Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Friday, September 30, 2005

nyut nyut nyut.. aduhhhh..

Dah dua malam tak lelap tidur, bukan pasal apa.. sejak semalam jugak baby tak lena tidur.. setiap satu jam terjaga.. nak minum la nak itulah nak ini lah.. tiap kali dia terjaga abah yg jadi sasaran.. lepas tu nak lelap balik dah le susah.. baru nak terlena dia dah jaga balik.. cari abah lagi..

Semalam aku di serang selsema.. mau je aku balik tidur.. tapi pasal ada jamuan perpisahan di opis aku gagah kan juga menunggu ..akhirnya berjaya sampai ke petang. malam tadi baby meragam lagi.. gelisah dan mula minta itu minta ini..tak boleh betul aku meninggikan suara kat dia..

sikit sikit tanya " abah marah adik ke?"
aku jawab "tak, abah tak marah"
dia balas " adik rasa macam abah marah adik je"
aku jawab lagi " tak, abah sayang" dengan nada yg lebih rendah..

Kadang tu dia puas hati dan terus tidur balik . ada kala nya dia tak puas hati dan terus lagi bertanya berulang kali. sungguh sensitif. akhirnya aku tak lena tidur sampai ke pagi. kepala aku mula nyut nyut nyut.. lepas sarapan tadi aku dah telan dua biji panadol..

| zino at Friday, September 30, 2005 :: (0) <-->
Thursday, September 29, 2005

salah tajuk, salah isi kursus atau salah...

Kursus yg aku hadiri 3 hari telah pun berakhir. Yang hadir sebilangan besar tuan tuan besar (kecuali beberapa org termasuk aku hehe) yang banyak pengalaman terutama dalam topik yg mahu di sampaikan. Tetapi semua hadir dengan satu harapan , datang ibarat "gelas kosong" dan mahu di penuhi dengan ilmu yg akan di kongsi bersama.

Hari pertama kursus ok lagi.. walau pun dah mula ada yg berkerut dahi adalah hari ini kami akan mendapat apa yg sepatutnya kami perolehi? Penceramah juga berjaya mengawal keadaan dan menjadi kan suasana lebih ceria dan menarik. Masuk hari kedua seorang lagi penceramah cuba menyampaikan mesej nya. di pertengahan jalan, ada peserta yg bersuara, topik yg di utarakan tidak berapa releven dengan apa yg sepatutnya kami dapat. menjelang t hari lagi ramai yg bersuara dari pegawai pegawai yg lebih berpengalaman dengan topik tersebut. Penceramah nampak kelamkabut, mungkin dia tak bersedia utk berhadapan dengan suasana tersebut. Bahan Bahan yg ada tidak menarik minat peserta.

hari ketiga..perceramah pertama datang lagi. rupanya malam tu dia dah di beri bref oleh penceramah semalam, dia datang lebih bersedia dan membawa bahan bahan tambahan. peserta masih tidak puas hati, maka apa yg di kuatiri berlaku jugak.. beberapa peserta lantang memberi ulasan berkaitan matlamat kursus, isi kandungan kursus dan harapan peserta kursus.. maka berlaku lah perdebatan umum berpandukan pengalaman masing masing.. tapi akhirnya penceramah bijak mengawal keadaan . oleh kerana dia dah mendapat tip awal dari penceramah semalam, dia telah bersedia dengan bahan altenatif. walaupun tidak sempat menyampaikan semua, tapi peserta berpuas hati, sekurang kurang nya kami kembali ke trak asal.

Salah siapa tu? salah tajuk kursus? salah penceramah memahami matlamat kursus? salah urusetia tidak berbincang dengan penceramah apa yg patut dan tidak patut di sampaikan? atau salah peserta yg lebih pandai dari penceramah hehe

| zino at Thursday, September 29, 2005 :: (0) <-->
Monday, September 26, 2005

Berkampong lagi..

Tiga hari mulai hari ni aku berkampong di hotel quality, menghadiri kursus.. yg bes kursus ni makan makan makan.. hehe..

| zino at Monday, September 26, 2005 :: (0) <-->
Sunday, September 25, 2005

projek batal..

Pagi tu aku bersemangat nak distinasi yg telah di janjikan. dah pesan dengan alang, kena balik awal ke asrama, abah ada program.. dah pesan jugak denga mem masak awal utk budak2 kat rumah tu.. dan pesan juga dengan fizah... angah.. along nanti petang abah ada hal.

