|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Tuesday, May 31, 2005
Kerja lima Hari seminggu Tetiba je gomen buat pengumuman pada dasarnya bersetuju kerja lima hari seminggu.. cukup ke kerja lima hari je? bertambah ke produktiviti nanti ? bertambah ke kemesraan keluarga ? meningkat ke pelancungan domestik? berkurangan ke penggunaan minyak? banyak ke tenaga elektrik dapat di jimat kan? tapi soalan ni sape nak jawab, apa aku nak buat dengan baju batik yang baru beli tu? hehe..
|
zino at Tuesday, May 31, 2005 ::
(0) <-->
Monday, May 30, 2005
boleh tolong ke pakngah..minggu lepas masa aku balik kg, mak dan ayah tak ada kat rumah, ada majlis berzanji, aku pun tak ada pot nak makan t.hari, lalu landing di rumah kakak sepupu di sebelah, kebetulan dia sedang masak, bila di offer makan situ macam org ngantuk di sorong bantal le.. hehe sambil menunggu kakak masak, aku berbual dengan dua org anak saudara diluar tu, sorang tu baru je kena retren sebelum tu dia keje dengan samsung, kata nya samsung nak tutup operasi di malaysia dan pindah ke Cina, sorang lagi keje IT dia kata dah lapan bulan tak ada gaji, kesian jugak dengar.. yg keje samsung tu kata dia ada apply keje kat tempat aku, minta aku tolong tengok tengok kan.. bagi dapat.. aku tak janji boleh buat apa sebab aku tak ada kuasa nak pilih, atau arah org pilih polan si polan, tapi aku kata aku akan coba.. kalau dia ada rezeki nak keje sana nanti dapat le.. bila balik KL aku call kawan aku yg berkenaan minta tolong tengok2 kan mana lah tau kalau ada rezeki dia. pagi tadi kawan aku kata , dia dah berjaya.. alhamdullilah.. berita gumbira tu aku dah beritau dia.. tunggu surat panggilan..
|
zino at Monday, May 30, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, May 29, 2005
satu kisah suka dan satu kisah duka kisah pertama pertemuan aku dengan kawan lama yang dah terlalu lama tak jumpa.. aku dah agak dia pasti dah tak perasan punya.. bila aku salam saja aku tak perkenalkan diri dan dia buat selamba land je.. terus bersalaman dengan mak dan ayah aku, dengan mak dia tanya, "mana zino?" mak aku senyum dan tanya dia balik, "yang kau salam tadi tu sape?" dengan spontan dia berpaling " ya Allah, aku langsung tak perasan, kau dah jauh berubah le.." dia datang menerpa dan terus memeluk aku, dulu di zaman sekolah dia merupakan partner yg cukup mantap ..tapi itu dulu, aku sendiri dah lupa bila last sekali aku jumpa dia, may be masa aku form 5 dulu kot, entah.. rasa dah lama sangat.. kisah kedua.. selepas selesai di majlis kenduri, kami ke hospital besar seremban, suami kepada adik sepupu aku aksiden motor waktu balik dari kerja, tangan kiri patah, kaki sebelah tak boleh di gerak, sejak aksiden dia masih di rawat di ICU.. sedih aku melihat keadaan nya.. masa aku datang dua anak dia setia di sisi ayah yang terlantar bersabung nyawa.. antara sadar dengan tidak ,tak sanggup aku tunggu lama dalam wad tu, semuga keluarga dia tabah menghadapi dugaan ini dan beliau akan segera pulih..
|
zino at Sunday, May 29, 2005 ::
(0) <-->
Saturday, May 28, 2005
lihat kiri lihat kanan..Kes ni berlaku petang semalam, aku baru keluar dari basemen sebelum keluar ke jalan Raja Abdullah tu ada satu lorong kat depan tu, lorong tu untuk laluan sehala dari kanan ke kiri aku.. bila aku sampai kat simpang lorong tu ada sebuah kereta nak lalu, tapi dia behenti beri laluan kepada aku dulu keluar ke simpang, ok lah baik nya mamat tu padahal memang sepatutnya dia yg patut jalan dulu.. aku pun angkat tangan dan mula bergerak tetiba.. gedebung..!!! terus aku emergensi break.. aku terlanggar budak sekolah yg entah dari mana tetiba dah berada di depan kereta aku, basikal dia tumbang tapi budak tu masih melekat kat basikal .. belum sempat aku nak buat apa, budak tu bangun tegakkan basikal dan terus berlalu, aku rasa dia tak apa apa kot.. budak sekolah masih beruniform sekolah agaknya baru balik sekolah ptg .. aku rasa pun kereta aku pun tak ada apa apa.. balik rumah baru teringat nak tengok kat depan tu.. alamakkk bercalar panjang .. baru le terasa hangin.. hehe
|
zino at Saturday, May 28, 2005 ::
(0) <-->
Friday, May 27, 2005
 baby dengan beskal baru dia.. mama esok adik coti hehe Semalam bila aku datang nak ambik baby, dia sedang tidur, "mama" kata baby demam, aku terus bawak dia pegi klinik yg terletak di ground floor blok yg sama, sejak along kecik dulu kami ke klinik ni..sesambil menunggu giliran tu ada dua org sedang berbual kat sebelah, aku dengar slag dia macam aku biasa je hehe so apa lagi tanpa disuruh aku pun nyampuk sama hehe, rpoe rope nya tak jauh dari kg den pun hehe.. untung nya bila sampai giliran dia, dia minta aku masuk dulu, kesian dia tengok baby merengek je, biasa bila demam macam tu le lelebih sikit manja nya.. bila aku keluar baru tanya nama hehe.. balik rumah baby beritau mem, "mama, esok adik coti" , mem tanya kenapa , selamba baby jawab," sebab adik demam, adik coti le adik tak nak pegi rumah acik" mem tanya dia lagi" sape nak jaga adik nanti?" "abah le , abah pun coti" hehe.. tapi pagi ni baby bangun awal, nampak ceria, badan dia masih panas panas tapi tak teruk macam semalam, dia pun tak jadi coti, pepagi aku dah hantar ke flat tu, tak payah dukung, jalan kaki je..
