|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Sunday, July 31, 2005
mesyuarat perjumpaan keluarga Datuk Bang Sebalang Ngah Petang tadi aku ke Selayang atas jemputan saudara aku tentang satu projek yg ingin di laksanakan. Iaitu satu perhimpunan keluarga Datuk Bang Sebalang Ngah. Datuk telah lama meninggal dunia dan sejak itu keluarga anak cucu dan cicit datuk telah berkembang biak sehingga aku sendiri tidak mengenali semua saudara sebelah ayah.. Dari perkiraan tadi keluarga ini telah berkembang dari sembilan induk kepada 163 org.. besar kecil.. sepupu aku sebelah ayah rupanya ada 37 org.. belum pernah rasanya aku berjumpa dengan mereka semua secara serentak. malah kalau nak berjumpa pun tunggu lah musim musim perayaan atau ada majlis kenduri kahwin, tapi tak mungkin dapat jumpa semua nya. banyak yg dibincangkan, tapi tugas utama adalah mengumpul maklumat , dua minggu lagi akan dapat gambaran lebih jelas tentang kedudukan keluarga kami ini bila maklumat berjaya di kumpulkan, aku bercadang utk menyediakan satu data base keluarga , bagi memudahkan ahli keluarga lain membuat rujukan, atau memaklum dan mengumpul mereka bila ada keperluan. aku harap segala perancangan berjalan lancar dan majlis berjaya di adakan tahun ini juga. InshaAllah.
|
zino at Sunday, July 31, 2005 ::
(0) <-->
Friday, July 29, 2005
 Kasut Idaman Ku.. Masa kecik dulu aku ingat lagi ada satu kasut tu aku memang minat sangat nak beli, tapi apa kan daya tak berani nak minta kat ayah belikan.. mana lah mampu nak beli branded punya, masa ayah kerja di PD dulu, kami adik beradik di bawa ke satu tukang kasut kat PD utk tempah kasut boot hehe.. mamat tu suruh aku berdiri letak kaki di atas kertas putih, lalu buat garisan keliling kaki aku , bila siap jadi lah kasut boot ala ala kasut askar hehe.. tatapi tetap bergaya sakan kasut idaman tu tinggallah jadi idaman sampai ke sekarang, bila dah mampu nak beli kasut tu dah tak minat le pulak.. jenaka clarks , tinggi paras buku lali tu, dan aku ni beli kasut bila kasut yg aku pakai dah tak boleh berkhidmat lagi. macam yg sekarang ni aku beli masa along nak masuk metrikulasi dulu, dia nak kasut utk pakai masa orentasi je, lepas tu dah tak nak, so aku pun belikan kasut saiz aku dan along loan utk seminggu. kebetulan kasut aku sebelum tu dah bocor hehe.. tapi ada sorang kat rumah aku tu pantang jumpa kedai kasut, ada je alasan dia nak beli, sampai rack kasut kat rumah tu penuh dengan kasut dia je.. tapi yg heran nya yg di pakai kasut satu tu je.. suka buat koleksi je.. kasut kasut..
|
zino at Friday, July 29, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, July 28, 2005
Cakap siang pandang2 cakap malam dengar2 cakap dengan wartawan.....Aku nak bincang sikit pasal tajuk tu.. bukan ada pro dan kontra dengan mana mana pihak , tapi akibat yg kita dapat atau implikasi yang mungkin berlaku akibat dari apa yg kita cakap. Aku tertarik dengan senario yang berlaku sejak dua tiga menjak ni. Apabila sesaorang bercakap sesuatu berkaitan satu perkara telah menimbulkan rangkaian cakap2 serta ulasan dan komen dari pelbagai pihak sehingga mencetuskan banyak persoalan baru. Seperti perumpamaan di atas, org tua2 dolu2 telah berpesan, bila cakap siang pandang2 dan cakap malam dengar dengar.. perlu di jadikan panduan apabila kita ingin memperkatakan sesuatu isu yg besar dan mempunyai kepentingan ramai. apatah lagi bila bercakap dengan wartawan. kita perlu ada maklumat tepat , terkini dan telus sebelum membincangkan nya secara umum, hujah kita tidak sepatutnya memperkecilkan ,memperlekehkan atau lebih2 lagi menjatuhkan maruah orang lain sama ada sengaja atau pun sebaliknya. Apabila sudah menjadi perbahasan umum, semakin sukar untuk memperbetulkan nya kembali, maka bersedialah untuk berterusan berhujah mempertahankan, menafikan atau cuba membetulkan fakta fakta yg di pertikaikan.. akhirnya siapa yg untung?