Pujuk baby supaya stay kat rumah , abah nak kluar sekejap ke MAKRO.. nak beli barang sikit.. baby kata "ok, tapi abah cepat balik tau!! ". "amboi baik nya anak abah hari ni." aku kata dalam hati je..lepas kiss dia aku pun kluar sorang.. mewmang nak ke MAKRO pun nak cari bekas sejuk.. hehe.. nasib baik aku sms kawan aku dulu, bertanya" projek hari ni on kan? jumpa di sana jam 3.00 ptg." sekejap tu aku terima balasan. "projek kensel" OOps ye ke..apasal pulak aku tak tau, atau aku tak baca dalam forum, memang dah batal sejak awal lagi. hehe.

so everthing back to normal, alang balik asrama ikut jadual asal. projek berikutnya kalau mau di buat kena tunggu lepas raya lah nampak nya.. kena simpan le angan angan tu dulu.. nak buek cam mano.

| zino at Sunday, September 25, 2005 :: (0) <-->
Saturday, September 24, 2005

Program hari sabtu..

Walaupun aku cuti setiap hari sabtu tapi dua minggu sekali rutin harian ku tetap sama , terpaksa juga bangun awal, keluar menghantar fizah and the geng ke sekolah dan mem bekerja. maka tak boleh le aku nak tidur extended hours hehe. jam 11.30 aku dah keluar semula bersama baby utk menjemput mem balik.

Jam 3.00 ptg kami dah set pulak utk balik kg. sepatutnya minggu ni tak perlu balik, tapi kawan yg buat kerja kat rumah kg tu tak ada kunci nak masuk utk memebaiki beberapa komen yg aku buat minggu lepas. Rupanya kunci mak mertua aku dah ambik.. terpaksa lah kami balik semula utk menyerahkan kunci semula.. ada beberapa perkara yg kami komen minta dia repair.. projek seterusnya terpaksa di hentikan dulu.. bajet dah burst.. hehe

selepas minum di rumah mak aku, kami bergegas semula ke KL, dah janji dengan anak anak utk dinner di grand season hotel, betul.. hehe sebenarnya masa treasure hunt opis aku dulu , kami dapat no. 2 hadiahnya boucer makan malam di grand season hotel utk 4 org dah wang tunai RM200.00 , cuma nak melunaskan hadiah tu je tertangguh sehingga lah malam tadi. mem hanya nak pegi dinner bila cukup korum. so bila semua ada di rumah baru kami set. sebenarnya kami set malam semalam, tapi waktu balik dari opis hujan lebat dan lambat sampai rumah.. kena lah posponed malam tadi.

esok kami nak ke skincan.. nak bertemu nelayan dan nak beli ikan yg baru naik.. member yg dah pergi kata geram tengok ikan 2 tu.. hehe nanti cerita no.. hehe

| zino at Saturday, September 24, 2005 :: (0) <-->
Thursday, September 22, 2005


A well-known speaker started off his seminar
by holding up a $20.00 bill. In the room of 200,
he asked,

"Who would like this $20 bill?"
Hands started going up.
He said, "I am going to give this $20 to one of you

but first, let me do this.
He proceeded to crumple up the $20 dollar bill.
He then asked, "Who still wants it?"
Still the hands were up in the air.
Well, he replied, "What if I do this?"

And he dropped it on the ground
and started to grind it into the floor with his shoe.
He picked it up, now crumpled and dirty.
"Now, who still wants it?"
Still the hands went into the air.

My friends, we have all learned a very valuable lesson.
No matter what I did to the money, you still wanted it
because it did not decrease in value.
It was still worth $20.

Many times in our lives,
we are dropped, crumpled, and ground into the dirt
by the decisions we make and
the circumstances that come our way.
We feel as though we are worthless.

But no matter what has happened or
what will happen, you will never lose your value.
Dirty or clean, crumpled or finely creased,
you are still priceless to those who DO LOVE you.

The worth of our lives comes not in what we do
or who we know,but by WHO WE ARE and WHOSE WE ARE.

You are special- Don't EVER forget it."
If you do not pass this on, you may never know the
lives it touches, the hurting hearts it speaks to,

or the hope that it can bring.
Count your blessings, not your problems.
And remember: amateurs built the ark ..
professionals built the Titanic.

If God brings you to it -
He will bring you through it

| zino at Thursday, September 22, 2005 :: (0) <-->
Monday, September 19, 2005

Biar gambar ni bercerita..

Image hosted by Photobucket.com

baby dengan belon...
bukan belon yg banyak kat belakang tu..
belon hijau tu je..

Image hosted by Photobucket.com

Tu alat nak ukur jalan ,
tapi baby kata macam basikal je..
tapi kena tolak..hehe

Image hosted by Photobucket.com

bagus gak tu baby kerja kat pam minyak tu..
boleh ke abah isi minyak penuh selalu..

Image hosted by Photobucket.com

tapi kalau minyak masih mahal apa kata kita pegi kerja naik kuda je.. hehe

| zino at Monday, September 19, 2005 :: (0) <-->

You know what i did last sunday..?

