Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Friday, December 31, 2004



OPERASI SIAKAP

Aku ada sorang kawan tu yg memang suka sangat memancing.. kat mana saja ada kolam, lombong, sungai pasti dia dah pernah memancing.. tapi yg pelik nya bila dapat ikan , kecik ke besar ke dia tak bawa balik, tak pulak di jual nya tapi di hadiahkan kepada sesiapa yg dia nak.. aku ni salah sorang yg biasa dapat ikan percuma ni.. nak di bayar kata nya tak payah le.. dah memang hobi dia memancing.. agaknya dah muak menengok ikan ikan tu di masak kot.. cuma memancing saja yg belum muak lagi..

sekali lagi aku kena buat operasi siakap.. hehe..



| zino at Friday, December 31, 2004 :: (0) <-->
Thursday, December 30, 2004


hadiah untuk alang...

memang aku dah agak tentu dia nak hadiah sama jugak..sebelum ni bila fizah minta dia kata tak boleh.. along & angah dulu hadiah basikal, so kena beli basikal je utk fizah...tapi fizah nak henpon jugak.. pagi tadi dia pulak yg bisik kat abah dia nak henpon.. sebelum ni aku cabar dia kalau alang nak henpon kena dapat 8A dulu..

so aku kena beli lah jawabnya.. selepas anta along ke UM kami ke pertama, kat situ aku tengok banyak tol kedai jual henpon ni.. henfon fizah hari tu pun beli kat situ jugak..cari punya cari alang pekenan kat satu talipon ni..so mula lah proses tepung tawar.. hehe nak kasi kurang sikit..ada camera, ada lampu macam2 warna.. bunyi pun canggih.. rege within budget le.. kalau tak masuk budget tak jadi beli lah nampak nya..

Fizah komplain, talipon alang ada kamera.. eewahhh eewahh , kalau nak talipon ada kamera kena dapat 8A PMR dulu.. tiga tahun lagi.. talipon dia tu sesuwai le budget utk dia..

| zino at Thursday, December 30, 2004 :: (0) <-->
Wednesday, December 29, 2004

abah alang dapat 8A..

Bila alang kluar rumah ke sekolah jam 1.00 tadi.. aku menunggu dengan penuh debaran berita bagaimana yg bakal di beritahu nanti.. aku fizah dan baby ke sekolah Aminudin Baki mengesahkan pendaftaran sekolah Fizah.. nampaknya fizah terpaksa berpuas hati dengan pilihan ke tiga.. maka akan bermula lah rutin aku menghantar fizah dan kawan nya ke SAB setiap pagi..mannkala waktu balik mak kawan dia yg akan menjemput..aku tanya asrama, di maklumkan utk program khas saje..bagi keluarga yg berpendapatan rendah..

Dalam perjalanan pulang aku terima sms alang, "abah alang dapat 8A" terkejut besar aku, tahniah alang, nah sekarang alang dah buktikan , dengan sedikit usaha, alang boleh melakukan nya. Hafizah yg mendengar berita tu terkejut jugak..ohhh tidakkk!!! .. sambil menjerit dalam kereta.. hehe.. dulu along yg buat kejutan tu..berita gembira tu lantas aku maklum kan dengan mem , angah, along dan adik2 aku.. aku yakin alang boleh dapat beberapa A berdasarkan peperiksaan percubaan.. tapi 8A .. fuhhh memang satu kejutan..

alang BOLEH..tahniah sekali lagi..

| zino at Wednesday, December 29, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, December 28, 2004



DUIT DUIT DI MANA KAU DUIT......

ada org setiap hujung bulan pun ada masaalah benda ni.. apa lagi bila perbelanjaan melebehi pendapatan.. atau kehendak melebihi kemampuan.. tapi apa kan daya bagitu kehendak keadaan.. keperluan asas juga sudah berlipat ganda naik dari semasa ke semasa sedangkan pendapatan bertambah dengan amat perlahan sekali. pelbagai bil perlu di bereskan ,dan keadaan semakin parah bila hujung tahun..jika bertembung pula dengan musim perayaan keadaan akan menjadi semakin parah..

Tak perlu mengeluh.. ia akan tetap datang juga.. hujung tahun datang lagi.. dan perbelanjaan tambahan ikut datang juga.. persediaan persekolahan, baju, kasut, peralatan sekolah, buku..dan sebagainya belum lagi yuran, tambang bas dan sebagainya.. setiap orang ada cara tersendiri merancang segalanya keperluan ini.. tapi jangan lupa sediakan sebahagian utk yg hak.. iaitu membayar ZAKAT PENDAPATAN..hanya tinggal beberapa hari lagi menjelang tahun 2005

RM RM RM....

| zino at Tuesday, December 28, 2004 :: (0) <-->

terpaksa buat keputusan jugak hari ni..

