|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Wednesday, August 31, 2005
TT Bangi dan Konvoi Merdeka Malam 30 Ogos kami dah ada plan TT di Bangi, kali ni geleran Kamarul & Leiza menjadi hos. seperti biasa kami ni antara peserta akhir yg sampai. kira 10 minit sebelum sampai kamato call, "bang, kat mana? makanan dah sejuk ni!" , "on the way , sekejap lagi sampai" jawab ku ringkas. amboi, bagus nya hos malam ni , belum sampai lagi makanan dah tersedia.. mula aku jangka nak pergi berempat je , aku mem fizah dan baby. tak sangka pulak along nak ikut. so aku dah pre order utk berempat je.. Bila aku sampai ada yg sedang menjamu selera , ada yg dah siap makan pun.. malam tu aku dan mem try sirlion steak, dan utk fizah ciken cop, memang ramai pun org malam tu kalau tak pre order berjam2 jugak menunggu. konsert merdeka di screen TV tak sape layan, masing2 sibuk berbual, beramah mesra dengan geng baru dan lama. malam tu aku kenal siapa Pee Bee , kawan blogger yang kebetulan dan jadi member funser dan tribetoyota. ada yg terkejut bila aku panggil dia Pee Bee.. hehe aku nak baca apa dia nak cerita ..hehe. Selepas makan kami konvoi ke Putrajaya.. kamato yg menerajui konvoi , sampai di satu jambatan MB (menunggu di putrajaya) ambik alih membawa kami kesatu distinasi yg sesuai utk menantikan detik 12 malam dan melihat pertunjukan bunga api. kalau tak kerana mereka berdua ni, tak sampai aku ke putrajaya malam tu. saat yg di nanti pun tiba.. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 , tiba tiba........ nothing happen.. hehe alamak apa dah jadi.. mula lah masing masing mengusik MB.. kesian dia.. hehe "abah, mana bunga api tak ada pun?" tiba tiba baby menjerit bila dah lama duduk menanti tapi bunga api yg di war warkan tak ada juga.. hehe masing masing gelak.. MB di kenakan lagi.. akhirnya 5 minit selepas tengah malam baru lah muncul apa yg di nanti.. ini lah first time aku dan keluarga keluar melihat pertunjukan bunga api, selain sekali dulu di shah alam secara kebetulan. MB salleh yg paling lega.. hehe bila balik.. kami konvoi lagi sebelum masing masing mula menuju ke distinasi masing2.. dan kami juga pulang ke distinasi.. tapi something happen. aku dah le tak nampak apa yg di tulis di signboard tu.. tapi bukan nak salah kan sesiapa.. hehe kami tersasar jauh dari laluan.. (sosek lah tu..) tetiba kena bayar tol RM1.00 dan akhirnya masuk ke lebuhraya KESAS.. hehe kena lagi tol 1.50 tah mana lah kami pergi. sape nak jawab tu hehe akhirnya sampai jugak rumah jam 2.00 pagi..
|
zino at Wednesday, August 31, 2005 ::
(0) <-->
Monday, August 29, 2005
sebuah jeti usang.. cukup setia menanti.. nelayan pulang membawa hasil tangkapan.. entah berapa banyak yg bakal di naikkan. entah cukup entah tidak.. berbaloi kah keringat yg mengalir? peraih menanti dengan senyum menawar harga menabur janji.. nelayan bagitu juga.. penat lelah di laut.. apa kah hasilnya.. yang kaya raya.. tetap tidak perlu ke laut.. nasib nelayan tak pernah terbela. cuma jeti usang tetap setia..
|
zino at Monday, August 29, 2005 ::
(0) <-->
Cuti dah habis.. Seminggu cuti2 Malaysia, baru hari ni masuk office .. tiga hari berjalan tiga hari relak duduk rumah.. tapi tak berapa nak relak juga.. pagi2 keluar menghantar mem pi opis.. suruh dia naik LRT tak mau.. manja betul hehe.. sabtu sempat pi kenduri kahwin staff kat opis ni, sebelum balik kg. balik pun sekejap je.. malam dah balik KL semula.. bebudak semua tinggal. bising bertanya kat mana dah kelaparan. Malam tu keluar makan di Kg Baru. tempat biasa. Pagi ni tenet selow nya , sampai mengantuk menunggu .. tak tau apa hal.