|
zino at Friday, May 27, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, May 26, 2005
Perhimpunan bulanan..Sejak bos baru ni ambik alih, perhimpunan bulanan di buat di dalam dewan.. dan selepas majlis sesesai ada sarapan.. Kalau dulu berhimpun di luar pejabat, org lalu lalang nampak..tak pe jugak.. tapi ada masa sambutan bagus ramai org adakala sambutan suam2 kuku je.. org tengok jugak.. Bila di buat dalam dewan nampak formal sikit.. kalau kena dengar lecture lama pun tak pe.. puas hati.. tapi aku ni le kali pertama dapat datang awal, kalau tak tu org dah syok2 nyanyi aku (dan ramai lagi..hehe) baru terhegeh2 masuk dewan ikut pintu belakang (atas) .. ada je alasan alasan yg menyebabkan lambat tu.. tapi pagi ni aku datang awal, tak bersarapan pun tak pe asal aku tak macam bulan2 yg lepas tu.. hehe semangat le konon.. bulan depan belum tau hehe..
|
zino at Thursday, May 26, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, May 25, 2005
Dua Jemputan Ni bukan aku yang nak buat jemputan utk apa apa majlis hehe.. actually bila aku balik kg hari tu, mak aku kata ada dua kad jemputan utk aku. Satu dari sorang kawan lama yg dah lost contact sejak sekian zaman, teringat juga dia kat aku ni, oleh kerana tak tau nak cari aku kat mana dia hantar kad tu kat kg. satu lagi jemputan dari saudara kami di singapura. Jemputan satu Di hantar oleh seorang kawan lama masa sekolah2 dulu, zaman tu dia ni partner aku bermain badminton setiap kali ada perlawanan di antara kg2 berhampiran. masa tu mana ada dewan, main atas court open air, bila ada angin bertuip kene relak dulu sekejap dua.. biasanya bila ada perlawanan kami main malam, sejuk sikit maklum le open air, tapi mana ada letrik, guna lah gesoline . tapi tetap meriah..bila dah kerja dia masuk sojar dan merantau seluruh malaysia, terus lah lost contact. InshaAllah aku akan ke majlis perkahwinan anak perempuan dia ahad nanti di segomban.. Jemputan dua. Datang dari jauh, Bedok singapura, abang saudara aku nak melangsungkan majlis perkahwinan anak bongsu dia. Dulu aku selalu juga ke sana, bukan saja ke Beduk tapi ke Jurung dan Tempinis. tapi itu masa RM dan dollar sama nilai atau yg seumpama nya. tapi sejak menjak ni bila RM jauh merudum berbanding dollar terasa rugi bila pi sana, setiap kali menukar RM terasa kerugian yg amat sangat.. hehe dan sejak tu jarang sangat nak kesana. last sekali dulu kebetulan aku ada seminar , dapat le menjengok saudara mara. Tapi abang saudara aku ni rajin balik kg. setiap kali majlis kenduri kahwin di kg dia tak pernah gagal balik kg. sekeluarga .Tapi aku nak kesana..mm nak fikir paspot lagi , banyak kan alasan aku tak nak pegi ..