Tak tau nak tunggu lagi ke atau buat keputusan hari ni.. nampak macam yg di tunggu tak kunjung tiba.. kalau di tunggu lagi takut macam satu peribahasa tu yg di kejar tak dapat yg di kendung berciciran..mm kadang tu serba salah juga memikirkan nya.. tapi demi masa depan dia aku terpaksa membuat pilihan.. aku tak mahu di kemudian hari keputusan aku di kesali..

pilihan pertama dah tau tak dapat.. pilihan kedua, tak terima lagi jawapan.. janji sebelum buka sekolah tapi sampai hari ni masih tak ada jawapan.masa semakin suntuk.. persiapan masih belum lengkap.. setelah berbincang kami ambik pilihan ke tiga.. walaupun pilihan ni bakal merobah sedikit rutin harian.. masuk ke sekolah pilihan di kg pandan.. aku memikir payah nya nak menghantar dia pepagi.. bukan payah apa, banyak perkara perlu di bereskan pepagi..menghantar baby ke plat, membeli sarapan utk yg kat rumah dan sebagainya.. kalau pilihan ni di buat beberapa perubahan perlu berlaku.. pasalnya kenalah keluar awal..nak ke kg pandan tu kan ke jemm. anak jiran pulak nak book kereta aku tumpang sekali.. balik dia yg akan ambil.. at least sebahagian tugas selesai..tak pe lah biar le aku berkorban demi masa depan dia.. dia dah berpakat dengan tiga kawan utk menerima tawaran ke sekolah sana..

mungkin hari ni juga aku akan ke sekolah tu utk mengesahkan pendaftaran.. jiran aku pun nak tumpang hehe..

| zino at Tuesday, December 28, 2004 :: (2) <-->
Monday, December 27, 2004



kesan gempa bumi terburuk..26.12.2004

Bila berita jam 8.00 malam tadi aku lewat sedikit turun, alang kata "ombak besar di P.Pinang ramai yg mati.", terkejut aku dengar dan macam tak percaya, "apa, ombak di P.Pinang? " aku bertanya balik untuk mendapat kepastian, sambil tu aku tengok di TV menceritakan kesan ombak yg melanda Sri Langka dan India dan Thailand. "pasal apa ombak tu?" aku bertanya lagi, tak sabar nak mendapat penjelasan.."ada gempa bumi di sumatra" jawab alang ringkas.

Tak pernah aku dengar sebelum ni, bila berlaku gempa bumi di sumatra akan mengakibatkan berlaku nya ambak besar sehingga se pantai malaysia. berita di TV semakin jelas menceritakan segalanya.. satu fenomina yg jarang berlaku, di berita kan berlaku sekali dalam 700 tahun, bagitu tragis sekali keadaan di mana kesan kesan yg di tunjukkan di TV.. beribu ribu mangsa mati akibat di hanyutkan arus..

aku teringat P.Pinang, baru dua minggu lepas kami ke sana beramai ramai..oh kawan aku di sana bagaimana, lantas aku menghantas sms ke sheik nuzrul bertanya kabar, sekejap tu dia membalas sms aku menceritakan pengalaman nya. merasa gegaran, menceritakan ombak setinggi 5 meter melanda batu peringgi..tak dapat aku bayangkan keadaan itu sekiranya kami masih berada di sana.. Shukur alhamdullilah.. aku juga teringat syukur, rumah nya kami singgah utk makan t. hari. sms aku tak sempat di balas, Noor dah talipon dan aku berbual dengan syukur, dia juga menceritakan pengalaman tempat dia tinggal bergegar.. Tanjung Tok Kong tempat kami lau baru2 ni dah di penuhi sampah sarap, lumpur dan sebagainya. Batu Peringgi juga teruk terjejas.. air melimpah sampai ke lobby hotel.. ooo sungguh dahsyat..

kepada keluarga yg kehilangan ahli keluarga aku ucapkan takziah..dan banyak banyak bersabar, ini semua dugaa Allah kepada kita semua.. bila Dia berkehendak sesuatu berlaku.. maka ianya tetap akan berlaku tanpa menangguhkan sesaat pun..pagi berita di surat kabar 43 terkorban di p.pinang, kedah dan perak..kerosakkan harta benda menjangkau ratusan ribu ...

| zino at Monday, December 27, 2004 :: (0) <-->
Sunday, December 26, 2004

Kugiran....


Hari sabtu kami ke Jelebu, memenuhi jemputan majlis kenduri kahwin anak kawan lama kami. Dulu di sama sekolah dengan mem, tapi keluarga dia telah lama kami kenal. cuma dah lama tak jumpa hampir 15 tahun dia menghilang diri.. tetiba raya dulu muncul di kg.. dia datang bukan saja nak beraya tapi menjemput kami dan rakan yg lain.

