Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Monday, February 28, 2005



baru sejuk sikit..

Sebelum ni bahang panas bukan main kuat lagi.. baik siang baik malam..masuk je rumah terasa bahang panas kalau lambat ON kan kipas.. dalam bilik lagi le panas.. duduk kat sofa tu terasa wap panas.. macam sauna dalam rumah hehe.. so kipas berputar full speed sepanjang masa..kat atas kipas kat bawah kipas...

Bila panas selalu lah kehausan.. ais akan jadi mangsa.. apa saja yg nak di minum mesti masukkan ais.. buat nescafe taruk ais, buat sirap mesti ada ais, minum air masak saje pun nak taruk ais..bila ais tak ada dalam peti ais tu mula lah hangin..

Kat luar sana kebakaran berlaku di sana sini, kesian tengok ahli bomba semua cuti di bekukan terpaksa bertugas 24 jam.. malah tak boleh balik dari lokasi.. kena berkemah dalam hutan tu.. ada yg terpaksa bertugas di luar kawasan, bomba melaka datang bertugas di KL dan sebagainya semata mata nak beri keselesaan kepada kita semua, bila kebakaran sukar di padam kan jerebu pun menutupi seluruh KL, bila keluar bekerja sabtu lepas aku tengok jerebu dah semakin tebal..

Tapi alhamdullilah, dua hari ni hujan turun dengan lebat sekali..kebakaran sudah di padamkan, jerebu sudah di hilangkan.. bahang panas pun telah bertukar kepada suasana nyaman... lega rasanya.. tapi bila keluar makan, masih nak order "pes oyen"..

| zino at Monday, February 28, 2005 :: (1) <-->
Friday, February 25, 2005

Tiga sahabat di satu kan kembali..

Sebelum ni ketiga sahabat ni pergi sekolah bersama dan balik pun sama. ketiga tiga minta sekolah berasrama penuh, tiga2 tak dapat ,kemudian mereka juga pergi interview sekolah SMAKL pun sama tak dapat..last last tiga tiga di tawar sekolah Aminuddin Baki.. dia org pun berpakat macam mana nak kesekolah ni bersama.. keputusan nya aku yg menghantar dia ke sekolah bersama manakala balik mak salah seorang sahabat ni yg akan menjemput.. itu plan A ..everything just fine..

tiba tiba...

"abah, farisya dapat SMAKL", fizah bagi tau dengan muka monyok dia tu.. kenkonon frust le kawan dia dapat tapi dia tak.. aku pun heran jugak sebelum ni kan ke dah tau tiga tiga tak dapat, macam mana pulak tetiba boleh dapat kesana. aku di maklumkan mak si farisya pegi merayu dengan bantuan sesaorang.. oo aku pun heran juga sekolah ni sebelum ni bukan main lagi sesi ujian khas kemasukan dan temuduga di adakan tetiba boleh pulak masuk dengan rayuan gitu2 je...

plan A terpaksa di pinda..

pagi aku hantar fizah dan sorang lagi kawan dia ke kg pandan balik dia berdua dan seorang jiran lagi terpaksa balik naik bas sampai pudu dan LRT sampai btr..aku tak berapa yakin dia naik bas ni bagitu jugak bapa kawan dia ni.. so dia volentier dengan plan C .. balik dia datang menjemput mereka berdua.

tiba tiba pagi ni....

"abah, nanti ambik farisya sekali".. fizah bagitau sambil tersengeh.. hai apa dah jadi dah tamat ke di SMAKL ..rupanya dia dah ubah fikiran balik semula ke kg pandan..masakan tidak dia ke SMAKL tu dah terlalu lewat, org sana dah belajar jauh, duduk di asrama pun agaknya dia terkejut tak melalui proses orantasi.. tak keruan apa yg nak di buat..

so mulai pagi ni back to plan A hehe

| zino at Friday, February 25, 2005 :: (0) <-->
Thursday, February 24, 2005



Interview

Hari ni along ada interview, bila nak pegi interview kenalah menyemat sikit, tak boleh pakai jean kena pakai slag,, tak boleh pakai T shirt kena lah pakai kemeja lengan panjang dengan tai sekali, kasut pun macam tu kenalah pakai kasut kulit baru ada keterampilan yg sesuwai.. along mana ada semua tu.. tiap hari pakai jean, t shirt, dan sport shoe..pegi lecture oklah

so aku sediakan plan B utk along,

seluar panjang along dah cari sendiri, baju kemeja pinjam baju abah,tai abah ada banyak tapi along nak guna tai yg abah beli masa minggu orantasi metrikulasi dia dulu, kasut kulit pinjam kasut alang, stokin pinjam abah punya jugak(stokin baru abah le hehe) malam tadi dah anta dia ke UM dia nak pegi interview dengan geng dia hari ni.