|
zino at Monday, August 29, 2005 ::
(0) <-->
Saturday, August 27, 2005
 semasa di Pangkor, aku sempat berbual dengan pemandu "Taksi" yang menjadi pemandu pelancong kami semasa ronda ronda di sana, menurut beliau majoriti penduduk Pulau Pangkor adalah Nelayan, Satu perkampungan melayu dan satu perkampungan Cina. Rata rata aku tengok perkampungan ni terletak di persisiran pantai dan di bina terlalu rapat antara satu sama lain. hanya lorong lorong kecil yg memisahkan rumah2 mereka. Sebahagian kecil yg lain mengusahakan perniagaan hasil produk nelayan. Tapi kain baju yg di jual di bawa dari luar.Dan mereka mengharapkan kehadiran pelancong utk menghidupkan industri tersebut.Di jeti di atas tempat nelayan menjemur ikan dan sotong yg di proses.  rumah ini menarik perhatian aku, terletak di lumut.Warna rumah itu yg membuat sesiapa yg lalu pasti menjeling . rumah siapa lah agaknya ya..
|
zino at Saturday, August 27, 2005 ::
(0) <-->
Friday, August 26, 2005
lagi gambar JJCM..  Di Menara Condong Teluk Intan..  Jeti Pulau Pangkor..Baru saja mendarat hehe..  Sarapan di Sherwood Marina Cove..
|
zino at Friday, August 26, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, August 25, 2005
Bila JJCM baby yg paling meriah..  ensem nya baby ni hehe..  nelayan masa depan hehe  baby dengan air tak dapat di pisahkan.. hehe  pawer rangers kat pekan lumut..
|
zino at Thursday, August 25, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, August 24, 2005
JJCM ..Idea JJCM tu datang spontan, tetiba je mem cadang nak ber JJCM, aku dah tak sempat nak tempah rumah rehat kat opis, sure dah full house.. so aku pun buka tenet dan cari le tempat yg bersesuwaian..(sesuai dengan bajet le hehe) Nak ke PD dah selalu sangat, so aku cadang ke Lumut dan Pangkor saje.. Last aku kesana 10 tahun dulu kot. Mem tak pernah kesana lagi. so aku pun cari le tempat kot kot ada.. maklum le last minit punya plan, akhirnya dapat di Sherwood Marina Cove Resort, Pagi nak pegi tu aku call resort, macam mana paling cepat nak sampai sana, dia org syor aku ikut hiway, exit kat Bidor, lalu Teluk Intan dan ahirnya ke Lumut. Sampai Teluk Intan 12.00 , kami decide relak kat TI sambil begambar di menara condong. Berpusing2 aku mencari tempat parking, mula tu dah dapat pot depan menara tu tapi ada sorang mamat nasihatkan aku park di tempat yg sesuai kalau tak nanti kena saman!! nasib baik, memang banyak kereta pun kena saman kat situ.. lepas lunch baru teruskan perjalanan ke Teluk batik, kat situ le SMCR tu. check in jam 2.30 .. naik atas terus boom hehe.. Petang tu keluar , nak cari Lumut pun tak tau mana nak arahkan hehe, tetiba je aku sampai depan pak guard gate masuk ke TLDM hehe selamber land je aku buat U turn.. dan akhirnya jumpa jugak.. mula ingat nak bersiar2 je sambil ambik gambar, tapi mem dah start soping.. entah apa yg di beli .. bila dia soping aku layan baby posing bergambar.. klik sana klik sini.. maklum le pelancong. jauh berubah masa aku datang dulu. lepas tu memasing borong t-shirt , aku tukang bayar je.. malam tu keluar lagi nak cari tempat makan, ada beberapa gerai di sekitar kawasan tu tapi aku tengok lengang je.. tak ada pelanggan pun, takut pulak nak masuk.. akhirnya kami landing di satu gerai yg penuh sesak dengan org. satu jam menunggu.. ok lah.. boleh tahan.. Hari selasa, kami ke Pulau Pangkor book satu van ronda satu pulau, aku tengok banyak tempat macam dah terbiar, atau tak ada orang.. teluk dalam sunyi sepi, teluk nipah pun terbiar, hanya pasir bogak masih meriah.. soping lagi.. aku kena bayar