluskan dia terus duduk sana sehingga habis semester, along kata sapa yg aktif aktiviti kolej saja yg boleh tinggal setahun kalau tak satu semester kena keluar ade ke macam tu? tak paham. balik dari tempat along aku membeli belah barang dapur utk mak di kg. kenkonon nya balik dari car4 nanti terus le balik. tapi angah pulak ada program berasingan. dia kluar nak cari buku pulak.. bila pukul 3 angah masih belum balik.
terpaksa tukar program sikit. kami ke shah alam dulu menghantar mak mertua ke rumah ipar. janji balik dari kg ambik dia balik.. alahh apa salah nya duduk sana seminggu dua.. lepas hantar balik semula ke BTR di mana masing dah sedia, angah pun dah balik. jam 4.12 baru bertolak ke kg. sebelum tu aku call mak kata nak balik berbuka tapi mak tak ada dirumah , tinggal pesan dengan sepupu sebelah rumah.
sampai kg jam 6.00 ptg. penat aku seharian drive ke sana kemari. nak berbuka di kg punya pasal tak kisah le semua tu. so sampai le hajat aku nak berbuka di kg. malam tu aku balik semula ke KL. memula hantar angah dulu ke Shah Alam, priksa dah habis tapi dia dah mula praktikal di kolej. jam 12.00 baru sampai ke rumah ipar di Shah Alam tu. bila balik ke BTR baby pulak dah oder roti canai.. adus kami singgah pulak di gerai kasim (yg lain tu hantar balik dulu) bukan main syok lagi baby sahur dengan roti canai nya.. hehe..
|
zino at Monday, October 25, 2004 ::
(1) <-->
Saturday, October 23, 2004
gaya orang ber RM...
Hari ni aku memenuhi jemputan seorang kawan berbuka di Hotel. dia juga menjemput beberapa kawan lagi utk turut serta. takut jem aku keluar awal dari rumah. aku jangka 1/2 jam perjalanan ke PJ. Tapi hairan traffic agak lengan maka nya aku sampai awak awal. Kalau tak kerana jemputan tu rasa nya tak mampu nak berbuka di sini. apa lagi kalau nak bawa famili ke sana.
Sementara menunggu mereka yg lain sampai aku duduk di satu sudut lobby sambil memerhati kereta kereta mewah yg sampai berhenti di depan lobby silih berganti, satu keluarga turun dan kereta di urus oleh joky. sekejap lagi sebuah lagi kereta mewah berhenti dan satu keluarga lagi turun. agaknya bagini lah setiap hari keluarga keluarga yg mempunyai RM berbuka bersama keluarga di hotel2 . seronok aku tengok gaya org ber RM ni bila datang berbuka, masing masing bergaya macam nak menghadiri satu majlis yg besar. nak compare dengan gaya aku yg datang dengan gaya bebas je.. hehe malah masa aku sampai tadi aku ada bertanya kat mamat yg berdiri kat luar tu, boleh ke aku park kat luar ni? mamat tu kata "cik kat luar ni RM15.00 kena bayar nanti, lebih baik cik parking kat bawah." mamat tu macam paham je aku tak sanggup nak bayar parking semahal itu. hehe.
Di dalam dewan makan tu penuh sesak dengan org, ramai nya yang datang berbuka di hotel, lauk pauk nya memang banyak sehingga aku tak tahu nak ambil yg mana satu, lalu aku menjemput itu sikit, ini sikit sehingga akhirnya pinggan yg aku bawa menjadi berat juga. lepas makan kawan aku ajak aku utk round ke dua.. tapi aku menolak, rasa macam dah tak larat .. tunggu lah dulu..sementara org ramai melayan perut aku keluar mencari tempat utk solat, terkejut aku bila dua org gadis cina bertanya perkara yg sama di kaunter tu. patutlah aku nampak ramai juga chinese bersama keluarga yg sama berbuka, mulanya aku ingat mereka ni saja datang makan di waktu yg sama rupanya mereka ni juga datang utk berbuka.
selepas pekena teh tarik aku minta izin utk beredar dulu. terima kasih daun keladi.. murah rezeki nanti ajak le lagi hehe..
|
zino at Saturday, October 23, 2004 ::
(0) <-->
Friday, October 22, 2004
lambat lagi sampai rumah..