Hujung minggu datang dan pergi. rasa nya sekejap je satu minggu berlalu.. dah masuk isnin balik.. Semalam aku ada acara penuh sampai ke malam.. Semalam berlangsung hari keluarga Majikan aku, sebelum ni hari keluarga depatment aku di A famosa. Oleh kerana keluarga yang ramai, hari keluarga di sambut di Titiwangsa je. Aku memang tak bercadang nak ambil bahagian pun, tapi aku bercadang hadir utk sama memeriahkan suasana dan beramah mesra dengan kawan2 se departmen dan rakan rakan dari depatmen lain. Aku datang bersama mem dan baby.

Baby tak minat pun apa yg berlaku di titiwangsa tu, yg dia nak belon, bila dia nampak ramai yg memegang belon, lepas dapat belon dia nak main di taman permaianan tu. Aku dah set masa sampai jam 1.00 t. hari saje. selepas tu kami perlu ke tempat alang, alang dah sedia kan macam2 pesanan penaja supaya kami datang ke sana. sekali lagi kami PIZZA di tempat alang.

Lepas makan aku ada agenda lain, nak balik kg sekejap meninjau kerja kerja yg di buat di rumah mertua dulu, dan melunaskan baki bayaran kontraktor tersebut. Dalam perjalanan aku call tapi talipon di jawab anak nya. sehingga lah kami sampai talipon masih tak be return call. keseluruhan kerja tu ok lah tapi ada satu dua perkara yg buat kami tak puas hati. nak bercakap dengan tukang dia tak balas panggilan. kami tak tunggu lama terus ke rumah mak aku. Sempat le pesan dengan mak , aku nak bercakap dengan tukang tu, pasal dia tu pun saudara aku jugak. so bebila dia available nanti boleh le aku memaklum apa yg patut di beri perhatian. RM pun aku tinggalkan dengan mak.

Malam tugas aku masih belum berakhir, kami ke PJ pulak menghantar along, tapi singgah dulu di Bangsar utk makam malam. sampai rumah dah jam 11.00 tapi tugasan akhir menanti.. aduhh ponek nya..

| zino at Monday, September 19, 2005 :: (0) <-->
Friday, September 16, 2005

macam mana boleh sosek lagi ni..

Malam tadi lebih kurang jam 11.00 mlm, Angah minta tunjukkan jalan macam mana nak le Siberjaya. Angah dah mendapat tawaran bekerja dengan sebuah syarikat MSC di USJ tapi pagi ni dia kena report dulu di siberjaya. dua hari lepas, aku ada tanya kawan yg bekerja di siberjaya macam mana nak kesana.Dia cadangkan aku masuk ikut LDP .

So malam tadi aku ke siberjaya bersama angah, mem dan baby . itulah pertama kali aku masuk kesana. aku pun ikut nasihat yang di beri. Dari lebuhraya kesas masuk ke LDP menghala ke Pucong. dan akhirnya berjaya sampai ke Siberjaya. Aku perasan rasanya lebih cepat kalau aku masuk ikut Sg Besi, UPM, Putrajaya dan se siberjaya. Selepas menjejak MSC aku nak ajar angah jalan menghala ke UPM, Sg Besi dan balik ke BTR. Tapi entah macam mana aku terikut jalan ke serdang ,Sri Kembangan ,UPM dan masuk ke hiway. Berkilo kilo meter tersasar dari laluan. Kerana tak puas hati aku tak masuk hiway atau balakong tapi menghala semula ke siberjaya.

Sekali lagi aku menonong terus ke depan tanpa masuk ke simpang siberjaya yg aku masuk sebelum tadi dari LDP.. ahh sudah kemana pulak jalan ni. sign board tulis kat atas tu Dengkel dan KLIA hehe.. tak apa, jalan je terus dulu.(sebenarnya memang tak ada tempat nak u-turn pun hehe) tetiba aku nampak sign board menuju siberjaya putrajaya.. ok lah kita cuba masuk jalan ni le. Actually jalan tu menuju ke Putrajaya Convention Centre yang duduk gah atas bukit tu. Bila aku masuk jalan tu ada sign board menuju ke MCS. la.. ikut sini pun sampai rupanya.. last last sampai balik ke MCS dari arah lain. ok lah sekarang dah jumpa dua jalan ke MSC.

ok kali ni aku nak ikut jalan menuju UPM balakong sg besi dan BTR.. bila nampak signboard menuju KL angah kata masuk , aku kata tak mau nanti kita masuk ke serdang lagi. hehe kenkonon dah tau jalan balik. rupanya aku silap lagi kali ni kami sebenar nya buat u turn ke putrajaya semula hehe padan muka aku. mana pulak nak u-turn ke KL ni. ikut je lah jalan tu sampai kami jumpa persimpangan ke siberjaya putrajaya tadi sebelum buat u turn menghala KL. Akhirnya aku jumpa juga jalan pulang hehe. Sampai BTR dah dekat pukul 1.00 pagi. co pilot pun dah lama lena. hehe.

| zino at Friday, September 16, 2005 :: (0) <-->
Thursday, September 15, 2005

Satu kisah sedih..

