Thursday, June 30, 2005
She did it again Pagi ni aku ke sekolah Aminudin Baki, ambil report card Hafizah. Bila aku sampai satu padang bola penuh dengan kereta ibubapa yg turut datang utk mengambil report card dan berbincang dengan guru berkait prestasi anak masing masing.Boleh di katakan hampir keseluruhan pelajar disini mendapat 5A semasa UPSR dulu. Ini lah first time aku ke kelas Fizah, hari hari tu aku menghantar dia sampai gate sekolah je, lagi pun tak ada keperluan aku utk datang menjengok di di kelas. di luar kelas ada beberapa ibu bapa yg lebih dulu sampai , aku kena tunggu giliran sebelum dapat berjumpa guru kelas. keputusannya: Hafizah merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1H, mendapat anugerah gemilang pengetua , mendapat 9A dan 1C. Macam mana boleh ada C ni? yg dapat C tu Kemahiran hidup, mengikut guru kelas, prestasi di ukur secara teori dan praktikal, agaknya kerja kayu yg di buat nya tak menarik kot.. hehe anak dara sorang tu aku tengok terkial kial menyiapkan kerja pertukangan kayu.. tak pe lah fizah kekal kan prestasi yg sekarang dan cuba baiki kelemahan yg ada.
|
zino at Thursday, June 30, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, June 28, 2005
menyelesaikan masaalah dua jiran..Pagi tadi staff aku datang beritau, ada aduan dari seorang pemilik sebuah rumah banglo di kawasan aku berkaitan kerja membina banglo baru di sebelah rumah dia. Mamat yg mengadu tu seorang pesara. Akhirnya aku buat keputusan utk melihat sendiri apa masaalah sebenar yg berlaku. Sebelum tu aku dah talipon mamat tu ,utk dapatkan sedikit gambaran . Bila aku sampai, aku tengok kerja kerja menyiapkan sebuah banglo mewah sedang rancak di jalankan. aku congak2 banglo ni tak kurang RM 1 juta.. mewah, cantik dan besar. siap dengan kolam renang, Dia meroboh dan membina semula banglo lama nya. fuhh.. Jiran sebelah masih kekal dengan banglo zaman 70 an dia. Aduan berkait tembok yg memisah kedua rumah ni. Aku di maklum, mereka ni dah bersetuju utk menampong bersama kos membina tembuk tersebut. tapi si pengadu tak berpuas hati dengan cara tembuk di bina. Setelah aku mendengar cerita kedua belah pihak, aku memberikan pandangan dan cadangan sebagai org tengah, cuba mententeramkan dua jiran yg dah mula bertegang leher. aku analisa pro dan konta kaedah yg telah diguna utk membina tembuk tersebut.dan cuba menyakinkan si pengadu tembuk telah di bina mengikut kaedah yg di benarkan akhirnya si pengadu akur dengan penjelasan aku dan menerima saranan aku.. fuhhh lega. ini lah pertama kali aku melakukan nya. aku harap mereka2 ni tak adalah bermasam muka lagi..
|
zino at Tuesday, June 28, 2005 ::
(0) <-->
Jom makan doreyan..acara makan doreyan akan di adakan seperti berikut:- tarikh: 10hb Julai 2005 masa : 4.30 ptg tempat: rumah zino le.. semua geng blogger di jemput hadir... EP, Zar, Melor, Sri Diah, Bahtiar, Semut, Acuk77,Zt886, MBA, Mely, ana, Ezan, Juita, en Latip, abuzar, atehlaila ,ucuk ,noret,tasha dll.