|
zino at Thursday, July 28, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, July 26, 2005
Alamak malu eee.... Tu le dulu lae den dah koba an.. tak usah masuk buek malu yo.. dege. sekarang raso an.. kek mano nak surok muko tu.. bukan org kampong yo yang dah tau , tau tak? abih sumo satu malaya tau.. lopeh tu bukan kau sorang yo malu, keluargo kau pun malu tau tak.. kalau kau keluar AF tigo tu tak malu mano pun buleh yo lah kalau nak nangis ko.. nak buek2 pengsan ko.. ni.. aduhhh tak dapek den nak nolong e doh.. poe lah cuti kek mano mano sebulan duo.. agak agak orang dah lupo kek kau sok baru lah balik.. yg pertamo lak tu.. nampak bona tak laku ee.. cinto yg tak bebaleh lah katoan.. maleh lah den nak cakap.. pandai pandai lah kau..
|
zino at Tuesday, July 26, 2005 ::
(0) <-->
Malaysian Top Host Ini satu lagi rancangan realiti TV yg di buat oleh pihak TV utk mencungkil bakat pengacara TV berkerisma dan bersetail. pada aku rancangan ni lebih menjurus kepada proses pihak media elektronik untuk menemuduga peserta yg paling berpotensi utk menjawat jawatan di tempat mereka. sama macam program apperantis tu.. Tapi aku tak berhajat nak mengulas panjang program ni, bukan aku mengikuti sangat perkembangan rancangan ni, baru malam tadi aku tengok, itu pun kebetulan sambil dinner.. hehe. tetiba aku terkejut, "ehh, itu kan kawan sekolah yang abang jumpa hari tu!" tetiba terkeluar ayat tu bila aku lihat kawan aku tu di wawancara, "sape tu?" mem bertanya lagi, "dia lah yang abang jumpa baru baru ni, kawan sekolah rendah yg dah lama tak jumpa tu " lantas aku bangun mencapai talipon. dan terus menulis sms " mak ai, anak kau ke tu tekejut den, nampak berbakat besar, tahniah semuga dia berjaya" aku tau dia takkan jawab sms aku, anak dia sedang membuat persembahan. Bila keputusan di umumkan , memang sah anak dia yg menjadi top host yg pertama, tahniah sekali lagi, pagi tadi aku tengok ada sms di talipon aku, "terima kasih, doa tuan2 di makbulkan."
|
zino at Tuesday, July 26, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, July 24, 2005
Mega sale datang lagi..Perhimpunan agong telah pun berakhir, makna nya isu isu panas tu pun sama berakhir. kisah AP juga akan senyap bagitu saja. cakap cakap kedai kopi pun tidak akan panas lagi, kecuali kopi panas.. business back to normal.. tapi yang panas sekarang ni mega sale datang lagi.. ada yg buat alasan nak soping utk persiapan hari raya!!, iye ke? hehe , ada yang akan meronda-ronda, konon nya ada barang keperluan mendesak perlu di beli sekarang, betul ke tu? hehe dan yang paling ramai (agaknya) soping sekarang sebab harga sale!! mesti beli beb murah!!, kalau tak kau akan menyesal..mm boleh caye ke tu? hehe tapi walau apa pun alasan anda pergi lah, beli lah, borong lah, tepuk dompet, tanya RM cukup ke? hehe..kalau cukup jalan, tak cukup sain pun boleh kot hehe selama menyoping kembali.. aku pun teringin gak nak IKIA hehe..