Petang semalam (lepas magrib dah..) masa aku berjalan ke Flat Sri Kota utk mengambil baby, aku di datangi seorang jejaka (india) dengan muka sedih dan kelihatan sedang menahan sakit.

"bang, jangan marah saya, boleh bagi saya 50 sen tak? "

aku renung muka dia dalam kekelaman senja tu cuba membuat penilaian sama ada dia ni betul betul memerlukan bantuan atau sekadar berlakon je. Sebab di Flat Sri kota tu ada sorang yg kerja nya menadah tangan dan meminta "bang, seringgit" , bukan nya cacat pun bukan nya sakit pun tapi itu lah yg aku tengok hari hari. Aku perhatikan mamat ni dengan baju kusut masai, dan seluar dan baju nya ada tompok2 merah , agaknya darah ke? aku pun bertanya,

"apasal ni?" ,
"abang saya kena pukul" jawab nya ringkas sambil memegang pinggang dan dalam kesakitan.
"siapa pukul awak?" aku tanya lagi.
"budak melayu, kat sana" sambil menunjuk ke arah Flat sebelah Sri Kota tu.

banyak cerita yg aku dengar pasal budak budak samseng kat flat sebelah tu. ada samseng melayu, india dan cina. dah banyak kali berlaku pergaduhan antara mereka. setelah puas hati dia ni betul betul dalam kesakitan dan memerlukan bantuan aku terus memberikan nya RM10.00. Dia terkejut bila aku hulur kan duit kepada nya , lalu menangis dan menghulur tangan bersalaman dengan aku. dia masih terbongkok bongkok menahan sakit di pinggang.

"bang, ada klinik tak kat sini?" dia bertanya sambil menangis.
"ada, kat blok sana, jalan terus sampai ke hujung blok" jawab ku.
"mahal tak dia caj?" dia bertanya lagi.
" tak apa lah mari saya bawak ke klinik" sambil aku menghulur tangan utk membantu.
"bang, " sambil menunjuk ke bas stop.

dia dah tak larat nak berdiri. mohon kat aku utk duduk dulu. agaknya sakit sangat kot. aku rasa simpati melihat dia. tapi aku tak larat nak dukung dia. badan dia lagi besar dari aku. agaknya apa lah kes dia ni sampai di pukul sedemikian rupa. kata nya dia bukan dari tempat ni tapi datang ke sini. aku pesan kat dia pergi klinik utk mendapat rawatan.

Aku tak tunggu dia, sebab aku kena ambik baby. kalau dia ikut aku tadi pasti aku bawa di ke klinik dan minta Dr berikan rawatan. Dr tu pun dah jadi kawan aku. tapi dia tak larat nak berjalan. bila aku turun selepas ambik baby dia dah tak ada di situ, aku perhatikan juga kalau kalau dah tergolek ke di mana mana , waktu tu dah gelap. aku harap di selamat, sama ada dah ke klinik atau balik ke rumah mendapat bantuan.

| zino at Thursday, September 15, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, September 14, 2005

Department Baru.

Akhirnya setelah di perjuangkan , department tempat aku bekerja sekarang ni terpisah dari jabatan yg dia di sangkutkan sejak sekian lama. Kami dah jadi dua dept yang berasingan , bebas utk mencorak, merangka dan melaksana misi dan visi kami sendiri. Tapi kenapa perlu berpisah?

supaya jabatan ini terus berkembang dan skop dapat di perluaskan. sejak sekian lama jabatan ini bernaung di jabatan lain, menumpang belas ihsan org lain. berkongsi misi dan visi orang lain. mengharap lempahan tuah orang lain. jabatan menjadi statik, tidak dapat di kembangkan. peluang peningkatan kerjaya juga semacam tersekat dan tidak nampak ruang utk penambahbaikkan.

Sekarang ruang telah terbuka luas, mulai 15hb ini kami akan di kenali dengan nama baru. Satu entiti yang baru. Gunakan lah peluang ini sebaik baik nya. buktikan keputusan perpisahan ini adalah satu keputusan yg bijak dan menafaat nya dapat di nikmati semua warga kerja dan akhirnya meningkatkan imej organisasi secara keseluruhan nya. Peluang di bahagi sama rata, matlamat , misi dan visi di perjelas semula, hala tuju di perkemas. Kita dapat bergerak sebagai satu pasukan yg mantap dan berkesan utk membantu organisasi dalam mencapai satu mission "BANDARAYA BERTARAF DUNIA"

| zino at Wednesday, September 14, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, September 13, 2005

Hari Konvokesyen UITM


Image hosted by Photobucket.com
Tahniah utk Angah
Image hosted by Photobucket.com
Angah dengan mem

Image hosted by Photobucket.com
Angah dengan rakan rakan

Image hosted by Photobucket.com
siapa lah agaknya nya kat sebelah tu ye? hehe

Image hosted by Photobucket.com
Sehari sebelum konvo di saekolah alang..

