Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Tuesday, November 30, 2004




T- Shirt eklusif FUNSER..

Dengan resminya kelab melancarkan T-Shirt eklusif utk ahli kelab FUNSER... telah banyak kali kisah t shirt ini di bincangkan.. akhirnya menjadi kenyataan jugak..lebih eklusif t shirt ni di ciptareka oleh ahli FUNSER sendiri, di cetak dan di buat oleh ahli FUNSER juga.. dan bakal di pakai oleh ahli FUNSER juga..

Hujung minggu ni kami akan berkonvoi ke pulau pinang.. makin bergaya lah ahli FUNSER dengan t shirt itam masing masing.. kalau kena dengan spek itam.. makin gelap lah permandangan.. agenda ke p.pinang pun telah lama di rancang, sejak dari TT putrajaya tempuh hari.. bakal menjadi kenyataan.. agenda pertama ke Kulim.. atas jemputan salah seorang geng FUNSER di sana.. bayangkan 26 UNSER dengan anggaran lima orang satu kereta.. pasti kecoh kemah pengantin.. hehe..malam nya pulak.. ada lagi agenda khas.. kami bakal di undang ke pesta p.pinang secara eklusif jugak.. jugak hasil usaha geng dari utara.. kunjungan ke p.pinang bakal meninggalkan seribu satu kenangan kepada kami nanti.. inshaAllah.. dengan cerita nya ada kejutan malam tu nanti.. apa dia? tungguuuu...

ada yg akan pulang ke esokkan harinya.. ada yg bakal menambah hari percutian..agenda selanjutnya bakal di putuskan..bila tiba masa nya.. selain dari beberapa agenda cadangan yg telah di persetujui..

banyak le aku miss rumah terbuka... sorry lah ye..

| zino at Tuesday, November 30, 2004 :: (0) <-->
Monday, November 29, 2004

Bertugas di tempat baru

hari ni aku report di tempat baru..6 tingkat lebih tinggi dari tempat lama aku dulu.. bila aku datang tadi bilik masih berkunci.. hai tak kan kawan tu tak tinggalkan kunci utk aku. sekejap tu dia pun datang.. baru lah aku tau cerita dia belum masuk lagi ke tempat aku di bawah sana tu. dia pun ingat aku tak serah lagi kunci.. actually selepas aku punch card hari terakhir hari tu aku dah serah kunci dengan pentadbiran agaknya .. pasal ramai yg masih bercuti raya.. terdapat sedikit kekeliruan.. so hari ni dah settle semua. aku dah berkenalan dengan staff di tiga floor tempat abaru aku ni.. dan dia pun aku dah kenalkan dengan staff 7 floor opis lama aku tu..

cerita di tempat baru ni lain kali aku cerita.. tapi cerita aku di Bangkok masih banyak yg aku nak cerita kan.. tapi pasal gambar tak ada lagi kena tangguh dulu lah no.. hehe

jumpa lagi..

| zino at Monday, November 29, 2004 :: (0) <-->
Wednesday, November 24, 2004

lagi dari Bangkok..

Hari ni tak ada seminar..sepatutnya kami ada lawatan resmi melawat ke Airport Baru Thailand..tapi kami decide utk membuat lawatan sendiri. selepas sarapan pagi kami ke Sampran Taksin menggunakan MRT utk menaikki boat di Sg Manam Chow Praya..boat yg kami naikki memang khas utk pelancong dengan bayaran 75 baht. ada juga boat yg digunakan penduduk tempat utk pergi balik kerja dan sebagainya.

Kami singgah di satu tempat konon nak melawat istana Raja Thailand.. tapi malang nya bila kami sampai seorang pemandu pelancong memaklumkan Prince ada di dalam so istana hanyan di buka pukul 1.00 nanti.. masa tu baru jam 10.00 . so dia syorkan kami melawat beberapa tempat di sekitar kawasan tu menaikki tut tut..first time naik tut tut berlima..hehe tiga dewasa dan 2 budak.. kawan aku datang dengan keluarga dia.. bedesup bedesup mamat tu bawa tut tut.. rasa nya sekali tu je lah.. lain kali tak nak naik lagi..hehe..

tak jadi masuk istana kami cari tempat sopping... penatr merayau jumpa satu tempat.. ok lah.. macam tak pertama Malaysia, ramai pelancong..dan ramai jugak org tempatan.. borong le apa yg patut.. tapi tak situ nak cari baju pempuan yg payah sikit.. fesyen org bangkok ni lain macam sikit.. pakai baju nampak pusat.. pakai seluar pun terlondeh sana sini.. ketat.. banyak kali mata masuk "abuk" hehe.. tapi dapat juga baju yg ada tulis Thailand.. lepas dua jam ronda baru balik...

