Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Saturday, April 30, 2005

Rumah teres dalam Bandar..

Sekarang ni memang sukar nak dapatkan rumah teres di bina di kawasan bandar, terutama di Kuala Lumpur ni. Oleh kerana permintaan rumah yg tinggi pemaju perumahan lebih berminat utk membina rumah pangsa, kodominium, apartment dan sebagainya. Dan utk mendapatkan tanah utk membina rumah teres pun sudah semakin sukar.

Oleh yang demikian kalau ada developer yg membina rumah teres di kawasan bandar atau berhampiran, permintaan pasti akan tinggi. Harga bukan lagi faktor utk sesaorang memiliki rumah teres. berapa pun harga di letak pasti rumah2 tersebut laris macam goreng pisang panas.. cekodok panas kenapa tak laris mcm tu ye? hehe

baru baru ni aku memeriksa satu projek rumah teres di pinggir Kuala Lumpur, sudah pun siap sepenuhnya , hanya menunggu beberapa kelulusan pihak pihak berkaitan sebelum CF di keluarkan. Pihak developer masih belum mengiklankan atau menjual rumah rumah ini. katanya nak tunggu sampai dapat CF baru jual. kenapa? kerana mereka yakin permintaan rumah teres jauh melampaui penawaran. berapa harga jualan? belum di tetapkan lagi.. biar market yg menentukan nya.. tapi pada jangkaan aku tidak kurang dari RM400,000.00 kot..

ada yg berminat? tengok gambar2 ni..

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

| zino at Saturday, April 30, 2005 :: (0) <-->
Friday, April 29, 2005

gambar gambar TT kajang.....

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com >Image hosted by Photobucket.com >Image hosted by Photobucket.com >

| zino at Friday, April 29, 2005 :: (0) <-->
Thursday, April 28, 2005

demam kepialu salah siapa..

Dalam berita semalam kata, bertambah lagi kes demam kepialu di Kelantan, kata MB rakyat yg salah sebab tak jaga kebersihan tapi aku tertarik satu berita dalam surat kabar hari ni, yg tulis org Tanah Merah, dia kata:

"Wabak kepialu menyebabkan negeri kelantan menjadi sasaran cemuhan org luar dan dalam negeri. Rakyatnya di katakan pengotor. Ahli politik yg bijak pandai "turut berkokok" dan menghukum rakyat kelantan.
Saya percaya mereka yg mencemuh adalah golongan yg serba serbi mencukupi gaji beribu ringgit dan duduk di kerusi empuk. saya percaya mereka yg di beri kesenangan tidak pernah bertanya kabar tentang kehidupan sebenar kami.
Cukupkah air utk mencuci pinggan dan pakaian apatah lagi utk membasuh sebuah premis agar tidak di kerumuni lalat."

macam macam lagi le yg dia tulis melepaskan geram..zino dah lama sangat tak ke sana last sekali maybe 20 tahun dulu. JJCM zino ke trengganu beberapa tahun dulu pun ingat nak ke sana tapi tak menjadi kenyataan. Org kelantan je yg tahu keadaan sebenar. Walau apa pun tak perlu lah salah kan sesiapa, wabak sedang berlaku. cari le jalan utk mengatasi nya dulu. lepas tu baru flash back apa yg patut dan tak patut di buat utk membetulkan keadaan.

semuga wabak dapat di kekang dan keadaan berjaya di pulihkan..

| zino at Thursday, April 28, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, April 26, 2005

Balik kg lagi..

Urusan di kg masih belum selesai, makan kami balik kg lagi ahad lepas. pujuk2 jugak baby tak payah le ikut duduk dengan along dan angah.. tapi tak berjaya. mem dah masak sebelum tu utk yg tinggal.. kami bersarapan di R&R S'ban. tugas kali ni utk wrapping pinggan mangkuk yg telah di basuh dan memunggah lain lain peralatan yg masih ada dalam cabinet yg tak sempat di keluarkan sebelum ni.

Plastik utk wrap telah kami beli sebelum ni, kaedah yg sama aku guna utk semua pinggan mangkuk di BTR..bagi mengelak habuk melekat, kalau tak setiap kali nak guna semua nya perlu di basuh dulu walaupun duduk dalam kabinet. Baby macam biasa duduk sama nak menolong, di larang dia merajuk . beriya iya minta supaya dia di beri tugas . abah wrap dia potongkan plastik tu.. ala plastik yg diguna utk bungkus buah2an atau masakan tu..kat bekas tu kan ada "pisau dia" seronok baby bila dapat membantu.

aku dah cakap, benda tu tajam, tapi bila sekali dua dia potong ok je dia pun cakap,
"ah tengok, adik pandai kan bah, tak luka pun" confident je baby.
"ye lah adik pandai" jawab ku ringkas. tapi entah macam mana tiba tiba,
" wahhhhh, adussss!!! tangan adik sakit, ada darah!! adusss"
terkejut aku di buatnya. entah macam mana jari dia dah luka terkoyak sikit,

