|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Thursday, March 31, 2005
berakhir satu perjuangan...dua minggu aku membuat persediaan.. satu minggu aku bersengkang mata.. beberapa hari aku bercakap sorang hehe.. semata mata menyediakan dan melengkap kan diri untuk menghadapi satu perjuangan.. perjuangan yg bakal mengubah masa depan.. akhirnya hari penentuan berlaku sebentar tadi.. bukan aku sorang tetapi ramai teman dan rakan berjuang sama.. tepat jam 9.30 pagi tadi perjuangan bermula.. aku pilih dimana aku ada kelebihan atau aku telah buat persediaan.. 2 1/2 jam tanpa henti.. lima yg perlu di selesaikan.. aku dah buat sebaik mungkin.. aku dah huraikan sebaik mungkin aku dah bentangkan sebaik mungkin.. aku doakan.. semuga kami semua berjaya dengan apa yg telah kami usahakan... inshaAllah..
|
zino at Thursday, March 31, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, March 30, 2005
bila dalam kecemasan..Macam macam ragam boleh kita lihat bila berlaku sesuatu kecemasan..apa lagi kecemasan yg berkemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa.. persoalan nya apa atau siapa yg paling penting utk di selamatkan bila berlaku keadaan demikian..? macam macam jawapan kita dengar dan saksikan , mama baby yg duduk di tkt 16 flat belakang rumah tu sedar apabila gegaran berlaku..anak anak dia pula ada yg terasa dan ada yg tak tahu langsung.. tapi keadaan tersebut tidak mencetuskan keadaan panik, mengambil tindakan kecemasan dan sebagainya.. masing masing meneruskan aktiviti seperti biasa.. menonton TV seperti biasa.. tetiba teringin melihat keluar , meninjau di bawah.. bila tinjau di bawah baru le perasaan cemas timbul kerana semua org ada di bawah..jiran sebelah rumah dia pun ada..so timbul lah persoalan mengapa jiran dia tak bagi tau keadaan betul2 cemas dan perlu mengambil langkah berjaga2 dengan turun ke bawah.. mereka turun setelah 1/2 jam selepas org berkumpul di bawah sana.. salah siapa tu.. hehe
|
zino at Wednesday, March 30, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, March 29, 2005
bila bumi bergegar lagi..Malam tadi lebih kurang jam 12.09 bumi malaysia bergegar lagi.. mereka yg berada di bangunan tinggi lebih terasa kan nya.. aku masih duduk di meja study waktu tu tapi tak perasan apa yg berlaku.. aku tahu bila mama baby kata malam tadi flat bergegar...!! bila aku menatap akhbar pagi ni baru lah aku dapat gambaran jelas.. rupanya amaran tsunami telah di keluarkan oleh banyak negara malam tadi, memaklumkan penduduk berpindah.. walaupun kemudian amaran itu di tarik balik.. bagitu lah respond sepontan pihak pihak yg bertanggong jawab berkaitan hal tersebut.. masing masing tak berani lagi mengambil resiko tunggu dan lihat.. kerana padahnya amat dahsyat. aku harap keadaan berjaga jaga sepanjang masa masih kekal sebagitu utk tempuh masa depan.. jangan apabila semua telah lama berlalu, masing masing mula melupakan apa yg pernah berlaku.. tetapi moga moga tidak berlaku lagi bencana yg sedemikian..
|
zino at Tuesday, March 29, 2005 ::
(0) <-->
bila bumi bergegar lagi..Malam tadi lebih kurang jam 12.09 bumi malaysia bergegar lagi.. mereka yg berada di bangunan tinggi lebih terasa kan nya.. aku masih duduk di meja study waktu tu tapi tak perasan apa yg berlaku.. aku tahu bila mama baby kata malam tadi flat bergegar...!! bila aku menatap akhbar pagi ni baru lah aku dapat gambaran jelas.. rupanya amaran tsunami telah di keluarkan oleh banyak negara malam tadi, memaklumkan penduduk berpindah.. walaupun kemudian amaran itu di tarik balik.. bagitu lah respond sepontan pihak pihak yg bertanggong jawab berkaitan hal tersebut.. masing masing tak berani lagi mengambil resiko tunggu dan lihat.. kerana padahnya amat dahsyat. aku harap keadaan berjaga jaga sepanjang masa masih kekal sebagitu utk tempuh masa depan.. jangan apabila semua telah lama berlalu, masing masing mula melupakan apa yg pernah berlaku.. tetapi moga moga tidak berlaku lagi bencana yg sedemikian..