|
zino at Sunday, July 24, 2005 ::
(0) <-->
Friday, July 22, 2005
satu kisah benar..Petang semalam aku ke klinik , anak dara tu demam. Masa aku masuk Dr tanya aku apa cerita yg di baca tu? bila dia tengok aku pegang paper. aku pun cakap le kecoh pasal AP . Dr tu kata, " patut le dia org ni boleh kaya raya, u nak tau masa i nak beli kereta "mata belalang" dulu, sale man tu tunjuk kat aku berapa aku kena bayar utk AP, RM 50,000.00!! . actually ada dua sale man datang jumpa aku sorang lagi minta aku bayar RM 48,000.00 utk AP, tapi keter yg nak dijual tu tak berapa le compare dengan keter yg satu lagi tu. Cuba u bayangkan berapa dia dapat RM dengan AP ni. salah sorang yg dapat banyak AP tu berjiran dengan aku di ** , patut le dia pi keja naik helikopter! , tak pe lah kalau dia nak kaya pun, tapi jangan le cari untung melampau, aku kena bayar RM50,000.00 , itu satu kereta, berapa banyak kereta yg di jual.." fuhhh, terkejut aku dengar.. patut le kecoh , macam tu rupa nya kisah yg sebenar berlaku.. boleh kira le bagaimana kaya nya org yg ada AP ni.. mmm macam mana nak dapat ye? hehe
|
zino at Friday, July 22, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, July 21, 2005
Pertemuan singkat dengan puteri Johor.. Semalam aku ke Mall, berjumpa dengan dua org puteri JB, sorang memang aku dah kenal lama dan sorang lagi bodyguard dia.. hehe ada beberapa kawan lagi di jemput utk pertemuan tu tapi tak kesampaian.. utk tidak menghampakan org jauh aku menjadi wakil yg tak di lantik hehe. Dari opis aku pun dekat je satu stesyen monorail dah sampai. perjumpaan berlangsung di laksa shark.. sambil borak sambil makan hanya nak sampai kan pesanan kawan lama kita tu kepada yg mengenali dia , dia berkirim salam utk semua.. satu hari nanti dia nak datang lagi utk berjumpa yang lain.
|
zino at Thursday, July 21, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, July 20, 2005
Mencari Cinta Oops jangan terperanjat dengan tajuk ni, bukan seperti yg mungkin di maksudkan.. hehe aku nak ajak bincang pasal satu program realiti TV yg di siarkan setiap selasa jam 9.00 malam , malam tadi siaran kedua. modus operandi nya, sepuloh (sorang dah tarik diri so tinggal sembilan) jejaka bujang, berkarier, tampan di kumpulkan dalam satu "pertandingan" utk memikat hati seorang gadis "bertuah" utk di jadikan pasangan hidup. Minggu lalu hanya kisah pemilihan jejaka bertuah ni, minggu ni pulak di ceritakan kisah pemilihan si gadis dan "date" yg di aturkan utk mereka. minggu depan pertemuan dengan keluarga si gadis.!! persoalan nya, boleh ke cinta di paksa kan macam tu? sesuwai ke mancari pasangan hidup dengan cara ni? tak terasa segan silu ke memperagakan anak gadis sedemikian rupa? tak ada cara lain ke si jejaka memikat gadis? ada kah di akhir rancangan si gadis terpaksa memilih salah satu dari jejaka tersebut? walaupun tak ada feeling.. atau mungkin ke ke nanti berlaku perebutan di antara jejaka bila masing masing terasa dah terpikat? atau penuntun hantas sms je lah utk memudah gadis buat pilihan.. hehe What say you? hehe..