|
zino at Tuesday, June 28, 2005 ::
(0) <-->
Monday, June 27, 2005
majlis kenduri kahwin ke ni? Semalam selepas menghadiri majlis kenduri kahwin seorang kawan lama di Kuala Lumpur. Sebelum ke majlis tu aku tak perasan pun dalam kad tu ada di sebut, perlu jawab kalau mau hadir ke tak dan jamuan makan di catit sebagai makan bersama. Aku tak jawab pun, tapi harap nama aku ada sebagai tetamu yg di jemput, masa kawan aku tu datang ke office menjemput dia tak beritau pun aku kena sahkan utk hadir. Bila aku sampai kawan aku ada menunggu tetamu datang,dia bawa aku ke meja penyambut tetamu utk menentukan nama dan kedudukan meja aku, nasib baik ada hehe.. Bila aku masuk tetamu dah ramai, tapi masih belum makan, mengikut acara makan selepas pengantin selesai bersanding. Akhirnya masa makan pun sampai, baby beberapa kali bertanya "bila nak makan ni bah? adik dah lapar ni." sambil makan kami di dendangkan (mula2) dengan tarian "tradisional" tapi lama kelamaaan tarian semakin panas dan cara pakaian penari pun panas panas hehe.. ah sudah apa dah jadi ni.. beberapa tetamu mula meninggalkan majlis, aku dan mem pun tak tunggu lama, nasib baik tempat aku jauh dari pentas ,hehe..selepas memmberi alasan ada jemputan lagi di tempat lain kami meninggalkan majlis dengan hormat, walaupun kawan aku minta ku tunggu sehingga majlis selesai.. ohh tak sanggup .. kami terus balik kg, nak ambil rambutan, panjat pokok manggis, seronok dapat panjat pokok manggis yg rendah tu, yg tinggi tak berani le.. dan petik buah langsat.. baby pun boleh petik rendah je..
|
zino at Monday, June 27, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, June 26, 2005
tugas dah hampir selesai..Tiga hari aku berkampong utk mengelesaikan tugas tugas khas, pada mulanya aku cuma di panggil utk menganggotai panel penemuduga, atas sebab tertentu aku yang di minta mengetuai panel tersebut, tapi alhamdullilah, peringkat pertama tugas kami selesai juga akhirnya. sebaik selesai kami memula peringkat kedua, ia iatu proses menyenarai pendekkan calon calon.Rupanya proses ini pun agak rumit di laksanakan. Walaupun pada asas nya semua calon layak dari segi akademik, tetapi mereka gagal dari segi lain. Kami bersetuju utk menetapkan beberapa kriteria pemilihan. Menjelang jam satu petang, senarai pendek calon yg layak juga siap, tetapi calon yg akan di tawarkan, dan calon yg masuk senarai menunggu masih belum di putuskan, kami tak perlu tergesa gesa, perut pun dah lapar, mesyuarat di tangguhkan dan akan di sambung isnin nanti. kepada calon yg berjaya nanti tahniah utk anda, dan kepada yg tidak berjaya jangan putus asa mungkin rezeki anda ada di tempat lain. kami mempunyai tempat terhad utk menawarkan tempat kepada semua.
|
zino at Sunday, June 26, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, June 23, 2005
What are we looking for Masa aku sampai beberapa peserta dah pun sampai, jam baru 8.30. aku ingat tak sempat sampai tadi, selepas hantar fizah aku bergegas ke PJ pulak, menghantar along, jalan dah mula sesak. Selepas drop mem aku terus ke distinasi. Selepas puas menunggu baru le sorang lagi muncul..dan sorang lagi.. selepas minum, aku tanya "kol brape pengerusi nak datang?, dah delat kol 9.00 ni", sesaorang datang menghampiri aku, "Encik, puan tak dapat hadir dia minta encik pengerusikan temuduga hari ni" "saya?" aku tanya balik, macam tak caya ye.. hehe aduss.. tugas berat ni. ok lah aku bersetuju demi negara.. hehe sebelum peserta di jemput masuk , kami berbincang dulu, apa yg kita nak cari sebenarnya, calon yg macam mana, dan bla bla bla... akhirnya loceng di bunyikan menandakan peserta pertama boleh masuk. aku yang memulakan sesi soal jawab, sebab aku ambil alih tugas pengerusi, soalan teknikal biar kawan2 aku yg tanya.. sorang sorang di panggil masuk dan di temuduga.. macam macam kerektor yg ada. sesi hari ni 18 orang je.. esok lusa ada lagi. apa yg dapat aku simpulkan?.. Ramai peserta tak bersedia utk datang temuduga, datang semata mata nak mencuba nasib, bukan mengharap sangat utk di pilih. ramai yg tak buat homework, atau dia org tak jangka banyak soalan cepumas yg akan di tanya.. hehe so kami mendapat pelbagai respond dan karektor.. puhh penat juga menemuduga org ni ye.. esok ada 19 calon lagi..