|
zino at Tuesday, March 29, 2005 ::
(0) <-->
Monday, March 28, 2005
akhirnya dia sihat kembali..minggu lepas dia masuk ICU, segala urusan aku terpaksa minta tolong staff kat luar sana tu satu minggu dia tak ada terasa macam tak lengkap bila berada di bilik ni.. aku pun tak tau apa penyakitnya.. bila dr pakar datang dia terus angkat bawa pergi, katanya kena masuk ICU tak sini tak boleh di ubat.. teruk sangat le tu..mula nya janji dua hari je rupanya sampai seminggu jugak.. dua tiga kali aku cuba tertanya ,tapi tak seorang pun menjawab panggilan, aku dah agak mereka ni sibuk kesana kemari, maklum le ramai yg perlu kan khidmat pakar, masaalah pun sama dengan aku agaknya.. tetiba pagi ni mereka datang membawa dia kembali, kata mereka semua dah ok.. macam macam penyakit yg ada macam macam cara dah di ushakan..langkah terakhir otak dia terpaksa di bersihkan ..segala memori lalu dah tinggal kenangan.. habis terhapus.. termasuk beberapa program tak kisah le asal dia telah kembali kepangkuan ku... hehe
|
zino at Monday, March 28, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, March 27, 2005
beberapa kisah kisah along..Malam tadi sambil makan satay kat awan besar along datang duduk kat sebelah aku, dia maklum tesis yg dia present hari tu dapat A, 4 org je yg dapat A. Result final year pun dah kluar, 4 org kawan dia sangkut kena mengulang setahun..aku tanya boleh dapat first class ke? kata along dah tak ada first class samaada hons. atau G.D je.. oo kalau macam tu along tak boleh lumba result abah le hehe..dan aku berharap angah pun akan berjaya juga nanti.. kisah alang..Semalam alang di jemput kesekolah lama pasal ada hari anugerah cemerlang PMR dulu.. dia tanya aku nak pakai jeans & t shirt, aku kata mana boleh buat malu kompeni je budak sorang ni.. hehe pakai baju sekolah tak nak..last2 aku suruh pakai baju aku hehe.. peresmian oleh KP dbkl..bila tiba waktu rehat (jamuan) kebetulan bertembung dengan KP.. dia terus tarik aku masuk sekali ke bilik VIP tetamu.. aduh segan den.. cik gu yg menyambut pun terpinga pinga tetiba ada tamu yg tak di undang hehe.. aku dan mem pun dengan tak segan nya duduk semeja dengan para VIP menjamu selera. hehe.. kisah baby..selepas mengambik baby di flat sri kota tu aku terlihat ada peniaga menjual mata kucing di bawah tu.. lama tak makan mata kucing.. aku pun pegi le beli.. baby tanya "buah apa ni bah?" aku kata mata kucing.. baby heran tanya lagi " boleh makan ke bah?" aku kata boleh sambil mengambil satu kopek dan bagi kat baby.."mm sedap lah mata kucing ni bah" bila balik baby makan lagi.. dia belek2 sebiji yg dah aku kopek kulit tu dan bertanya lagi "abah, kenapa mata dia tak bergerak?" hehe.. la rupanya baby dari tadi menyangka dia betul betul makan "mata kucung" hehe..