lagi.. yg kelakar bila perondaan tu sampai ke tempat proses ikan, turun je van baby terus uweekkkk.. hehe bau ikan kering.. bila memasing dah kepenatan kami pun balik ke Lumut.. sempat lagi soping sebelum balik ke SMCR.. Rabu balik ke KL, aku dah janji nak singgah kedai kakak di Sabak Bernam.. jam 12.30 sampai Sabak.. Kakak aku berniaga kedai jahit di pekan tu, kecik je kedai dia.. tapi tempahan baju raya katanya dah bermula.. dah memang tangan.. baru aku perasan rupanya jalan dari Sabak ke Klang dah di besarkan .. tambah lagi hari ni kurang kereta.. berdesup je aku kat jalan yg dah di naik taraf tu.. tapi ada lah satu dua tempat masih di baik puleh.. dah rosak balik le agaknya tu.. mana gambar?.. tu kena tunggu dulu..loteh lagi ni.. hehe
|
zino at Wednesday, August 24, 2005 ::
(0) <-->
Jawab soalan cepumas dulu.. semut: lom balik jjcm lagik ker? gi maner la agaknyer tuh ekk..cam jauh jer bunyiknyer tuh :D zino: dah balik pun, tak jauh dokek yo..hehe Pee Bee: Selamat berJJCM. Moga selamat dlm perjalanan pergi dan kembali...have fun. zino: terima kasih. perjalanan lancar cuaca pun baik.. Ly: blk krg jgn lupa beli ole2 taw! lallalal :D zino: ole2 ? ada hehe Ly: pergh.. g JJCM rope2nyer erks? kekkeke zino: hai apa kabar, dah sihat ye? selamat kembali ber blog.. hehe Ly: salamz n hye zino :D zino: hai.. latip: ungku nor, saya tumpang gembira lihat kawan-kawan kita gembira. zuno: Latip, hidup mesti ceria.. hehe latip: zino, kenapa senyap je?. masih JJCM?. semoga gembira. berhati-hati di jalan raya. zino: ber JJCM dengan famili.. dan mengurangkan RM hehe. ungku nor: abg Zino,tanya la abg Latip tu,awat seronok sgt pagi2 senin ni..hehe. zino: ungku nor, mesti ada sebab tu hehe fatiah: kenapa jadi begitu. zino: jadi bagaimana tu? melor: selamat jjcm bersama keluarga tersayang.. zino: melor, terima kasih. zareda: selamat bercuti zino: zar, terima kasih juga.. latip: zino, selamat pagi isnin. apa cerita menarik hari ni?. zino : selamat petang rabu..
|
zino at Wednesday, August 24, 2005 ::
(0) <-->
Friday, August 19, 2005
JJCM sempena cuti sekolah.. Minggu depan ni kan cuti sekolah, aku dah set nak JJCM dengan famili.. perancangan pun last minit.. tiba tiba je dapat ilham nak berjalan.. bila cuti sekolah banyak le tempat yg fully book.. akhirnya aku tertarik satu apartment ni.. bila dah congak2 aku pun cuba book apartment 2 bilik.. cukup le rasanya utk satu famili. ada hall ada dapur dan sebagainya. cadangan tu memang le nak berjalan satu korum penuh... Tapi along kata nak save cuti utk raya.. maklum le dah kerja, agaknya panjang le langkah dia nanti agaknya tu. kurang le sorang. lepas tu cakap dengan angah nak pergi bercuti, ajak dia sama. Angah pulak kata, "angah baru keje 2 hari(sementara je) bole ke cuti?" ah ha ia tak iye pulak.. lagi pun dia ada satu lagi interview utk di hadiri. mmm nampak gaya nya budak cuti sekolah je lah yg boleh ikut. yg dah kerja tak ikut. satu lagi masaalah, mem pada mula nya nak bawa mak dia ikut sama. tapi aku memang tak setuju langsung. aku dah boleh bayangkan masaalah yg akan aku hadapi bila dia ikut sama. dah pernah bawa dia dulu.. serik aku di buat nya.. tak payah le cerita apa masaalah tu hehe.. aku sanggup batalkan JJCM kalau nak bawa jugak. akhirnya bersetuju hantar ke rumah kakak di Shah Alam. Akhir kata bila tuan rumah tak ada , rumah dia pun akan di tinggalkan sepi utk beberapa hari. Ada ke volentier nak kemas rumah ni? hehe . tapi rumah tetap di buka.. kalau sudi datang le berkunjung. self service.. bila balik nanti boleh terbitkan gambar2 JJCM.