"abah, kalau dia tanya nak keje kat sabah atau sarawak macam mana along nak tolak? " malam tadi along tanya.. aku termenung sejenak.. macam mana nak jawab ye..mm jawab macam ni.

" biar saya mendapat cukup pengalaman dulu beberapa tahun bekerja di sini nanti bila saya dah bersedia saya bersedia bekerja di mana juga."

aku harap along berjaya dalam temuduga tu. kerja memang dah menunggu along cuma di mana along akan di tempatkan.. kalau boleh jangan le jauh sangat dengan kami.. tapi kata along ramai yg memilih supaya di tempatkan di KL ni walaupun student dari sabah dan sarawak sekali pun. so masing masing kena bersedia dengan jawapan kenapa dia harus di pilih utk bekerja di KL ni.

| zino at Thursday, February 24, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, February 23, 2005

Tsunami lagi..

Sebelum ni berlaku tsunami di rumah kerana membongkar semua barang yg ada dalam stor dan di bawa keluar bila stor di serang anai anai.. seminggu aku membelek satu satu mana yg nak di selamatkan dan mana nak di lupuskan. yg mana tak tergigit oleh anai anai saje yg selamat yg lain tu terpaksa di lupuskan termasuk lah beberapa buku/koleksi mem.. expert di panggil utk membuat kerja kerja pencegahan, dua quatation di panggil dan akhirnya aku bersetuju untuk melantik salah sorang darinya membuat kerja kerja pencegahan yg berpatutan..

Ada tiga kaedah utk menangani masaalah anai anai ni.. satu sembulan secara berkala di dalam dan luar rumah, utk satu tempuh yg kita persetujui, setahun dua atau lebih..kos agak murah tetapi tidak berapa berkesan. kedua injection kedalam lantai di keliling rumah bahagian dalam , kos lebih tinggi tetapi di jamin free anai anai utk sesuatu tempuh. ke tiga menggunakan kaedah umpan , kos agak tinggi (6X) tapi berkesan utk jangka panjang. akhirnya aku memilih kaedah kedua..

aku dah agak bila dia org drill lantai, rumah akan di penuhi abuk, aku dah pesan along minta dia org gunakan vacum bila proses drilling berjalan, tapi mereka buat alsan nanti boleh sapu.. apa lagi bila aku balik seluruh rumah di penuhi debu. vakum tak digunakan, along pun tak paksa dia org guna. bila aku explain baru dia paham, tapi semalam aku ada seminar tak dapat nak balik bila dia org bekerja di rumah.. so malam tadi entah sampai jam berapa aku bertungkus lumus mem vakum , mengemop, sapu , vakum..tapi habuk masih banyak.. loteh den.. belum lagi yg melekat di almari, kusyen dll..dua tiga kali operasi baru selesai tu...

| zino at Wednesday, February 23, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, February 22, 2005

Energy Efficiency Building..

Pagi tadi aku mendengar satu talk berkaitan energy efficiency building yg di sampai kan oleh pihak perunding Dari M'sia dan Denmark. secara kasar nya talk berkenaan berkait dengan rekabentuk bangunan dengan mengambil kira kaedah bagaimana tenaga di guna dengan cara optimum dan berkesan. bangunan yg di rekabentuk sepenuhnya dengan mengambil kaedah tersebut adalah bangunan tenaga, air dan komunikasi di putra jaya.Projek tersebut di rekabentuk dengan mengambil kira perkara2 berikut; building envelope, natural ventilation, space planning, innovative lighting system, air conditioning system, energy efficiency office equipment dll..

bangunan tersebut di katakan dapat menjimatkan 28% kos tenaga yg di gunakan setahun..makna nya nya kurang le kos bayaran bill elektrik. cerita pasal bill ni rumah zino pun bill agak tinggi, so bila borak borak selepas talk tu mcm mcm le cadangan yg di syorkan utk mengurangkan kos..dia pun tekejut dengar bill bulanan zino..hehe.. cuma adakah cadangan tu dapat dilaksanakan..

di Denmark, apabila mereka menghadapi masaalah krisis tenaga di tahun 70'an.. usaha menjimatkan penggunaan tenaga/minyak di buat dengan bersungguh2 sehingga ada law berkaitan dengan nya. kat sini dia kata masih mewah, gomen bagi subsidi lagi ....

| zino at Tuesday, February 22, 2005 :: (0) <-->
Saturday, February 19, 2005


Pasar tani...