|
zino at Sunday, March 27, 2005 ::
(0) <-->
Friday, March 25, 2005
kebetulan.. Biasanya setiap pagi sebelum memulakan kerja aku akan berurusan dengan Pc ni selama 1/2 jam.. dan pepetang nanti mengadap lagi sebelum berangkat pulang..tapi sejak dua tiga hari ni.. rutin harian terpaksa di pinda... tapi secara kebetulan dua tiga hari ni jugak agak sibuk sikit.. semalam aku dan rombongan pergi membuat pemeriksaan akhir projek rumah teres di kawasan wangsa maju.. projek tu bersempadan dengan kawasan selangor MPAJ. rumah teres dua tingkat tu mempunyai beberapa ukuran bukaan dari 22-28 kaki bergantung kepada keluasan tanah yg ada. bila aku tanya berapa harga utk rumah rumah ni. mereka masih belum menetapkan nya, katanya masih dalam pertimbangan ahli lembaga pengarah. kata mereka selepas dapat CF baru nak tetapkan. aku tengok kawasan pun menarik di belakang ada kawasan gunung yg menghijau..kawasan bandaraya le ..tapi kawasan MPAJ pembangunan dah pun naik tinggi ke kawasan bukit.. nampak sangat kerakusan mereka menarah bukit.. tapi tu agak jauh dari rumah tu.. ada sesiapa berhajat ke nak rumah teres ni?
|
zino at Friday, March 25, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, March 23, 2005
Pc masuk ICU... Hari ni masuk hari kedua aku tak ada PC di depan mata .. sejak seminggu dua lalu PC aku tu mula meragam..selepas 10 minit di guna ianya akan mula selow melur.. dan sejak minggu lalu juga dia merajuk tak mahu lock off.. maka PC aku ON 24 jam.. bila aku cuba lock off dia hang bagitu saje.. aku dah cuba dapatkan khidmat IT cuma semalam baru dapat tanggap dia datang ke tempat aku.. oleh kerana pc TU tenat, lalu di angkat terus utk masuk ICU.. semalam dia org janji hari ni ok le.. tapi sehingga petang tadi masih tak dapat bayang.... sunyi nya hari hari tanpa PC.. hehe..
|
zino at Wednesday, March 23, 2005 ::
(0) <-->
Monday, March 21, 2005
Cuaca panas......Semalam memang tak kemana pun.. keluar pun sebab nak pi tunjuk sarapan je.. masing masing kepanasan.. baby entah berapa kali mandi.. kejap kejap buka baju, buka seluar nak pi mandi.. lelama dah tak nak pakai baju.. tapi tak penah nak duduk diam, berlari keluar ke dalam lompat sana terjun sini..badan asyik berpeluh.. mula lah garu sana garu sini.. mengamuk fanas... kipas siling tu pusing macam helikopter.. kat depan kipas laju, kat tengah tu pun kipas laju kat dapur pun laju..nasib baik tak terangkat rumah..hehe.. last last seluar pun baby tak nak pakai... maka jadi lah anak tarzan sampai ke malam hehe....
|
zino at Monday, March 21, 2005 ::
(0) <-->
Friday, March 18, 2005
  ...........logo JAKIM .................................logo JAIS Logo halal yg haram ? Fakta menarik dari laman web JAKIM utk makluman kita bersama..7. PENGESAHAN HALAL KE ATAS MEDAN SELERA ( FOOD COURT) Pengesahan halal ke atas Medan Selera pada dasarnya adalah terletak dibawah bidang kuasa Jab. Agama Islam Negeri (JAIN), permohonan boleh dikemukakan secara individu oleh pengusaha gerai ataupun oleh pihak pengurusan medan selera secara berkelompok bergantung kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh JAIN. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Agama islam Negeri yang terbabit, contohnya bagi Medan Selera di KLCC, maka pihak pengurusan Medan Selera KLCC ataupun pengusaha gerai secara individu boleh mengemukakan permohonan pengesahan halal ke Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), maka dengan itu pemeriksaan pengesahan halal dan pengeluaran sijil halal akan dilakukan oleh JAWI. Begitu juga bagi medan selera yang terletak di Maju Junction, IKEA Damansara, SOGO, Ampang Point dan lain-lain medan selera yang terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi medan selera yang terletak dalam negeri Selangor, permohonan pengesahan halal hendaklah dikemukakan ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, medan selera di Perak hendaklah mengemukakan permohonan ke Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan seterusnya bagi negeri-negeri lain . Medan Selera/gerai yang telah mendapat pengesahan halal hendaklah menggunakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Negeri terbabit yang mengandungi kod negeri yang mengeluarkan sijil pengesahan halal tersebut. Pengusaha gerai di Medan Selera ataupun pihak pengurusan tidak dibenarkan mengguna logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana JAKIM memang tidak memberi pengesahan halal kepada medan selera. Sekiranya logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM ada digunapakai oleh mana-mana gerai di medan selera, pasukan pemantauan JAKIM akan merampas setiap logo halal yang dipamerkan dan boleh dikenakan tindakan dibawah kesalahan penyalahgunaan logo halal kerana menggunakan logo halal JAKIM tanpa kebenaran. Hanya pengusaha/pihak yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM sahaja yang boleh menggunakan logo halal JAKIM.