petang tadi sekali lagi kami sampai lambat.. kali ni lambat yg agak melampau..memula salah aku jugak. agak lewat keluar dari opis, ada pulak last minit diskusi.kol 5.00 baru boleh keluar, masa kat basement mem dah call, "dah sampai mana?" aku kata "baru sampai basemen" hehe.. keluar je dari basemen bermula pesta jem..
aku ikut jalan biasa nak ke opis mem, tersekat sekejap di persimpangan jln raja alang, pesta tunjuk meriah di sana. lepas tu bila tiba di simpang tiga decide nak ikut cokit ke nak ikut HKL, aku ikut HKL, tapi salah perkiraan lagi teruk jem.. sampai opis mem dah kol 6.15 ..sepanjang perjalanan selow melur.. era kata ada exsiden di federal highway, aku tengok jalan kucing kedua arah tak bergerak.. penuh dengan kenderaan. sampai rumah 6.55 . tak sempat nak pi tunjuk kueh, nasib baik juga lauk pauk aku dah beli balik dari semayang tadi di kedai kawan aku tu. mem dah oder alang panaskan dalam microwave..odr fizah buat air, suruh dia buat air sirap je..tak harap sangat suruh dia buat air panas.. apa saja yg dia buta nanti mesti ada yg tumpah..hehe..
baby ? sejak bulan puasa ni lepas berbuka baru pi ambik baby, tak sempat nak singgah ambik dia. mak cik tipah kata biar le baby berbuka di rumah dia, semangat juga baby makan kalau kat rumah abah dia banyak sikit songeh dia, nak roti canai le nak maggi le.. mak cik tipah kata baby makan nasi ayam..
nampaknya minggu depan kena guna plan B biar mem yg bawa kereta, dia kluar 4.30 boleh datang ke tempat aku. aku kluar 4.45..rasanya mem dah ok drive kereta kot.. sejak menjak ni dia pun tak berapa sihat tu pasal tak bagi drive..esok aku ada jemputan berbuka di PJ Hilton.. hehe..
|
zino at Friday, October 22, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, October 21, 2004
i'm not in the well hehe
semalam lagi aku dah rasa lain macam, sejuk dan selsema.. aku ni kalau dah demam selsema memang tak boleh tahan..air keluar macam air terjun .. berjujuran buat aku tak selesa bila duduk di pejabat. dah le rasa sejuk semacam, pakai baju tiga lapis belum cukup menahan rasa sejuk tu.
pepagi tadi aku ke klinik , kenkonon nak mengadu kat Dr. nak minta MC, tapi dapat Dr Iraq, dia tau le cakap melayu sikit2 tapi aku cakap lain dia dengar lain , dah le aku tak de mood nak cakap banyak, aku kata nak MC dia kata "ok i give time sheet" , aku kata tak larat nak pegi opis dia kata "it allright, after 3 days u will be ok", ubat pun ciput je, tu yg aku malas nak pegi klinik gomen ni, baik aku pegi klinik kassim kat flat tu bayar nya tak le mahal sangat , tapi di layan aku meluah perasan hehe lega sikit sakit dalam badan ni. bila aku tak nak cuti dia marah kat aku hehe..
lepas ambik ubat aku terus balik rumah, tidur kalau ke opis sah sok sek sok sek idung aku ni..nanti aku kena apply cuti .mmmm tak kisah lah tu asal aku segera sembuh.jam 4.00 ptg baru aku keluar kenkonon nak ke opis sekejap, tapi aku terperangkap kat jalan raja laut. 4.40 masih kat situ tak bergerak..aku call mem minta dia naik lrt ke sogo mem kata tak larat pulak nak jalan kaki .. aku lencong ke jalan TAR , masuk jalan Cambell, Raja Abdullah,Kg Baru dan ke cowkit..patutnya aku ikut HKL tapi kat situ tak bergerak jugak. jam 6.00 baru sampai opis mem..keluar dari KL ok le sikit tapi lewat jugak sampai BTR, 6.45 baru sampai BP, mem nak pi tunjuk kueh dulu dalam hujan2 tu.
lebih kurang macam tu le hari2 ....
|
zino at Thursday, October 21, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, October 19, 2004
satu kisah di bulan puasa.. itu dulu..