ni aku baru lepas pekena nasi beryani daging.. ada tiga gerai islam di sini, dua Thai satu mamak.. tapi roti canai mamak tu instant.. tak jadi le nak order roti canai.. CC ni kat sebelah gerai makan ni je.. so tak lepas peluang menulis..

ok.. jumpa lagi esok..

| zino at Wednesday, November 24, 2004 :: (1) <-->
Tuesday, November 23, 2004

live from bangkok

sekarang aku berada di bangkok..aku sampai ke sini ahad lepas kerana menghadiri satu seminar berkaitan geoteknikal engineering. duduk di intercontinental hotel agak jauh dari tempat seminar, setiap pagi aku kena naik dua MRT ke tempat seminar.. MRT sama dengan kita punya LRT STAR , satu di atas dan satu lagi under ground. lebih kurang 1/2 jam sampai ke sana..seminar dari pukul lapan sampai ke pukul lima..

hari pertama datang aku tak tau kat mana nak cari kedai makan, dua hari aku jadi vegeterian, makan nasi puteh dengan salad hehe.. pagi breakfist roti dengan buah2an, malam tak kluar makan.. adus malam semalam aku kebuluran.. tapi hari ni aku dah jumpa kedai muslim di sebuah kompleks.. infact ada beberapa buah gerai yg menjual makanan halal.. so aku tak kan kebulurah lagi hehe..

benar seperti orang kata datang ke Thailand boleh "jatuh cinta" dengan keramahan orang Thailand oops.. aku tak le sampai macam tu. tapi bila aku compare dengan org Jepun aku rasa org Thailand lagi tinggi budi bahasa nya.. kemana kami pergi bertanya arah dengan petugas di kounter, mereka dengan suka rela utk membantu walaupun tak berapa fasih berbahasa inggeris..

esok aku tak pergi ke seminar, actually dia org atur utk lawatan tapak, tapi kami decide utk skip the trip dan akan membuat trip sendiri.. cadangan esok utk menaikki boat di sungai manam choo praya..

ok kalau ada masa esok aku menulis lagi..

| zino at Tuesday, November 23, 2004 :: (0) <-->
Thursday, November 18, 2004

SELAMAT HARI RUMAH TERBUKA..

Kepada semua muslimin dan muslimat sekali lagi aku ingin mengucapkan selamat hari raya adil fitri.. semuga perjalanan anda ke kampung dan kembali ke tempat masing masing adalah dengan selamat.amin.. Kami balik beraya selama tiga hari saje dan hari selasa kami dah balik ke KL..kenapa? memang selalu bagitu, jarang balik kg lama. takut nak meniggalkan rumah terlalu lama.. dan sebagainya. Hari raya pertama bertandang ke rumah mak dan keluarga zino, seharian kami beraya di sana. Esoknya seharian pula beraya di rumah saudara mara sebelah mem. hari ke tiga? bersiap balik semula ke KL..sepanjang perjalanan hujan..sampai le ke KL.

Bila tiba musim perayaan acara yg di tunggu2 terutama kepada warga KL (termasuk zino) adalah rumah terbuka, selepas ni banyak le rumah terbuka akan berlangsung dan rakan taulan saling kunjung mengunjungi.. rumah zino bagaimana? insha Allah..kalau segala perancangan berjalan lancar.. tunggu kan pengumuman nya.. hehe.. tapi kalau ada kenkawan yg membuat rumah terbuka antara 21hb hingga 27hb Nov. ni nampak gaya nya zino tak dapat nak menghadirinya.. ada ke? kerana waktu tu zino berada di kota Bangkok menghadiri kursus sambil JJCM..tapi mungkin mem dan ahli rombongan yg lain boleh menjadi wakil hehe..

kepada yg dah mula bertugas.. selamat bertugas dan makan kueh raya...

| zino at Thursday, November 18, 2004 :: (0) <-->
Friday, November 12, 2004

Kelab Funser

Sedikit maklumat berkenaan kelab FUNSER untuk menjawab pertanyaan en Zainal. Utk pengetahuan zainal, kelab FUNSER adalah satu kelab komuniti maya yg di ujudkan oleh UMW@TOYOTA khas utk semua pemilik UNSER. Keahlian kelab adalah percuma, anda hanya perlu log on ke wwww.funser.com mendaftar diri dan apabila di luluskan oleh UMW@TOYOTA anda telah pun menjadi ahli.