"kan abah dah kata tadi benda tu tajam"
"adusss sakit tau tak" baby mula meraung.. sakit sangat le tu..
"nanti mak taruk ubat" aku pujuk
"tak mu ubat nak tampal plaster" jawab baby lagi sambil menangis.entah mana dia blajar tangan luka kena tampal plaster tu.. hehe

aku pujuk baby sebelum ke kedai (cari plaster) ada sikit lagi nak siap kerja aku. aku tengok tangan baby dah mula berdarah, makin kuat le tangis dia.mem balut dengan tisu, aku dan baby bergegas ke kedai, mem meneruskan kerja. selepas di tampal baru lah dia berasa lega tapi nak aku belek dia sepanjang masa. akhirnya baby ter lena. abah dia ? mm pun sama lena.. hehe

terjaga jam 3.00 bila mem kejutkan. entah macam mana aku teringin nak makan cucur udang Alur Gajah.. jauh tu.. hehe lalu kami kesana bila sampai aku tengok gerai tu dah tak ada!! alamak jauh jauh jalan tak kan gerai pun dah tak ada. rope rope nya dah berpindah ke gerai baru yg lebih besar, cantik dan selesa di seberang jalan. lepas makan mem nak ziarah kak long yg masih terlantar lumpoh sejak dua tahun dulu. sampai KL dah lewat petang.. tangan baby masih berbalut plaster.

| zino at Tuesday, April 26, 2005 :: (0) <-->
Monday, April 25, 2005

TT Kajang

Sebelum ni aku pernah ke TT kajang utk merai kan kawan dari JB, tapi TT Kajang malam sabtu lalu meraikan kami keluarga keluarga UNSER dan AVANZA.. Hos malam tu Adriena dan Paramjeet. Sekalung tahniah kepada mereka berdua kerana dengan usaha gigih mereka TT malam tu menjadi sungguh meriah. Param dan Adriena mengambil alih hampir semua parking lot depan restoren hj samuri.. hehe semata mata utk memberi keselesaan kepada kami yg datang dari jauh dan dekat.

Dalam restoren telah di sediakan satu barisan panjang kerusi meja utk semua yg hadir, memang tak cukup tempat, meja tambahan di minta sehingga satu ketika tokei dah tak sanggup nak tambah, dia kena layan juga tetamu lain yg memang ramai malam tu. TT malam tu di denominasi keluarga UNSER, walaupun bagitu ada beberapa keluarga AVANZA yg hadir.. awal lagi hehe.. cuma suasana malam tu tidak mengizinkan kami utk berbual panjang.. kesian kepada pengunjung lain yg menunggu di luar.. sesi bergambar pun nampak sungguh meriah.. selepas bergambar aku minta diri utk pulang awal.

jadi ke sesi TT di restoren mamak sebelah selepas tu? dan kepada adriena dan paramjeet sekali lagi tahniah, kerana susah payah anda (sampai tak makan hehe) utk menjayakan TT malam tu..

| zino at Monday, April 25, 2005 :: (0) <-->
Sunday, April 24, 2005

Pamiran buku..

Sekali lagi pamiran buku di adakan di pwtc. dan sekali lagi aku ke sana.. tapi kali along dan fizah datang sekali. mem tunggu di the mall , along dengan fizah datang naik LRT.. alang yg outing dari asrama balik ke rumah tapi tak mau ikut. angah tak minat. lepas opis aku terus ke sana. jalan agak sesak tapi aku sempat sampai dalam waktu yg di jangkakan. bila aku sampai mem fizah sedang makan di KFC.. along merayau di atas mencari hadiah utk baby.. hadiah lagi..

kami terus ke PWTC.. tujuan utama mencari beberapa buku yg fizah nak beli.. tempat pamiran dah mula sesak. lepas satu satu buku yg fizah beli.. kebanyakkan berkaitan akademik . lepas tu nak cari buku cerita pulak. cari punya cari dapat le sebiji dua..tapi buku inggeris yg di cari nya tak ada yg pekenan.. dia nak cari cerita mistri.. cerita penyiasat dan sebagainya.. mem nak cari novel, tapi tak selesa nak memilih ramai sangat org.. terus tak jadi beli.. nak datang lagi le nanti tu..

bila sampai di satu lorong tu..aku cakap dengan mem, cuba tengok kat depan tu yg sorang tu pakai baju biru jalan berdondon berdua laju je.. hehe tak toleh kiri kanan langsung.. nasib baik tak di langgar nya kami kat depan ni.. hehe.. kami sendiri tak boleh lama.. ptg nanti kena hantar alang balik.. kami menuju sek resepi.. dari jauh nampak ki, melur, zar , EP, salina dan dua org lagi yg aku tak kenal lagi sedang duduk berbual, atau baru lepas minum dan makan. bila EP tanya kenal tak yg ni? aku kata tak kenal.. lalu kami di perkenalkan..inilah MBA , nama yg selalu aku nampak di blog EP, zar dan ramai lagi. dulu rasanya aku penah sekali masuk blog MBA .selamat berkenalan MBA.

lepas minum aku minta beredar dulu, ada urusan belum selesai.. zar dan melur nak ke PWTC lagi.. yg tadi tu baru window sopping agaknya.. patut le laju..hehe..

| zino at Sunday, April 24, 2005 :: (0) <-->
Saturday, April 23, 2005

perpisahan ku

Ada yg hampir ta'bisa ku ingat
Tanpa ketenangan dan jiwa yang kosong
tapi aku merasa gelisah
pasti ada satu hal yang terlewat dalam memory ku...