Bila tiba bulan ramadan aku selalu teringat satu kisah di bulan ramadan ni, waktu tu aku masih di kampong bersekolah di kampong. bulan ni lah aku mengambil kesempatan menambah duit poket. masa tu peti ais mana ada lagi , so berniaga air batu memang laris. dan aku salah sorang peniaga air batu masa kecik kecik dulu hehe.. berbekalkan basikal tua aku mengayuh beberapa kilometer utk mendapatkan bekalan di pekan. masa tu terasa jauh sangat pekan di mana aku mendapat bekalan. kalau sekarang ni dengan kereta berdesup sekejap je dah sampai..
se ketul panjang tu di jual RM 1.00 kot aku pun dah lupa, dulu bukan RM tapi ringgit.. menggunakan basikal berapa ketul sangat yang aku boleh bawa.air batu ddiletak di dalam kotak dan abuk papan di guna utk mengelakkan air batu cepat cair. bila sampai di rumah aku potong menggunakan gergaji menjadi beberapa ketul yang lebih kecil. setiap ketul kecil di jual (kalau tak salah) 20 sen . keuntungan memang lumayan (masa tu le.. hehe) dan aku juga mempunya ramai pelanggan tetap, so sekejapan air batu akan habis.. kalau tak habis di jual air batu tetap akan habis jugak.. menjadi cair.. hehe. tapi bila hari hujan business ku tak berapa jalan..
sekarang ni nak air batu pi je kat 7-11 tu berapa ketul nak ambik je.. kalau sikit tu dalam peti ais memasing pun ada.. hehe .. hari2 buat air sirap..
|
zino at Tuesday, October 19, 2004 ::
(0) <-->
Monday, October 18, 2004
acara tunjuk dah bermula..
Hari pertama puasa mem beli lauk kat opis..dah agak memang tak sempat nak pi tunjuk kat BTR, dari nak turun lift jem, dalam parking pun jem.. di jalan raya tak payah cakap le konfom jem.. so aku sampai ke opis mem pun lambat. nasib baik dah dah beli dulu di gerai berhampiran , haslam belum start berniaga pulak..dalam perjalanan call alang mintak dia masak air, sat tu call lagi minta masak nasi pulak..hehe pukul 7.00 baru kami sampai BTR, kelam kabut le sikit..
sabtu tu cuti , along sesudah subuh menghantar mesej minta aku datang ambik dia, lepas tu angah pulak sms minta aku datang ambik dia petang. lepas ambik angah petang tu aku cari kedai tayar, nak kena ganti tayar yg dah bocor tu. tak boleh tampal kena lah beli satu yg baru. so aku decide yg baru di guna jadilah dua tayar baru dan dua tayar lama. rupanya rim pun kemek sikit tapi masih boleh diguna. agaknya masa angah ambik mem dan baby hari tu terlanggar lubang, terentak kuat agaknya.mengakibatkan tayar tu meletop. lepas tu aku ke veledrom menyertai pesta tunjuk..hehe amboi ramainya org. tapi aku cuma nak cari karipap dan satu jenis kueh tu lupa pulak nama.. hehe.. yg lain tu lalu je..tak beli pun
ahad mem masak lagi, tapi petang tu sempat jugak menunjuk di gerai2 taman mulia, tak sempat ke veledrom..dah pukul 6.00 baru nak keluar, mem nak cari kueh utk mak dia. malam tu kami hantar along dan angah balik , memasing membungkus secukup rasa utk sahur.. kalau tak balik makan kat kedai je lah mereka. angah pulak pi berbuka di surau hehe.
harap petang ni aku sempat balik awal, boleh teruskan acara tunjuk lagi..kalau tersangkut jem lagi harus kena guna plan B..kepada semua selamat berpuasa.
|
zino at Monday, October 18, 2004 ::
(0) <-->
Friday, October 15, 2004
satu pengalaman
bila aku sampai ke KLIA aku talipon mem suruh datang jemput aku di wawasan. van yg membawa kami akan kerus ke office menurunkan semua pasengger. lebih kurang jam 9.30 aku sampai ke wawasan. lepas tu aku kena hantar angah balik ke Shah Alam. dia bawak balik CPU utk menyambung kerja di rumah malangnya ada problem dengan CPU dia dengan Moniter kat rumah tu.. selepas hantar angah aku pun drive balik ke rumah.. dengan alang fizah dan baby ikut sama.