Didalam komuniti maya ini pelbanagi maklumat berkaitan dengan UNSER boleh kita perolehi melalui perbincangan maya antara ahli kelab, banyak tips teknikal berkaitan UNSER boleh anda perolehi. Disamping perjumpaan maya kami juga sering kali membuat perjumpaan TT (keluarga) di tempat tempat berlainan untuk saling mengenali antara satu sama lain, kami juga aktif menganjurkan "outing" sesama ahli ke merata tempat di Malaysia..

kami mengalu ngalu kan kehadiran anda sebagai keluarga FUNSER sebaik anda memiliki sebuah UNSER..

| zino at Friday, November 12, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, November 09, 2004

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kepada semua penulis blog, terutama kepada EP ZAR MELUR UCUK NINA NORET SRIDIAH MELY JUITA NIS ANA MAR LAN BAKTIAR ABUZAR KAKNGAH ANGAH NILE SALINA CT-CUTE CTZIE SEMUT dan juga kepada setiap pengunjung blog zino ...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATHIN

berhati hati apabila menandu di jalan raya, selamat balik kampong berjumpa dengan org yg tersayang. kami akan balik kg pada hari jumaat dan kembali ke KL hari selasa..

| zino at Tuesday, November 09, 2004 :: (3) <-->

Langkah pertama dengan bergaya

Selepas hantar dia ke sekolah aku terus ke Office, semalam aku dah janji nak ajar dua kawan ku cara mengguna satu program tu. Sementara tu aku letak talipon di sebelah, menunggu panggilan. Tak sampai 1/2 jam kemudian talipon aku berbunyi.. dari no yg tercatit aku tau dari siapa.
"hello fizah" aku terus memulakan bicara.
"abah" aku dengar satu suara ceria di hujung sana.
"mm macam mana?" aku tak sabar nak tau.
" dapat 5A " jawab fizah dengan riang.
"alhamdullilah, Tahniah" , jawab ku ringkas .
"nanti cakap dengan mak " pesan fizah sebelum meletak talipon.

selepas tu aku call mem memberitau keputusan yg fizah dapat, aku juga sms along, alang angah memberitahu keputusan yg adik dia dapat. Fizah dah memecah rekod yg abang2 dia dapat. tak sampai 1/2 jam kemudian fizah talipon lagi.

"abah, boleh datang sekolah sekarang tak? nak kena pegi yayasan pendidikan ceras, ambik hadiah RM50.00." fizah bertanya.
"pukul berapa nak pergi tu, kat mana?" tanya ku minta kepastian.
"Yayasan Pendidikan ceras la" jawab fizah .
"ok lah nanti abah datang" balas ku.

nampaknya taklimat yg sedang aku buat kena di tangguhkan sehingga esok. kawan aku turut gembira bila aku menyampaikan berita yg aku dapat dari anak aku di sekolah, dan minta aku uruskan dia dulu, taklimat ni boleh di buat lain masa. bila aku keluar jalan jem, aku mengambil masa agak lama nak keluar dari pusat bandar ke ceras. dalam perjalanan fizah call lagi tak sabar menunggu aku datang, dan akhirnya keluar menumpang kawan dia dan aku akan mengambil dia di sekolah bintang utara, di mana upacara di jalankan.

Penyampaian hadiah di sampaikan oleh Yayasan pendidikan ceras, YPC , ianya satu pertubuhan bukan kerajaan, NGO yg di pengerusikan senator Datuk Syed Ali al-habsi, seorang ushawan yg mengambil berat tentang hal pendidikan di kawasan ceras. menjadikan 16 buah sekolah sebagai anak angkat YPC.termasuk sekolah Taman Midah. setiap murid yg berjaya mendapat 5A akan mendapat RM50.00 , utk tahun ini YPC menyediakan lebih RM 13,000.00 . Sebaik pengumuman resmi di buat, beliau terus menggerakkan usaha penyampaian hadiah ni,tak sampai 3 jam ia nya menjadi realiti, siap dapat menjemput Ketua Pengah Pendidikan, Tan Sri Murad hadir.(i hope i get his name right)

Di antara pesan Tan Sri, UPSR merupakan langkah pertama di dalam beberapa langkah yg perlu di tempuhi sebelum sampai ke menara gading. Hafizah bersama 270 kawan dia di bawah naungan YPC dan lebih 30,000 lagi di seluruh negara telah berjaya melangkah dengan penuh bergaya.. Syabas..!!!Sepanjang 6 tahun di sekolah rendah hafizah memang consistant dalam pelajaran, dia berhak utk mendapat keputusan tersebut. dan aku berdoa agar dia terus berjaya di masa masa akan datang.

| zino at Tuesday, November 09, 2004 :: (0) <-->
Saturday, November 06, 2004

False alarm....

