Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Sunday, October 30, 2005

Sopping raya..

Semalam lepas ambik mem di pejabat , kami soping di Jln TAR.. park kereta di Maju Junction.. kat depan tu memang dah jem.. baju melayu baby dan alang dapat di bazaar kat maju junction, kat sana tak ramai org maka mudah le sikit.. aku pun terpekenan kat satu baju tu.. bila test.. kecik pulak sikit.. minta saiz yg besar tak ada stok pulak.. melopeh den..

Distinasi kedua SOGO..dari jauh dah nampak kemeriahan sogo.. kat luar tu ramai yg bersidai.. agaknya letih sangat menyoping , bila kami masuk sah..penuh sesak.. utk tak buang masa kami berpecah.. mem dengan fizah ke ladi's dept. aku baby angah dan alang kat gent's dept. nak memilih satu hal, nak menerai satu hal dan nak membayar satu hal lagi hehe.. alang dapat le tiga helai.. angah pusing sana pusing sini last last dapat selai je!! sikit punya banyak baju dia kata semua tak pekenan.. fizah pun dapat sepasang je..

Baby dah bising bila nak beli baju dia..? bila masing masing dah selesai.. aku dan baby ke children dept. mem fizah angah dan alang dah kepenatan, cari satu corner dan lepak. mudah je aku cari baju baby, tak susah nak lebek sana belek sini.. pekenan je ambik sarung kat baby, dia tu apa saja yg kita sarung kan terus minat..dah tak mau tukar2 lagi hehe bila nak menerai seluar susah sikit..kena lah cari fitting room.. maluuuuuuu nanti org nampak , tahun ni baby bergaya dengan jeen.. hehe

kali ni along tak joint soping, dia menyoping di sg wang dengan geng dia.. tapi malam tadi selepas ambik dia di PJ kami ke masjid jamek pulak.. sambung lagi soping. aku terjumpa baju yg aku terpekenan petang tadi. along pun nak jugak.. design sama kaler je lain. so janji dengan along kalau abah pakai baju tu along tak boleh pakai hehe.. along kata nanti dia bayar balik. aku suggest dia belikan something utk datuk dan nenek di kg. last sekali aku terpekenan sepasang baju melayu... dah lima tahun kot tak tukar baju melayu tu tu pun along nak tolong bayar ke? hehe along tak bawak RM .. aku kenalah advance kan dulu..sampai rumah dah 12 lebih.. baby yg tidur masa kami keluar tu dah terjaga..dan sibuk menanya..

| zino at Sunday, October 30, 2005 :: (0) <-->
Friday, October 28, 2005

ni baru betul nak raya hehe

Image hosted by Photobucket.com

Kalau abang abang dia dulu, sampai sekolah menengah aku je yg gondol kan kepala dia org tu.. tapi baby sejak kecik mama dia dah ajar pi gunting kat saloon.. hehe saloon tu kat bawah flat tu je.. tapi bila dia dah besar ni dah tak mau gunting kat situ .. dia kata " mana boleh org pempuan gunting rambut dia" hehe so mama ajak pi gunting kat kedai mamak. Semalam mama bawa pi kedai mamak tu tapi tutup. malam tadi bila mem nak kepasaraya lalu kedai mamak tu , terus mengamuk nak gunting rambut. hehe

bila terasa je rambut jatuh kat muka ke mana ke.. sibuk suruh abah dia lap.. "adik rimas le rambut ni'.. penat le mamak tu melayan dia hehe..

| zino at Friday, October 28, 2005 :: (0) <-->
Thursday, October 27, 2005

SELAMAT HARI RAYA..

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TERUTAMA KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN..

KEPADA YANG NAK BALIK KAMPONG.. BERHATI HATI DI JALAN RAYA SEMUGA KITA SELAMAT BALIK KAMPONG DAN SELAMAT KEMBALI KE DISTINASI MASING MASING

| zino at Thursday, October 27, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, October 26, 2005

Menjelang Hari Raya dolu dolu..

Zaman dolu dolu bila dah dekat nak beraya ni di kampong cukup meriah. ayah masa tu bertugas di Port Dickson.. bila dah dekat nak raya baru balik kampong. Ayah balik memang kami tunggu.. bukan apa nak tengok ayah bawak balik mercun ke tak? hehe setiap tahun bila raya ayah beli kan kami mercun.. mercun papan yang di bungkus kertas merah tu. kalau tak ada mercun rasa nya tak menjadi raya kot.. hehe

Sehari dua sebelum raya ,aku dan kawan kawan sibuk mengumpul tempurung.. dengan menggunakan sebatang kayu , kami lubangkan di tengah2 tempurung tu.. memang ada banyak tempurung masa tu.. kelapa memang tak payah beli.. depan rumah belakang rumah ada pokok kelapa. nak masak lomak bebila pun boleh buat. kemudian kami pacakkan beberapa kayu setinggi 5 ke enam kaki di beberapa tempat strategik dan susunkan tempurung secara terbalik.

kami juga mencari dan memotong buloh , dua atau tiga ruas setiap potongan dan di buat beberapa lubang kecil secara selari , tin susu di potong utk membuat tempat sumbu manakala sumbu dari tali guni.. kemudian pelita buloh yg di isi minyak tanah dan di pasang di beberapa tempat tertentu. masa tu tak ada elektrik di kampong utk pasang lampu lip lap..apa lagi nak tengok TB..