Janji konvoi bersama adik dan sepupu, tunggu di senawang, aku target satu jam cukup le nak ke senawang dari KL..rupanya terlewat hampir 1/3 jam.. ada dua kemalangan di perjalanan, satu di Nilai dan satu lagi di susur ke PD.. mereka yg menunggu kami gelisah .. akhirnya kami sampai juga ke Jelebu..atau lebih di kenali dengan kuala klawang. first time aku masuk ke sana , jalan berliku macam nak ke K.Pilah..

tuan rumah menitiskan air mata melihat kami sampai juga ketempat dia,..zaman memuda dulu banyakj kisah suka duka kami bersama..bila lama berpisah pertemuan menjadi nostalgia sekali. dan aku tertarik dengan kugiran yg menghibur tetamu di majlis tu. teringat di kampong aku sendiri, ada satu keluarga mak saudara aku tu pasti menjemput kugiran bila anak atau cucu melangsungkan perkahwinan.. masing masing akan mengasah bakat menghibur atau cuba menghibur.. dari keluarga mereka memang ramai yg meminati seni. nostalgia lama menerpa kembali.. hehe..

| zino at Sunday, December 26, 2004 :: (1) <-->
Thursday, December 23, 2004



Buku yg di baca tahun 2004 ?

Berapa banyak buku yg sempat anda baca sepanjang tahun 2004. mungkin ada yg telah menghabiskan 12 jodol buku..iaitu satu buku satu bulan.. atau ada juga yg telah membaca 52 jodol buku!!! satu minggu satu buku.. wow..banyak tuu atau satu buku pun belum habis.. hehe biar banyak mana pun buku yg anda baca tahniah aku ucapkan.. pasalnya tahun ni aku paling sedikit baca buku.. malu nak cakap bilangan nya..

Baru baru ni aku berkesempatan ke rumah seorang kawan lama..aku tengok satu kabinet penuh dengan buku.. buku cerita pelbagai jodol.. sebahagian buku2 tu aku perasan macam pernah nampak.. maknanya mungkin ada yg aku dah baca. atau aku dah tengok ada org yg baca.. mem lah tu. kata kawan aku ni, semua buku tu dia dah baca dan menjadi koleksi peribadi . kalau pun dia pinjam buku kawan nya bila membaca.. pasti dia akan cari buku tersebut utk jadi koleksi. Dia juga tak pernah ketinggalan setiap kali ada pamiran buku di PWTC utk melengkapkan koleksi..kalau tak salah aku ada lebih 60 jodol buku menjadi koleksi nya.. salah satu buku cerita feberet dia ialah buku Sridiah.. tapi aku tak cakap le aku kenal siapa Sri tu.. hehe. mem kata dia pun rasa dia dah baca kebanyakkan buku tu.. tapi koleksi buku mem sedikit saje.. pasalnya dia selalu pinjam buku kawan di pejabat utk di baca...ni yg Sri diah tak suka ni.. hehe

So azam tahun baru ni . aku nak membaca semula.. sebagaimana hobi aku dulu. kenapa tak percaya? hehe sebagai langkah pertama, sudut bacaan di rumah telah aku pindahkan dari atas ke bawah.. semua bahan bacaan telah aku angkut ke bawah.. bebila ada kelapangan mudah utk di capai dan di baca...InshaAllah...

| zino at Thursday, December 23, 2004 :: (0) <-->



Pak sum bor

Kalau sesiapa pegi Penang sure org sana syor kan kita makan paksumbor.. tempat yg famous benda tu kat Padang Kota le..dulu padang kota tu kalau nak pi makan kena tutup idung hehe.. sekarang ni dah cantik dia org dah buat pusat penjaja kat situ ok lah.. aku tengok ramai jugak org datang makan ..ada dua seksyen.. satu utk org islam satu lagi utk lain lain bangsa..

Tapi bila nak order paksumbor ni kenalah berhati hati sikit, dia org tu ada yg ambik kesempatan, kawan aku pesan nak order kena lah pi tunjuk apa yg kita nak makan. kawan aku kata lagi jangan order sotong, ketam atau udang ke. kalau kita tak tunjuk dia akan bagi banyak.. walaupun kita kata nak makan dua org.. bertimbun di bagi nya.. lagi banyak lagi mahal le.. dan kalau minta udang ke sotong ke rege dia lagi le melambung lambung macam belon..

tapi yg tak sedap dengar tu baru2 ni dalam surat kabar kata kat P.Pinang ni rope2nya tak ada sistem kumbahan.. amende pun dia org tolak ke laut..adusss bayangkan le seafood kat penang sana tu, terutama kerang... sure gemuk gemuk, enak enak hehe.. berhati2 noo. hehe

| zino at Thursday, December 23, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, December 21, 2004



Jom PIZZA....