Semalam seperti di jadualkan kami berkampong di Shah Alam. Terpaksa minta jiran ambik alih tugas menghantar Fizah dan rakan nya kesekolah. Angah di minta melapur diri jam 7.00 pagi.. Kali ni tak ada rombongan mengiringi angah, Alang dan Fizah sekolah, along pulak ada exam,(peperiksaan jabatan kot?) tak boleh keluar. So aku dan men saja mengiringi angah ke sana.

Bila kami sampai dah ramai pun ahli keluarga yg terlebih awal sampai. Lepas park kereta kena naik bas ke dewan besar. Aku tengok org ramai dah mula beratur, amboi awal nya nak masuk , dewan pun belum buka lagi. kali ni kami pun nak masuk awal supaya dapat tempat lebih hampir ke pentas, masa along dulu kami saja lewat masuk, dapat le duduk agak jauh di belakang. Mana graduan nya? rupanya dewan tu tak muat utk menampong semua , maka graduan duduk di dewan berasingan dan ibubapa di dewan lain.

Bila tiba masa , graduan akan beratur masuk dan terus ke pentas mengambil ijazah masing masing, ada 921 org graduan utk sesi pagi tu. segalanya selesai jam 12.00 t.hari. Apabila selesai semua jemputan dan graduan di jemput utk satu jamuan ringan yg telah di sediakan. Amboi ramai nya org, bersesak sesak di tempat jamuan, tak larat aku nak menyelitkan diri utk menjamah hidangan yg ada. Nasib baik juga mem bersusah payah masuk utk mencapai karipap utk aku hehe.. tapi mana angah? dalam kesesakkan tu aku tak nampak bayang angah, bila call talipon dia tak ada line, puas mencuba baru dapat. Maka sesi bergambar pun bermula.

Oleh kerana hanya kami bertiga je, maka nya banyak le gambar angah dengan mem je.. sesekali je gambar aku menyelit dalam tu. Tapi sebenarnya kami dah sedia kan plan B sebelum tu lagi, selepas raptai ahad tu, kami semua ke sekolah alang, utk merakamkan gambar sekeluarga bersama angah dengan jubah konvo nya.

| zino at Tuesday, September 13, 2005 :: (0) <-->
Sunday, September 11, 2005

kisah Konvoi ke Kuala Pilah..

Aku memang keluar pagi. seperti biasa 6.30 dah bersiap sedia memulakan operasi. baby masih tidur lagi. angkat masuk kereta. memula ambik dua kawan fizah sebelum menghantar mereka bertiga ke SAB. sabtu sekolah ganti cuti jerebu dan seterusnya cuti awal hujung tahun nanti.

7.30 aku dah sampai ke tol sg besi. mm ada banyak masa lagi, sekejap tu baby bangun terpisat pisat.. aku pujuk dia mandi dulu , 7.55 , aku tengok rakan konvoi belum sampai.. aku call, bila tanya kat mana dia jawab, " baru nak keluar rumah!" , "haaa!! baru nak keluar?" aku buat buat terkejut hehe.. lepas tu aku call sorang lagi, dia jawab, "on the way, 5 minit lagi sampai" hehe satu lagi jawapan standard. tapi tak pe masih ada masa. aku berhenti di BP, selain isi minyak nak isi perut juga.. mem beli nasi lemak utk sarapan. 8.10 agaknya mereka pun sampai. aku segera mengeluarkan kueh tart yg di pesan .

8.30 mula berkonvoi, zar yg menunggu dari tol bangi dah mula bergerak, tak pe nanti boleh jumpa di Senawang. baru lima minit berkonvoi aku tengok kereta melor tak nampak di belakang, apesal selow sangat. sekejap tu dapat sms, " teruskan perjalanan , kereta pancit" tetiba je? kami terus bergerak perlahan ke Senawang, ungku nor juga talipon nak tau distinasi. Bila sampai di Senawang, zar dah ada sana. kami berbual sambil menunggu melor sampai. " mana pengantin? , tak sampai lagi ke? " ingat kan kami yg dah lewat tadi hehe. Dan bila pengantin sampai kami sempat lagi mengusik dia. Pengantin dengan rombongan saudara nya berlepas dulu , kami masih menunggu melor sampai.