|
zino at Wednesday, July 20, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, July 19, 2005
sedi-D mewah.. ini lah bentuk semi-D tu.. simple je..  yang ni bilik tidur utama.. takpayah pasang lampu pun terang benderang.. Pagi tadi aku membuat lawatan ke satu projek banglo mewah, projek ni dah pun di siapkan, nampak design nya simple je. di rekabentuk oleh seorang arkitek yg memang mempunyai citarasa tersendiri. lawatan tadi merupakan lawatan terakhir sebelum perakuan di buat untuk memberi kebenaran menduduki bangunan tersebut. Walaupun harga nya mahal tapi dah 4 unit di jual, ada lagi beberapa unit yg sedang menjadi rebutan. ada sape sape berhajat? hehe
|
zino at Tuesday, July 19, 2005 ::
(0) <-->
Monday, July 18, 2005
IPTS tiada pelajar? Tajuk berita paper pagi ni, IPTS kekurangan pelajar. kurang 10 org mendaftar sebagai pelajar di IPTS, terutama IPTS bumiputra. bila kerajaan mengumumkan tidak lagi akan membiayai pelajar ke IPTS makan ramai pelajar yg takut utk mendaftar kerana kuatir tiada penajaan. macam mana benda2 ni boleh berlaku?. siapa nak di salahkan? pelajar? IPTS ? PTPTN? atau pelajar terdahulu? bila di fikirkan bagaimana nanti anak nak kita? Pada pihak kerajaan aku harap dia akan memikirkan benda ni balik, anggap le pembiayaan pelajar ni sebagai satu pelaburan, atau dana memperlengkapkan infra struktur. Kalau kerajaan boleh mengeluarkan RM berbilion utk infra struktur dan lain lain kenapa tidak di peruntukan sekian RM sebagai dana pelajar. dalam jangka panjang pelajar yg berjaya merupakan set kepada kerajaan. PTPTN juga perlu memain peranan,daya yg di terima perlu di urus dengan bijak, selain membiayai pelajar, dana mungkin boleh di guna utk pelaburan supaya dapat meningkatkan dan menambah sumber, belajar le dari bank. bagitu juga kes kes pembayaran balik. lipatkanlah segala usaha utk mendpat balik pinjaman tersebut. mudah je bekerjasana dengan EPF. semua maklumat pekerja di malaysia ni ada di sana. Kepada Ibubapa berdesia lah utk menghadapi sebarang kemungkinan , kalau kita mampu membiayai sepenuhnya masaalah tak timbul, tapi kalau sebaliknya apa perancangan anda? utk baby zino telah memulakan langkah pertama.
|
zino at Monday, July 18, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, July 17, 2005
Aktiviti mengemas.. Hari minggu ada lah hari mengemas.. aku sorting balik, mana mana buku lama yg tak perlu di simpan di keluarkan dan di ganti dengan buku buku baru yg mempunyai lebih nilai . Dulu aku simpan semua buku budak2 ni, dari along sampai ke Fizah.. tapi kabinet buku tu dah makin sendat, dah tak tau mana nak simpan. so akhirnya aku terpaksa membuat penilaian semula. buku2 sekolah rendah semua perlu di lupuskan kecuali beberapa buku yg aku rasa baby boleh guna nanti.. dari jam 9.00 pagi aku mengerjakan nya sampai ke jam 4.00 petang.. tapi aku rasa sikit sangat yg aku buat. buku buku ilmiah along dengan angah mengambil tempat buku fizah dan alang. nota nota kuliah along dengan angah masuk satu kotak besar. ada banyak lagi yg perlu aku beri perhatian. nampak nya kena sambung lagi di lain kesempatan.. kaki aku dah lengoh berjalan ke atas ke bawah, baju basah dek peluh tapi kerja aku rasa belum lagi selesai. angah dan alang aku tugas kan mengalihkan TV , tempat TV tu aku nak jadikan mini library, majallah dan buku buku cerita bakal ditempat kan disana. sofa yg koyak rabak depan TV dulu tu bakal di lupuskan juga malam ni. hehe (buat malu je org tengok) esok lusa aku nak pi beli kabinet buku utk melengkapkan sudut bacaan kat bawah tu.. oops nak kena pasang lampu juga.. sekian lapuran utk hari minggu.