Pagi tadi selepas punch card dan hantar mem aku bergegas pulang ke BTR, pasal nak ke sekolah agama rakyat, fizah dapat anugerah lagi. pencapaian dalam kelas, hadiah markah tertinggi dan hadiah pangkat satu UPSRA..tiga kali naik pentas dan tiga kali aku klik gambar dia. sampai sorang kawan aku kat depan tu bertanya, " berapa kali nak ambik hadiah ni?" sambil tersenyum, aku tak jawab pun tapi balas senyum dia je. dalam hati aku kata " ini rezeki anak dara aku tu" sekalai lagi tahniah utk NURHAFIZAH..

sementara aku menunggu giliran fizah naik ke pentas PA bos talipon,
"awak kat mana ni? bos minta u hadir miting kat library, banjir " ,
"i kat sekolah anak dara i le , dia dapat anugerah cemerlang" jawab i ringkas.
"habis tu macam mana?" tanya dia lagi.
"cakap le dengan bos i kat sekolah anak i, minta le org lain pergi" balas ku,
tak boleh tengok org senang ada je hal nya.. tapi dalam hati terus tertanya tanya, banjir pasal apa pulak? pasal hujan lebat semalam ke? air masuk dalam library macam dulu ke? macam macam soalan yg bermain di kepala aku. dan kalau betul, apa aku nak jawab, apa tindakan lepas ni. dulu masa pembinaan library tu penah banjir, masa tu masih dalam jagaan kontraktor, sebulan sebelum handover, tetiba hujan lebat banjir satu KL dan library tu pun di tenggelami air. ikut ramalan kaji cuaca finomena tu berlaku sekali dalam 30 tahun, ni baru setahun tak kan banjir besar lagi..mula lah aku nak salahkan org lain, "tu le dulu sape suruh buat basement", rungut aku, di basement tu plak di buat teater, dewan dan studio..kalau banjir alamat hancuss semua tu.

selesai anugerah fizah aku bergegas pula ke library, dalam perjalanan aku call geng yg dah kesana bertanya.. dia kata masih lagi buat inspection. jalan jem le pulak, rupanya ada tanah runtuh di jln kucing, belakang bukit aman, bila sampai di library aku tengok ada dua bos kat sana serta ramai pegawai lain. baru selesai buat pemeriksaan.aku bertanya banjir macam mana, teruk ke? member aku kata "bukan banjir apa, air masuk ikut ducting telekom", tapi cara info di sampai kan oleh petugas di library macam ada banjir besar yg telah menggerakkan satu opis hehe..dulu ducting tu dah di seal tapi ada kerja tambahan oleh pihak library, ducting tu di buka semula lupa nak seal balik, bila huja lebat air masuk ikut situ..

agaknya masing masing masih forbia lagi dalam kes banjir besar tahun lepas.. bila dengar banjir je semua bos melompat hehe..

| zino at Saturday, November 06, 2004 :: (1) <-->
Friday, November 05, 2004

Jalan Tuanku Abd Rahman, jam 10.30 mlm round two.

Dah dua tiga malam mem mengajak ke jalan TAR, tapi tak menjadi2 sebab ujan le sebab malas le dan macam macam alasan le aku bagi. tapi malam tadi pujukan dia menjadi kenyataan. maka nya kami keluar ke Jalan TAR selepas tarawikh. memang dah jangka kawasan lorong TAR tu penuh dengan gerai ramadan menjual kain baju. aku ada beberapa target nak kesana.. memula cari baju melayu baby, tapi boleh acukan baju je.. bila nak acu kan seluar dia tak nak buka seluar panjang dia tu, " ehhh malu lah org ramai" , baby bantah bila aku minta dia buka seluar hehe.. "tak pe kat sini org tak nampak" pujuk aku. "tu kakak tu tengok adik" jawab baby lagi sambil menunjuk kat sale girl.. org yg berniaga bersebelahan tertawa besar mendengar penjelasan baby. ok lah kira ok lah

target kedua nak cari baju kurung kakak, sepanjang panjang jalan di lorong TAR tu kami ukur, akhirnya berhenti di satu gerai kakak pekenan dengan satu baju, tapi masih tak minat dengan baju kurung yg di syorkan. "tak minah jangan beli dulu jom cari lagi." aku mencadangkan. tapi sampai ke hujung jalan masih tak berjumpa. akhirnya sampai balik ke gerai yg sama. entah macam mana mem pujuk akhirnya fizah bersetuju beli baju kurung tu.. dalam pada tu mem pun berjaya membeli sehelai baju dan beberapa tudung.