|
zino at Thursday, June 23, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, June 22, 2005
Tugas tugas Khas..Selama tiga hari mulai esok aku di jemput untuk menjalankan satu tugas khas, makna nya aku tak perlu datang opis, boleh terus ke tempat yg telah di tetapkan. tahun lepas aku pernah terlibat dengan tugasan ni.. Sebagai ahli jawatankuasa temuduga pengambilan pegawai teknikal kontrak. Ada 50 pemohon yang di jemput menghadiri temuduga tersebut. Aku harap aku dapat menjalankan tugas dengan baik dan dapat memilih mereka yang layak utk di tawarkan ke jawatan tersebut.
|
zino at Wednesday, June 22, 2005 ::
(0) <-->
Amboi setia nya dengan no ni!! Semalam waktu dalam perjalanan pulang ptg semalam, aku terima panggilan, sebelum dia kenalkan diri penat aku meneka siapa yg call ni, aku cuba kaitkan dia dengan soalan soalan yg dia tanya, tapi bila dia kata, "saya saja je call, tak sangka u masih guna no ni lagi, setia nya dengan no ni!!", baru aku perasan dah lama juga aku guna no ni, kawan tu aku kenal masa dia bekerja dengan syarikat yg membuat kerja cerucuk projek aku, stadium Titiwangsa dulu. lama tu aku rasa dah dekat 10 tahun projek tu. dia baru di tamatkan perkhidmatan dari syarikat yg dia kerja ,syarikat tak dapat projek, sedang mencari kerja baru. Betul ke aku dah guna dekat 10 tahun no ni? tapi bila berbual dengan kawan tu aku kata "aku baru cadang nak tukar no! nasib baik awak talipon hari ni kalau esok lusa maybe dah tak dapat contact hehe" kenapa aku hangin je semalam? sebenarnya jawapan yg aku dapat dari helpline semalam yg buat aku hangin .Bila aku balik dari HQ , aku terus singgah pertama meninjau2 kat kedai jual hp tu.. nak cari simpak baru le konon.. tapi tak beli lagi le. Nasib baik 1 jam lepas tu masaalah aku berjaya di selesaikan oleh org jauh hehe.. so jadi ke tukar? aku nak tengok performance sebulan dua ni dulu..
|
zino at Wednesday, June 22, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, June 21, 2005
akan beralih ke prabayar..Tiba tiba malam tadi talipon aku di bar, maknanya aku tak boleh nak buat call atau anta SMS, ni lah kali pertama dalam sejarah talipon kena bar. malam tadi aku buat pembayaran melalui M2U , aku pun tak tau berapa bil terkini, dah dua bulan aku tak terima bil. Pagi tadi bila aku call celcom minta di release kan dia kata aku kena bayar bil dulu, aku kata malam tadi aku dah bayar online, dia kata 3 hari bekerja baru dia org akan terima. Apalah hafrak punya sistem, bayar online patut lagi cepat, kalau nak tunggu tiga hari lebih baik aku pegi bayar kat kaunter!!!. dan macam macam lagi alasan yg di berikan. nampak gaya aku akan beraleh ke prabayar, makna nya no pun akan bertukar, tak kisah le tu..aku pun dah ada kaedah mudah utk beli prabayar.. kalau aku tak tambah kredit, aku tak boleh guna talipon, tak payah nak cal sana sini minta di release kan..sementara aku belum pegi bayar lagi bil ni talipon aku tak boleh buat call atau sms. ni tengah geram ni.. hehe
|
zino at Tuesday, June 21, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, June 19, 2005
Akhirnya along pilih Myvi Semalam kami pegi test drive Myvi, aku set dengan manager tu jam 10.00 pagi, tapi kami sampai agak lewat sikit.Semasa perbincangan tu, ada saleman yg berkata," hai, manager dah jual keter, macam mana saleman nak idup" hehe.. lepas bincang selangkah dua kami keluar utk test drive, along kata, " abah le test dulu" malu2 le konon tapi aku biar dia masuk bawak keter tu, dia yg nak beli, biar dia le test . mak dia duduk sebelah, aku, baby dan manager tu duduk kat belakang. tapi tempat test tu bukan le highway, tapi jalan di sekitar kawasan tempat kediaman. ada le selengkok dua, lepas along puas berpusing pusing macam org baru belajar keter, aku pulak mengetest. saje je aku pecut dan imergensi break, agaknya manager tu bedebar2 je.. takut apa apa jadi dengan keter tu.. lepas tu aku seruh mem test, dia kata nak test lepas along beli hehe.. lepas tu urusan booking, memang along dah set nak MYvi, sebelum tu dah pi tengok proton syvi, suzuki swift, hyundai gets, kia picanto, dan honda Jazz (jeling2 je).. hehe , along pilih kaler itam, manual, dan lengkap dengan airbag dan ABS.. bila boleh dapat? 3 ke 4 bulan!! , sempat le along kumpul RM hehe..