Selain roti canai yg memang dah jadi feberet baby, dia juga suka pizza.. dia lebih suka makan pizza di kedai.agaknya nampak formal sikit kot.. hehe kalau bawak balik dia makan jugak.. tapi puas le mancari alasan munasabah kenapa tak makan di kedai.. setakat sekeping dua tu boleh le dia habiskan. tapi nak pizza selalu bapak pulak tak larat hehe..bukan baby sorang je minat semua yg kat rumah tu minat..

mmmm dah lama tak pizza .. JOM PIZZA..

| zino at Tuesday, December 21, 2004 :: (1) <-->




Jangan di sangka bucu tak tajam...

Kisah ni berlaku di P.Pinang. masa tu kami baru balik dari pesta p.pinang. ada yg singgah di padang kota minum , sementara terus balik. tempat parking kat hotel tu sentiasa penuh, aku cari le parking kat sebelah kanan bangunan tu.. kawan aku ni nak pi hantar famili kat lobby sebelum parking kereta.

bila aku sampai kereta dia tayar dah bocor..macam mana pulak tetiba je ni? rupanya dia terlanggar bucu tiang lobby hotel tu.. amboi tajam jugak bucu ni ye. gara gara nak mengelakkan sebuah kereta yg di park di lobby tu.. maka nya kenalah operasi tukar tayar di tengah malam tu..satu pengalaman baru jugak.. selepas tukar tayar kami pi pekene TT di depan hotel tu.. bukan dalam hotel gerai di depan hotel hehe..

| zino at Tuesday, December 21, 2004 :: (0) <-->
Monday, December 20, 2004




do bi oh dobi..

Sesuatu yg lucu berlaku bila aku di Bangkok tempuh hari.. lucu bagi yg membaca cerita ni tapi bagi aku masih tak berapa lucu sebab aku kena bayar RM akibat perkara lucu ni.. kalau claims aku di terima nanti baru lah tak lucu lagi hehe..

Ceritanya macam ni.. memula tu aku cari plastik utk baju yg dah diguna tapi tak jumpa.. tapi dalam lemari tu aku tengok ada satu bakul.. cantik je bakul tu terletak di sudut lemari tu.. maka aku guna lah utk longgok baju macam kat rumah .. t-shirt ke baju kemeja ke seluar kecik tu ke semua aku sumbat dalam bakul tu.. hari pertama ok.. hari kedua pun ok lagi tapi hari ketiga tetiba pakaian kotor tu ilang.. alamak kemana pula pegi nya dia org buang ke?.. bakul tu tempat letak sampah ke? ooops entah2 dia org pi anta dobi tak!!! adusss mampus aku..

memang sah pun ke esok kan hari nya cantik je pakaian kotor tu dah bersih2 sebersih2nya.. cantik je dia org letak dalam kotak itam tu.. baju kemeja aku dah gantung dalam lemari ..fulamak.. aku kat rumah pun tak lipat macam tu punya cantik baju yg dah di basuh hehe..

ado lae citer lain lopeh ni.. hehe

| zino at Monday, December 20, 2004 :: (0) <-->

majlis yg cukup meriah..

Malam minggu yg lepas berlangsung satu lagi majlis TT utk kami mengakhiri tahun 2004 . Kali ni majlis di adakan di cop & steak kg baru. kenkawan datang jauh dan dekat, paling jauh dari P.Pinang, ada juga dari segamat, seremban, klang dan sebagainya. malam tu memang cukup meriah.sebanyak 23 UNSER menyesakkan lagi tempat yg dah sentiasa sesak..walaupun mulanya kami dah book semua parking di depan restoren tu..tapi berlaku sedikit masaalah ternikal sehingga menyebabkan ramai ahli yg terpaksa mencari parking di tempat lain..minta maaf semuanya..majlis malam tu lebih happening bila di selitkan juga dengan sambutan hari lahir.. hehe..

pada mulanya aku membeli satu kek dari "resepi sulit" utk meraikan kenkawan semua..tapi bila roshidin mengambil alih menjadi MC.. majlis bertukar menjadi satu majlis yg cukup heppening utk aku dan keluarga.. bila dia org cukup spotting utk menyanyikan lagu selamat hari lahir beramai2 sehingga org lain yg datang menjamu selera ramai yg menjeling.. kami sekeluarha pun turut spotting utk menyahut cabaran yg roshidin aju kan.. nasib baik dia tak suruh buat yg pelik2.. hehe harap harap 2nd photographer dapat merakamkan apa yg berlaku..

sebagai hos malam tu aku harap semua berpuas hati dengan tempat yg di pilih, walaupun satu sudut telah kami book ada juga org luar yg datang menyelitkan diri utk menjamu selera di sana.. tempat tu memang selalu pack dengan org ramai.. sekali dua aku memberi tahu mereka tempat tu dah kami book tapi bila dia org masih datang jugak akhirnya kami tak larat nak larang..