Tanya along dan alang nak beli baju, masing masing mengeleng kepala. jam 12.30 mission selesai, tapi tak terus balik singgah pulak di kg baru makan steak lagi.. hehe.. tak muak2 bebudak ni dengan steak sebelah masjid tu..

| zino at Friday, November 05, 2004 :: (0) <-->
Thursday, November 04, 2004

bila dah datang malas dia tu...

Sejak dulu lagi sebelum berita pindah kluar, aku selalu berharap kalau berlaku perpindahan fasa kedua nanti (sebelum ni dah di buat sekali) dan aku terlibat , aku harap harap sangat aku di pindahkan ke jabatan yg kurang memeningkan kepala. kat tempat sekarang ni pening sangat ke? mm tak tau nak kata, kalau nak harap tukar suka sama suka alamat tak de org yg nak datang sini.

bila aku dapat tau aku kena pindah ke jabatan baru ni, adusss lega sungguh rasanya. mula lah aku malas nak menghabis kan saki baki kerja aku ni hehe.. tak patut langsung kan.. tapi bukan lah aku tak buat terus banyak juga kerja yg aku sempat bereskan atau uruskan (walaupun belum beres) sementara aku masih di sini, itu tanggongjawab nama nya. tapi aku berasa cukup lapang utk ke tempat baru.. biar pun aku tau banyak perkara yg aku kena belajar bila masuk di tempat tu nanti ..

sejak sehari dua ni aku menghabiskan masa mengemas dan mengemas.. banyak pulak harta karun dalam bilik ni.. hehe.. nasib baik tak jumpa tikur sekor dua..

| zino at Thursday, November 04, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, November 02, 2004

Pelajar Contoh..

Esok fizah akan menerima anugerah cemerlang untuk dua kategori, satu cemerlang akademik bagi mata pelajaran sain dan satu lagi anugerah pelajar contoh.. agaknya penilaian ini di buat atas berdasarkan pencapaian akedemik dan co korikulam sepanjang 6 tahun dia di sekolah tersebut. makna nya esok pagi dan mem aku akan ke sekolah fizah memberi sokongan moral .aku harap bila keputusan UPSR di umumkan nanti dia masih maintain dengan keputusan yg baik juga..

Keputusan SAR telah pun di umumkan , dia mendapat keputusan cemerlang, semua 8 subjek mendapat A dengan keputusan pangkat 1. seperti biasa bila dah tau keputusan hadiah pun dia dah sebut, kalau dulu abang2 dia bila dapat keputusan baik minta aku belikan basikal, so along penah dapat basikal, angah pun penah dapat bagitu jugak alang. tapi fizah tak nak basikal , nak tau dia nak apa. fizah minta handphone. alang kata "tak adil, kena beli basikal jugak". fizah kata "ok basikal dan h/p" hehe.. lepas tu aku tanya "abah belikan talipon sape nak bayar bil?" fizah hairan, "h/p ada bil ke?"

anyway tahniah utk Nurhafizah... kejayaan mu menjadi kebanggaan kami semua.

| zino at Tuesday, November 02, 2004 :: (1) <-->
Monday, November 01, 2004

semalam ke JJ...round one..

round one cuba menghabis kan bonus semalam berlaku di JJ.. tapi along dengan angah tak mau ikut, tau lah tu dia nak RM je nak pi cari sendiri. so cuma alang, fizah dan baby. alang aku bebaskan cari apa yg dia mau, tapi dia dah tau standard abah dia so dia pi cari dengan RM yg bersesuaian.. aku tak cadang apa2 bila dah dapat dia bagi kat aku untuk bayar. fizah pun macam tu tapi semalam tak jumpa sangat apa yg dia nak so akan ada round 2 utk dia nanti.. baby pulak mem yg carikan, baju baby senang apa yg kita beli dia nak je.. hehe

ramai nya orang kat JJ , agaknya di mana saja ramai orang kot.. hari ni lagi lah ramai dengar nya selangor cuti.. agaknya si mely pun tengah soping le tu hehe.. round 2 mem nak ke the mall, sekarang ni pakson.. ada baju yg aku offer nak belikan utk dia. dia pulak tambah nak belikan utk fizah sekali.. utk aku tunggu dulu lah.. kalau semua dah beres nanti dan bonus masih belum berjaya di habis kan baru aku soping utk diri hehe

| zino at Monday, November 01, 2004 :: (0) <-->