|
zino at Sunday, June 19, 2005 ::
(0) <-->
Friday, June 17, 2005
tak tau nak cakap apa...cuba baca Seorang lelaki yang di percayai tidak mampu membayar kos rawatan bersalin sebanyak RM 1,928.00 bertindak melarikan isteri nya yang baru melahirkan anak lelaki jumaat lalu, Di sebuah pusat perubatan swasta. Ketika cuba melarikan diri lelaki berusia 27 tahun itu sempat menyiku perut kanan seorang pembantu jururawat menyebabkan mangsa cedera serius di bahagian usus perut. !!! mak datuk.. Apa dah jadi ni, kalau tak mampu pegi je lah klinik gomen, baru nak belajar jadi bapa dah buat contoh yg tak baik.. ada ke patut?? tak tau le.. buat malu bapa bapa je .. hehe
|
zino at Friday, June 17, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, June 16, 2005
Motivasi Petang semalam masa aku turun minum aku duduk bersama seorang pembantu teknik yg sepatutnya akan mengambil peperiksaan PTK nanti, tapi aku perasan dia tak hadir dalam taklimat yg aku bagi. Dia ni dah lama bertugas di tempat aku ni. bila aku tanya kenapa tak datang semalam? selamba dia kata, "aku tak di jemput" , mula tu aku ingat betul ke nama dia tercicir dari senarai rope ropenya dia dah buat keputusan tak nak ambil exam, dia kata, sure dia tak boleh lulus, mana dia tau kerja kerja yg dilakukan di jabatan lain, dan macam macam alasan le sebagai justifikasi dia tak boleh ambil exam. aku cuba menyakinkan dia , dengan taklimat ini lah cara pihak kami membantu memberi penerangan skop kerja dan tugas pelbagai jabatan. pada aku PTK bukan semata mata exam, tetapi sebagai satu tool utk mengulang kaji, menambah pengetahuan, bertukar2 pandangan dan pendapat dan berkumpul dan beramah mesra dalam satu forum . tapi dia masih tak berminat. Dan masih ramai yg berharap PTK itu sendiri akhirnya akan di mansuhkan.. entah le..
|
zino at Thursday, June 16, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, June 15, 2005
Segalanya berjalan lancar..Pada mulanya aku di peruntukkan 1 1/2 jam utk memberi taklimat kepada lebih 80 org pembantu teknik awam dari pelbagai jabatan berkaitan salah satu topik yg perlu mereka tahu utk menghadapai peperiksaan PTK kusus tidak lama lagi. Tapi bila aku sampai pihak sekiteriat kata aku perlu memanjangkan lecture aku dua jam.. alamak.. bila aku sampai ke dewan aku lihat penceramah sebelum aku sedang rancak memberikan taklimat nya dengan di selingi dengan joke dan gelak ketawa, amboi.. kawan aku tu memang petah dan bercahaja.. dapat ke aku kendalikan taklimat selepas ni dengan mood yg sama.. ahh tak payah fikir le.. oleh kerana masih ada masa aku turun dulu ke tkt 23 utk urusan lain . 5 minit pertama memang mendebarkan.. aku tak terus berceramah, "i must break the ice first", berinteraksi dengan mereka, aku lihat masing masing bagitu serious , tension dan nampak blur bila aku mula bercerita.. sekali lagi aku perlu memecah kebuntuan dengan joke spontan aku hehe tak sangka pulak terror jugak aku ni.. ye ke? hehe perasan le tu..selepas 1/2 jam berceramah aku dah dapat mengawal keadaan , aku dah mula mendapat respon dari para pendengar, mereka mula bertanya dan meminta aku mengulang bahagian yg mereka kurang paham, sehingga ada yg minta aku melukis di whiteboard kerana tak berapa jelas.. mmm seronok jugak ye.. akhirnya aku berjaya menghabiskan masa hampir 2 jam bersama mereka, pada pendapat aku, aku dah bagi yg terbaik, cuba menjelaskan dengan cara yg mudah di pahami , mengulangi beberapa bahagian yg tak pernah mereka tahu sebelum ni.. tapi bila mereka bertanya apa soalan nak keluar? oops yg tu aku tak boleh jawab, aku perlu bertanggong jawab dan amanah, tapi aku dah beritahu segala yg patut mereka tahu, buat le persediaan..dan ulangkaji, insha Allah pasti akan mendapat kejayaan.