|
zino at Wednesday, May 25, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, May 24, 2005
soping utk along..di JJ Semalam kami ke JJ, soping khas utk along, beli baju kemeja 5 pasang, beli seluar beli kasut kulit. Baju dah sama saiz baju abah dia, brand pun dah ikut brand baju abah dia, kaler pun sama dengan kaler baju abah dia.. kasut pun sama saiz dengan kasut abah dia, hehe abih cam mano lah nanti tu.. ? Setahun ni, along keje kat PJ dia cadang nak duduk PJ dengan kawan2 , mem cadang berulang je dari rumah dan aku cadang mem carikan along kereta, along terus setuju hehe.. mem jeling aku, nak suruh aku le keluar RM le tu hehe.. "alah , bukan nak minta belikan cash, sediakan downpayment je utk along, bulan2 tu along bayar le.., down payment lebih kurang sikit bayar bulan bulan " aku cuba pujuk . tu dia tengah fikir le tu
|
zino at Tuesday, May 24, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, May 22, 2005
sejuknya ....Lebih kurang jam 1.30 pagi aku dah rasa lain macam, tak boleh tahan lagi, duduk salah baring pun salah, mem dah tidur, baby masih lagi bermain bergurau dengan along dan alang ,dia kata nak tidur dengan along, alang.. aku dah tak boleh nak tidur, malah nak baring pun aku rasa masaalah. akhirnya aku buat keputusan nak ke klinik juga malam tu. aku kejut mem, cuba pujuk baby tak payah le ikut.. apa lagi baby start cembeng.. hehe aku tak boleh nak tunggu lama , akhirnya angkut baby sekali. mula aku ingat nak minta mem drive, tapi memandangkan mem terpisat pisat baru bangun aku decide drive sendiri.. baby mula bermain di belakang. aku drive slow je..sambil menahan sakit.. masa tu agak sensitif sikit.. bila baby bising kat belakang aku tegur.. sebelum baby nangis aku kena pujuk balik. minta dia gosokkan belakang abah ..aku pun tak mau dia tertidur dalam kereta tu. Hospital yg terdekat di Tampin. agak jauh jugak dari kg aku.. dah berpuluh tahun aku tak ke hospital ni..1/2 jam jugak baru sampai. Sesampai klinik aku terus ke wad kecemasan, memang wad kecemasan je buka tengah2 malam tu..ada sorang nurse (baby panggil mak cik) dan sorang HA, aku terus ceritakan masaalah aku, lantas aku di bawa masuk ke dalam. mem dengan baby duduk di luar, tak sampai beberapa minit baby dah masuk ke tempat aku, makcik yg ajak kata dia.. agaknya 1/2 jam aku kat dalam tu menerima rawatan, baru lah aku rasa lega.. setelah selesai aku pun keluar, baby dapat cekodok nurse tu bagi. hehe Terima kasih kepada dua petugas Hospital Tampin yg melayan aku dengan baik.. dan juga melayan kerenah baby yg berkejaran keluar ke dalam..dan sekarang aku dah ok seperti sediakala..
|
zino at Sunday, May 22, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, May 19, 2005
Surat lapur diri along Tuan telah ditempatkan secara pentadbiran di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Petaling Jaya utk menjalanai latihan siswazah dengan pendaftaran provisional di bawah akta pendaftaran ahli farmasi 1951 selama tempuh satu tahun Walaubagaimanapun tuan/puan terlebih dahulu perlu melapor diri pada 1 hb Jun 2005 jam 9.00 pagi kepada: Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30590 Ipoh, Perak.along nak jadi orang Perak le nampak gaya nya...
|
zino at Thursday, May 19, 2005 ::
(0) <-->
Golap salah terang pun salah..Dulu ramai yg berungut, bilik panas terutama waktu matahari pagi, mencarak matahari masuk ke bilik.. memasing buat alasan tak boleh buat keje, panas sangat.. pihak pengurusan bangunan penin, pihak designer perlaksana bingung, merah telinga kena complain tak henti2 oleh staff sendiri. dari pegawai kecik sampai ke pegawai besar semua merungut. Ada yang beli lansir tambahan sendiri tutup dinding kaca tu, ada yg tampal dengan cardboard atau kertas lukisan A0 tu.. tapi yg paling tragis ada yg tampal dengan kertas tebal kotak pindah barang dulu, tak ubah macam rumah stinggan.. bila tanya dia kata protes, biar semua org nampak.. kesilapan yg dilakukan pihak2 yg berkenaan.. malangnya tak ada pihak berkenaan yg datang bilik dia.. hehe akhirnya selepas ding dong hampir dua tahun, kerja melaminated dinding kaca tu pun bermula.. semalam sampai le ke bilik aku, adusss. dah gelap le pulak hehe.. aku suka lagi masa cerah dulu..patutnya yg perlu di ganti vertical blind tuu, jenis yg lebih gelap atau yg lebih tebal.kalau dulu jauh sikit pandangan bila dah rasa boring tu..tengok KLCC, tengok KLtower, MId Valley pun boleh jeling hehe.. tapi sekarang rasa macam nak hujan je kat luar tu..tapi nak buat cam mano keputusan bijaksana telah di buat..