Perjalanan ke Kuala Pilah di dahului Ungku Nor, perjalanan lancar sehingga ke penghujung selekoh Bukit Putus, sebuah lori membawa tong gas terbalik di tengah jalan, nasib baik tak banyak kenderaan kalau tak sure dah sesak kat situ. sampai di masjid upaca gilang gemilang masih belum bermula, nasib baik kalau tak terlepas utk kami nak menyaksikan nya. rupanya pak latip telah pun sampai. Segalanya nampak berjalan dengan lancar, dengan sekali lafas saja acara akad nikah selesai, pak imam kata" tak ada masaalah , orang lama" hehe . majlis makan telah di pindah kan di rumah yg pada mulanya di jadualkan di perkarangan masjid.

Tapi baby ada masaalah sikit, bila nak masuk ke kemah tu dia dah mula terbau masakan yg di sediakan, mula lah nak uwekk, tapi aku berjaya pujuk sampai ke tempat duduk, tapi bila minum je dia pun uwekk, kat situ, sebelum masaalah menjadi besar aku terpaksa bawa dia keluar dari kawasan tu, akhirnya aku tak dapat merasa nasi minyak EP hehe. Dalam perjalanan balik singha di rumah Ungku Nor, rupanya rezeki aku nak makan mee hoon dengan sop daging kat situ.. hehe . lepas makan aku minta diri dulu, aku rasa masih ada masa utk hadir mesyuarat di Selayang tu. Sempat aku balik ke rumah mandi dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan ke selayang. dan mereka memang menunggu kehadirian aku pun. nasib baik.

| zino at Sunday, September 11, 2005 :: (0) <-->
Friday, September 09, 2005

Dedikasi Khas angah..

Image hosted by Photobucket.com

angah masa kecil bersama along..

Image hosted by Photobucket.com

angah meningkat remaja

Image hosted by Photobucket.com

angah hari ini..

Minggu depan 12.09.05 giliran angah pulak naik ke pentas menerima Ijazah nya.. Tidak seperti along, perjalanan Angah ke Menara Gading penuh dengan liku.. terutama sekali semasa dia di sekolah menengah. Masa sekolah rendah Angah seorang murid yg pintar, menjadi pengawas sekolah dan selalu mendapat grade yg baik dalam peperiksaan. Oleh yg demikian selepas UPSR dia terpilih ke sekolah "kawalan" . Di wilayah persekutuan ni ada beberapa sekolah di anggap sekolah elit, dan mendapat taraf sekolah kawalan.. iaitu kawalan dari segi pemilihan murid yg layak masuk.

Perjalanan berliku angah di sekolah bermula di sini, dia mendapat ramai kawan juga agaknya dari golongan elit sehingga mempengaruhi pelajaran, tingkah laku dan perangai nya. langkah angah semakin panjang, ada kawan kawan aku melapur dia jumpa angah jauh dari sekitar sekolah di masa masa tertentu. Pelajaran mula merosot, yg aku rasa terkilan sangat dengan sekolah "kawalan" yg satu ni, masaalah displin yg di katakan teruk tidak pernah di maklum langsung kepada aku. sedangkan aku setiap tahun datang kesekolah mengambil reportcard, susah sangat ke nak talipon ibubapa? . Gambar angah beberapa kali terpampar di muka akhbar. sekolah ni terletak di tengah bandar, dan soping komplek ada di hujung sekolah. bila keluar rencana pasal budaya lepak, murid sekolah ni jadi sasaran, bila keluar rencana pasal merokok , murid sekolah ini juga yg keluar. Dan di antara murid2 yg terpampar di akhbar tu ialah angah..

tkt 4 merupakan tahun yg paling getir buat angah dan aku, pelajaran semakin teruk, di sekolah juga dia famous dengan tingkah laku melawan dan sebagainya. sekali di tangkap, guru guru sudah memandang serong dengan kelompok ni. beberapa kali aku terpaksa hadir di sekolah, akhirnya aku terpaksa bersemuka dengan guru besar, bukan lagi berbincang tapi bertengkar dengan guru besar mempertahankan anak aku. sehingga aku terpaksa kata" cikgu , jangan kalau anak saya lagi, tak lama lagi dia nak ambik SPM, lepas SPM dia tak akan datang lagi ke sekolah ini!, saya tau anak saya, dia tak le seburuk yg cikgu fikirkan , kalau asyik kena tangkap macam mana dia nak belajar "

Pening kepala aku memikir pasal angah, akhirnya aku bawa angah keluar makan berdua saja, mak dia pun tak boleh ikut, aku nak uruskan angah dengan cara aku. Tak guna aku pok pek pok pek memarahi dia. aku tahu angah sedang mengalami perubahan dalam dirinya dan cuba mencari identiti atau mungkin juga untuk mendapat perhatian. lepas makan , aku mula slow talk dengan angah, sepatah pun angah tak jawab, panjang lebar aku bersyarah , membuat perbandingan buruk dan baik.. meminta dia memikir sendiri hala tuju dan gambaran kemana dia nak pergi selepas ini. aku tak perlukan pengakuan angah , aku tak perlu kan alasan angah.. aku mahu dia mendengar dan berfikir sendiri.