Biasanya kalau sabtu coti tu kami ke pasar tani di segambut nun tu.. dulu pasar tani tu di jalan Ipoh, tapi bila projek pwtc di buat di sana, pasar tani kena lha mengalah dan berpindah di segambut luar sinun, kalau dari btr jauh le sikit, tapi pasal nak cari daging dan sayur2an segar/kampong kami biasanya kesana..

pagi tadi paling awal kami ke pasar tani, jam 7.30 dah sampai.. pasal nya 8.30 aku ada kus kus di opis.. betul, coti dua hari ni aku ada kuskus.. tapi sempat juga aku hantar mem balik dulu sebelum ke KL semula naik LRT, kuskus habis jam 4.30 esok , esok sambung lagi.. so tak bercoti lah aku minggu ni.

so kalau nak cari daging daging segar, sayura2an kampong dan yg sewaktu dengan nya jangan lupa ke pasar tani... promosi ni.. biar meriah sikit pasar tani tu sejak pindah ke segambut pelanggan dia dah makin kurang.. jangan le sampai terkubur pulak .. nanti yg susah aku jugak .. hehe

| zino at Saturday, February 19, 2005 :: (0) <-->
Friday, February 18, 2005

akhirnya kami di temukan semula..

Sejak kehilangan nya aku menjadi serba salah betul.. puas aku memikirkan nya di manakah silapnya sehingga dia menghilangkan diri. kemana aku pergi aku akan teringatkannya dan terus tercari cari.. aku seolah olah teringat ingat di mana hari terakhir kami bersama. sebelum ni kami memang tak penah berenggang.. kemana saja aku pergi aku pasti bersama dia.. risau betul aku di buatnya..

tiba tiba sesuatu yg tak ku sangka berlaku.. pagi tadi bila aku sedang menunggu lift di lobby sesaorang yg aku kenal datang bertanya,

"abang ada tertinggal pen ke di surau? "
"ada" aku jawab ringkas. tapi sebenarnya aku tak teringat langsung di mana aku letakkan. cuma aku terasa aku telah meletakan nya sementara di satu tempat.

"macam mana rupa pen tu?" dia bertanya lagi. kali ni nak pastikan aku tuan sebenar.

"pen kaler silver, ada tulis hadiah dari staff JAPK" aku jawab lagi. dia terus keluarkan pen dari beg dan bagi pada aku. memang sah itu lah pen yg sedang aku cari sejak minggu lepas. macam mana tercicir di surau pun aku dah tak perasan.. macam mana dia boleh agak pen tu kepunyaan aku buat aku lebih hairan. tapi yg penting kami dah di temukan semula.. tak mau kehilangan nya buat kali kedua..

| zino at Friday, February 18, 2005 :: (0) <-->
Thursday, February 17, 2005

apesal lambek sampai..?

Semalam kami ke KLIA menjemput adik balik.. ikut jadual flight sampai jam 11.20 , so aku congak2 ok lah kalau aku boleh sampai sama jam 11.00 mlm. lepas magrib bawa bebudak tu pi dinner dulu.. tak sempat nak masak pun, cari le gerai mek yg biasa kami landing tu..along fizah tak ikut, takut esok mengantuk nak pi sekolah pulak.

kol 9.00 aku ke shah alam dulu nak ambik angah, pasal nya esok (pagi tadi le tu) angah ada appointment dengan dr ENT, dalam perjalanan tu aku call sepupu dah sampai mana, dia datang dari kg bawak mak dan ayah.. terima kasih banyak kat dia kalau tak program aku sure dah lain kena balik kg jemput ayah mak dulu.. dia kata dah dokek nak sampai KLIA ni.. tapi aku tak kata aku kat mana.. hehe..

bila dia sampai ayah mak agak nya cari aku, sepupu call

"kek mano ni? kito org dah sampai ni"

" kek shah alam " jawab aku ringkas..

dalam hati kata,lambat lagi kapal terbang nak sampai..dalam perjalanan jugak aku call adik aku sorang lagi. dia pun dah hampir sampai KLIA, ok lah tu.. bila aku sampai aku terus menuju parking, rupanya adik aku tadi tak masuk parking lagi , tertidur dalam kereta sekeluarga, kat luar tu mengantuk sangat baru balik kerja.. bila dia nampak kereta aku sampai baru dia ikut masuk parking.