tiba tiba bila aku menghampiri tol batu tiga , federal highway tu, tetiba aku terdengar satu letupan kuat. dan kereta di belakang membuat "flash", baru aku perasan something happen kepada kereta aku. alang kata" abah, tayar kereta meletup" aku lantas memperlahankan kereta dan menyusur ke tepi, aku dapat rasakan perjalanan kereta sudah tidak stabil tapi masa tu aku dah perlahan. bila aku turun memeriksa , aku tengok tayar belakang sebelah kiri sudah kempis. alamak macam mana ni.
alang lantas mengeluarkan jack kereta dan buku panduan, macam mana nak keluarkan tayar spare, kereta aku tayar spare di bawah kereta. aku pun pasang alat tu sebagaimana dalam buku, tapi aku gagal menanggalkan tayar spare. alang cuba membantu tapi gagal jugak. mana tidak nya berpandukan cahaya lampu yg malap, aku sukar bekerja bila nak melihat di bawah kereta yg gelap gelita lagi lah aku tewas. alang cuba suluh dengan cahaya talipon mana nak nampak. akhirnya aku decide talipon AAM.
sementara tu seorang jejaka india berhenti di sebelah, "abang boleh saya tolong" aku pun serba salah sama ada nak membenarkan dia menolong atau menunggu AAM. tapi dia tak menunggu jawapan aku terus berusaha membuka tayar dalam gelap tu. nasib baik dia ada lighter maka ada jugalah cahaya membantu , maka dengan pertolongan jejaka hensem tu dapat lah tayar di keluarkan dan di gantikan. puhhh lega rasanya. aku mengucapkan terima kasih kerana tanpa bantuan dia harus aku perlu menunggu lebih lama. kalau berlaku masa aku di kucing, tak tau apa angah akan buat.
so sediakan lampu picit dalam kereta, you will never know when u need it. esok aku kena cari satu tayar baru..
|
zino at Friday, October 15, 2004 ::
(2) <-->
Thursday, October 14, 2004
dah balik dah..
Tiga hari aku ke bumi kenyalang. lawatan ada kaitan dengan projek di Titiwangsa. kami pergi berlapan..4 pegawai lelaki dan 4 wanita. duduk di merdeka palace. apartment dua bilik. kalau ku tau bilik nya yg besar bagini.. sewa dua unit pun dah memadai. satu utk ladies dan satu utk gentleman. cerita lawatan tu tak berapa menarik.. tapi yg bes nya bila ladies datang ke Kucing,sarawak.. acara sampingan tu yg sangat penting.apa lagi soping le...hehe
hari pertama sampai, kira acara bebas so kami dah menyevey tempat tempat yg sesuwai utk soping. entah kenapa ikan terubuk masin dan tikar sarawak menjadi agenda utama di samping barang barang lain. mak nya hari pertama soping ringat ringat je lah mereka2 tu. hari kedua penuh dengan acara lawatan, dari pagi sampai ke petang.. tapi sempat jugak lah menyoping sebelum dinner malam tu. tikar ditempat entah berapa, utk sendiri dan utk kawan yg memesan.. sampai tak cukup tangan membawa.
hari ketiga masuk acara bebas semula.. makanya hari ni lah mereka menyoping habis2 an..yg kelakar nya tu bila nak balik kereta penuh dengan barang sampai org nak masuk pun tak muat. bila datang satu beg sorang tapi bila balik dekat 30 beg semua nya hehe.. nasib baik lah kapal terbang tu besar..
ok sekian cerita mereka mereka yg menyoping di kucing hehe..
|
zino at Thursday, October 14, 2004 ::
(2) <-->
nak jawab pesanan...
elly: nk ucapkan slamat berpose dan slamat ari raye kpada suma umat islam di malaysia. babai.....
zino : selamat berpuasa elly..
Aimman: Hello orang Serawak belum balik lagi ke? Selamat berpuasa.+
zino : dah balik malam tadi.. semlamat berpuasa jugak..
juita: salam zino, esok puasa..selamat menyambut ramadhan al-mubarak..
zino : sama sama kita berpuasa
kakngah: selamat berpuasa
zino : selamat berpuasa kakngah..
zar: zino, cuba bagi baby minum madu lebah dibancuh ngan air suam..
zino : insha allah akan di cuba..