Dengan izin Allah angah berubah, kembali berjinak dengan buku buku pelajaran, aku beri perhatian yg lebih kepada angah.. Alhamdulilah, angah berjaya dalam SPM sekali lagi gambar dia masuk surat kabar.. aku tengok dalam lemari dia tu penuh dengan keratan akhbar gambar gambar dia dengan kawan kawan dia. Bila angah buat matrikulasi di Kuantan, aku ulang ke kuantan setiap bulan, perjalanan 4 jam kesana menjadi semakin dekat.. sehingga petugas di satu hotel tu kenal dengan kami sebagai pelanggan tetap hehe. Pengalaman lalu menjadi angah lebih lasak dan berdikari dan tidak suka meminta minta. Mudah berkawan dan di senangi di kalangan kawan kawan di kolej. Sekarang ni kalau talipon rumah berdering.. masing masing tak mau angkat sure angah punya call hehe..

Walaupun sudah hampir tiga bulan graduate, cuma rezeki angah masih belum ada utk mendapat pekerjaan yg sesuai utk dia. dia telah menghadiri lebih 10 temuduga , utk mengisi masa lapang dia membuat kerja kerja sambilan bersama kawan2 ..

| zino at Friday, September 09, 2005 :: (0) <-->
Thursday, September 08, 2005

Cadangan hari keluarga Bang Sebalang Ngah

Baru baru ni telah berlangsung mesyuarat kedua cadangan majlis siratulrahim keluarga Bang Sebalang Ngah di Selayang. Agaknya aku ni antara cucu atuk yang senior kot, lalu di lantik sebagai pengerusi jawatan kuasa majlis supaya arah tuju selepas ini lebih fokus dan matlamat dapat di capai. Aku terima cabaran itu kerana aku yakin majlis seumpama ini memang di nanti nanti kan oleh seluruh ahli keluarga jauh dan dekat, dan insha Allah akan dapat di jayakan nanti.

Beberapa jawatan kuasa kecil telah di ujudkan sebagai satu gerak kerja ke arah merealisasikan program ini nanti. Maklumat dan data ahli keluarga telah mula dapat di kumpulkan , ianya aku anggap sebagai satu tanda kerjasama yg mula di tunjukan oleh keluarga lain. Aku akui bukan semua ahli keluarga sebelah ayah yg aku kenal , lebih lebih lagi di peringkat yg lebih bawah. Masa mesyuarat kedua tempuh hari, dua org saudara aku dari keluarga di JB datang, tapi aku tak mengenalinya. Beberapa kali aku ke JB pun aku tak pernah lagi ke rumah mereka. hehe salah sape tu.

Oleh sebab itu aku cukup menyokong program ini bila mula di cadangkan , dan aku telah secara sukarela utk menyediakan satu dokumen lengkap berkaitan data semua ahli keluarga Bang Sebalang Ngah. Aku juga bercadang untuk melengkapkan nya dengan gambar gambar setiap ahli keluarga. Memang ini satu cabaran utk aku laksanakan tapi aku dah punya satu plan. kamera dan notebook (nak pinjam dengan sape ye?) akan di sediakan semasa majlis itu nanti dan setiap ahli keluarga akan di ambil gambar sama ada secara individu atau satu keluarga dan di selaraskan dengan senarai yg ada. Semuga segalanya berjalan lancar.Sekurang2 nya aku dah ada dua pembantu. hehe

| zino at Thursday, September 08, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, September 07, 2005

isu alam sekitar

Dua hari aku berkampung di le Meridian kerana menghadiri satu forum berkaitan pemeliharaan alam sekitar dalam industri pembinaan. forum membincangkan senerio yg berlaku dalam industri pembinaan sehingga menyumbang kepada masaalah alam sekitar.

banyak cerita yang kita baca di akhbar2 dan berita yg kita tuntun di kaca kaca TV berkaitan rungutan orang ramai berkaitan alam sekitar tapi masaalah tetap juga timbul dari masa ke semana. kita memerlukan lebih ramai karam sing walia utk menangani masaalah ini. bila masaalah di paparkan dalam akhbar dan TV baru lah pihak pihak berkenaan membuka mata, tetiba menjadi sibuk , prehatin dan mengambil berat.