tak lupa jugak ribuan terima kasih kerana cendera hati yg di hadiahkan oleh shukor dan dahlan...ramai geng UNSER yg bagitu bermurah hati dengan hadiah hadiah setiap kali ada perjumpaan..kita jumpa lagi di tahun 2005... dengar nya malam tu ita ada banyak perancangan..

| zino at Monday, December 20, 2004 :: (0) <-->
Friday, December 17, 2004

bil ohh bil

baru buka bil talipon rumah tadi..terkejut aku dibuat nya.. bertambah lagi. bulan lepas dah terkejut tengok bill, siasat punya siasat anak dara tu yg punya call, so dah slow talk dengan dia..tapi bill bertambah lagi..belek punya belek..fizah punya jugak.. letih dah bercakap.. nak slow talk lagi ke..bukan dengan org jauh pun dia bergayut.. dengan geng dia kat sini je.. tapi masaalah negara nya.. kawan dia tu guna henpon.. melambung le bill...

cam mano nak buek...tu.

| zino at Friday, December 17, 2004 :: (0) <-->
Thursday, December 16, 2004

SMAKL

Pepagi tadi aku menghantar fizah di SMAKL di manjalara. bukan dapat masuk lagi tapi datang utk ujian khas kemasukkan.. bila aku sampai jam 7.30 aku ingat dah cukup awal.. rupanya kawasan tu dah penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa yg menghantar anak anak dengan tujuan yg sama. nasib baik aku dapat parking kereta berhampiran kalau tak terpaksa lah aku letak agak jauh dari sekolah tu.. aku tengok dah berderet kereta di sepanjang jalan tu.

bila kami masuk taklimat dah nak di mulakan.. walaupun ibu bapa dan anak anak masih ramai yg baru sampai dan ada yg masih belum sampai.. pengetua kata ada 500 pemohon yg di jemput hadir ujian khas dan hanya 140 tempat di sediakan. sekali lagi fizah terpaksa bersaing utk mendapat tempat. jam 8.30 baru semua calon masuk ke dewan dan berakhir jam sebelas.. selain ujian bertulis ada juga sesi interview..

sementara menunggu fizah aku duduk di kantin bersama puluhan ibu bapa lain yg mempunyai harapan yg sama.inginanak mereka bersekolah di SMAKL. ada seorang bapa yg berbual dengan aku tu bertanya kan beberapa orang bila dia tau di mana aku bekerja.. kebetulan semua yg dia tanya tu kawan aku di opis ni..dan dia juga kenal beberapa kawan aku di tempat kerja dia tu hehe macam mana boleh jadi kebetulan macam tu..so lama lah kami sembang ..

semuga mereka berjaya...

| zino at Thursday, December 16, 2004 :: (1) <-->
Wednesday, December 15, 2004

TT terakhir utk 2004

Aku ingat TT di veledrom dulu merupakan TT terakhir utk tahun ni. Selepas balik dari PP Datuk Kenneth mencadangkan satu lagi TT grand final..cadangan mula di buka dan hos di cari.. tapi masing masing menunggu tanpa ada yg sanggup menyambut.. hehe aku mencadangkan beberapa nama utk menjadi hos..tapi tak menjadi jugak.. hujung tahun ni masing masing agaknya sibuk..so akhirnya aku mencadangkan tempat berubah dari tempat tempat yg selalu kami pergi. dan di persetujui. secara tak langsung aku le yg menjadi hos.. hehe

Malam tadi aku ke restoren tersebut, berjumpa dengan tokei . kenneth terlebih dahulu meninjau kawasan .Bila dia email aku malam tadi aku terperasan macam dia dah tersalah tempat.. tapi aku sendiri tak ingat nama jln , akhir nya kenneth jumpa juga restoren yg di maksudkan. dan aku minta dia tunggu sementara aku sampai. lantas kami mencari tokei kedai utk berbincang.

kami akan di sediakan satu ruang yg boleh menempatan sekurang kurang nya 15- 18 keluarga UNSER , paking juga akan di sediaka kepada yg datang on time, masaalah nya di tempat ni parking agak limited. so nampak gaya kena lah parking back to back, first to come last to go.. hehe sambil berbincang kami di jamu segelas air buah dalam gelas yg godang tu.. aduss hongeh den..18.12.04 nanti bakal mencatit satu sejarah lagi...

jumpa di sana..di sana disana..

| zino at Wednesday, December 15, 2004 :: (0) <-->
Tuesday, December 14, 2004

Usah kecewa anak ku..

Abah tau kau terlalu mengharap untuk mendapat tempat di mana2 sekolah yg lebih baik.. abah tau kau bercita cita tinggi untuk terus mencipta kejayaan di masa akan datang. Selama ini pun abah penuh yakin kau boleh melakukan nya. Walau di mana kau di tempatkan abah yakin kau tetap akan berjaya. Masih banyak lagi liku yg harus kau tempuhi .. usah lah kerana kegagalan yg sedikit ini melemahkan semangat mu utk terus mencipta kejayaan. Anggap lah segalanya sebagai satu ujian utk mu.