sampai di balai ketibaan, org dah ramai dan org yg di tunggu pun dah ramai kat luar.. oops awal ke dia org sampai..? aku pun tak tunggu terus mencari di mana mereka semua.. rupanya adik aku dah keluar pun , memang pun dia dapat keluar awal, aku ada sorang lagi sepupu kerja di dalam tu, dia yg tolong menguruskan supaya adik aku dapat keluar lebih cepat..

mak aku tanyo, "apo ke lambek bona?" aku tak jawab pun , senyum je dan terus pergi bersalam dengan semua yg ada , peluk rindu sekali dengan adik.. alhamdullilah semua sihat..sepupu aku tak mhabis perli aku, dia kato ayah aku marah sebab aku lambat sampai.. hehe.. apo yg nak dirisaukan, adik aku selalu hantar sms memaklumkan perkembangan dia di sana, aku je tak dapek nak balas, tmtouch tak ada roaming.. ni yg dalam pertimbangan nak tukar no ni..

| zino at Thursday, February 17, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, February 16, 2005

lunch bersama teman lama..

Kebetulan semalam aku tak le sibuk sangat.. dan lebih kebetulan lagi kawan lama aku tu pun tak sibuk.. so kami pun set lunch bersama..payah betul nak curi masa dia tu. aku ni masa kerja boleh adjust..hehe sibuk pun boleh tak sibukkan tapi kawan aku ni kata nya manjang sibuk.. bekerja dengan org ni macam tu le selalu kena perah keringat .. tapi nak buek cam mano..

so aku pun pegi lah ketempat dia..mengikut waktu yg di janjikan. (masa lunch le..) tetiba dia call ,

"hello, boleh tangguh sekejap lagi tak..bos bla bla bla.."

"ok , tak pe saya tunggu, don't worry " dalam ati, amboi dalam kata pree tadi sibuk jugak..

so kami pun pegi lah lunch kat satu gerai tu.. apa lagi bila lama tak jumpa panjang le cerita, ehwal semasa, kisah kerja, kisah keluarga dan macam macam lagi le.. last last dia tanya,

"dah kol brape ni?"

"oops dah kol 1.45 " cepat betul masa berlalu,..kami pun ber edar , lepas hantar dia balik ke pejabat aku ingat nak ke bank sekejap tapi tak jadi.. esok je lah..

tak tau le tahun bila dia pree lagi.. hehe

| zino at Wednesday, February 16, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, February 15, 2005

sengal sengal rasa nya...

bila bangun pagi ni teramat lah susah nya.. segala sendi sendi terasa sengal dan rasa tak bermaya.. aku jangka esok akan lebih parah lagi.. memang bagitu lah selalu yg bakal terjadi.. dan aku memang telah sedia maklum perkara ni akan berlaku.. kadang tu terasa macam nak demam..

bukan nya apa semalam aku mula balik aktiviti riadah yg aku suka.. bermain badminton dengan kawan2. sejak sebelum puasa dulu aku stop baru lah semalam berkesempatan turun gelanggang kembali. bila aku sampai mula lah kawan kawan perli aku.. "kemana hilang lamo? tak dapek permit ke?" memang dah galak kali dia org ajak tapi aku tak berkesempatan, ada saja halangan nya.. yg selalunya aku yg terlupa.. pasalnya game jam 10.00 mlm, bila lepas dinner baru perasan malam ni ada game.. nak buat macam mano perut dah hongeh mana boleh masuk gelanggang lagi.

tapi malam tadi tak ada beria2 100% , main sekadar keluar peloh je dan melayan kenkawan.. biasa nya selepas dua tiga minggu baru lah fit macam biasa..sebelum balik member dah sound.. "lopeh ni jangan monteng lagi... " hehe..

| zino at Tuesday, February 15, 2005 :: (0) <-->
Monday, February 14, 2005

cuti panjang dah habis.....