|
zino at Friday, March 18, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, March 17, 2005
itu di luar bidang kajian saya Pagi tadi menghantar along ke UM lagi, katanya exam dah habis yg tinggal presentation thesis..teringat kisah aku dolu dolu dalam bab presentation thesis ni. Masa kami presentation thesis dulu, selain professor, pensyarah2 student (rakan seperjuangan) juga di benar mendengar presentation tersebut dan mengemukakan soalan sama ada lisan ataupun bertulis.. Lecturer aku kata hanya aku dan dia saja yg tahu (secara kursus)apa bidang/kajian yg kita buat dalam thesis tu, ada dua kali presentation yg kena buat satu semasa mengemukakan sinopsis, last apabila thesis telah berjaya di siapkan. masa ni lah kami rasa seronok sekali, bukan seronok membentangkan thesis tapi seronok mengemukakan soalan buat rakan yg di depan mengelabah.. hehe ( baik tak kita org dulu.. hehe) tapi bila terperangkap dengan soalan cepumas dari kalangan kami ni ada satu jawapan standard yg selalu dia org guna..bila rasa rasa tak boleh nak jawab.. hehe "itu di luar bidang kajian saya..
|
zino at Thursday, March 17, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, March 16, 2005
dah tak sabar nak balik.. Aku ingat bila dia bersetuju duduk shah alam, dia sksn tinggal lama kat sana..atau terus kekal duduk sana.. bila masuk bulan kedua macam konfom le kekal kat situ.. tapi alih2 sejak dua tiga minggu ni meronta ronta nak balik ke rumah aku. dua bulan dia rasa dah lama betul kat situ. dulu dah slow talk, lebih baik dia duduk sana, makan minum terjaga, sakit pening ada yg melayan 24 jam , kat rumah aku tak boleh le lagi macam dulu, 6.30 aku dah keluar rumah, nak ke gerai beli sarapan gerai pun belum buka lagi.. nanti takut tak puas hati.. sarapan tak tersedia, makan t hari pun tak sempurna..dan biasa nya makan malam pun kami main order je.. nanti tak sedap le tak pekenan le tak itu le tak ini le.. aduss pening kepalo den.. aku memang tak kisah dia nak duduk dengan kami, selama ni pun memang rumah kami le idaman kalbu dia.. tapi kena lah terima apa saja kami sedia kan. maybe tak dapat five star punya layanan tapi aku gerenti kat rumah ni le dia mendapat layanan terbaik bersama anak bongsu dia tu.. pasal tu dia tak akan kekal lama bila ke tempat lain. dua bulan tu kira satu rekod..walaupun duduk di bukit kayangan shah alam tu. bukan kami tak nak dia balik.. tapi sabar le kat rumah tu berselerak lagi almari yg di serang anai anai dulu (dlm bilik dia) belum di baiki lagi bilik tu dah jadi setor sementara, dah boleh bayangkan ketidakpuas hati an dia nanti bila bilik tu berterabur.. tiap minggu talipon minta di jemput, dan setiap kali nya juga mem beri penjelasan..esok dia talipon lagi. cakap benda yg sama, mem pun explain benda yg sama jugak.. minta dia duduk sementara di rumah lain selain shah alam tu dia tak nak, nak ke rumah kami jugak.. poning kepalo den..