Peluang utk kau belajar di tempat yg lebih baik masih ada, kalau pun tidak sekarang mungkin di masa masa akan datang. Yakin lah rezeki ada di mana mana. Walau di mana kau belajar abah akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan sepanjang masa. Kuatkan semangat mu. Tempat terhad sedangkan bilangan yg memohon terlalu ramai. Abah tak ada cable di mana mana utk membantu mu. tiada laluan mudah utk berjaya. Along telah buktikan sebelum ini. Walaupun belajar di sekolah yg di katakan tidak berapa mantap tapi dia masih boleh mencipta kejayaan yg boleh di banggakan semua.

Persoalan nya bukan saja sekolah yg boleh jadi penentu tapi diri kita sendiri di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.. Kau harus membuktikan nya. Percayalah kepada takdir..

| zino at Tuesday, December 14, 2004 :: (1) <-->
Monday, December 13, 2004

Terima kasih terima kasih terima kasih..

Operasi hari tu bermula jam 8.30 pagi.. dan berjalan sepenuhnya jam 9.00 pagi.. masing masing telah di beri tugas. aku perhatikan semua bersungguh membantu chief Chef..yg sentiasa memberi arahan.. hehe..

along pakar menebar..so tugas along bermula apa bila segala kelengkapan telah di sediakan..lepas satu satu..alang ada juga membantu.. tapi hasilnya tidak bagitu memuaskan..jadi lempeng...angah pakar mengacau.. apa saja yg chef masukkan dalam kualai atau periuk.. tugas angah menjaga dan mengacau.. hehe bukan buat kacau.. tugas yg tu memang dah ada specialist.. fizah dan alang pulak dengan tugas logistik.. menyediakan segala keperluan , mengelap dan sebagainya.. dan aku hehe aku jadi pakar bedah.. memotong dan menghiris.. dan baby pakar mengacau..boring ke sa orangan tak ada kawan nak di ajak bergurau, bermain..

tetamu datang silih berganti..adakalanya sampai serentak.. terima kasih kepada yg ada kesempatan utk datang dan menjamu selera..sridiah, ep, zar, lynnder dan melur sebagai peserta blog terakhir.. Datuk kenneth, rismil, dan kamato mewakili geng UNSER.. dan yg paling ramai geng angah dan alang.. selain jiran tetangga.. peserta terakhir datang adik aku dari bangi dan jiran depan rumah yg datang jam 9.00 malam..kepada semua terima kasih sekali lagi.. terlebih terkurang harap di maafkan..

Kalau panjang usia..kita jumpa lagi di lain keluaran..

| zino at Monday, December 13, 2004 :: (0) <-->
Friday, December 10, 2004





lagi cerita JJCM..

gambar kat atas tu di ambil semasa berhenti rehat di tapah..deretan kereta UNSER berlabuh dalam perjalanan ke Penang..

gambar kedua di ambil semasa selepas check out di hotel bayview Batu Peringgi.. itu merupakan sebahagian dari ahli rombongan.. masih ramai lagi yg berkeliaran di sekitar lobby hotel tu sementara menunggu semua selesai check out..

| zino at Friday, December 10, 2004 :: (0) <-->

IPOH malii........

Selepas membayar tol di Ipoh selatan, aku jalan terus dan berjumpa simpang tiga."alamak, mana satu nak ikut ni". akhirnya aku koner ke kiri.sampai depan TESCO aku stop..takut mengaban ke mana aku terus guna talian hayat."assalamualaikum, i sekarang ni berada di hadapan tesco, jalan mana nak ikut?" lebih kurang aku bertanya kat tuan rumah, "oo kalau ikut situ jauh nanti patutnya masuk kanan jumpa trafik light masuk kanan lagi," jawab tuan rumah dan sedikit panduan lagi utk aku ikut. akhirnya aku sampai juga rumah azwa.

Dirumah azwa aku sekeluarga di hidang dengan nasi minyak yg cukup enak, masing masing nampak berselera makan..waktu tu dah pukul 2.30 lebih kurang. aku terlewat sedikit keluar dari Penang, entah macam mana tersesat hehe.. semasa di sana aku sms Nis bertanya kan alamat boleh aku mendapatkan pandu arah.. berpanduakan lakaran husband azwa aku rasa tak susah nak cari rumah Nis.

jam 4.00 kami meninggalkan rumah azwa mencari rumah Nis, walaupun Nis dah pesan minta i sampai jam lima atau selepas nya tapi saje aku keluar dulu..campur dengan sesat ke..sure aku ada cukup masa. hehe sampai di satu petrol stesyen aku pun bertanya, malang nya serang pun di situ tak berapa pasti tapi mencadangkan aku masuk ke kiri dan bertanya di sana.. memang banyak taman yg aku jumpa..tapi tak satu pun serupa dengan taman yg Nis bagi.. heran jugak.. dan aku yakin memang aku dah sesat hehe.. maka talian hayat diguna lagi. Nis minta aku tunggu di satu gedung perniagaan di depan simpang.. rupanya taman perumahan Nis tu di sebelah kanan..