rumusan dari forum tersebut:-
1.Komitmen utk mengawal pencemaran alam sekitar perlu datang dari semua peringkat , terutama pihak pengurusan atasan. kalau mereka hanya mementingkan RM semata mata, masaalah pencemaran alam sekitar hanya akan di pandang dengan sebelah mata.
2.Pihak pemaju perlu menyediakan klausa dan terma terma yg kusus dalam dokumen kontrak supaya kontraktor yg mengambil bahagian akan meletak harga yg bersesuian bagi pengawalan alam sekitar.
3.Pemantauan dan penguatkuasaan perlu lebih kerap dan konsistan supaya pihak pemaju mendapat mesej yg jelas tentang perlu nya memelihara alam sekitar.
4.Pihak perunding mengambil pendekatan yg bersesuaian dalam rekabentuk dengan mengambil kira masaalah alam sekitar.
5.Pendidikan berterusan kepada semua yg terlibat dalam industri pembinaan. 6.Menggalakkan pihak kontraktor dan pemaju supaya memperolehi ISO 14001 (iaitu pematuhan kepada menjagaan alam sekitar .
7.Bagi projek projek yg sensitif ( berbukit, dalam hutan, kawasan tadahan air, tepi sungai dll) tawaran hanya di pelawa kepada kontraktor yg mempunyai ISO 14001 sahaja atau kontraktor yg mempunyai rekod berkaitan shj.

yang lebih penting setiap individu yg terlibat secara langsung atau tidak perlu menanam satu iktizam utk memelihara alam sekitar demi kesejahteraan jenerasi akan datang. biar semua org jadi macam Karam Sing Walia.. hehe..

| zino at Wednesday, September 07, 2005 :: (0) <-->
Monday, September 05, 2005

jejak kasih di le Meridian

Hari ni dan esok aku berkampong di le Meridian KL sentral. menghadiri satu forum. bila forum tu di resmikan oleh Menteri kerjaraya aku jangka akan berjumpa kawan lama dari JKR nanti. masa daftar nama aku tanya siapa lagi dari tempat aku , rupa2nya berdua je. sorang lagi tu aku tak kenal pun. budak baru agaknya dari department lain. so aku kesaorang le nampaknya. tak kisah le. senang je sesiapa pun boleh jadi kawan aku , tegur je sesape tu dan terus jadi kawan. ada lebih kurang 60 org dalam dewan tu.

Tiba tiba aku terpandang sorang mamat ni, dia pun terkejut bila nampak aku. tapi muka dia serious tenung aku, dan aku pun selamba je tengok dia.. hehe, lama lepas tu dia senyum sambil garu kepala.. agaknya sedang memikir. aku pun berkerut jugak dahi cuba mengingat siapa mamat ni, rasa macam kenal tapi dah lupa nama. oleh kerana dia jauh dan forum sedang berlangsung , simpan dulu le sampai lunch time.

bila time lunch aku cari dia, cepat cepat aku tengok name tag dia tanpa bertanya, memang sah kawan aku masa belajar dulu.. memang aku tak penah jumpa lepas belajar dulu. banyak le cerita lama dan terkini yang mau di ceritakan. dia lama di pahang dan langkawi , sekarang di kota tinggi johor pulak. sampai KL pun dia dah lupa jalan, nak ke KL sentral pun dia minta bantuan geng di JKR!!. bila tanya bilangan anak, dia menang lagi dari aku hehe..

| zino at Monday, September 05, 2005 :: (0) <-->
Saturday, September 03, 2005

Image hosted by Photobucket.com

dialog Savy dengan angah..

aku: angah nanti beli savy le pulak.
angah: tak cantik
aku: kan cantik tu.
angah: buntut dia tak cantik.
aku: ok lah tu selamat!!
angah:kenapa pulak.
aku: kalau buntut tak cantik nanti tak de lah org ikut dekat so tak de lah org langgar belakang..
angah: sengah..
aku: senyum je..

| zino at Saturday, September 03, 2005 :: (0) <-->
Thursday, September 01, 2005

Image hosted by Photobucket.com
rumah rumah yg ranap..

Image hosted by Photobucket.com
tersengkam mengembah bumi..

Image hosted by Photobucket.com
kemana kau nak lari?

terima lah balasan nya..

sekarang kau rasa kan sendiri..
pedihnya bila berlaku kemusnahan..
parahnya bila terjadi kehancuran..
tangisan , ratapan , sendu sedan...
tidak membawa apa erti lagi..
segalanyan musnah dengan sekelip mata..
hancur lebur menyembah bumi..

di tempat orang sewenang2nya kau bermaharajalela..
menunjuk kekuatan tak ada belas kasihan..
hancur musnah kau kerja kan..
konon menentang keganasan..
konon menegak keadilan..
kau sendiri bapak segala pengganas..
ketua segala penyamun..

berjuta kehilangan rumah...
berbilion bakal menuntut ganti rugi..
kau rasa kan sendiri..
tak ada siapa yg akan simpati..
terima lah balasan nya...

| zino at Thursday, September 01, 2005 :: (0) <-->