Selain dari kisah baby "JJCM" sampai ke bus stop hari pertama cuti raya..tu tak ada yg menarik coti kami kali ni.. petang rabu kami balik kg..memang niat nak balik sehari je..pasal along kena submit report pagi jumaat..nya..sebelum balik kami ke shah alam mengambil mak mertua yg sekarang ni duduk sana..dia tak tau pun kami rancang nak balik sehari.. kami balik ni pun atas permintaan dia jugak.. sampai kg pun dah malam..

esok pepagi along dah bagi tau nak balik KL pagi.. report belum siap lagi. apa lagi mertua pun terkejut.. dia ingat kami nak bermalam sampai ahad.. sebelum sempat mendengar syarahan hehe..(baik punya menantu..) aku ajak anak anak ke rumah mak ..tapi dah pesan dengan mak tak payah masak, nak singgah sekejap je nak balik KL segera.. jam 11.00 semua dah ready nak balik KL , tapi kami lencong juga sekejap ziarah kak long mem yg masih lagi lumpuh sejak setahun lalu.

jam 2.30 kami dah sampai KL.. perjalanan ke selatan memang penuh sesak..tapi kami berdesup je ke KL.. memasing kelaparan.. oops kebuluran.. hehe dengan segera mencari nasi goreng di gerai utk lunch yg di lambatkan.. hari hari berikutnya mengemas barang barang yg bersepah kat luar tu.. satu quatation dari pest control sedang di pertimbangkan.. rawatan terbaik berharga RM1500.00 dengan jaminan dua tahun.., rawatan biasa RM 360.00 setahun..

sebelum cuti berakhir ,malam minggu mem belanja kami semua makan steak di kg baru..cop & steak (nak tengok gambar..tungguuuu) kenapa mem ? sebab aku dah ketirisan poket banyak belanja barang alang nak masuk asrama hari tu.. nasib baik mem loaded lagi hehe..ahad pagi hantar angah balik shah alam, petang anta alang balik asrama, lepas tu ke shah alam lagi anta mak mertua..

apa lagi ye... mm dah pi buat kerja pulak hehe..

| zino at Monday, February 14, 2005 :: (0) <-->
Friday, February 11, 2005



alahai anak ku..... satu peristiwa..

kisah ni berlaku hari tahun baru lepas..(rabu baru ni le..) pagi tu aku tengok baby masih tidur..lalu mem pesan dengan alang utk jaga baby sementara kami keluar beli sarapan.. alang masa tu masih tidur di biliknya.. along dan kakak pun tidur lagi.. maklum le coti..

kebetulan coti kami pegi sarapan ke kedai mamak di taman midah..lepas sarapan, lepas belikan roti canai utk yg lain..kami pun balik.. bila sampai berhampiran bas stop seberang jalan tak jauh dari rumah tu aku nampak seorang budak sedang menangis..

" ehh rasa macam..." berderau darah aku di buat nya..

" abang, baby le!!" mem terjerit..

" ya Allah anak aku , macam mana baby boleh sampai sini?" fikir aku..

mem bergegas keluar mendapatkan baby yg sedang menangis di tepi jalan berhampiran bas stop kat jalan ikhlas tu.. dengan memakai selipar along yg besar tu, dengan mata sepet baru bangun tidur, dengan pampers yg basah..

" kenapa adik keluar ni?" mem cuba mendapat jawapan..

kami masih terperanjat melihat baby, macam mana dia keluar rumah tanpa di sedari abg2 dia?, bagaimana baby melintas jalan ikhlas yg sibuk tu?, bagaimana baby boleh berjalan sampai ke bas stop ? baby nak pegi mana? kalau lah aku lambat balik? kalau lah aku tak jumpa tadi.. kalau kalau....

" kenapa abah tak bawak adik? adik nak ikut abah" baby tanya sampai menangis..

" kenapa adik tak tunggu abah balik " aku bertanya lagi..

" kenapa adik tak pegi tanya alang? " aku tanya lagi sebelum sempat pun baby jawab.

" adik nak pegi mana tadi?" tanya ku lagi..

" adik nak cari abah..." baby terus menangis.. mem memeluk baby

bila sampai rumah pintu pagar terbuka., pintu rumah terbuka.. along, alang kakak masih tidur sorang pun tak sedar adik dia dah menjelalah jauh..

alahai anak aku...

| zino at Friday, February 11, 2005 :: (0) <-->
Sunday, February 06, 2005



Tsunami ?