Ada getaran halus
yang timbul......
Aku heran & sejenak ku terpana
saat ku pandangi deretan tangga2 yang bisu
yang seakan melantunku bergerak
tu' menghampirinya....

Kini...ku sadar...
Dengan kesadaran yang penuh
Dan aku yakin inilah jawaban kegelisahan ku...
Ternyata...
Hari ini adalah hari perpisahan ku dengan mu
Selamat jalan ku ucapkan...

Dengan kebahagiaan yang slalu
Terpancar saat ku bersama mu.....
hari-hari ku smakin berarti..smakin bermakna...
Bila kau slalu di sisi ku
Doa ku kau slalu dalam lindungan NYA...

Diriku menangis Semalam hikz hikz ..

nota:
puisi ni zino jumpa dari satu blog..
hargai lah erti pertemuan sebelum berlaku satu perpisahan..

| zino at Saturday, April 23, 2005 :: (0) <-->
Friday, April 22, 2005

salam maulidul rasul utk semua..

Semalam aku , mem dan baby balik ke kg. program nak balik kg ni dah tertangguh beberapa kali. tetapi semalam berjaya di laksanakan. tujuan balik semata mata utk mengemas pinggan mangkuk yg di tenggelami air semasa banjir beberapa minggu yg lepas. banjir kali ni agak dalam, bila aku berdiri di bawah sebelah dapur aku lihat paras air (kesan air di dinding) paras kening.. makna nya peringkat bahaya le banjir tu, kalau terjatuh boleh tenggelam dan jalan di depan rumah tu pun pasti di tutup kepada semua lalulintas.

makna nya dapur tenggelam, kabinet di dapur yg menempatkan pinggan mangkuk turut tenggelam, di bahagian tengah juga tenggelam paras lantai, so ada juga yg terendam kat situ. tugas aku mengeluarkan pinggan mangkuk tu dan di basuh.. tugas mem mengemop lantai dari luar sampai ke dapur.. tugas baby mengacau, merengek, mengamuk bila dia dah rasa boring. dan akhirnya bandi beberapa kali..tak sadar jam dah 4.00 petang. dah memang kebulur pun.. hehe

cadang nak makan di seremban, sebelum bertolak dah sms sorang kawan di seremban, ajak TT di restoren rimba, bila aku sampai seremban, sms belum berbalas, aku pun tak tau di mana restoren tu, dengar cerita je. lalu aku call, tapi tak ada jawapan, aku cuba cari tapi terlajak sampai ke pekan seremban.. hehe lepas tu aku sms org KL bertanya, kenneth call memberi arah, org seremban balas sms, aku call bertanya arah juga. akhirnya aku jumpa restoren rimba, org seremban akan sampai sekejap lagi. rupanya restoren baru start bisnes.. kalau terawal tak buka lagi le nampak nya.

terima kasih sufian dan haslinda..sudi teman kami TT di s'ban. lain kali dah tau kat mana nak singgah.. mem pun dah bisik dengan haslinda tempat nak soping pulak . ahad ni balik lagi.

| zino at Friday, April 22, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, April 20, 2005

Sebahagian gambar gambar ke Tanjung balau

Image hosted by Photobucket.com
berhenti rehat di R&R machap.

Image hosted by Photobucket.com
Makan malam sponser by Aimman.

Image hosted by Photobucket.com
salam yg penuh makna.. hehe

Image hosted by Photobucket.com
beryani gam yg enak di makan bagitu saja.

Image hosted by Photobucket.com
otak otak pun sodap..

Image hosted by Photobucket.com
birthday boy mohamad anak en rosli

Image hosted by Photobucket.com
mr. & mrs president

Image hosted by Photobucket.com
group photo di penawar sebelum balik..

| zino at Wednesday, April 20, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, April 19, 2005


Image hosted by Photobucket.com >Image hosted by Photobucket.com >Image hosted by Photobucket.com >Image hosted by Photobucket.com >Image hosted by Photobucket.com >Image hosted by Photobucket.com >


gambar gambar birthday masa TT kg Baru tahun lepas baru berjaya di terbitkan..

| zino at Tuesday, April 19, 2005 :: (0) <-->
Monday, April 18, 2005

JJCM ke Tanjung Balau..