|
zino at Thursday, May 19, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, May 18, 2005
TT pagi.. Sebulan sekali kami dan keluarga mengadakan pertemuan, biasanya berlangsung sebelah malam di mana mana gerai/restoren utk makan malam dan beramah mesra dengan kenkawan. Tetiba kali ni ada yg mengesyorkan perjumpaan pagi. Akhirnya dapat satu keputusan tempat : Taman Tasik Titiwangsa( di bawah payung terbalik..) masa : Jam 7.00 pagi. tarikh : 15hb Mei 2005 acara : senamrobik, jogging dan TT. aku sampai lebih kurang jam 7.15, kat Titiwangsa dah ramai pun warga kota yg mengamalkan hidup cara sihat, entah pukul berapa dia org sampai, Rahmand, Suhaimij, spunky dan Leongwk dah pun sampai. suhaimij dah jogging pun satu pusingan. baby masih tidur dalam kereta, basikal yg baru beli besday hari tu ada kat belakang tu. sementara baby tidur aku ke tempat di janjikan. mana yg lain, spunky bersusah payah memberi arah kepada blackshirt yg dah sampai tapi tak jumpa tempat hehe. leongwk dah mula bergerak dengan lensa kamera merakam apa yg pekenan di hati. tak boleh jadi entah pukul berapa dia org nak sampai, baik aku jogging dulu.. entah berapa tahun aku tak berjogging.. apa lagi banyak berjalan dari berlari.. satu sudut aku nampak satu kumpulan ber taichi.. satu tempat lagi sekumpulan sedang bercha cha.. akhirnya aku berjaya menghabiskan satu pusingan.. lawchoo dan isteri, kenchua dan isteri dah pun sampai. tapi ramai lagi yg masih di rumah.. atau di atas katil hehe..rupanya memang ramai warga sihat di KL ni, tempat letak kereta dah penuh sesak, yg berjogging, berjalan dan bersiar2 pun ramai di awal pagi.. akhirnya kami landing di kantin, sambil sarapan sambil bercerita.. Yan dan keluarga, Peter dan VIctor dan isteri akhirnya sampai.. dah pukul 10.00 kot hehe.. sementara mereka bersarapan aku sempat juga melayan baby berbasikal, itulah pertama kali baby mengayuh basikal baru tu, bila di rumah baby hanya duduk je .. takut hehe.. aku terpaksa lah berada di sebelah basikal tu sepanjang masa sampai le dia penat.. Kenchua memperagakan koleksi batik nya aku, rahmand dan leongwk terpekenan utk beli sehelai sorang, rahmand nak menggayakan nya di sabah nanti, aku nak pakai hari sabtu, kalau tak asyik pakai baju yg sama setiap sabtu hehe.. Ada yg kata acara pagi ni nak di teruskan lagi.. ye ke? sape yg datang lambat kenalah belanja TT hehe..
|
zino at Wednesday, May 18, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, May 17, 2005
Berapa sebenarnya usia Dewasa ? Rencana di sebuah akhbar semalam menarik minat aku untuk membincangkan nya di sini, timbul satu persoalan berapa kah sebenarnya usia dewasa? masaalah ini tak akan timbul sekiranya tiada kes yg berlaku, dewasa ni bergantung kepada setiap individu dan gender , dikatakan perempuan lebih cepat dewasa dari lelaki. tetapi baru baru ni seorang ibu, mahu mahkamah mengistiharkan supaya anak perempuan nya di kembalikan kepangkuan keluarga kerana belum mencapai usia dewasa, iaitu 21 tahun. Si anak pulak selepas menyambut hari jadi nya yg ke 18 , telah melarikan diri dari rumah dan akhirnya berkahwin dengan calon pilihan nya, dan membuat lapuran polis pemergian dia atas kerelaan sendiri tanpa paksaan dan dia kata berhak menentukan hidup dia sendiri sebab dah dewasa, 18 tahun. sebelum tu berlaku krisis antara anak dan ibu. Pada pandangan anda semua berapa usia dewasa rakyat Malaysia ni? kalau nak tunggang motor 16 tahun dah cukup dewasa, kereta pulak 17 tahun, nak bekerja 18 tahun kot.. tapi nak mengundi 21 tahun..
|
zino at Tuesday, May 17, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, May 15, 2005
Kari kepala ikan acara kari kepala ikan berlangsung kamis lepas semasa merai kan seorang geng yg bakal berpindah ke sabah tak lama lagi.. selamat bertugas di sabah.. negeri yg aku tak penah jejak kaki lagi..