|
zino at Sunday, July 17, 2005 ::
(0) <-->
Friday, July 15, 2005
kan susah bila tak ikut peraturan Ada sorang mamat ni, dia dah buat satu kerja tanpa menunggu kelulusan. so dia datang le nak jumpa aku. dan aku pun dah bagi jawapan sebenarnya yg dia terpaksa tanggung bila melakukan kesalahan. dia kata dia dah biasa dengan peraturan tu. dan dia sendiri tau akibat dari kesalahan yg dia dah buat. abis tu nak jumpa aku buat apa lagi. dua hari lepas dia datang, explain itu ini, aku pun dah cerita panjang lebar kat dia.. dan aku pun dah pergi tengok kerja dia pun . sah dah nak siap pun. tapi dia sendiri mau ingat le. kalau kerja di buat tanpa menunggu kelulusan dia akan di denda. org lain pun kalau lakukan kesalahan yg sama akan tetap di denda. tak di kecualikan. tapi kalau dia bina lain dari yg di pohon lagi lah teruk, kena roboh terus. at least dia ni tak sabar nak buat je, so bayar le denda tu abis cerita. hari ni dia nak jumpa aku lagi, tapi aku minta dia jumpa staff aku, bukan aku tak nak jumpa dia tapi jawapan aku dah bagi sebelum ni. kalau dia nak kelulusan cepat ok aku boleh usahakan tapi kalau dia nak minta tak payah denda. oops sorry itu di luar bidang kuasa aku. pi lah minta dengan DB hehe.. so tak ada apa dah nak bincang..tapi kalau nak jumpa juga.. jumpa lah... aku akan bagi jawapan yg serupa jugak.. aduh letih melayan org macam ni..
|
zino at Friday, July 15, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, July 14, 2005
Kabar kabar angin.. Sejak kebelakangan ni banyak pulak kabar kabar angin tersebar di pejabat ni, ingatkan kabar angin ni dalam hal hal politik je hehe rupanya kat sini pun ada.. dah beberapa kali keluar kabar angin macam ni , ada juga yg akhirnya menjadi berita benar (sikit je) tapi kebanyakkan berita tu tinggal berita dan hilang bila berita angin baru muncul hehe.. betul tu.. bila berita tu mula reda bertiup pula satu berita angin lain hehe.. tapi aku jarang le dengar berita tu.. kalau terserempak geng di pejabat lama dulu baru le berita2 aku dengar sikit.. tapi tak minat nak tahu lebih lanjut.. selagi tak ada hitam puteh aku anggap masih berita angin.. biar pun bertiup macam taufan. pagi tadi ada lagi yg bertanya tu? kau ada dengar tak? sebelum sempat dia meneruskan aku tanya dulu, berita angin ke? tak minat le.. hehe .. tapi kenapa seronok sangat bercerita perkara yg tak tentu betul ni ye? heran betul.
|
zino at Thursday, July 14, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, July 13, 2005
 sebahagian keluarga Funser
|
zino at Wednesday, July 13, 2005 ::
(0) <-->
housemate yg bermasaalah Pagi tadi dalam radio ada bincang pasal masaalah housemate. macam macam masaalah rupanya bila duduk ramai ramai ni. teringat zino zaman duduk bujang dengan beberapa kawan dulu. masa tu kami menyewa di taman bunga raya ulu klang sana tu. masa tu TBR tu rasa jauh benar dengan KL. masa tu jalan ke sana kecik je.. kalau memalam alang kah sunyi dan gelap nya. Tapi kami tak ada le bermasaalah bila duduk kongsi bersama. sorang perak, satu selangor, dua johor, satu trengganu, satu kelantan dan aku wakil negeri.. hehe anything pun kami kongsi bersama tak de pulak gaduh gaduh.. ok je. malah ada yg rajin sungguh memasak, yg tak pandai tu tukang siang siang ikan ke, sayur ke basuh pinggan ke hehe yg terror masak pulak sibuk memasak. sekarang memasing dah bawak haluan sendiri, aku pun dah lama tak jumpa mereka , walaupun aku tau sorang dua bekerja di mana..aku le yg last sekali keluar dulu.. last last tinggal berdua bila kawan aku tu kawin aku kena sewa rumah sensorang .. mana boleh jadi hehe
|
zino at Wednesday, July 13, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, July 12, 2005
Kecuaian membawa padah..  Hari minggu lepas kita di kejutkan dengan kejadian panel jambatan yg sedang di bina runtuh. Ini merupakan kejadian pertama berlaku bila kaedah pembinaan teknologi tinggi di perkenalkan di Malaysia. Dimasa dulu pembinaan jambatan di lakukan dengan membina tiang dan rasuk pra-tegangan , tetapi teknologi pembinaan telah berubah. Kaedah pembinaan tersebut mula di perkenalkan semasa membina laluan LRT STAR dan PUTRA.. apabila teknologi berpindah kebanyakkan jambatan mula di bina dengan kaedah tersebut. pada dasarnya kaedah ini selamat dan amat berkesan di laksanakan. Kaedah pembinaan memerlukan pengawasan teliti dari para jurutera utk memastikan tiada kesilapan di mana mana berlaku. "telorence for error" amat kecil, setiap peringkat pembinaan perlu pengesahan dari jurutera bertugas. Tetapi teknologi tidak akan dapat melawan kehendak Ilahi, kecuaian yg sedikit boleh mengakibatkan bencana yang buruk dan memberi kesan yang mendalam.Orang awam mula tertanya tanya, keselamatan perlu di beri keutamaan. Kita tunggu kenapa dan bagaimana kemalangan ini berlaku?.