Trip konvoi ke JB.. telah di rancang sejak tahun lepas.. selepas kejayaan trip ke pulau pinang kami merancang ke JB pulak bagi memenuhi jemputan geng di sana.(kalau tak pegi nanti merajuk pulak dia.. hehe) Walaupun di atur di luar musim cuti sekolah, perjumpaan di JB tetap mendapat sambutan 12 keluarga termasuk hos. utk pertama kalinya kumpulan ke JB lengkap mewakili etnik malaysian..melayu cina dan india.. SYABAS UTK SEMUA..

perjalanan bermula dari sg besi, bila aku sampai disana.. beberapa keluarga tribe (dulu funser) , peter, leongwk, lawrence, zul, dan adriena (satu nama yg sedang hangat di pasaran.. hehe ) telah pun sampai bersama keluarga masing masing..wan zawawi menyusul beberapa minit kemudian. dan yg last sampai (memang biasa last pun.. ) Datuk kenneth.. adriena tertanya2 status "datuk" tu.. soon you will know.. kamarul joint konvoi dari nilai dan haslinda dari seremban.sepanjang perjalanan tuan rumah aimman tak berhenti2 menghantar sms bertanya kan lokasi .. mungkin dia juga perlu merancang perjalanan dari JB.. Kulai menjadi distinasi kami dari KL dan aimman dan rosli dari JB..

aimman dan keluarga bertungkus lumus menyediakan segala kemudahan utk keselesaan kami datang ke JB. distinasi percutian ialah Tanjung Balau, first time aku dengar nama ni pun hehe.. tapi bila org johor yg syor aku tak ada keraguan lagi.. pasti nya yg terbaik utk kami semua. walaupun terdapat sedikit kekeliruan dalam iklan chalet tu hehe.. petang tak ada acara khas.. ada yg tidur, ada yg duduk sembang..terutama sekali utk berkenalan dengan ahli baru adriena dan paramjeet.. baby seronok bermain lumpur di tepi pantai. nak angkat masuk ke air dia jerit takut.. hehe

malam tu aimman buat openhouse depan chalet.. hehe kami di jamu nasi beriani gam yg cukup enak.. sampai hongeh le memasing makan.. acara sembang berlangsung lagi..kaum ibu satu group, kaum bapa satu group.. anak anak berkejaran, bergurau senda bermain sesama mereka.. sementara sembang kami di jamu otak otak gelang patah.. memang enak pun first time aku mencuba otak otak dulu terus tak minat, tapi bila dah kena otak otak yg aimman bawa ni, rasa macam nak lagi nanti . menjelang tengah malam jam 1.00 pagi kot.. hanya tinggal aimman, leongwk, adriena ,paramjeet, kenneth, dan sufian meneruskan acara sembang.. aku terpaksa menarik diri pasal baby masih lagi berjaga tak mau tidur selagi abah tak masuk.. tak spotting langsung le baby ni penat je aku jek dia.. hehe

matlamat perjumpaan tercapai.. persahabatan kami bertambah akrab..persahabatan keluarga juga makin erat.. anak anak pun seronok mendapat kawan baru.. terima kasih kepada aimman dan rosli yg telah bersusah payah membuat persiapan supaya kami selesa datang ke JB dan tanjung balau.. juga terima kasih kerana ole ole yg rosli bagi.. ole2 yg ada makna tu hehe.. dan terima kasih juga kepada semua yg telah menjayakan aktiviti tersebut..

next saturday kita jumpa lagi di kajang , adriena yg akan menjadi hos....

| zino at Monday, April 18, 2005 :: (0) <-->
Friday, April 15, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Tanjung Balau..

Esok kami akan berkonvoi ke tanjung balau JB..sape nak ikut hehe

| zino at Friday, April 15, 2005 :: (0) <-->
Thursday, April 14, 2005

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com


Happy birthday baby..

Hari ni genap baby zino, mohamad hazwan ampat tahun.. aku masih teringat lagi bila dr mengesahkan mem mengandung.. aku jadi panik semacam.. tak menjangka langsung akan dapat baby lagi.. hehe.. macam macam soalan aku tanya dr.. dia senyum je..melihat kan aku mengelabah hehe.. tapi dengan nasihat dan kata perangsang dari dr tu.. aku menerima dengan penuh debaran saat kelahiran nya..

sekarang baby dah pun ampat tahun..semakin lincah, semakin petah , semakin nakal hehe.. kalau dia start menyoal , siap le selagi dia tak puas hati dia akan terus bertanya.. aku pun sekarang ni dah ada banyak stok jawapan lojik utk baby... hehe selagi tak lojik pada fikiran dia dia, tak kan puas hati..

feberet makanan baby masih lagi roti canai kuah kari.. dan kalau nak makan nasi pun mesti kuah kari. selain tu bolayan.. pizza pun dah menajdi feberet dia.. nampak je restoren pizza dia akan cakap.. dah lama adik tak makan pizza.. hehe.. satu je masaalah baby yg sampai sekarang aku tak dapat selesaikan lagi.. hidung dia terlalu sensitf dengan bau yg kurang menyenangkan.. bila dia terbau.. otomatik uweekkk... so banyak le kawasan larangan utk baby, tak boleh masuk dapur bila mem masak, tak boleh pegi ke pasar, tak boleh masuk restoren atau gerai makan yg masak goreng2 tu..

hadiah malam ni cari kot.. hehe

| zino at Thursday, April 14, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, April 13, 2005

Perjumpaan di mid Valley..