|
zino at Wednesday, June 15, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, June 14, 2005
lecture ku yg pertama.. Hari ni aku akan memberikan satu ceramah/taklimat kepada kakitangan teknikal di tempat aku bertugas. ini lah taklimat pertama aku di hadapan lebih 80 org pegawai teknikal yg berpengalaman dari pelbagai bidang. taklimat atas satu tajuk yg telah di amanahkan majikan supaya aku menyampaikan nya. ada sembilan tajuk semuanya dan ada lapan penceramah "tempatan" hehe.. seorang penceramah tu bersetuju utk membawa dua tajuk. taklimat utk tempoh 1 1/2 jam.. lama tu hehe.. Banyak perkara pertama yg aku belajar, selain berceramah, inilah pertama kali aku menggunakan powerPoint, nasib baik ada along membantu, nak buat entri pun aku kena belajar dengan along, along juga membantu memperkemas dan mencantikan lagi slide2 yg aku sediakan. Pen drive yg aku guna pun pinjam dari along. aku harap segalanya berjalan lancar dan aku tidak mengecewakan mereka yg datang mendengar. esok aku cerita bagaimana penerimaan mereka ..
|
zino at Tuesday, June 14, 2005 ::
(0) <-->
Monday, June 13, 2005
bukan mudah nak menguruskan badan ni..Aku tertarik dengan berita di surat kabar pagi ni, Mohd Said Ibrahim yang menghadapai masaalah kegemukan akan mengikuti program selama 6 bulan utk menurunkan berat badan, beliau ke UITM di iringi sanak saudara di kg, dengan dua buah bas rombongan.. menurut berita tu, mohd said tak pernah berjauhan dengan keluarga, so mereka datang beramai2 utk memberi sokongan moral kepada anak muda ini supaya berjaya mempunyai berat badan yg ideal. Agaknya bila tamat "pengajian" dia di UITM tu nanti Mohd Said akan menjadi seorang pemuda tampan dan menjadi idola di kampong nya.. dan diploma apa yg layak UITM bagi dia..moral cerita yg nak aku baca, bukan mudah nak mengurangkan berat badan, aku cukup risau bila ada yg kata boleh turunkan berat badan dengan memakan pil dan sebagainya, malah ada yg lebih teruk lagi ada iklan menyatakan kan kegemukan boleh di turunkan dengan menyapu kerim je di tempat tertentu.. tak sabar nak tunggu hasilnya 6 bulan dari sekarang..
|
zino at Monday, June 13, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, June 12, 2005
siapa yg tersilap agaknya.. dialog hari kamis..(sms je) tapi di modified sikit hehe supaya sesuai utk penerbitan dia: pakngah, saya dlm LRT, lalu opis pakngah, teringat kat pakngah hehe. saya: datang jumpa pakngah !. dia: hehe , lain kali le, tak sempat, on the way nak jumpa kawan. saya: ok saya: sedang menerai savvy ni hehe. kat sebelah opis je.. dia : nak tukar keter ke? saya : tak, nak tambah hehe.. dialog hari jumaat (sms jugak..) dia: pakngah, boleh saya datang tengok opis baru pakngah? saya: boleh, bila nak datang tu. dia: on the way ni, 1/2 jam lagi sampai. saya:ok 1/2 jam kemudian........(sms lagi) dia: pak ngah opis pakngah depan bank islam kan? saya: yup, tau kan, wawasan, blok tengah.. 10 minit kemudian.......(sms je) dia: terus masuk ke? saya: kaunter, ambil pas.. dia: pakngah, pakngah jabatan lanskap kan? (call) saya: bukan, J***... tkt 30 dia: nama pakngah M******. kan? saya: yup.. 5 minit kemudian..... 10 minit kemudian.... 15 minit kemudian.... 20 minit kemudian.... saya: (dalam hati je..) hai apesal tak sampai sampai ni.. ramai sangat ke kat bawah tu..lift jem ke? dia jumpa kawan lain ke dulu..tersangkut dalam lift ke? . dan bila aku call, tak jawab pulak. kemana pergi nya? heran. 25 minit kemudian... dia: pakngah sekejap lagi saya sampai.(call) saya: kemana tadi? dia: hehe opis D*** le, hehe.. di tingkat 30.. saya: ooo sampai ke HQ lah tadi tu hehe..macam mana boleh sosek tadi tu hehe.. dia: hehe masuk ke bilik aku.... dia: amboi bess nya opis pakngah.. direct nampak KLCC... dialog seterusnya.. tak payah le tulis no.. hehe Nota: kebetulan opis aku depan bank islam dan HQ juga depan bank islam hehe..