|
zino at Tuesday, July 12, 2005 ::
(0) <-->
Monday, July 11, 2005
Pesta Doreyan.. Acara yg di rancang berlangsung semalam, tapi malangnya tak ada gambar nak di siarkan.. memasing sibuk makan sehingga terlupa nak ambik gambar. hehe. kepada yg sempat datang bersama keluarga masing2, Bathiar , EP , tasha , acuk77, ucuk, salina, dan semut (peserta terakhir hehe) zino dan keluarga ucap berbanyak terima kasih kerana sudi datang dan kepada yg tak dapat hadir tu tak pe .. tak ada rezeki nak makan doreyan sama sama , maybe kita jumpa di acara lain satu hari nanti. Kesian semut datang tapi tak sempat nak makan doreyan.. yg bes tu baby semut dengan baby zino dah jadi kawan baik.. hehe siap gurau senda lagi. dan semut dah ada "alasan" nak jumpa dia lagi hehe.
|
zino at Monday, July 11, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, July 10, 2005
TT terbesar .. di MC Donald Kepong.. Terlebih dahulu aku perlu mengucap tahniah kepada penganjur TT Julai, kerana telah memilih tempat yg rupanya menjadi pilihan ramai.. hehe. Lawchoo dan Catherine telah memilih MC Donald Kepong sebagai distinasi Julai. selalunya TT sebelum ni banyak di adakan di restoren mamak, hanya sekali dua berubah angin seperti steak kg baru dan satay kajang. Bila cabaran di berikan kepada lawchoo.. sambutan di luar jangkaan. rasanya lebih 40 keluarga UNSER , AVANZA dan HILUX hadir TT semalam, juga di kenali TRIBETOYOTA , tak ketinggalan wakil dari TOYOTA sendiri. aku dengan mem seperti biasa peserta terakhir yg sampai, yg lain termasuk baby tak mau ikut, yg lain tu pasal AF dan baby pasal game yg sedang seronok dia main di kemputer tu. sejak menjak ni dia dah tak kisah aku nak kemana asal dia dapat main game tu berulang kali. Bila aku sampai deretan UNSER dan AVANZA nampak gah di susun sedemikian rupa.. sehingga aku nak menyelit dah tak ada tempat. di tingkat 1 restoren tu kedengaran ruih rendah dengan gelak ketawa keluarga TRIBETOYOTA beramah mesra dengan kenalan lama dan baru. Bila aku sampai memasing sibuk bertanya kenapa aku lambat dan mana baby tak kelihatan.. bagitu lah meriah nya setiap kali ada perjumpaan. seperti biasa Leong sibuk merakam peristiwa malam yg penuh warna warni..dan Roshidin menjadi MC tetap kami.. hehe, MC Donald memberi 10% diskaun setiap makanan yg di order.. hehe sekali lagi syabas kepada lawchoo dan catherine. Cabaran TT Ogos akan berlangsung di Bangi..agaknya kemana kami akan di bawa kita tungguuuuu
|
zino at Sunday, July 10, 2005 ::
(0) <-->
Friday, July 08, 2005
Bila keganasan akan berakhir ? Apa yang di takutkan masyarakat eropah selama ini akhirnya berlaku di tengah kota London, letupan terancang yang kuat telah mengakibatkan berpuloh2 orang terkorban dan beratus ratus lagi cedera. Sekali lagi masyarakat antarabangsa menuding jari dan memandang serong kepada masyarakat islam di seluruh dunia. Kejadian Sept 11 tidak menyedarkan mereka, kejadian di Madrid juga tidak membawa pengajaran dan sekarang berlaku di kota London. Adakah siri pengeboman ini akan berakhir di situ? Punca keganasan masih tidak di selesaikan. Masyarakat yang tertindas masih terus di tindas tanpa belas kasihan, tanpa pembelaan tanpa rasa simpati. Walau bagaimana pun ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka, tetapi mereka tiada kuasa utk menamatkan nya , tiada upaya untuk menghalang. Maka Plan B di gunakan. Maka berlaku lah siri pengebumnan yang mengorbankan banyak nyawa, dengan harapan memberi mesej tertentu. cuba memberi kesedaran dengan cara mereka. Bilakah dunia ini akan aman ?