|
zino at Wednesday, March 16, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, March 15, 2005
semangat berkobar kobar..dah tiga minggu aku tak turun gelanggang.. setiap kali sampai masa nak ke gelenggang ada saja aral yg datang.. sekali tu angah tiba tiba talipon suruh kami datang bawakan barang dia yg tertinggal masa dia balik sebelum tu.. lepas tu aku di serang sakit kepala pulak, dan minggu lepas pulak aku di serang selsema yg macam air terjun kota tinggi tu.. tertangguh lagi program riadah aku.. setiap kali bila sampai masa kawan aku akan hantar sms, "malam ni turun ke? " dan seperti biasa juga aku akan jawab balik , "inshaAllah, kalau tak ada aral melintang aku akan sampai!".. tapi dah tiga minggu aku tak muncul.. hehe.. so malam tadi aku dah buat persiapan utk turun ke gelanggang..kawan aku tak sms pulak, agaknya dia dah serik bertanya tapi aku tetap tak muncul..so biar le malam ni aku buat seprise sikit hehe..mem ada program nak ajak keluar.. oh no malam ni aku nak pi main badminton.. program dia boleh tangguh.. aku minta mem bawa baby naik atas dulu nanti melalak nak mengekor aku.. aku pun konfiden je ke dewan serbaguna sebelah komplek belia antarabangsa tu.. dari jauh..aku tengok ada satu kereta je.. adakah aku yg tercepat atau mereka yg terlambat? hehe..bila semakin hampir baru soalan aku terjawab.. tak ada sorang pun dalam dewan tu.. dewan di guna utk function lain.. maklum le musim cuti sekolah ni..aduhhh tipah terkena malam ni.. hehehe.. selambe je aku balik.. baby menerpa ke pintu.."abah pergi mana tadi? kenapa tak bawak adik? adik nak ikut!!" rupanya baby berkejaran turun bila terdengar aku start kereta.. hehe terencat lagi program aku.. apo nak di kato dah nasib badan..
|
zino at Tuesday, March 15, 2005 ::
(0) <-->
Monday, March 14, 2005
mengembalikan kegemilangan..Sudah agak lama juga IKATAN tidak mengadakan jamuam makan makan..di pahamkan kali terakhir ialah 10 tahun yg lalu..wow lama tu.. kenapa? sebab masing masing tak ada mood nak menjamu masing masing pegawai tidak pekenan dengan cara pentadbiran DB yg lepas lepas..kalau di buat jamuan pun tak ramai yg akan datang. kecuali di paksa.. dan aku sendiri sentiasa mengelak utk datang dengan pelbagai alasan.. sekarang ni DB baru, dengan gaya yg baru, dia sendiri cukup paham penderitaan kami semua di bawah pentadbiran dulu, pasal dia sendiri pun kena..segala luka lama mahu di ubati semula. majlis makan malam menampakkan isyarat yg semua pegawai telah memberikan sokongan kepada beliau.. tidak pernah dalam sejarah lebih 90% pegawai yg hadir.. kalau dulu nak mendapat sokongan 50% pun agak susah.. aku harap dia pun nampak isyarat yg diberikan dan bersedia memberi sedikit perhatian kepada warga kerja di semua peringkat.. majlis malam itu di meriahkan dengan bakat bakat ikatan idol yg telah lama terpendam..hehe.. termasik DB yg dengan spotting naik kepentas bermain alat muzik dan menyanyi.. kata nya lebih banyak aktiviti yg boleh menjalin/mengerat suratulrahim akan di anjurkan selepas ini.. sama seperti satu zaman dulu.. tetamu istimewa malam itu ialah adik Amalina Bakri, pelajar yg telah menjadi fokus di mana saja di Malaysia, aku lihat dia bukan sahaja cemerlang dengan pelajaran, tetapi mempunyai bakat besar dalam berceramah, peluang yg di berikan di pentas telah di gunakan dengan sepenuh nya , gaya seorang pemidato dan ahli politik.. malah jadual nya sekarang lebih sibuk dari menteri kabinet, banyak jemputan yg di terima yg perlu di penuhi utk memberi ceramah kepada kelompok yg mahu berkongsi maklumat atas kejayaan beliau..