Mely: selamat menyambut kedatangan ramadhan almubarak. semoga amalan kita diterima
Nis: A'kum Zino......mana pegi ni...baby dah ok ke? Harap2 semuanya sihat ye...........
zino : mely merantau di bumi kenyalang.. dah balik malam tadi..
kakngah: sayang baby
zino : semua sayang baby ..
melor: angah acik masa kecik2 dulu selalu kena.. dah besar ni alhamdulillah semakin sehat
zino : along, angah dan alang pun penah kena masa kecik..
juita: Dulu masa Along kecik, dia allergic dengan gassy drink...bila minum mesti kena asthma, agaknya baby ada allergik apa-apa tak?
zino : may be jugak , tapi tak tau yg mana satu..
juita: macam mana baby? dah ok ke? cuaca tak menentu sekarang ni, kejap panas kejap hujan, tu yang buat baby kena asthma tu..
zino : baby dah ok.. macam biasa.
abuzar: sabar dino. ad ada baby ni ujian banyak
zino : memang banyak abuzar..
cuk: cuk risau kalau babys akit tengah malam..pastu bpren takder plak..mati akal oo
zino : tengah malam ke klinik tu dah biasa sejak along dulu lagi..
mely: baby demam? mesti windukn ly nie.. huhuh (tpasan jap le rplak )
zino : agaknya lah tu.. hehe..
zareda: baby dah ok ker> risau kalau anak demam kan. Ika dah ok sekarang, jarang sangat demam
zino : baby dah ok zar..
zareda: wow naik pangkat.. berita bagus tu.. ehhhe
zino :.. adalah sikit.. hehe
|
zino at Thursday, October 14, 2004 ::
(0) <-->
Saturday, October 09, 2004
Kesian baby dan ada berita baik lagi...
Sebelum tu baby dah selsema, aku bagi ubat yg ada tu je.. tapi petang jumaat tu makcik tipah tapipon , dia kata baby semput.. aku pun bergegas pi ambik baby, aku tengok baby lemah je dan nafas pun sesak. aku bawa baby ke PUSRAWI, buat puff .bila selesai baby segar semula aku pun berasa lege dan bawa baby jalan jalan ke MALL, sekarang ni pakson. apa lagi baby berkejaran kesana kemari, tapi sekejap tu dah semput dan batuk2.. so baby masih tak boleh melasak lagi. kami pun bawa baby balik.
petang tu jam 7.00 baby kena attack lagi. sekalai lagi aku bawa dia ke klinik, kali ni aku bawa ke klinik kasim je, tak jauh dari rumah . aku dukung jalan kaki je. pasal fizah pulak nak kesekolah praktis akhir esok ada katam quran. minta along yg hantar. tapi malam tu jam 12.00 baby menangis lagi, tak boleh nak tidur aku bawa sekali lagi ke PUSRAWI.. baby agak teruk jugak.. sampai ke pagi tak boleh tidur.. aku pun tak tidur di buatnya..
patutnya aku kerja hari ni, melihatkan keadaan baby macam tu kesian aku nak hantar dia rumah baby sitter, maka nya aku ter imergensi hari ni.di pejabat ada yg mencari aku. pasal dah seminggu tak nampak batang idung ni agaknya.. bos akun talipon,
" i have 3 good news for you" dia kata dalam talipon.
" what are the good news ? aku tanya balik tak sabar nak tau.
" first, u will head a deligation for sarawak visit on monday" kata nya. oo yg tu tu aku dah tau dulu, aku yg minta hehe..
"2nd application for seminar in bangkok dah lulus, can u call this no. talk 2 the officer i charge " sambil dia menyebut satu nama dan no talipon. masa tu aku di sekolah fizah , terlewat sedikit nak melihat hafizah katam quran.
" ok, i wil do that" balas ku ringkas lalu memutuskan talian. aku pun call no yg di beri utk mendapat penjelasan dan beberapa pertanyaan.tapi apa berita baik yg no. 3 tu. terlupa pulak nak tanya.
|
zino at Saturday, October 09, 2004 ::
(1) <-->
Wednesday, October 06, 2004
payah nak di lepas kan...
Masa aku dalam perjalanan nak ambik fizah pulang sekolah, dia call dari sekolah, "abah, boleh tak fizah pegi petang ni? cemas je bertanya.
"pegi mana?" aku buat buat bertanya, dari malam tadi dia dah minta kebenaran.
"pegi time square le" jawab nya ringkas.
"pegi dengan sape?" tanya ku lagi. padahal malam tadi dia dah bagi tau pegi dengan geng tusyen dan cukgu tusyen. "dengan kawan dan cikgu" jawab nya.