|
zino at Friday, July 08, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, July 06, 2005
amboi sodap e doreyann.. hehe
|
zino at Wednesday, July 06, 2005 ::
(0) <-->
Sifat bermuka muka Kadang tu aku heran jugak dengan sikap manusia ni, satu masa dulu dia lah yg orang pertama yg di lihat bangun cuba mempertahankan bos dia dari meneruskan ucapan utk berundur diri, dia juga lah yg menangis (konon) , merayu supaya apa yg di cakap di tarik balik, jangan meneruskan ucapan , sedih (konon) dan berilah pertimbangan semula. Dan satu masa dulu juga bila dia di tuduh dengan pelbagai tuduhan, bos dia jugak lah yg membela, mempertahankan dan menafikan supaya dia tidak di heret, di dakwa.. Sekarang bos dia sudah bersara, dia masih di tempat lama , masih memegang kuasa , masih tak sedar diri. dua tiga hari ni kita di dendangkan dengan perbalahan terbuka beliau dengan bos lama nya. langsung tidak menunjuk rasa hormat atau berlapis bila bercakap, setiap ayat yg di sebut seboleh2 nak mengenakan bos lama nya. Seolah olah segala kesilapan lalu, bukan salah dia tapi salah bos dia, walaupun memang tanggung jawab dia. Benar lah bos bertanggongjawab secara keseluruhan nya tetapi dimana tanggongjawab dia ? . itulah akibatnya bila terlalu lama memegang kuasa! tak ada orang yang menegur, mulut semakin cepular bila bercakap. sebelum kuasa anda di lucutkan sedarlah..
|
zino at Wednesday, July 06, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, July 05, 2005
tak ada cerita hari ni..tak tau apa nak di cerita hari ni, agaknya pasal cuti semalam kot.. tu yg kira kebuntuan sikit dengan idea.. mak mertua ajak balik kg, tapi aku tak mau, penat ke a famosa tak habis lagi , semalam time aku nak relak le.. dua hari ni berturut2 kami makan "steam boat", pertama nya nak menerai peralatan steamboat yg baru di beli tu.. yg kedua nya nak menghabiskan bahan bahan lebihan yg masih berbaki.. hehe utk kali pertama segala resepi utk steamboat tu kami beli di seremban, on the way balik ke KL. seronok dapat berebut rebut masukkan udang, sotong, daging, sayur dalam bekas tu.. bekas dia tu tak le besar tapi sesuwai le utk se isi keluarga.. hehe.. ok lah tu ye cerita yg ada ..