Tak tau berapa lama aku akan mengambil masa utk mengemas semula.. nak tau apa terjadi , bila mem membuka stor dia terkejut stor dia di serang anai anai..di sana sini terdapat kesan serangan nya..dan bila aku tengok.. aku dapat rasakan sebahagian dari barangan tersebut telah pun musnah..

operasi pun bermula.. semua barang perlu di keluarkan.. dan aku terpaksa memilih semula barang yg perlu dan masih boleh di selamatkan.. yg lain terpaksa di korbankan..dah dua hari aku mengerjakan nya.. tapi tak nampak perubahan lagi.. setiap barang aku perlu teliti setakat mana kerosakan.. perlu ke di selamatkan atau boleh dilupus saja..

tak ada yg terkecuali, buku, majallah, tikar, kain baju, beg, malah apa saja yg boleh menjadi sumber makanan semua di serang.. barangan kaca, plastik dan besi je nampak selamat..malah kabinet aku tu pun dah tak dapat di selamatkan lagi.. yg atas sekali dah sebahagian reput di kerjakan..aku dah hubungi pest control utk membuat kerja kerja pencegahan.. dan memeriksa di kawasan lain.. aku harap tak melarat ..

| zino at Sunday, February 06, 2005 :: (0) <-->
Friday, February 04, 2005

Landmark baru di Titiwangsa..



pasal projek ni le aku ke sarawak dulu.. tapi sekarang ni bukan lagi projek aku, sejak aku pindah department, aku dah tak handle projek ni lagi.. tapi pasal dia sebahagian dari hasil kerja aku dulu.. aku nak tolong promosikan jugak.. hehe..

terletak di Taman Tasik Titiwangsa , berdekatan dengan boat house, dan berhampiran Stadium Titiwangsa (kerja aku jugak dulu) dan tennis court (pun aku yg design ) promosi habis2an nampak hehe.. masih dalam pembinaan tapi dah hampir siap..

kalau ada rancangan nak date ujung minggu ke , atau sesaje nak santai ke pergi le Taman Tasik Titiwangsa.. jangan le asyik tasik shah alam je..

| zino at Friday, February 04, 2005 :: (0) <-->
Thursday, February 03, 2005

Cerita Pak Pandir....

Utk selingan pagi ni aku teringat satu cerita pak pandir yg di kisahkan pagi tadi di radio.. kisah dia macam ni:

sebelum pak pandir kahwin dengan mak andih dia ada satu permintaan, bila kahwin nanti dia nak di sediakan satu laci khas utk kegunaan peribadi.. makna nya mak andih tak perlu ambik tahu apa kegunaan laci tersebut... so mereka pun kahwin le dah hidup bahagia selama 30 tahun... selama tu mak andih tak ambik tau pun kisah laci eklusif pak andih tu.. tapi satu hari tu tergerak dia nak tanya pak andih..

Selepas di pujuk rayu dengan berat hati pak andih pun buka laci tu dan mak andih lihat dalam tu ada tiga biji bola golf dan RM 2000.00, dia pun bertanya pak andih apa makna bola golf yg pak andih simpan tu.. pak andih kata "setiap kali aku berlaku curang aku akan letak sebiji bola golf dalam laci tu".. mak andih berfikir...dah tiga puloh tahun kahwin baru tiga kali pak andih berlaku curang..kira ok lagi le tu.. tapi dia heran pasal duit tu, lalu tanya pak andih lagi..

pak andih kata "bila bola tu cukup 12 biji abg pi jual..."

so apa moral cerita ni? jangan suka menyelongkar laci org hehe...

| zino at Thursday, February 03, 2005 :: (1) <-->
Wednesday, February 02, 2005

ari ni masih sok sek sok sek lagi..

Sejak ari ahad lepas asyik sok sek sok sek je.. ari senin tu lepas punch card aku terus ke klinik..nak ambik ubat je memula tu.. aku ni bila sok sek tak tau sekejap.. mesti berlarutan beberapa hari.. so tak boleh nak buat keje bila dah di serang tu.. kalau kat rumah apa lagi tidur je sepanjang masa..

bila dr tanya "larat ke ni tak pi opis? " terus aku jawab, sejuk le dr, "ok lah i bagi u cuti sehari, demam ni kalau tak baik lepas tiga hari datang lagi nak priksa darah.., sekarang banyak kes denggi.." tau kan macam mana demam bila denggi?" tanya dr lagi. "tau dr dulu saya penah kena" jawab ku ringkas... terbayang kisah aku kena denggi dulu.. minta2 jangan le kena lagi.. memang teruk di buatnya..

demam aku dah kebas.. tapi sok sek tak ilang lagi.. sat lagi aku nak pi berjemur di luar sana tu.. duduk dalam opis yg sejuk ni menambah sok sek aku je..

| zino at Wednesday, February 02, 2005 :: (0) <-->