|
zino at Sunday, May 15, 2005 ::
(0) <-->
Pertemuan di Tupai Tupai Sebelum tu aku terima mesej dari zar, ada pertemua di Tupai Tupai.. tak fikir panjang aku terus setuju. bila aku tanya siapa lagi yg di jemput selain nak berjumpa paklatip, zar balas entah? dan minta aku fikir hehe.. kebetulan baktiar sms aku nak datang jumpa aku di office, aku cadang jumpa di Tupai Tupai.. bila melor sms aku jangan speaking london nanti bila jumpa paklatip, aku jadi keliru paklatip ni duduk oversea ke hehe.. Jam 2.00 aku sampai Tupai tupai, EP dah sampai dulu, yg lain belum nampak bayang..lepas tu zar sampai, di ikuti baktiar.. Tetamu yg di tunggu belum sampai. bila zar terima panggilan paklatif rupanya dah sampai di Mall..macam mana boleh jadi macam tu.. kesian pak latif terpaksa tempuh jem semula nak ke Tupai Tupai, akhirnya aku volentier utk mencari paklatip di DBP..bila jumpa je mula lah aku speaking.. hehe baru le aku perasan maksud melor.. pertemuan di Tupai tupai memang meriah, riuh dengan gelak ketawa, paklatip masih malu malu nak nyampuk.. sesekali mencelah.. dan semua org pun speaking jugak.. menambah meriah suasana. Sebelum balik ambil order roti dari baktiar, nak becerita pasal talipon terus terlupa, kenalah di tangguh ke minggu depan atau bila ada kesempatan. kepada EP terima kasih daun keladi,.. kerana sponser makan tomyam yg cukup enak. salam perkenalan paklatip. bilo tibo musim buah2an ke jelebu kito ramai2 hehe..
|
zino at Sunday, May 15, 2005 ::
(0) <-->
Saturday, May 14, 2005
kenapa perlu bertukar dari sistem konvensional Apabila aku membentangkan masaalah bill talipon semalam ramai yg tertanya tanya , ada yg ragu ragu dan mungkin juga ada yg tak berapa nak percaya , tak apa that normal atas perasaan ingin tahu tu aku rasa patut memberi sedikit lagi penjelasan lanjut berkaitan apa yg telah aku jumpa dan mahu di kongsi bersama. secara konvensional, apabila kredit prepaid habis, kita keluar kemana2 kedai yg menjual kad prepaid utk tambah kredit, ada masa nya kita tak berkesempatan nak keluar, ada kala nya berlaku pada masa masa yg genting, sedang berurusan ke , atau ada panggilan penting yg nak dibuat ke dan acapkali kita kekurangan uwang utk menambah nilai. tambah lagi macam aku ni bila 6 talipon (5 prepaid + 1 pospaid) yg mahu di urus..fenin aku di buatnya. kemelut prepaid ini, mahu di selesaikan oleh sebuah syarikat dengan kaedah win win, syarikat dapat untung pengguna pun dapat untung. bagaimana? dengan beralih dari cara konvensional membeli kad prabayar bertukar membeli dengan syarikat empireict.pihak syarikat menyediakan satu server utk di kongsi bersama, kita boleh berurusan utk membeli kredit prepaid (dari mana mana syarikat telekomunikasi maxis,digi,celcom dll) , memindah RM dari akaun kita ke akaun org yg lain (kalau aku, akaun anak aku le) memeriksa baki akaun dan sebagainya hanya menggunakan SMS . of couse kita perlu membuka satu akaun dengan syarikat dan memasukkan wang ke akaun , itu pun kita boleh berurusan online guna M2U ,BCB,HLB atau PBB .guna server tu percuma ke? tidak, kita perlu membayar sewa menggunakan server tu RM 3.25 sebulan atau RM 39.00 setahun. itu je..dan perlu di perbaharui setiap tahun. itu je? ye lah kalau kita sorang je yg nak guna macam tu je lah.. tapi kalau kita berkongsi kemudahan ini dengan rakan rakan yg lain kita bakal mendapat ganjaran. ganjaran bergantung atas daya usaha kita sendiri, kalau kita rajin banyak le dapat, kemungkinan lepas ni kita boleh bergayut lama lama menggunakan talipon secara percuma. hehe.. yg penting aku tak perlu lagi berungut setiap kali anak aku minta tambah kredit sebelum tempuh hehe.. ok sekarang dah boleh bayangkan konsep ni tak?
|
zino at Saturday, May 14, 2005 ::
(0) <-->
Friday, May 13, 2005
Pening dengan bil talipon... satu penyelesaian.. Kalau satu talipon dak di urus ok lagi kot tapi kadang2 tu semput jugak kan.. tapi aku ni ada 6 talipon nak di urus sekali.. aduhh so macam macam sekatan di guna supaya mereka2 ni berjimat mengguna kredit.. seorang di had RM30.00 sebulan.. Semalam adik aku datang membawa kabar gembira.. memula dia hantar sms "abang, saya nak introduce something pasal prepaid!" aku pun heran jugak.. apa benda yg dia nak cakap tu, aku balas "amenda tu?" malam tu dia call, bercakap panjang lebar.."mm tak paham le datang je lah rumah abang cerita" malam tu jam 10.30 adik aku datang berkongsi sesuatu yang boleh menyelesaikan masaalah bill aku. tak tunggu lama aku terus bersetuju, malam tu jugak aku joint the system.. Dengan berbesar hati aku nak share perkara ni dengan anda semua, apa yg aku rasa dapat menyelamatkan ber RM2 bila mengguna talipon malah boleh membantu kita mendapat keuntungan.. kenapa tak percaya ? let me tell u all about it.