Sekali lagi kami di jamu . aduhh hongeh jugak di buatnya.. tercapai jugak hajat aku nak beraya di Ipoh.walaupun tak dapat sepenuhnya. ada dua rumah lagi yg aku cadang nak singgah tak dapat di penuhi..satu tu tuan rumah nya berada di luar kawasan..satu lagi anak saudara aku dua2 bekerja di luar kawasan jugak.. aku nak jumpa dia di Ipoh sekejap pun tak kesampaian kerana dia dalam perjalanan nak ke Kedah pulak ada urusan penting.. jam 6.30 aku meninggalkan rumah Nis tapi sempat berposing dulu.. baby minta gambar dia di ambil sekali lagi, gambar yg pertama tu tak cukup ensem agaknya..bila dia tengok.. baru dia kata ok.. hehe..

dalam perjalanan pulang aku cukup mengantuk.. sampai aku ulu bernam aku berhenti berehat lagi, minum dan tidur sekejap..sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL..

| zino at Friday, December 10, 2004 :: (0) <-->
Thursday, December 09, 2004



biar adik ambik gambar abah pulak..

Setiap kali berhenti di mana mana sepanjang perjalanan kami tak lupa merakamkan peristiwa tersebut dengan mengambil gambar..kami ada "official camera man" leongWK yg tak berhenti henti merakamkan aksi aksi para peserta. dan aku juga tidak ketinggalan utk merakamkan aksi baby.. leongWK telah menerbitkan dua album dengan gambar gambar menarik, candit shot dan sebagainya. termasuk lah aksi baby ni.

Setiap kali selepas aku mengambil gambar dia , maka giliran dia pulak mengambil gambar aku.. siap mengarahkan aku ke kiri sikit , atau kekanan sikit bila dia nak ambik gambar. aku masih tertunggu tunggu gambar apa yg bakal keluar, gambar kaki, kasut, pokok , awan atau sebagainya. setiap kali flash menyala kemera entah di hala kemana. hehe ..bukan main seronok baby mengetik kemera tu.. bila aku off kan dia perasan dan minta aku on kan balik.. hehe.. sabar je lah..

ada banyak lagi gambar menarik yg bakal di terbitkan... tungguuuu...

| zino at Thursday, December 09, 2004 :: (2) <-->
Wednesday, December 08, 2004

Hari kedua di P.Pinang

Hari ke dua di ppinang tak banyak acara..pasalnya hari ni kami kena check out dari hotel, so masing masing lepak di hotel saja.baby seronok main pasir di pantai, memula tu bukan main lagi nak ke kolam, tak sempat sempat nak breakfirst, tapi bila aku bawak sana dia takut pulak, minta aku balik ambik gayung dia nak mandi kolam hehe..kelakar tol baby ni.. lepas tu nak ke laut pulak.. di pantai pun baby serupa takut dengan ombak..macam org kampong je.. hehe..

selepas check out kami plan round satu pulau, bermula di batu peringgi kami menuju ke balik pulau dan seterusnya... ini lnilah firstime aku round pulau ni dan beberapa kali datang penang tapi tak tergerak nak meraound.. seronok juga berkonvoi panjang di sepanjang jalan.. kawan aku ada ambik gambar nanti lah bila dah terbit boelh le di pertontonkan..

bila konvoi berhenti di perjalanan menuju ke bukit bendera aku terus balik ke batu peringgi waktu tu dah pukul 2.00 kawan aku dah tunggu , aku kena check in utk meneruskan percutian dua hari lagi di P.Pinang. ramai juga yg menambah percutian tapi book di tempat berlainan.. dan ramai juga yg kena balik ke KL semula.. rupanya kawan aku book kan aku di sebelah je.. dua hari ni utk aku dan family JJCM sendiran berhad.

malam tu kawan aku bawak pi makan ikan bakar,kat batu maung..tepi laut nama tempat tu kg. tempoyak.. satu kampung nelayan. memang bes... kalau boleh serbu ramai ramai..lagi bes.. lain kali kalau ke penang pasti nak kesana lagi...

| zino at Wednesday, December 08, 2004 :: (1) <-->

JJCM ke P.Pinang...4hb Dis.2004

Sebagaimana di rancang hari sabtu kami memulakan konvoi ke P.Pinang. semua berkumpul di R&R Sg Buloh, tapi ada juga yg menunggu di perjalanan..6.30 pagi memulakan konvoi.utk memudahkan perjalanan ada 8 set walkie talkie digunakan. aku pun pegang satu.. ni lah first time aku guna menda ni.. hehe memula tu ingat guna macam talipon . hehe . Dari Sg buloh kami menuju tapah stop yg pertama, tapi sampai rawang ada yg dah terkucil ferut..hehe so kami stop dulu rupanya di sana ada dua geng menunggu,Victor dan zamzur.. sampai di tapah baru kami bersarapan.. satu jam di tapah kot..dari tapah menuju Bukit merah..kat sana ada lagi geng perak menunggu..bila melintasi jambatan P.Pinang dah pukul satu .. di P.Pinang shukur dah tunggu.