|
zino at Monday, March 14, 2005 ::
(0) <-->
Saturday, March 12, 2005
Kerja hari sabtu Sejak dari dulu lagi aku perhatikan bila kerja hari sabtu ni produktiviti memasing agak berkurangan dari biasa.. rasanya lebih kepada hari bersosial pulak.. hehe tambah lagi sekarang ni bila hari sabtu yg lelaki kena pakai batik.. semakin meriah nampak nya memasing bersosial.. di satu sudut kelihatan beberapa staff dengan agenda nya.. bercerita ehwal semasa dari satu tajuk ke satu tajuk.. di sudut lain ada pulak dengan agenda lain.. Tapi bukan semua .. ada jugak yg aku perhatikan tekun di tempat masing masing membereskan kerja kerja yg mengejar date line..kerja di tempat aku ni pun bermusim.. ada masa nya banyak bertimbun sehingga tak ada masa nak bersosial langsung.. ada masa nya pula agak kurang dan kesempatan bagini agaknya masing masing bersosial habis2an.. hehe bagi aku mudah saje.. bila kerja boleh di bereskan dalam tempuh yg di tetapkan , perkara perkara lain tu aku anggap sebahagian dari tugas di sini.. mmm malam ni ada dinner di legend hotel...
|
zino at Saturday, March 12, 2005 ::
(0) <-->
Friday, March 11, 2005
 sample unit dua minggu lepas aku dan beberapa staff pergi membuat pemeriksaan satu projek yg hampir siap..secara pisikal projek tu memang dah siap pun..tugas kami kesana utk memastikan projek telah di bina mengikut pelan yg diluluskan, kalau pun ada perubahan biasa nya hanya lah perubahan kecil utk menambah baik fungsi bangunan yg di bina dan tidak melibatkan pertambahan/ pengurangan luas lantai yg ketara, perubahan facade atau perubahan/tambahan tinggi/lantai bangunan.. akhirnya yg paling penting kami perlu memastikan pihak pemaju telah mengambil segala langkah yg perlu bagi memastikan bangunan yg di bina memberi keselesaan , keselamatan kepada penghuni nya.. mudah kan..? tapi dalam industri binaan ni banyak perkara yg berlaku.. di pihak kami apa yg paling penting adalah keselamatan dan keselesaan , di pihak pengguna yg paling penting (macam2) murah, cantik, luas, besar , kukuh, dan segalanya... manakala di pihak pemaju..satu je untung untung untung... so masing masing pihak mempunyai kriteria yg berlainan.. di atas tu adalah satu sudut dalam sample unit yg kami lawat di taman melati, iklan keluar surat kabar minggu lepas.. berhampiran LRT taman Melati. ada sesape yg berhajat? hehe
|
zino at Friday, March 11, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, March 10, 2005
Kejayaan yg cukup cemerlang..Aku bagitu tertarik membaca berita kejayaan seorang pelajar , Nor Amalina Cik Bakri mendapat 17A1 dalam peperiksaan SPM yg di umumkan semalam.. lebih tertarik lagi bila pelajar tersebut merupakan pelajar melayu . memang jarang kita mendengar berita sedemikian, biasa nya apabila keputusan satu satu peperiksaan di umumkan org lain yg menjadi jaguh.. kita hanya mampu riuh sekampong.. kejayaan dia juga mendapat perhatian PM , selain Nor Amalina ada 4410 lagi pelajar yg mendapat A1 bagi semua mata pelajaran.. tahniah.. Berita ini menjadi lebih menarik bagi aku sebab bapa kepada Amalina adalah rakan sekerja aku di sini, dan aku dapat bayangkan rintangan yg terpaksa amalina lalui sebelum menempa sejarah buat diri nya dan juga menjadi kebanggaan negara. Dikabarkan beberapa syarikat gergasi telah mula melobi utk membiayai pengajian Amalina di seberang laut. Bakat yg bagitu tinggi serta kecermelangan nya di harap tidak terlepas pandang oleh pihak pihak yg berkenaan.. kepada Amalina dan semua lulusan SPM.. perjuangan masih belum selesai.. teruskan kecermelangan anda. syabas!!!