|
zino at Friday, May 13, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, May 12, 2005
Apa yg kita belajar? Segala gala nya telah pun berlalu, tapi apa yang kita belajar? ada banyak sebenarnya.. itu pun kalau kita mau memberi penilaian kepada sesuatu peristiwa yang berlaku.. Kepada semua remaja, ingat lah undang undang tetap di laksanakan walau siapa pun anda.. jangan sambil lewa bila menjawab soalan, jangan beri alasan yg remeh temeh sehingga memberi gambaran anda memang patut di dakwa. dan jangan ambil mudah tentang semua perkara. Kepada ahli ahli yang bijaksana, berfikirlah kembali bagaimana dan mengapa undang undang perlu di laksanakan. Kesalahan dan hukuman yang setimpal perlu di kaji semula. Penjara bukan jawapan kepada semua hukuman, denda RM tidak semesti nya menimbulkan keinsafan. kepada semua rakyat malaysia, perbahasan akan berterusan, kewajaran pendakwaan di jalankan, kewajaran hukuman di laksanakan, kewajaran simpati mencurah di berikan. kewajaran PLKN dihujani talipon kemarahan.. jika ada kes seumpama nya di heret lagi ke mahkamah, dan jika anak seorang bangsawan menjadi mangsa, dan jika denda yang serupa juga di kenakan, masih ada kah yang akan sudi menghulur bantuan? Fikirkan lah...
|
zino at Thursday, May 12, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, May 11, 2005
Undang Undang tak mengenal siapa Aku tersentuh bila mengikuti berita jam 8.00 malam tadi, kes pertama remaja yg tidak mengikuti program PLKN di heret ke mahkamah.. memula aku teringin sangat nak tau siapa kah remaja yg di katakan berdegil dan tidak menghiraukan seruan demi seruan kerajaan supaya mengikuti program tersebut walaupun peringatan telah di berikan beberapa kali sama ada melalui akhbar atau TV. Kes pertama yg di bawa ke mahkamah melibatkan seorang remaja miskin yang bekerja membantu keluarga menambah pendapatan keluarga, mungkin kepada remaja ini bekerja membanting tulang adalah lebih penting dari mengikuti program PLKN . Ibu nya hanya bekerja sebagai pembantu di tadika.. bila pertuduhan di sebut, beliau terus mengaku salah, apa lagi alasan yg dia ada dan apabila hukuman di jatuhkan dia memilih utk di penjara, RM 600.00 terlalu tinggi utk di bayar. Lebih tersentuh apabila beberapa minit selepas itu, ramailah hamba Allah yg prihatim menalipon bilik berita utk bertanya bagaimana utk menebus dan membayar denda bagi pihak remaja tersebut supaya remaja itu tidak perlu ke penjara. Dan rasa nya hari ini sudah ada yg tampil ke mahkamah utk membantu remaja tersebut. ada juga yg bertanya alamat di mana keluarga miskin ini tinggal. Undang undang tidak mengenal siapa.. apabila kesalahan di lakukan mereka akan di hadapkan ke mahkamah, dan jika sabit hukuman tetap akan di jatuhkan.
|
zino at Wednesday, May 11, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, May 10, 2005
skim pencen ke KWSP Malam tadi along tanya, yg mana lebih baik skim pencen ke KWSP ? Dia baru je dapat surat tawaran jawatan sebagai pegawai famasi dari Kementerian Kesihatan . Kalau dolu dolu masuk je keje gomen semua di tawarkan jawatan tetap dan berpencen tapi sekarang ni dah ada dua pilihan sama ada berpencen atau ber KWSP.. pagi ni along pi HKL nak buat medical check up. Sape boleh bantu zino beri pandangan pro dan kontra kedua2 skim ni?
|
zino at Tuesday, May 10, 2005 ::
(0) <-->
Monday, May 09, 2005
hadiah hari Ibu..mem tak perasan pun entah bila hadiah tu di letak , baru pagi tadi mem terjumpa.. dua kotak yg dah cantik siap di balut dengan satu kad kecik.. tak sempat buka lagi pun.. aku memula heran jugak.. pagi tadi ternampak bungkusan hadiah, sape punya hadiah tu, apasal pulak aku tak tau ada dua hadiah kat situ. sape yg bagi? bila aku baca kat kad kecik tu ...ooo hafizah yg bagi rupanya.. hadiah hari ibu dan hadiah birthday mak dia(belated ke? atau sape tunggu hari ibu? entah..) amboi dua hadiah sekali.. hehe.. tapi pasal nak suprise punya pasal.. sampai mak dia tak terperasan hadiah yg di sorokkan nya.. ken konon agaknya biar le ibu dia suprise bila terjumpa hadiah tu.. entah bila le dia letak kat situ hehe sampai mak dia langsung tak perasan sampai le pagi ni.. entah apa le kat dapat tu ye.. hafizah sorang je? yg lain tu?