|
zino at Friday, August 19, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, August 18, 2005
Belajar lain kerja lain Aku tertarik mendengar tajuk ni di bincangkan pagi ni di radio.Masa belajar lain tapi bila dah kerja buat benda lain. Contohnya belajar dulu buat engineering tapi bila bekerja sebagai tukang masak di hotel. Ada yg tak ada kaitan langsung dengan apa yg dia belajar. Ada yg kerja ikut kehendak pasaran , jawat saja jawatan yg di tawarkan tanpa memilih dan ramai juga yg memilih kerjaya yang mereka minat. Habis tu kenapa belajar benda yg tak minat? Ada yg kata apa yg di minta tak dapat, yg dapat nya tak berapa minat. Ada pula yg kata dia belajar pasal mak bapak yg suruh tapi tak minat nak kerja dalam bidang tersebut. Bila bekerja cari kerja yg dia minat. soalan nya. adakah kejayaan dalam alam pekerjaan bergantung terus dengan apa yg kita pelajari sebelum nya atau minat yg mendalam dalam satu2 bidang boleh menghasilkan satu kejayaan tanpa bergantung kepada latar belakang pembelajaran.?
|
zino at Thursday, August 18, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, August 17, 2005
aksi aksi si bujang kecik.. bersiap nak pergi Konvo.. masih ceria dengan lawak dia.. dah mula lah tu.. hehe mula tunjuk perasaan.. siap nak baring.. cakap nak balik baru happy ..
|
zino at Wednesday, August 17, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, August 16, 2005
Konvo di UM tanpa cerita.. baru sampai .. golap lagi.. sebaik along selesai konvo.. baby dah start le tu.. yg sebelah kiri ke kanan ahh? along dengan rakan seperjuangan..
|
zino at Tuesday, August 16, 2005 ::
(0) <-->
Monday, August 15, 2005
Konvo Di UM .. tanpa gambar hehe Memula along kata nak tidur PJ, dia kata sebab nak kluar awal..jam 7.15 dah kena daftar. bila aku tanya cam mana alon nak ke UM dari PJ, "entah, jawab nya pening along fikir." "kenapa tak tidur kat rumah esok pagi2 abah hantar le" aku beri cadangan.."boleh ke?" along tanya balik. apasal lah along fikir aku tak boleh nak hantar dia pepagi ke UM tu, bukan nya jauh sangat. excited sangat le tu sampai tak boleh nak fikir..hehe Esoknya jam 6.30 semua dah bersiap, along mengenakan kot abah dia sebelum memakai jubah, segak nya along. baby pun bangun pagi, fizah dan angah juga bersiap. tugas mereka menjaga baby nanti hehe.Bila sampai orang dah mula ramai, cari dulu kantin utk sarapan, baby mula nangis bila aku kata tak boleh ikut masuk, 8.30 kebanyakan ibu bapa dah memenuhi ruang dalam dewan. acara berbula jam 9.00. ada 823 graduan akan menerima ijazah bersama along. ini merupakan sesi yg kelapan. jam 11.00 baru le aku dapat tengok along dengan bergaya melangkah naik ke pentas untuk menerima ijazah nya. ijazah sarjana muda farmasi. dua tiga kali along mundar mandir kat rumah praktis gaya berjalan hehe.. sebelum selesai aku dah keluar dulu,fizah dah tak tahan mengikut kehendak baby hehe.. diluar sanak saudara yg menghantar cukup ramai, memenuhi segenap ruang. mem masih di dalam nak lihat upacara sehingga selesai. sementara menunggu along keluar aku berjalan2 di gerai jualan , baby dah mula kepanasan dan meragam. akhirnya fizah masuk mengajak mak dia keluar. bila along keluar kami sempat bergambar sekeping dua sebelum kawan kawan along mengajak mereka bergambar sesama mereka. kami hanya memerhati dari jauh. along cukup gembira. bagitu juga kawan2 dia. ada 54 orang graduan farmasi. semua tempat stategi di penuhi graduan dan ibu bapa, sehingga kami tak berkesempatan nak mengambil gambar di sudut2 tertentu. sementara along bergambar aku ke gerai semula , membeli belah sebelum terus ke kereta. Masing masing dah kepanasan.. along janji akan datang apabila selesai dengan kawan2 dia.. hari ni hari along biar le.. gambar nya ? tunggu esok.. along masih belum habis sesi bergambar , hari ni nak ke UM lagi mengambil gambar sebelum jubah di pulangkan.. hehe