Bila sampai opis pagi ni ada satu surat meminta aku dan rakan2 yg lain ke UM, ada lecture pasal building maintenance.. la apasal le selalu sangat hal2 macam ni sampai.. last2 minit baru dapat tahu.. ramai yg tak dapat pergi.. tapi ok lah aku kata akan ikut sama.. bas pun dah di sediakan.. maka nya kami pun ke UM..

Sampai sana sms Melur maybe tak dapat nak joint perjumpaan yg di atur utk berjumpa Ady..tapi kebetulan jam 12.00 dah selesai.. ada le makan makan sikit aku jamah le nanti org kata tak sudi.. dalam perjalanan balik minta kat driver tu masuk mid valley.. hehe.. mana dia nak.. menyusahkan je.. last last aku turun di bangsar dan ambik cab ke sana.. bedesup sampai..

Rupa nya ady dah sampai lama, lepak kat tempat melur, malam nanti nak ke JB..aku tak kenal Ady, tak pernah masuk blog dia pun tapi selalu le nampak nama tu kat blog melur.. lepas ni boleh le melawat tempat dia selalu..sekejap tu zar sampai..kami landing kat tkt 4 makan le .. tuan rumah belanja.. terima kasih daun keladi tuan rumah.. lain kali datang belanja lagi ye. lepas makan zar pulak belanja ABC...tinggi juga gunung berapi dia tapi lebih baik dari laksa shark punya..tak de le kacang jatuh bertaburan.. rasa nya ada lapuran bergambar nanti tu..

last sekali juita sampai.. amboi makcik ni..soping sampai tak ingat nak jumpa kita org.. nasib baik dia take a break dan nak sambung lagi lepas tu.. hehe jangan mare juita..

| zino at Wednesday, April 13, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, April 12, 2005

demam STS

Tajuk tu aku pinjam melur punya..sesuwai dengan entry yg nak aku tulis ni. Aku baru saja balik dari PGRM, ceras , tujuan kesana utk mengemukakan borang BE utk tafsiran cukai tahun 2004. ramai jugak org..tahun ni bermula tafsiran sendiri. apa makna tafsiran sendiri? tafsiran sendiri bermakna kita kena isi borang tu sendiri, dan kira sendiri.segala lampiran sebagai bukti mengisi borang tak perlu di sertakan lagi tapi kita kena simpan selama 7 tahun utk tujuan odit sekiranya di perlukan.

makna nya kepercayaan 100% kepada orang yg mengemukakan borang, dia org tak kan semak lagi terus masuk komputer utk tujuan rekod dan bayaran. utk pertama kali ni banyak le servis mengisi borang di sediakan. kita boleh duduk bertanya dan menyemak borang yang telah di isi oleh petugas income tax..semua ruang perlu di isi kalau yg tak berkaitan perlu di calit je kat kotak yg hujung sekali tu. aku tanya kenapa perlu calit? kalau kosong nanti komputer tak boleh baca.. makna nya tak de sape pun nak tengok borang kita tu hehe..dan setiap helaian pastikan nama dan no cukai di letakkan.. pasal nya bila nak masuk komputer nanti borang di leraikan.. mana tau borang anda bercampur dengan borang tokei balak.. mampus nak bayar hehe..

kalau dalam pengiraan tu tak perlu bayar cukai pengiraan patutnya berhenti di E9 , tak perlu letak figure -ve kat ruang E10. aku punya dah terlebih bayar.. memang tiap tahun pun terlebih potong PCB, tadi aku kemuka dokumen utk menuntut balik lebihan potongan , ada 4 angka .. hehe..

| zino at Tuesday, April 12, 2005 :: (0) <-->

mengimbau kisah lalu..

perjumpaan di mall mengingatkan aku dengan pertemuan pertama yang berlaku empat tahun lalu. pertemuan bersejarah yang tidak mungkin mudah di lupakan. sebelum pertemuan bersejarah tersebut telah di atur satu perjumpaan tetapi gagal terlaksana kerana kurang perincian.. aku datang tapi tak dapat mengesan siapa yg ingin kami jumpa.. hehe..bagitu juga yg lain mungkin berselisih tapi saling tidak mengenal.

perjumpaan seterusnya di atur dengan lebih teliti, satu tanda di buat bagi memudahkan kenkawan datang bertegur sapa..hehe maka berlangsung le pertemuan bersejarah antara aku, EP, zar, mat ,yim, melur di Taman Tasik shah Alam.. sehinggalah sekarang perjumpaan demi perjumpaan kami aturkan dengan keluarga yang makin bertambah dari semasa ke semasa..