|
zino at Monday, May 09, 2005 ::
(0) <-->
Friday, May 06, 2005
Warkah buat Ibu tersayang...warkah ini di tulis khas utk bonda tersayang dan juga kepada semua ibu ibu , bakal ibu Kehadapan yang di kasihi bonda dan ayahanda, semuga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu, ada pun anakanda sekeluarga di sini alhamdullilah sihat juga adanya. bonda, warkah ini anakanda tulis khas utk bonda sempena hari ibu, walau pun bonda tak membaca tulisan anakanda mu ini tetapi anakanda ingin merakamkan tanda kasih sayang kami adik beradik dan keluarga terhadap bonda yang tak pernah lekang walau se inci pun. susah payah bonda membesarkan kami sejak kecil dahulu tak akan terbalas oleh kami semua, terima kasih bonda. bonda, Sejak kecil bonda mendidik kami supaya menghormati org yg lebih dewasa, dan anakanda tetap berpegang dengan nasihat bonda sampai sekarang, perkara yang sama cuba anakanda serapkan kepada kelima cucu bonda . Anakanda cukup sensitif sekiranya mereka meninggikan suara atau marah2 bila bercakap dengan org yg lebih tua, tanpa kompromi mereka pasti menerima teguran. bonda, cucu bonda lahir di zaman yang terdedah kepada pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak tergambar semasa anakanda kecil dahulu, mereka lahir dalam zaman teknologi dengan serba kemewahan, mereka tidak merasa berjalan kaki berkilo meter utk kesekolah, mereka tidak merasa perlu berjaja sendiri utk medapat duit poket tambahan, mereka tak pernah merasa masuk ke sawah bergelumang dengan lumpur, membanting padi, pacat dan lintah melekat di kaki.. entah2 mereka tak kenal pun pacat dan lintah bonda, mereka juga tak pernah merasa masuk ke ladang getah bertemankan nyamuk dan agas.. bonda cucu bonda juga mungkin tak tau lampu geslin, apa lagi pelita yang biasa anakanda guna untuk mengulang kaji pelajaran di waktu malam. apa yg mereka tau petik di dinding tengah menyalo, kipas angin tak pernah di off kan sepanjang masa bila berada di dalam rumah. Tv membawa pelbagai program yang kadang kala meleka kan mereka .Terlalu banyak cabaran anakanda utk mendewasakan mereka semua. Tapi berkat tunjuk ajar bonda dulu banyak membantu kami mendidik mereka walaupun mungkin dengan gaya dan cara yg berlainan.. bonda sebelum anakanda mengakhiri warkah ini , anakanda sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya anakanda pernah menyakitkan hati bonda, tutur kata yg tidak sopan bila berbicara dengan bonda, permintaan bonda yang tidak dapat anakanda penuhkan sepuas hati bonda, halalkan makan minum kami bonda, kami doakan bonda dan ayahanda dalam keadaan sihat sejahtera, dapat membuat amal ibadat dengan selesa dan sempurna. Sampai sekarang bonda masih menjadi tempat org kampung mengadu, memohon nasihat , meminta panduan dalam segala hal. inshaAllah kami akan selalu balik utk berjumpa bonda dan ayahanda..
|
zino at Friday, May 06, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, May 05, 2005
Selamat hari Lahir Along.. Semalam along genap 23 tahun..balik dari taman melati semalam baru aku perasan birthday along..terus aku hantar sms wish along selamat hari lahir, dengan spontan along balas.. petang tu along keluar berjumpa kawan2 dia,(atau gurlfren ke? ) bila aku balik uwan along mula lah beri lapuran pok pek pok pek kata along tak balik balik , hehe along jenis yg jarang merayap keluar.. kalau tak ada benda dia nak buat di duduk depan PC .. tah apa benda yg di buat nya.. Malam tadi kami sekeluarga makan besar di luar.. mem tanya along nak makan apa dan di mana , along kata tak kisah di mana pun akhir nya kami decide makan di kg baru, tempat feberet kami keluar makan.. tapi bila habis makan aku perasan ada kekurangan .. mmm baru aku perasan di alang tak ada.. patut le aku tengok banyak lauk berlebih.. hehe.. order standard je.. hehe.. semuga along di panjangkan umur, di sihatkan tubuh badan , amal ibadat di pertingkatkan, cepat mendapat panggilan bertugas dan berusaha meningkatkan kerjaya diri.. InshaAllah..