|
zino at Monday, August 15, 2005 ::
(0) <-->
Friday, August 12, 2005
Konvo 21 Tahun dulu...  21 tahun dulu, along dan angah datang masa aku konvo.. masa tu along baru dua tahun dan angah satu tahun. Tapi mereka tak dapat masuk, jemputan hanya utk dua org je. ayah dan mak zino di beri ke utamaan. Dan esok aku pulak akan hadir hari konvo along.
|
zino at Friday, August 12, 2005 ::
(0) <-->
Koleksi pantun.. zino: ; itik melor berlari lari, leteh berlari badan pun lemah, cik abang cari tongkat ali, cik adik dengan kacip patimah haha.. zino: latip; singgah sebentar di simpang renggam, pakai baju berkain labuh, bila isteri tetiba meragam, pi tengok astro sampai ke subuh hehe.. latip: zareda, tak sabar rasanya menikmati juadah, perut lapar tambah geram, tongkat ali sudah madu lebah sudah, tetiba isteri pulak meragam..hoho. latip: kalau melor memasak pengat, jangan lupa gula melaka, bila tiba malam jumaat, isteri mengadu sakit kepala haha kasihan... latip: zino, campur halwa dalam pengat, buat juadah berbuka puasa, ambillah berkat malam jumaat, mengerat kasih dapat pahala hehe melor: pantun tuk paklatip kita : anak itik memerah keringat, keringat habis bertimba2, mlm ni mlm jumaat, tongkat ali jangan dilupa melor: anak itik terbang tinggi, terbang tinggi lupa kembali, apa agaknya hadiah dihajati, begitu teliti membelek mencari.. zino: zar; anak itik di sangka angsa, jalan menonong mendabek dada ,berlari2 mengejar rerama bertolak ansur bertimbang rasa segera memaaf kesilapan yg ada, kekal abadi bertahan lama. zareda: pak latip, Buah kedondong dalam peti, dikunci dengan besi mersani, bukan main ceria dihati, agenda pak latip hari ni zareda: Buah bukan sebarang buah, Buah larangan di dalam taman, hadiah bukan sebarang hadiah, kasih sayang sepanjang zaman zino: ada salji di gunung fuji, leka terbang burung merpati, ada hadiah yg sudah di janji, cuma tak jumpa idaman di hati.. cari sampai pekenan hehe zino: latip; cabut ubi buat pongat, duduk tersandar di atas poti, tiba kamis latip bersemangat, ada agenda sedang menanti hehe.. latiptalib: buah papaya buah kepayang, sedap lagi buah cery, sebagai tanda kasih sayang, apa hadiah hapy anivesary? latiptalib: zino, hang tuah mencabar hang jebat, berpencak silat di tepi kali, malam ini malam jumaat, dah minum tongkat ali? hehe
|
zino at Friday, August 12, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, August 11, 2005
jerebu oh jerebu... kata pakar,Ismail Farihin: IPU adalah satu kaedah kita menentukan keadaan persekitaran udara sama ada bersih, sihat atau pun tercemar. Di Malaysia IPU adalah kepekatan dalam tenmpuh 24 jam bagi lima parameter pencemar udara iaitu PM10, Ozone, SOx, NOx, dan CO dan di rujuk sebagai bacaan tertinggi salah satu 5 pencemar tersebut. kebiasaan apabila jerebu berlaku perkiraan IPU di sandarkan hanya kepada kepekatan PM10, iaitu kepekatan pepejal terampai di udara yg di sumbangkan oleh kebakaran hutan. kata Prof.Madya Dr. Mohamad Kheireddine Aroua: fenomina jerebu yang menyelubungi negara mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium yang mampu menghakis permukaan paru paru sekali gus melumpuhkan sistem respirotari manusia. kata awang selamat: kerajaan patut minta Indonesia membayar pampasan bagi masaalah yang mereka timbulkan setiap tahun. kedatangan jerebu sudah jadi macam kedatangan bulan ramadhan. satu yg pasti. kata kerajaan Indonesia: presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sememangnya menyedari kejadian itu dan telah mengarahkan semua jabatan yg terbabit mengambil tindakan sewajarnya . Kerajaan Indonesia memohon maaf dan melahirkan rasa simpati berhubung jerebu yg teruk melanda. kata anda ???