|
zino at Sunday, June 12, 2005 ::
(0) <-->
Saturday, June 11, 2005
selamat hari lahir angah..Seorang lagi anak bujang abah menyambut hari lahir nya hari ni, hari ni angah genap 22 tahun, setahun di belakang along. semasa kecil angah selalu kena buli dengan along, macam alang dengan fizah, becekak setiap hari hehe. perwatakan angah dengan along memang jauh berbeza, along pendiam, tak suka merayap keluar, tak ramai kawan terutama pempuan hehe ye ke? sedangkan angah sentiasa penuh dengan aktiviti,tak boleh duduk diam , ada saja yg nak dibuatnya dan nampak bagitu fofuler hehe , apa taknya bila openhouse raya dulu rumah aku di serbu kawan kawan angah, semua pempuan hehe kecuali housemate dia dari shah alam. hari ni pun angah tak ada kat rumah, semalam lagi ke Shah Alam, ada le projek sistem komputer yg sedang di bangunkan dengan kawan dia tu, buat partime katanya. angah pun juga telah menamatkan mengajian di UITM, masih belum mendapat tawaran, aku pun dah cuba guna kroni utk dapatkan kerja utk angah , harap2 ada yg sudi membantu, kalau ada rezeki angah nanti dapat le tu.
|
zino at Saturday, June 11, 2005 ::
(0) <-->
Friday, June 10, 2005
jom tengok wayang Ooops nanti dulu , sebelum anda ke panggong wayang make sure anda hafal lagu NEGARAKU , dan kalau bawa kuici tu jangan makan dulu, tunggu selepas nyanyi baru le ngap.. Pelbagai pendapat aku dengar bila kerajaan ber ura ura nak melaksanakan kempen nyanyi lagi NERAGAKU di semua panggong wayang, salah ke? sesuai ke? tak kena tempat ke? dan macam macam komen le yg di berikan. Matlamat kerajaan adalah utk mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan semangat pretiotik kepada negara. Perkara ni pada pendapat zino amat penting, kalau kita tak sayang dan hormat negara sendiri , jangan harap org luar akan melakukan nya. so apa salahnya lagu NEGARAKU ? daripada kita tengok iklan yg tah apa benda tu, kita ambil seminit dua utk mengingat dimana bumi yg kita pijak. bersemangat ni.. hehe so what say u ?
|
zino at Friday, June 10, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, June 09, 2005
salah satu ni kot kereta baru along..
|
zino at Thursday, June 09, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, June 08, 2005
Ragam kad kredit Pagi ni di radio ERA perbincangan berkisar pasal kad kredit. kisah kad kredit ni dah sering kali di perkatakan, tapi isu dia masih hangat. apa tidaknya dalam akbar baru2 ni di lapurkan semakin ramai yg di istihar bangkrap kerana gagal melunaskan hutang kad kredit.dalam perbincangan talipon tu pelbagai kisah suka duka pengguna kad kredit ni. persoalan nya adakah kad kredit membawa lebih kebaikkan atau lebih keburukan kepada pemiliknya. ?? promosi syarikat syarikat yang menawarkan kad pun pelbagai ragam, semalam rakan sebelah aku ni menerima panggilan talipon dari satu syarikat, pembekal kad kredit ni, kenkonon nya dia adalah pengguna kad kredit bertuah, dan syarikat menawarkan utk upgrade ke gold card. tapi kawan aku tu satu kad pun dia tak ada hehe.. bagi aku kad ni ada baik dan tak baiknya.. yg baik tu bila berbelanja kita tak perlu bawa cash sampai mengembol poket, terutama bila beli barang yg kos tinggi, macam sebok ke TB ke, sepatutnya bila sampai bil terus bayar jumlah yg di guna. tapi yg tak baiknya pulak, kita berupaya berbelanja sebelum masa nya atau tak tentu masa dan bila sampai bil tak berupaya melunaskan semuanya.. akhirnya termonung.. hehe bagaimana anda?