|
zino at Thursday, May 05, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, May 04, 2005
Tak kenal saya lagi ye? Tadi aku pergi melawat ke satu projek kerajaan di Taman Melati, projek ni dah lama di siapkan dan dah mula di duduki sejak setahun lalu, cuma urusan urusan teknikal masih belum di bereskan. setiba nya di sana kami disambut pihak perunding dan client. "en.... tak kenal saya ye?", tiba tiba aku di tegur sesaorang, aku tengok dia, tapi puas aku cuba memikir tapi masih tak masuk memori.. siapa kah dia ni dulu..kenapa boleh blank terus ni. selepas dia sebut nama pun aku masih tak boleh recall.. hehe teruk betul aku ni.. hehe.. lama kami berbual dan cuba mengimbau kisah kisah silam masa di kolej dulu kot kot aku boleh ingat lagi.. last last aku kata, "maybe sebab dulu aku tak ngorat dia kot pasal tu tak boleh ingat".. hehe.. dia kata, "saya masih ingat lagi tiap kali sain nama mesti u tulis ZINO..".. bila kami dah beredar utk keluar minum di warung berhampiran baru le memori lama tu datang.. lembab tol komputer ni.. hehe baru aku boleh bayangkan macam mana dia masa di kolej dolu dolu.. patut le aku tak cam langsung.. ketrampilan di zaman glamor dulu berlainan.. kalau tak salah aku salah sorang yg menjadi rebutan dulu tu.. hehe.. jim.. sorry le memori dah tepu.. nak kena defrag dulu ni.. kalau nak sambut menantu nanti jangan lupa jemput zino..
|
zino at Wednesday, May 04, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, May 03, 2005
dua jemputan berasingan tapi..baru baru ni aku mendapat dua jemputan ke majlis perkahwinan , satu di Seremban dan satu lagi di Keramat. Majlis di Seremban berlangsung ahad lepas, aku mem dan baby je yg ke sana ,sengaja (atau tak sengaja) kami sampai lewat ke rumah mempelai.. jam 2.00 baru kami sampai, kalau awal tuan rumah pasti nya sibuk tak sempat nanti nak borak.. bila sampai je aku nampak sesaorang yg memang aku kenal, abang sepupu aku dari tampin. sama sama bertanya? " macam mana boleh sampai ke mari?" hehe.. tapi yg lebih mengejutkan, semasa kami sedang makan datang sesaorang yg dulu satu opis dengan mem, dia dah pencen pun.. "ehh macam mana pulak boleh sampai kemari?" dua kali kehairanan.. " ini lah bapak pengantin" jawab kawan aku. "minggu depan kat keramat pulak" sambung nya lagi.. "laaa jemputan kat keramat minggu depan tu pengantin yg sama lah ye" hehe macam mana boleh tak perasan ni.. "kalau macam tu minggu depan kita jumpa lagi di keramat" kata kawan aku lagi. sempat le aku melihat mempelai bergambar di pelamin .. semuga kelian berbahagia..sebelum meneruskan perjalanan ke kampong menyambung tugas tugas mengemas..
|
zino at Tuesday, May 03, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, May 01, 2005
berjumpa bakal usahawan berjaya..Sebagaimana dijanjikan petang sabtu aku di ketemukan jodoh utk bertemu seorang bakal usahawan masa depan.. yg berjaya , inshaAllah. itu lah penilaian yg dapat aku berikan kepada dia setelah berkesempatan berbual lebih kurang 45 minit di sebuah restoren mamak. jam 5.30 aku menalipon dia, yg masa tu sedang sibuk menjaja tak jauh dari rumah aku. memang aku tak pernah jumpa dia lagi, itu lah first time mendengar suara dia di talipon, walaupun kami sering berbual di blog.. "nak jumpa sekarang ke?" dia bertanya ringkas. "tak kisah le, selesaikan le kerja tu dulu" jawab ku kembali. akhirnya kami bersetuju utk berjumpa jam 6.00 di sebuah restoren tak jauh dari tempat dia dan aku. tepat jam 6.00 aku dah sampai , memang tak sabar nak jumpa lah tu..hehe. lebih kurang jam 6.12 dia call, tugas dah selesai dan akan ke tempat aku menunggu. Dari jauh aku dah boleh cam, itu lah org yg aku tunggu, dia cuma mengeluarkan talipon tapi dengan yakin aku melambai kepada nya. memang sah dia lah org nya. orang nya cukup ramah, hensem hehe , bercita cita tinggi dan berkeyakinan dengan apa yg sedang di buatnya. aku seronok bercerita dengan dia. aku harap dia akan berjaya dan bergelar usahawan satu hari nanti. aku perasan dia yg datang sebab di tangan nya ada bungkusan yg di bawa..aku terus mencuba , mmm memang enak.. dari segi rasa , rupa dan jenis yg di berikan kepada aku, memang aku berkeyakinan dia memang berkebolehan dan berpotensi.. aku tak makan semua, selebihnya aku bawa balik..biar anak anak aku mencuba dan memberi komen.. "abah, nanti oder lagi roti ni, sedap la" komen pertama anak dara aku. yg lain pun kata sedap..pantang jumpa roti di komplek2 pasti dia nak beli, sabtu akan datang bila dia datang ke BTR lagi, pasti kali ini aku akan menjadi pelanggan dia.. syabas Baktiar..
|
zino at Sunday, May 01, 2005 ::
(0) <-->
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
|
zino at Sunday, May 01, 2005 ::
(0) <-->
|
|