|
zino at Thursday, August 11, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, August 10, 2005
kampong ku nan jauh di mata..... Inilah rumah kampong aku. rumah ini mempunyai sejarah tersendiri. di bina lebih seratus tahun dulu , ada dua bahagian rumah ini yg di bina secara berasingan, bahagian sebelah kanan di bina dahulu sebelum di sambung dengan bahagian kiri. kalau istilah sekarang semi-D. mengikut cerita mak, rumah ini di bina oleh se orang tukang kayu yg mahir dari sebatang pokok besar.. rumah ini milik moyang aku, Datuk shah Bandar. mengikut sejarahnya beliau adalah datuk shah bandar selepas era datuk shah bandar yang berperang dengan datuk kelana dan datuk naning. aku belum mengkaji sejarah tersebut secara mendalam utk mengetahuinya. di zaman moyang aku dulu, enggeris telah pun mula bertapak di Malaya. cerita ini adalah cerita yg aku dengar dari org tua di kg. Dirumah inilah ibu dan ayah tinggal sekarang, di sini jugak lah aku di lahir dan dibesarkan sekeluarga. di sini jugalah tempat yg aku tuju setiap bulan setiap kali balik kampong. di rumah ini juga tempat kami berkumpul setiap musim perayaan. di depan rumah ini ada lagi sebuah rumah bersejarah, iaitu rumah undang luak Rembau, sekarang ini terbiar kerana cucu cicit nya tiada yg mahu tinggal dirumah tersebut.
|
zino at Wednesday, August 10, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, August 09, 2005
Gaji pertama.. Apa yg anda buat dengan gaji pertama? aku mula bekerja dulu di zaman Jepun hehe.. tahun 70'an.. masa tu gaji aku cuma RM 560.00 . tapi rasanya dah cukup utk aku berbelanja. cukup utk sewa rumah, perbelanjaan harian , bagi mak kat kampong..dan lain lain keperluan. tapi masih belum mampu nak beli kereta . tiga tahun aku mengumpul utk membuat down payment sebelum dapat membeli kereta. Kereta Honda Civic baru 1200cc hanya RM 13,000.00 je. Kalau sekarang dengan RM sebanyak tu sekejap je dah habis. Nak bayar bil bulanan pun tak cukup. Habis banyak dapat bayar 3 bil je .. hehe . Bulan ni along dapat gaji pertama nya. amboi bukan main lagi along berbelanja.. hehe apa saja yg menjadi idaman dia dulu di belinya.. tambah loaded bila kawan dia bayar balik RM yg dia pinjam dari along . along beli digital kamera..(sampai sekarang abah dia tak dapat beli lagi hehe) , along beli MP3, along tukar modem tenet kat rumah tu supaya boleh buat networking 3 Pc sekali. rumah aku tu dah jadi macam Office.. hehe , yang paling aku terkejut along beli sliper idaman dia RM 200.00 ++ .. !!! Malam tadi along belanja makan, pertama pasal gaji pertama, kedua pasal nak selebrate wedding annivaseri mak dan abah dia . terima kasih along..