"ok lah." jawab ku ringkas. bukan main seronok aku dengar.
agaknya ni lah kali pertama aku lepas kan dia keluar dengan kawan dia, tapi kalau setakat dengan kawan mungkin aku tak benar kan lagi. tapi bila dia kata bersama cikgu tusyen ok lah. dapat le kelonggaran sikit. selepas hantar alang, jam 1.30 utk paper petang , fizah dah menunggu. kalau duduk kat rumah bukan main melaram lagi bila nak kluar mem tengok anak dara dia sempoi je.. hehe
"fizah, pi naik tukar baju tu, tukar seluar tu sekali" mem mula bersyarah..hehe ada ke dia pakai baju lusuh dia tu dengan seluar track bottom,
"nak pakai baju mana?" tanya fizah , pada dia dah cukup acun lah tu.
"baju yg baru beli hari tu" balas ku ringkas.
"beg duit ni letak dalam poket, jangan dipegang" pesan mem lagi. macam mana tak pesan selalu bila kemana mana mesti ada je barang yg tercicir. kalau ke sekolah tertinggal fail le, beg le, kasut sekolah pun pernah tertinggal..hehe. tu yang tak caya nak lepas kan tu. kata nya nak naik teksi berlima, bersama cukgu. dia halus 4 org mungkin driver teksi tak kisah kot. jawab nya petang ni ponteng sekolah agama. mula nya janji nak pegi sabtu, tapi sabtu ni majlis katam quran di sekolah agama. lagi pun dah tak belajar priksa dah habis. kasi can le .aku harap sedikit RM yg di bekal kan mencukupi utk dia bersama kawan dan cikgu .. mana 2 yg kurang nanti cikgu support le..
|
zino at Wednesday, October 06, 2004 ::
(1) <-->
Tuesday, October 05, 2004
satu berita baik dan satu lagi berita tak berapa baik
Tapi biar le aku bercerita berita yang baik je dulu. beberapa hari lalu aku dan team yg handle satu projek tu membuat satu permohonan utk lawatan teknikal ke Sarawak, pasalnya kilang yg supply material utk projek ni ada di sana, aku pun buat le satu surat permohonan dengan alasan alasan teknikal kenapa lawatan itu di perlu kan. ada kala nya permohonan seumpama ini akan di luluskan dan banyak kali juga tidak mendapat sokongan pengurusan. so there is nothing to loose, apply je and then berserah pada nasib badan hehe..
Tetiba aku dapat call permohonan tu lulus.. memula set nak pergi tu lusa ni, 9-11 Okt, tapi pihak yg nak menyambut di Kucing sana berada di pendalaman , tak sempat nak balik ke kucing, maka nya perjalanan di tunda ke 11-13 okt nanti, minggu depan le tu. Oleh kerana aku masih bercuti segala urusan aku minta team mate lain yg uruskan sedangkan aku menyelia dari jarak jauh.. banyak le bill talipon aku bulan ni. hehe..
kalau segalanya berjalan lancar kami akan ke Kucing, Sarawak nanti..
|
zino at Tuesday, October 05, 2004 ::
(0) <-->
Friday, October 01, 2004
Cuti PMR pulak..
Minggu depan alang nak ambik priksa PMR, seperti biasa kami akan bercuti sama, PMR seminggu kami cuti pun seminggu jugak le.. hehe.. dalam seminggu tu mem dah atur pelbagai acara utk di penuhi selain dari menghantar alang pergi dan baik sekolah. Kepada rakan yg ada anak nak ambik PMR, selamat berjaya kepada mereka semua .
aku ingat nak menjengok jugak kepejabat sekali sekala, tambah sekarang ni aku dah makin sibuk, tadi dapat lagi satu projek baru.. jutaan gitu.. mula lah tak memang tangan yang mana nak di dahulu kan. apa yang aku boleh janji aku akan terus komited dengan kerja yang di amanah kan dan akan melakukan yg terbaik.
kalau semua nya berjalan lancar patutnya ada satu berita baik menanti minggu hadapan, tapi kalau berita yg di terima tak berapa baik pun aku akan terima dengan hati terbuka.. "sometime we win some time we lose.." biar apa pun komitmen aku tatap tak akan berubah..
|
zino at Friday, October 01, 2004 ::
(0) <-->
|
|