|
zino at Thursday, March 10, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, March 08, 2005
semuga mereka berjaya Kepada yg belum tau ini lah gambar keluarga bahagia kami, gambar zino tak ada dalam tu pasal nya dia selalu jadi photographer..hehe.. along (tiga dari kiri) sedang belajar di UM hari ni bermula exam akhir.. angah (kiri sekali) belajar di UITM hari ni katanya ada presentation thesis dan akan periksa akhir juga dua minggu lagi.. alang (dua dari kanan) baru masuk ke Sek sains Alam shah..tkt 4, minggu ni pun ada ujian sebelum cuti term break minggu depan..Fizah ( kanan sekali) bersekolah di Aminudin baki..juga ada test hari ni.. bapak dia yg tak ada dalam gambar nni pun akan ambik exam.. hujung bulan ni.. hehe.. kepada mereka semua selamat menempuh peperiksaan dan semuga berjaya..InshaAllah.. baby hari hari bagi kita org soalan exam.. hehe
|
zino at Tuesday, March 08, 2005 ::
(0) <-->
Monday, March 07, 2005
 sementara nak mencari idea nak melapur apa hari ni kita minum dulu... hehe
|
zino at Monday, March 07, 2005 ::
(1) <-->
Friday, March 04, 2005
yg mana satu nak pilih ni..ada dua function, dedua nya important buat aku, tapi apesal jatuh di tarikh yg sama? pening kepalo nak pilih.. sape boleh tolong ni? hehe.. satu: jamuan tahunan pegawai kanan yg akan di ada kan pada 12hb March nanti di Legend hotel , jemputan utk aku dan spouse je..masaalah nya baby sape nak jaga? kalau aku bawa kang takut tak larat pulak org lain nak tengok kelincahan dia berkejaran di seluruh kawasan.. kalau tak pegi di kata tak tau nak bersosial pulak, tak hormat Big Bos pulak.. bla bla.. dua: perjumpaan TT di seremban yg di anjurkan oleh geng unser, jugak 12 March.. yg ni semua boleh ikut.. majlis ni di set lebih awal.. memang aku seronok bila berjumpa geng yg ni.. bebudak pun seronok.. tapi jauh le sikit.. tak kisah le tu bila di buat di KL org jauh nun pun datang..nak suruh dia org tunda ke.. ehh tak patut.. pasal aku dia org nak tunda... yg mana perlu di beri keutamaan.. ?
|
zino at Friday, March 04, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, March 03, 2005
re union..lebih kurang jam 9.00 pagi tadi aku terima satu panggilan, "hello, apa kabar? , amboi, dari semalam lagi den cari kau, tak tau pulak kau dah pindah.." terdengar suara dari seberang sana..cara bercakap macam geng lama tapi siapa dia.." kau konal den tak ni?" dia bertanya lagi sambil ketawa.." sorry lah tak perasan le." aku jawab ringkas sambil tu memikir sape lah agaknya .."eden lah jumat" terus dia memperkenalkan diri. "kau kemano ari ni?, den nak ajak kau makan ni , zaki pun ado." ada sorang lagi kawan yg tak penah aku jumpa sejak form 3 dulu ikut sama. aku tak tunggu lamo utk bersetuju. walau pun aku ada appointment , kesetapak pagi ni. tapi mereka ni kawan aku masa sekolah dari std 4 hingga tkt 3 dulu.. segala urusan lain boleh tangguh, peluang jumpa geng lama tak harus aku abaikan. aku minta jumat ambik aku di pejabat, kebetulan opis dia tak jauh dari tempat aku cuma tak berjumpa je.. perjumpaan berlaku di sebuah restoren kepala ikan.. maka kecoh le restoren tu bila 4 sahabat lama berjumpa kembali..dengan jumat mungkin last aku jumpa dia 5 - 6 tahun dulu. zaki lama sungguh tak jumpa , last masa tu anak sulung dia baby lagi. dan yg sorang lagi tu (sama nama dengan aku hehe) tak jumpa sejak lepas form 3.. lama tu. agaknya kalau aku jumpa di di mana mana mungkin aku dah tak berapa perasan lagi. so banyak le sejarah lama di ulas kembali.. sehingga kami tak kering gusi.. duduk dalam bilik air-con pun berpeluh asyik ketawa bila kisah lama di ungkap kembali.. hehe.. (apa lagi kisah kenakalan kami dolu dolu la.. ooops..) bila kami habis makan datang lagi sorang kawan lama.. kebetulan nak berjumpa dengan salah sorang kawan kami ni. dia ni bapak saudara kepada Hasriq..yg menjadi hos kami di JK sekarang.. bertambah kecoh majlis.. hehe.. aku rasa pertemuan ini ada lah pemula utk kami kumpulkan kawan kawan lama.. inshaAllah..