|
zino at Tuesday, August 09, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, August 07, 2005
Happy anniversary yg ke..... gambar baby masa baby hehe gambar alang dan fizah masa muda remaja gambar along dan angah masa muda remaja.. esok 8.8.2005 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke 24.. satu tempuh masa yang agak lama..dalam tempuh tersebut pelbagai dugaan datang melanda yang akhirnya berjaya kami atasi bersama. bak kata pepatah, sedangkan lidah lagikan tergigit aduhhh hehe ini kan pulak suami isteri.. semuga keharmonian ini berterusan sehingga ke akhir hayat.
|
zino at Sunday, August 07, 2005 ::
(0) <-->
Saturday, August 06, 2005
Dedikasi Khas: Along part 1 semasa baby masa ni di AU5D Ulu Klang zaman kanak kanak masa ni kat ulu Klang lagi along hari ini.. tapi gambar ni 6 tahun dulu semasa register di SMSM Along lahir 4.5.82, masa tu berlaku banjir di KL, terutama kat setapak dan kawasan sekitarnya, aku tak boleh nak bawa baby dan mem balik ke AU5D , lalu menumpang semalaman di rumah saudara di setapak jugak. Kegumbiraan tak dapat di bayangkan.. maklumlah anak pertama. semasa kecil along di jaga sebagai menatang minyak yg penuh, dengan penuh harapan bila dewasa nanti dia menjadi anak yg berguna, berbakti kepada pencipta, keluarga dan bangsa nya. Di sekolah rendah along ada lah seorang pelajar yg sederhana, tapi gigih utk belajar dan beruasaha utk memahami sesuatu pelajaran. Dia tak akan tidur selagi tak dapat menghafal dictation yg di beri guru. agak slow dengan matematik dan English. selalu menangis bila aku tegur semasa mengajar. maklumlah cikgu garang hehe.masa UPSR hanya 2A2B. Perubahan mendadak berlaku bila along ke sekolah menengah, dia menjadi rujukan kepada rakan2 terutama matematik, jarang bertanya aku tentang pelajaran, memula aku heran dan risau jugak. kejutan pertama bila aku ke sekolah mengambil kad kemajuan. Cikgu kata tahniah , along dapat no.1 .along sengeh je kat aku. sejak itu along tak menoleh kebelakang , terus cemerlang setiap tahun dan mendapat 8A masa PMR. Along di tawarkan sekolah berasrama penuh di muar, memula along berbelah bagi tapi akhirnya membuat keputusan utk kesana. sekali lagi along tak mengecewakan kami, sekali lagi along membuktikan kejayaan atas daya usaha dia sendiri. mendapat aggregate 7 dlm SPM, kemudian along mendapat tawaran utk ambil matrikulasi di shah alam dan akhirnya ke menara gading tahun berikutnya.. bersambung.............
|
zino at Saturday, August 06, 2005 ::
(0) <-->
Friday, August 05, 2005
Maklum Balas yg aku terima Atas cadangan geng blog, aku forwardkan email ke suratkabar minta dia siarkan sajak jenaka yg aku karang, maklum balas pertama aku terima seperti di bawah ni. Dan maklumat yg di perlukan pun aku dah bagi kat dia, nak di siar atau tak terpulang kepada budi bicara mereka.. aku acah je.. hehe Subject: Re: bilo minyak naik hargo Semua komen, pendapat, rencana atau karya untuk tujuan penyiaran perlu disertakan dengan butir-butir nama penuh, nombor MyKAD (kad pengenalan), alamat kediaman dan nombor telefon bagi tujuan pengesahan. Nama samaran boleh digunakan. Penyiaran komen, pendapat, rencana atau karya adalah atas budi bicara mutlak Pengarang. Terima kasih atas sokongan anda. ________________________________ Pengarang Perkhidmatan Utusan Online Utusan Online Service Editor Utusan Melayu (Malaysia) Berhad 46M Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur Malaysia Tel: 603-92217055 Fax: 603-92227876 Websites: http://www.utusan.com.my http://www.tutor.com.my
|
zino at Friday, August 05, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, August 04, 2005
Bilo minyak naik hargo
bilo minyak naik hargo.. barang lain pun ikut samo ado yg naik seroto meroto ado yg naik esok luso bilo dah naik poning kepalo belanjo betambah tak dapek nak kiro
mulo tepike nak tuka kojo nak gaji lobeh nak copek kayo duit lobih mano nak gabo jimat cermat perlu di usoho yg mano patut belakang kiro cukup bulan abih semuo..