|
zino at Wednesday, June 08, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, June 07, 2005
Tak ada cerita.. Kenapa hari ni macam tak ada cerita nak di ceritakan.. sejak pagi tadi memikir apa nak story hari ni.. tapi tak ada ilham yg datang.. hehe biar gambar2 ni bercerita sendiri..sekitar TT titiwangsa dulu
|
zino at Tuesday, June 07, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, June 05, 2005
payahnya nak buat keputusan..Sekarang ni terpulang kepada along, kalau dia nak beli kereta kami akan bantu, tapi dia kena lah buat keputusan dulu keter yg macam mana yg dia nak. aku dah cuba bantu dia dengan pelbagai pilihan supaya dia dapat buat keputusan. memberi keutamaan di antara kereta idaman, bajet, kemudahan utk bergerak, ekonomi, bayaran ansuran dan keperluan lain selain kereta. Aku nampak ada sedikit konfik yg along kena belajar buat pertimbangan sendiri.. malah aku tunjuk kan secara metamatik kos kos yg perlu di ambil kira sebelum buat keputusan. along kena belajar semua tu. along dah mula fenin hehe.. last last along tanya aku, macam mana abah boleh buat keputusan nak beli UNSER ? mm satu soalan cepumas.. hehe aku pun bercerita dengan along, mula mula keputusan abah nak tukar kereta pasal kereta wira dulu selalu rosak, tak berupaya mendaki bukit (overheated) dah beratus duit abah abis utk repair, so keputusanya perlu tukar je kereta tu. sebaik saja loan hampir selesai keputusan nak tukar muktamad. soalnya nak tukar kereta apa? keutamaan abah dan mak masa tu kapasiti muatan, anak2 abah (along dan angah le ) selalu buat alasan tak nak ikut jalan atau balik kg pasal tak mau berimpit dalam kereta. terutama bila baby dah ada, so pilihan abah hanya lah kereta MPV atau Van.. so abah surf dalam tenet dan listkan semua kereta MPV dengan harga nya sekali, termasuk Van . Mak ada kereta idaman dia, abah pun ada tapi apabila di bandingkan dengan bajet kereta idaman perlu di beri pertimbangan semula, pilihan kemudian nya di kurangkan kepada yg memenuhi kapasiti dan bajet saja, idaman perlu di ketepikan . akhirnya abah dan mak perlu pilih antara dua sama ada UNSER atau SPECTRUM , dua2 memenuhi keperluan bajet dan kapasiti.. tapi satu tu van. akhirnya abah dan mak buat keputusan utk beli UNSER dan lama kelamaan kereta ni menjadi kereta kesayangan hehe.. dengan UNSER abah dapat ramai kawan dari pelbagai golongan dan bangsa.. so sekarang along fikir le apa yg sebenarnya along nak..
|
zino at Sunday, June 05, 2005 ::
(0) <-->
Friday, June 03, 2005
Berjalan lancar je.. Pagi ni rutin aku dah mula berubah, pepagi terus ke PJ menghantar along dulu, keluar tadi sebelum kol 7.00 , awal lagi ok lah jalan pun tak jem sekejap je dah sampai tempat along, atau pasal cuti sekolah kot hehe . masa turunkan along kat depan gate tu ada sebuah bas berhenti, yg turun semua perempuan terus menuju ke gate yg sama, tanya along ramai ke staff perempuan kat tempat along ni, along kata, 45 org perempuan, 5 org je lelaki!!! , bertambah sorang lagi jejaka idaman bila along masuk kesana hehe.. tapi pagi ni ok lah aku pun coti lagi, bila aku dah kerja nanti (minggu depan) macam mana agaknya, dan bila sekolah dah buka lagi le dugaan sebenar.. pasal nak ke SAB pulak dulu.. mmm memang sah kene cari kereta along awal, atau along akan ambik alih kereta kesayanagn ku ini hehe..