|
zino at Thursday, March 03, 2005 ::
(0) <-->
jemput duduk.. hehe jemput le duduk , jangan malu malu makan le apa yg ada tu steak ada , laksa ada, sup ekor ada ooops air kena share dengan baby...
|
zino at Thursday, March 03, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, March 02, 2005
jom pizzaaaa Dah beberapa kali baby menyebut nak makan pizza, setiap kali lalu restoren pizza baby akan sebut " dah lamaaaaaa baby tak makan pizza.." siap dengan muka sedih dia tu.. hehe kenkonon nak minta simpati le tu.. mak dia pulak kalau nak makan pizza mesti korum penuh.. so janji le dengan baby nanti bila pi tengok alang kita beli pizza.. sebagaimana janji hari minggu lepas kami ke tempat alang lagi.. untung nya alang dokek yo senang nak datang melawat.. selepas beli pizza di taman maluri kami sekeluarga ke tempat alang, berpusing pusing nak cari pot sesuwai utk makan, ada beberapa wakaf di sediakan tapi bilangan tak mencukupi menampung tetamu yg datang.. akhirnya kami dapat satu pot yg agak tersurok..berhampiran jalan masuk.. maka acara makan pizza pun bermula. baby bagitu bersemangat makan pizza, tempat tu tak berapa selesa utk baby, sehingga dua kali pizza dia terjatuh.."mem tegur, membazir je baby ni pegang le betul2" selamba je baby jawab, " baby tak jatuhkan , terlepas la tau tak?" hehe jawapan baby buat semua ketawa.. bijak bijak..
|
zino at Wednesday, March 02, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, March 01, 2005
yg selalu aku lihat..setiap kali bila aku merasa bosan atau aku mahu merehatkan mata dari melihat monitor komputer , aku akan menoleh kebelakang... apa yg anda lihat dalam gambar tu itu lah yg selalu aku nampak setiap kali menoleh kebelakang. bangunan berkembar petronas yg tersegam gagah kelihatan bagitu hampir dari pejabat aku. kalau lah ada yg mempunyai teropong gajah dari bangunan petronas tu dia boleh melihat aku dengan jelas apa yg sedang aku buat di pejabat ni.. keje ke tidur hehe.. dulu jendela tu sentiasa di tutupi lansir/blind.. tapi sejak menjak ni aku lebih suka dia terbuka luas seluas mata memandang. kalau pagi bilik aku akan di sinari cahaya matahari pagi.. org kata sinaran cahaya matahari pagi esok utk kesihatan betul ke? sinaran dia juga membantu mengurangkan suhu kedinginan pejabat yg tak boleh di kawal.. so tak perlulah aku mengenakan baju yg tebal utk mengurangkan nya...di waktu petang aku akan menjeling lagi ke jendela utk melihat traffic di luar sana tapi sama ada jem atau sebaliknya sampai masa aku tempuh jugak.. tapi sekurang kurangnya aku dah jangka apa yg akan di lalui.. selain petronas ada banyak lagi bangunan pencakar langit yg dapat aku lihat di luar sana.. apa yg anda lihat bila melihat di luar jendela pejabat anda?
|
zino at Tuesday, March 01, 2005 ::
(1) <-->
|
|