|
zino at Tuesday, July 05, 2005 ::
(0) <-->
Monday, July 04, 2005
Hari keluarga di A' Famosa Hari Sabtu tu, pagi pagi lagi kami dah keluar rumah, program start jam 8.00 pagi bermula di HQ, tepat jam 8 Flag off "treasure hunt" ke a famosa melaka. Ini kali ke lima aku joint "treasure hunt", ada le pengalaman sikit. bagi along,angah, fizah dam mem ni pengalaman kedua. Perjalanan dari KL ke A famosa mengambil masa 6 jam , singgah di beberapa tempat utk menjawab soalan .. termasuk le lalu berhampiran kg aku hehe.. segala nya berjalan lancar sehingga lah sampai ke tampin bila hari mula hujan..dan badan dah terasa penat dan lapau.. soalan pun dah mula tak berapa paham.. akhirnya kami menghantar borang penyertaan jam 1.30 ptg. 1/2 jam awal. Lepas tu kami ke Alor Gajah utk lunch , dan balik ke tampin, mem nak sopping dulu hehe sempat lagi tu, check in jam 4.00 ptg.. bukan senang AJK nak handle lebih 200 staff dengan lebih 800 ahli keluarga , kecoh sekejap di tempat check in.. nasib aku baik bila aku sampai je kunci bilik dah ready .. naik je atas masing masing boommmm. Malam tu makan di cowboy town, ada le yg pakai ala la cowboy, kami pakai je baju yg di sediakan.. sambil makan ada cabutan no bertuah, semua org pun dapat hadiah, hehe dan ada persembahan. entah apa mimpi nama aku pun masuk utk buat persembahan. ok lah sporting dengan kawan, aku pun sertai dikir barat yg di persembahkan oleh non kelantanese hehe boleh bayangkan le macam mana bunyi nya..praktis lebih kurang 1/2 jam je hehe.. Keputusan preasure hunt juga pun di umumkan malam tu.. mula ingat dapat top ten pun ok lah.. tak sangka pulak dapat no.3 .. ok lah tu.. Esoknya sukanika di adakan.. biasa le.. macam macam kisah bila dah ramai2 tu.. acara berakhir jam 1.00 ptg, makan dan balik. masa makan tu aku dapat panggilan dari kg dan adik aku, mak tih aku masuk hospital seremban patah kaki terjatuh di rumah. Mak teh, kakak mak aku, dan aku pernah dududk dengan dia masa kecik dulu, kami pun bergegas ke hospital seremban, sepatutnya buat operation tapi di tangguhkan. kesian Mak tih, aku harap dia tabah dengan dugaan yg menimpa. lepas tu baru aku lencong balik ke kampong berjumpa ayah bonda. aduss mengantuk betul aku, sampai rumah mak aku tidur dulu sekelap dua.. lepas mandi baru balik ke KL. baby tanya, "nak pegi mana ni bah?" aku jawab, "nak balik rumah kita le" . baby bantah, "adik tak nak balik rumah, adik nak balik rumah hotel " hehe..
|
zino at Monday, July 04, 2005 ::
(0) <-->
Saturday, July 02, 2005
Hari keluarga di A famosa Esok kami akan ke A Famosa beramai2 hari keluarga JPKB
|
zino at Saturday, July 02, 2005 ::
(0) <-->
Friday, July 01, 2005
kabar kabar "sms" Semalam semasa dalam perjalanan balik aku terima satu sms lebih kurang macam ni, "petrol up 20 sen" terkejut juga aku, walaupun PM dah kata dalam TV kemungkinan kerajaan perlu mengambil tindakan dengan kenaikkan harga minyak ni, sekarang ni harga minyak dah cecah RM60.00 satu tong, tapi aku heran jugak kenapa minyak di kira tong lagi bukan litre? sape boleh jawab ni. bila di rumah sekali lagi aku dapat sms yg lebih kurang sama, kali ni dari jauh hehe.. masa tu aku dah bersiap nak ke pasar malam, tak sempat nak tunggu berita sampai habis utk pengesahan , balik dari pasar malam aku tanya fizah ada ke pengumuman pasal harga minyak, dia naikkan bahu je, fizah pulak bukan minat nak tengok berita, lebih baik dia buka dairi AF hehe.. Malam tu aku keluar lagi, kali ni nak pi beli doreyan kat simpang tu lalu le kat petrol stesyen , aku tengok berdoyon doyon kereta beratur nak isi minyak, dia org pun dapat berita sama ke? aku pun tumpang sekaki beratur dan isi penuh, agaknya kalau boleh hentak tangki tu bagi padat aku pun akan buat jugak.. memang forbia betul bila org kata minyak naik harga lagi. bila balik berita jam 12.00 malam, PM kata mana ada naik , itu semua kabar angin.. tapi aku terima kabar "sms" hehe..
|
zino at Friday, July 01, 2005 ::
(0) <-->
|
|