Persahabatan terus erat sehingga ke hari ini, semuga persahabatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat..InshaAllah..

| zino at Tuesday, April 12, 2005 :: (0) <-->
Sunday, April 10, 2005

laksa di the mall..

Aku sampai lebih kurang jam 2.15 di mall, terus ke laksa shark book tempat dan minta dia org reserve tempat utk 15 org.. angka tu aku hentam je.. hehe.. lepas tu kami beredar utk urusan lain. dan aku juga ada urusan di tkt 3, dalam perjalan turun terserempak dengan zar.. hai cepat nya dari putrajaya.. hehe rope rope nya tak jadi ke putrajaya dan terus ke sini dan melakukan aktiviti kegemaran nya sementara ada masa terluang.. apa lagi soping le.. jangan mare zar..hehe

jam 2.45 baru kami turun semula ke laksa shark.. sekali lagi maklumkan minta dia org arrange table for 15.. sementara menunggu kami duduk di luar..zar lalu sebelah mem tanpa menoleh ke kiri dan kanan..hehe.. tak lama lepas tu EP pun sampai.. mencari2 di mana laksa shark.. beberapa minit kemudian acuk77 pulak sampai..bersama cik abang dengan baby yg lincah berkejaran kesana kemari.. first time aku jumpa , apesal tak sama macam yg aku lihat dalam blog tu hehe , tak pe biar acuk77 jawab..

kami beredar ke tempat yg telah di sediakan..sambil berbual kami oder minuman dulu..semasa berbual satu couple datang dengan baby yg di dukung.. memasing meneka.. memang tak salah tekaan , yg sampai semut, ep kata jalan pun macam semut, selow dan steady.. juga first time aku jumpa..juga bersama baby yg comel..minuman sampai.. ABC yg sampai macam gunung berapi tingginya.. tapi sekejap tu kacang jatuh bertaburan di atas meja.. apesal le mely lambat sampai utk merakamkan nya.. hehe..

kami masih menunggu.. dua dara dari jauh.. masih dalam perjalanan.. sementara menunggu kami decide utk order laksa yg di war warkan sebelum ni. laksa penang, asam, kari laksa, laksa johor, laksa thai dan sebagainya.. tapi bila order sampai aku kira entah yg mana satu sebenarnya laksa.. hehe.. bila laksa sampai apa lagi acara menghabiskan pun bermula.. setelah selesai makan....

baru lah tamu jauh yg di tunggu sampai.. mely dengan ana.. acara berkenalan bermula lagi... dan dua baby comel menjadi sasaran lensa kamera mely dan ana.. aku tak merakam sebarang gambar kerana kemera talipon ni ada masaalah sikit sejak seminggu dua ni.. tak boleh nak di transfer ke PC.. tu pasal tak de lagi lapuran bergambar yg dapat di ke udarakan..jam 5.00 baru kami decide utk bersurai..EP dah pun beredar 1/2 jam sebelum tu..kerana ada urusan.. laksa shark di tinggalkan dengan seribu kenangan.. terutama zar..kenapa ? biar zar yg cerita..

terima kasih kepada semua yg hadir.. ada masa, ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi..

| zino at Sunday, April 10, 2005 :: (0) <-->
Saturday, April 09, 2005

ampat taunnn

beberapa hari lagi baby dah pun ampat tahun.. bila tanya dia adik berapa tahun.. dah lama dia jawab ampat taun..masa yg paling mencabar menjaga dia hehe.. macam macam perangai yg dia buat. setiap hari perlukan perhatian.. kalau tak de sape yg melayan dia dalam rumah tu .. mula buat perangai. mula lah dia pi mengacau abang dan kakak.. sesekejap dah terjerit si kakak, adik ambil barang dia lah adik usik tu lah..ini lah..

apa yg kita janji dengan dia mesti tunaikan.. dia ingat sampia bila bila.. time di merajuk nanti dia pi ungkit balik.. janji janji manis kita dulu.. sebahagian janji tu belum masa lagi utk di tunaikan tapi dia akan tetap tanya bila abah nak beli?

birthday ni abah dah janji nak beli beskal.. last year pun janji nak beli beskal tapi bila pi kedai tengok beskal tu tinggi sangat dari dia.. kaki tak sampai nak mengayuh.. dah sah akan menyiksa abah dia nanti tiap kali nak main beskal..hehe so tangguh sampai ke tahun ni.. beli dulu benda lain..

| zino at Saturday, April 09, 2005 :: (0) <-->
Friday, April 08, 2005

cuba baca ayat ni betul2

Saya...................... no. kad pengenalan ................. tinggal di alamat ................. nama anak :................
akan mewakili sekolah dalam .................. pada ...........
anjuran:.......................