|
zino at Friday, June 03, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, June 02, 2005
Bagini kisah nya.. hehe Malam sebelu ke Ipoh tu aku dah bagi tau esok pukul 5.00 semua org dah siap, sape lambat tinggal, saje je kadang tu mengejutkan tidur memasing memang liat. tak sangka pulak mem kunci jam kol 4.00 pagi hehe.. tapi memang kami keluar awal pun, bahtiar kata 3 jam nak sampai Ipoh, register di letak situ tepat jam 9.00 pagi. jam 5.30 dah sampai R&R sg buloh, relak situ sementara menunggu waktu subuh hehe.. Drive awal pagi ni mengantuk jugak rupanya.. so tak de lah laju sepoi2 bahasa je sampai ke tapah jam 7.30 , berhenti utk brekfes. baby masih tidur.. SMS Acu kata dah sampai tapah, memang dah janji dengan laila, dan acu akan tunggu bila tiba di Ipoh nanti. tapi sms tak ada balasan.. lepas tu call tapi terus mesej, alamak apahal pulak ni? salah no. ke? tipon tak on lagi ke? tak pe lah sat lagi call lagi. bila sampai depan JJ aku call lagi, tak dapat jugak.. masa tu dah jam 8.45 kot.. hai macam mana ni? aku terus bertukar ke plan B, call Nis minta bantuan.Dengan bantuan online Nis kami berjaya menjejak Jab. Kesihatan Ipoh. Along masuk berurusan aku kat luar menunggu, ada dua keluarga yg sempat aku tegur, sorang dari kelantan, dan sorang lagi dari ceras hehe, pun anak dapat tawaran keje. Bila along keluar, "bah kene pi Gerik" , terkejut aku dengar ,"amakkk jauh nya," sekali lagi Nis bantu macam mana nak keluar dari Ipoh hehe, terima kasih Nis pagi2 keje kacau hehe. perjalanan ke Gerik terasa amat jauh, maklum le firstime, tapi alhamdullilah, jalan ok sepanjang jalan pun ok. sampai Gerik dah kol 12.00 t.hari, kat mana pulak pejabat kesihatan Ulu perak ni, setelah buat pertanyaan, berjumpa jugak. Along masuk utk berdaftar, pegawai tak ada pulak, selepas mengisi borang2 yg berkenaan kami keluar makan dulu dah kebulur ni. baby nak makan nasi goreng telur, nasib baik makcik tu nak buat . lepas makan sambung urusan. along di minta buka akaun bank pulak, bergegas pulak ke maybank kat pekan gerik tu. masa tu lah dapat sms dari acu, "please call me back" , bila aku call pak guard tegur aku, terpaksa lah aku keluar dari bank tu. Acu minta aku singgah Ipoh masa balik nanti. urusan along selesai jam 4.00 nasib baik selesai jugak.. hari ni along kene register kat PJ pulak.. sampai semula ke Ipoh jam 6.00, terus call acu, dia minta aku tunggu antara Tesco dan JJ , 1/2 jam tunggu acu tak muncul, jauh ke rumah dia, lalu aku call lagi, rupanya talipon pulak tinggal, dia berpusing2 mencari kami, laila tunjuk arah dari rumah, akhirnya kami sampai jugak rumah laila dan Acu. Lanskap kat depan rumah dia memang cantik, kelas dan jeles tengok hehe.. dah minta Acu design satu utk rumah zino.. hehe . Malam tu Acu belanja kami mee rebus ramlee, puhhhhhhh memang bes, along, alang dan mem pun makan mee rebus ramlee , tak perasan pulak ada orang minta bungkus hehe.. fizah nak makan cam sup , abenda cam sup tu? rope2nya mee + meehoon sup hehe.. perjalanan balik memang aku mengantuk sangat, cuba jugak bertahan, tapi tak boleh tahan, sampai bertam aku berhenti utk tidur sekelap dua, bila terjaga baby kelaparan aku dan dia keluar mencari apa yg ada, yg dia nak maggi.. sampai rumah jam 12.00 mlm.. aduhh letihnya..
|
zino at Thursday, June 02, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, June 01, 2005
JJCM ke IPOH esok 1 Jun 2005 kami akan ke IPOH, semuga program di sana berjalan lancar.
|
zino at Wednesday, June 01, 2005 ::
(0) <-->
|