surat kaba poe pinjam yo bilo nak talipon pakai gomen punyo sms pulak jawab sekali jo ekon tutup paneh sikit tak po. lampu bukak yg mano nak guno poe kojo tak yah guno keto naik LRT atau bas indrakoto nak jimat lae hari2 poso..
agak agak ee buleh jimat berapo? hehe
|
zino at Thursday, August 04, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, August 02, 2005
kita dengar dulu apa kata penaja.. Lunch tadi zino makan dengan geng UNSER di the CURVE Damansara, ada kawan promosi minuman ni , dah ada di pasaran.. salah satu produk yg di usahakan oleh syarikat dia bekerja..lihat lah gaya "model" tu hehe..jangan lupa balik nanti cari ye hehe..
|
zino at Tuesday, August 02, 2005 ::
(0) <-->
Susahnya nak dapat kerja.. Dalam dunia penuh cabaran sekarang ni semua perkara kita perlu bersaing.. kalau zaman aku dulu, abis je blajar aku dah di arah report duty oleh majikan, walau pun result belum di ketahuia lagi. masa nak apply biasiswa macam tu jugak.. berlambak biasiswa ada utk di pilih, tapi zaman tu dah berlalu. Biasiswa susah nak cakap, pinjaman pun dah tak ada jaminan sekarang ni, PTPTN sepanjang masa muflis, tak ada dana nak menampong perbelanjaan pelajaran yg semakin meningkat tahun demi tahun, maka ramai le yg tidak berupaya melanjutkan pelajaran walaupun mempunyai kelayakan. Yang dah dapat pinjaman, biasiswa dan sebagainya masih belum terlepas dari masaalah, bila dah graduate mereka tidak di janjikan pekerjaan secara otomatik, sekali lagi mereka perlu bersaing, kecuali beberapa kursus yg kritikal, graduate lain walaupun pun lulus cemerlang, perlu menjaja ijazah atau diploma masing masing utk mendapat pekerjaan. itu yg sedang di lakukan oleh ANGAH sekarang ni, pemegang biasiswa JPA, telah pun menghadiri beberapa temuduga tetapi nasib masih belum menyebelahi dia utk mendapat pekerjaan yg di cari. sementara waktu dia melakukan kerja kerja freelance dengan rakan rakan utk menampong perbelanjaan diri dia. sabar le angah, rezeki ada di mana mana teruskan berusaha.
|
zino at Tuesday, August 02, 2005 ::
(0) <-->
Monday, August 01, 2005
Naik dan terus naik Harga minyak naik lagi, memula naik dulu rasa terekejut jugak, lantas segera keluar mengisi minyak biar pun terpaksa beratur panjang.. tapi harga minyak naik lagi dan lagi, bila aku di berotau harga minyak akan naik , aku dah tak terkejut macam sebelum ni.. naik le.. nak buek cam mano, tak dapek den nak nolong e doh.. Agaknya bagaimana anda mensesuaikan diri dengan kenaikkan ini. sebab bila harga minyak naik serba serbi yang ada kaitan dengan minyak akan naik, yg tak berkaitan pun naik jugak..bermakna perbelanjaan akan bertambah.. bagaimana mengurangkan perbelanjaan dalam keadaan semua harga barang bakal naik? , kurangkan berjalan? kurangkan makan? kurangkan membeli? kurangkan bercakap? (talipon le tu) kurangkan itu kurang kan ini? Kat opis ni tenaga nak di kurangkan?.. dah terasa bahang ni... masih tak pasti sama ada ekon di kurang kan sejuk atau ada masaalah ekon pagi ni hehe dah berasap ni.. hehe..
|
zino at Monday, August 01, 2005 ::
(0) <-->
|
|