bla bla bla........


yang benar

...................


ni lah borang yg aku kena isi semalam .. dua tiga kali aku baca macam ada yg tak kena je..dengan ayat tu.. aku suruh along baca dia pun sependapat dengan aku..

siapa sebenarnya yg nak jadi peserta ni... hehe???
tolong jawab cikgu..

| zino at Friday, April 08, 2005 :: (0) <-->
Thursday, April 07, 2005

dulu dan sekarang...

dulu..
semalam aku menerima satu panggilan dari seorang kawan, kawan sekolah masa sekolah rendah sampai form3.. di sekolah dia lah hero, dia lah samseng hehe dia lah kaki pukul..bebudak yg paling nakal masa kini tak boleh tanding kenakalan dia masa tu. apa yg tidak di buatnya, dia lah yg berani tahan kereta guru besar bila di kenakan denda. dia juga memancitkan kereta guru besar dan sebagainya.. siapa tak kenal dia masa tu. kalau setakat bertumbuk tu dah memang kerja dia..hehe pelajaran memang minima.. ..sehingga guru besar tulis dalam sijil berenti. kelakuan buruk.satu je kelebihan dia melukis

sekarang
dengan kelebihan yg dia ada dia menjaja kan diri utk mendapat kerja , tanpa sijil tanpa diploma jauh sekali segulung ijazah. sijil berenti sekolah dah lama di koyaknya..bekalan nya sekeping kanvas dan peralatan melukis. bila interview "cik, saya tak ada kelulusan, tak ada diploma dan sebagainya, tapi saya boleh buktikan saya boleh buat kerja, cik cakap je apa yg cik nak saya lukis saya akan buat sekarang" itu saje modal dia.. akhirnya dia sekarang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat pengiklanan . agaknya iklan yg gila2 sikit kat TV tu hasil kretiviti dia hehe.. nanti aku tanya..malam tadi dia hantas sms di hujung tu dia tulis dari kawan kau yg paling begal sekali.. fizah tanya begal tu apa bah ..hehe

| zino at Thursday, April 07, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, April 05, 2005

what a small world

Sebagaimana di janji kan perjumpaan yg di aturkan oleh seorang kawan lama berlangsung tadi di legend hotel.. dalam talipon dia minta aku datang awal 12.00 sharp. pasal salah sorang kawan tu ada mesyuarat jam 2.00 .kebetulan aku baru selesai inspection di gombak.. sebelum jam 12.00 aku dah terpacak kat situ..sempat le pi survey kedai laksa tu..

tepat jam 12.00 sorang kawan tu sampai, yg ni aku kenal dia pun kata tak tau siapa yg nak di jumpa , nama dah tau tapi masih tak boleh recall.. heran betul..betul ke dia tu sama kelas dengan kita hehe..lebih kurang 10 minit kami berbual datang sorang menyapa dan memperkenalkan diri.. dia lah org yg nak jumpa.. tapi kami masih terpinga2 tak boleh recall langsung sedangkan dia kenal kami berdua.. macam ni punya kawan pun ada hehe...

bila di selidik lebih dalam baru lah jelas dia ni form3 B kami ni (famous kenkonon) kat form 3A tu pasal dia masih ingat.. hehe.. tapi yg kelakar tu bila dia kata dia ada banyak kerja dengan opis aku.. baru le terlintas dalam fikiran aku..."ooooo rupanya ****** tu kau punya syarikat le ye?" tercetus dari mulut aku bila terbayangkan.. tiap kali kalau ada submission plan utk kerja ubahsuai ke banglo ke mesti cop yg sama , syarikat mamat ni le.. tapi aku langsung tak perasan dia yg punya.. " ok lepas ni kau datang opis , kau punya submission banyak hal le.. " dia dah terperangkap hehe.. " kalau kau tak datang aku tak luluskan.." hehe saje je aku cakap.. staff aku cakap susah sangat nak jumpa dengan mamat ni..

dala pada tu kami dah set lagi lunch bersama kawan di seremban, dia ni dah jadi orang politik..

| zino at Tuesday, April 05, 2005 :: (0) <-->

Lunch Date...

tengahari ni aku ada lunch date dengan geng geng lama. tapi yg masih jadi mistri siapa yg menjemput aku masih tak tau lagi. dan siapa2 lagi yg akan datang ..sebelum ni sorang geng talipon set kan appointment di legend.. dah dua kali tunda kata nya ada sorang geng tu tak dapat datang..puas aku tanya siapa yg nak blanjer ni.. dia kata tak boleh bagi tau biar suspen.. hehe tapi katanya geng kami masa sekolah form 3 dulu.. siapa ye?