Aku tak perasan ada perubahan plan, aku ingat mula tu ada majlis kenduri kahwin, rupanya bertukar makan t.hari di rumah syukur, bayangkan 26 biji unser serbu rumah dia, kenalah guna dewan dan pasang satu kemah. petang baru kami ke hotel utk check in..sebelum aku booom kerana kepenatan. petang jam 6.00 berkumpul di lobby utk memulakan "acara' beberapa geng baru unser di kenali..tapi aku tak ingat semua nama mereka.. kalau dah jumpa dua tiga kali esok baru boleh masuk memori.. hehe.

makan makam di padang kota, mula tu nak singgah di gurney drive..tapi jem dengan manusia.rupanya gerai2 Dipadang kota telah di buat baru cantik dan tidak lagi seperti dulu, kotor dan macam macam bau ada.. ada dua seksyen, makanan halal dan bukan halal utk selera masing masing. dalam pada tu ada geng yg terkena di "ketuk" dengan harga yg mahal.nasib baik aku telah di bisikkan oleh lee chong meng macana nak order makanan kat sini.. ok lah..

Malam tu jugak kami ke pesta P.Pinang..alamak jem teruk nak kesana, hampir satu jam baru sampai..tempat dia tak le jauh sangat..kawan aku syukur dah book kan kami tempat parking dan masuk ke pesta pun percuma.. banyak nya barangan di jual dan harga pun menarik, tapi dalam keadaan tergesa tesa dan badan pun penat aku tak membeli apa pun.. mem ada lah beli sikit. malam tu acara berakhir jam 12.00 mlm.. kenapa? ada sorang geng terlanggar batu tiang porch hotel, terus pancit tayar..kena lah "membantu" sekejap selepas tu pekena TT di depan hotel tu..

ok nanti sambung lagi..

| zino at Wednesday, December 08, 2004 :: (0) <-->
Friday, December 03, 2004

Esok nak JJCM lagi..

Esok kami dah rancang nak JJCM lagi kali ni bukan aku sorang , bukan aku sekeluarga.. tapi segerombolan 26 keluarga hehe.. beramai ramai konvoi ke P.Pinang. Plan ni kami buat rasanya 4 bulan yg lalu.. memula tu di adakan kempen sama ada PP atau JB akhir nya PP di pilih..esok lah tu.. janji tunggu di RR Sg buloh sebelum subuh hehe sebelum bertolak beramai ramai.. Plan asal ada pindaan sikit..

balik dari PP aku cadang nak singgah di taiping dan Ipoh.. org Ipoh tunggu kedatangan kami.. hehe satu gerombolan tau..bukan 26 kereta tu kami sekeluarga je.. balik bekerja hari rabu.. dengar2 ada jamuan perpisahan utk aku nanti.. dari office mate dept lama..

ok lah jumpa lagi Rabu nanti....

| zino at Friday, December 03, 2004 :: (1) <-->
Thursday, December 02, 2004

Hutang oh hutang..

Adalah sorang Mamat tu dia ada hutang dengan zino satu zaman dulu.. makna nya dah lama sangat lah tu. so baru baru ni dia ada hantar sms kata minta maaf le gitu gini kata bila dia ada uwang dia akan settle kan segala yg tertangguh tu.. alah bukan sekali ni dia hantar sms dah galak kali juga.. tapi ayat dia sama je lah. lebeh kurang minta tangguh le gitu. ok lah aku pun tak boleh nak kata apa lah tangguh pun tangguh le.. tangguh punya tangguh ni dah masuk tahun ke dua entah bila nak di settle kan tak tau le.

so aku pun hantar satu sms kat dia kalau tak boleh nak bayar sedebuk gitu bayar lah intallment, at least berkurangan lah jugak nanti.. tak de lah benda tu tak bergerak gerak..kalau ikut "along" mamat ni dah sure kena terjun tkt 10, tapi aku tak le sekejam tu.. tapi bila aku kata bayar ansuran pun mamat tu masih boleh kata nanti dia pertimbangkan .. cewah.. aku ke yg hutang atau dia yg berhutang.. macam ni punya kawan pun ada..

nampak gaya aku kena tunggu lagi lah jawab nya..sampai bila lah agaknya tu...

| zino at Thursday, December 02, 2004 :: (0) <-->