bila sebut geng form 3 aku cuba bayangkan sorang sorang siapa kah agaknya yg dah berjaya jadi ahli koporate sehingga nak jumpa kami di legend.. kalau aku yg jemput maybe kedai mamak je pekene Teh tarik hehe.. tapi ada beberapa nama yg bermain di kepala aku ni.. ada sorang pegawai tinggi di maybank dia kah? ada seorang yg dah jadi YB dia ke? ada seorang dua dah jadi usahawan.. tapi semua mereka ni aku dah tak penah jumpa sejak sekian lama... entah2 kalau bertembung pun kami dah saling tak mengenali..

usaha mengumpul kembali geng lama ni tercetus masa perjumpaan kami tempuh hari. seorang geng tu di lantik (tak resmi) menjejaki sesiapa yg dia masih ada contact dan mengadakan perjumpaan seumpama ini.. ini hasil dari usaha kawan kami tu.. cuma dia masih berahsia siapa yg akan kami jumpa hari ni..suspen suspen...

| zino at Tuesday, April 05, 2005 :: (0) <-->
Monday, April 04, 2005

urusan baru selesai

memula ingat nak renew insuran dengan geng dapat le dia komisyen ke tapi bila anta sms dia kat overse pulak.. tapi yg heran nya mcm mana sms aku boleh sampai kat dia? kat london sana tu.. dia minta aku call staff kat opis.. bila aku call mamat tu cuti pulak... terpaksa lah guna plan B..

aku dah urus semuanya... roadtax pun dah ok.. siap dapat payung lagi..bertambah lah koleksi payung aku.. hehe balik dari pertama singgah kat celcom..nak aktif kan MMS dan GPRS.. rupanya GPRS kena bayar.. kalau tak berbaloi lain hari aku di aktifkan balik hehe..tapi MMS tu ok kot.. bayar bila guna..

mmm mana nak pegi lunch ni? any idea...

| zino at Monday, April 04, 2005 :: (0) <-->
Saturday, April 02, 2005

macam mana tak perasan ni..

aku ingat dah sampai masa nak renew insuran kereta.. so aku pun dah hantar mesej kat ejen insuran remind dia pasal tu.. aku jangka kan dalam minggu depan boleh le renew sebelum trip ke JB..

Pagi tadi aku ke sekolah alang, ada mesyuarat PIBG, masa park kereta tu aku jeling le disk roadtax tu.. dalam fikiran aku roadtax tamat tempoh end of april.. so sempat lagi le nak renew..RM pun dah stanby.. tetiba tekejut badak.. aku, last day 31.03.2005 maknay nya dah terbabas dua hari... alamak macam mana boleh tersilap ni.. apesal le sebelum ni aku tak jeling roadtax tu.. adusss.. suspen lah aku nak keluar sehari dua ni..

langkah segera aku hantar mesej kat kawan aku, insuren ejen le.. hari insin ni datang opis tolong uruskan insuran kereta aku segera..dan au pun dapat reply, "sorry i'm in UK , will be back on 8 April, can u contact my staff si polan on this no.. ... " sekali lagi aku terkejut.. boleh pulak sampai sms aku ke london sana ..sebelum ni bila aku minta roaming tmtouch kata tak ada tetiba dia org set kan tanpa pengetahuan aku.. nak kena dia org ni..tapi kira nasib baik jugak kalau tak sure kelamkabut aku minggu depan ni..

salah sape tu.. hehe

| zino at Saturday, April 02, 2005 :: (0) <-->
Friday, April 01, 2005

masih keliru ke?

pagi tadi terserempak dengan salah sorang bos di opis lama dulu dalam lift..walaupun aku dah pindah tapi masih di bangunan lama, bebila masa pun boleh bertembung dengan geng atau bos bos lama. ok lah tu..tapi.

"how come you don't come back to your old place when the one who replace you have return to his old department?" dia tanya aku bila dalam lift. alamak mamat ni masih tak paham lagi. actually ramai yg tertanya tanya bagaimana seorang pegawai yg bertukar dengan aku dulu sekarang balik ke department lama dia (sama aku sekarang le) masih ramai yg keliru.. kalau dia balik ke department asal aku pun di kata patutnya dah balik ke department asal jugak.. ada ke..

actually terdapat satu kekosongan di tempat aku sekarang apabila berlaku perpindahan dulu. ramai yg tak perasan pasalnya ada sorang tu yg baru di pindahkan disini balik ke tempat asal pasal rezeki dia berganda. bila berlaku kekosongan dua org yg di pindahkan dulu berusaha utk mendapatkan balik tempat tu. kebetulan yg berjaya rakan yg duduk ditempat lama aku tu.

aku tak nak balik kesana ke? bukan aku tak nak tapi , dan bukan aku mintak pun pindah dulu. tapi bagi aku biar le org lain pula merasa kerja di sana. aku rasa dah cukup lama aku kat situ. tapi aku penah bergurau dengan geng lama kat situ.."kalau nak aku balik , aku nak duduk bilik kat hujung tu, kalau tak boleh tak payah le.." hehe

bilik hujung tu tempat bos hehe..

| zino at Friday, April 01, 2005 :: (0) <-->