Bila malam raya..suasana menjadi cukup meriah.. pada anggapan kami le..hehe tempurung tadi kami nyalakan api di bahagian atas.. maka terbentuk lah satu unggun api yg marak.. dan boleh bertahan beberapa jam.. pelita buloh pun kami pasang utk menambah ceriakan suasana.. dan kami ..apa lagi berkumpul ramai ramai main mercun.. bukan main bakar macam tu je.. siap main perang perang hehe..anak soljer lah katakan. menggunakan pistol buatan sendiri kami masuk kan dua mercun secara bersilang.. satu sumbu di depan utk dibakar satu lagi sumbu di belakang. bila di bakar mercun akan meletop dua kali, sekali di pistol sekali jauh di hadapan..dekat dengan "musuh" hehe.. memang meriah sekali..

Sesekali bila balik kampong, berjumpa saudara mara sepermainan dulu..bercerita semula suasana kemeriahan kami bermain mercun dulu memang menggelikan hati..bagaimana agaknya keriangan kanak kanak masa sekarang menjelang hari raya ya..

| zino at Wednesday, October 26, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, October 25, 2005

aduh mengantuk nya mata...

Image hosted by Photobucket.com

tiap kali suruh baby tidur macam macam alasan dia bagi, adik tak selesa le.. adik rimas le, adik nak tengok cerita Naruto sekejap le.. akhirnya entah pukul berapa dia tidur. Yang jadi mangsa bapak dia ni berjegait mata menunggu dia. Pagi tadi orang sibuk nak sahur dia sibuk nak mandi.. mata dah bula balik.. Nak buat macam mana dah anak bapak.. hehe

| zino at Tuesday, October 25, 2005 :: (0) <-->
Monday, October 24, 2005

Rezeki orang jauh rupanya...

gambar gambar di bawah menceritakan segalanya.. hehe

Image hosted by Photobucket.com

Berbuka puasa bersama Zt dan bonda nya..

Image hosted by Photobucket.com

baby sedang dalam sesi interview bersama zt dan bonda ..

| zino at Monday, October 24, 2005 :: (0) <-->
Saturday, October 22, 2005

Bila nak sopping ?

Malam tadi mem tanya soalan cepumas.."bila nak soping?" hehe fizah pun dah tertanya tanya bila nak beli baju raya dia. tapi tu le masaalah nya korum tak cukup lagi. alang masih di asrama , kalau soping sekarang bila alang balik nanti kena keluar soping lagi. tapi kalau tak mulakan sekarang nanti takut tergesa gesa pulak. alang balik cuti sekolah hujung bulan ni .. so last last aku decide hari ni dah boleh soping part one. utk fizah, baby dan mem

bila alang balik nanti soping part two, utk alang , angah dan aku ( itu pun kalau ada mood aku nak beli baju raya..) biasa nya aku yg selalunya tak beli baju baru.. along? dia dah kerja biar le dia beli sendiri.. maybe juga bantu aku belikan (bayarkan) baru raya adik2 dia tu hehe. bonus pun dah masuk ( oops baru 1/2 bulan ) . kepada yg belum lagi soping jomm soping ramai ramai..

| zino at Saturday, October 22, 2005 :: (0) <-->
Friday, October 21, 2005

AL-FATIHAH

Ucapan takziah kepada
YAB DATO' SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI
serta keluarga di atas kembalinya ke Rahmatullah

Allahyarhamah Datin Seri
Endon Binti Dato' Mahmood Ambak
pada 20 Oktober, 2005 (16 Ramadan 1426)
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin.

| zino at Friday, October 21, 2005 :: (0) <-->
Thursday, October 20, 2005

macam macam cerita...

mem..
petang semalam mem talipon ajak balik sama..hujan kata nya.. tapi aku nasihatkan dia balik dulu seperti biasa.. kalau nak tunggu mungkin tak sempat sampai sebelum berbuka, siapa nak sediakan juadah berbuka utk fizah kat rumah tu. akhirnya mem bersetuju balik dulu. jam 5.15 mem talipon dari rumah dalam keadaan cemas..
mem , " tu le ajak balik sama tak nak?"
aku , " kenapa?"
mem , " aksiden tadi, bergeser dengan kereta org."
aku , " teruk ke? "
mem , " tak teruk le tapi kereta budak tu kemek , dah minta dia talipon abang"
aku , " tak pe lah, dah nak eksiden nak buat macam mana."

aku masih tak dapat gambaran sebenar bagaimana eksiden tu berlaku. sekejap tu budak yg terlibat talipon aku, nak bincang ganti rugi dan sebagainya. nak jumpa aku waktu tu juga. tapi aku minta tangguh esok (hari ni le) utk menyelesaikan nya. dalam perjalanan balik aku tertanya2 teruk ke kereta aku.. RM RM terbayang RM yg bakal melayang.. hehe

Bila aku sampai rumah , aku berasa lega kerana tak kerana nak nampak pun kemek di mana mana tapi bila di perhati dengan teliti rupanya ada kesan calar di sebelah kiri.. mem kata berlaku eksiden 4 biji kereta dalam hujan tu, mem cuba mengelak utk menjadi kereta ke lima dan masuk ke lane sebelah.. masa tu bergeser dengan kereta kancil kat sebelah tu. tengok lah petang ni berapa aku kena bayar dengan mamat tu.

angah..
dah jam 12 malam angah belum balik. bila mem talipon dia kata beg duit tercicir dan sedang dicari.. angah ada di UITM.. buat partime entah apa tah.. tapiakhirnya tak jumpa juga pergi pulak ke balai polis utk buat lapuran.

baby..
maybe u will not believe it, baby sampai ke pagi ni tak tidur tidur.. jam 10 ajak dia naik tidur, tapi dia kata tak mengantuk, tak selesa lah dan macam macam, akhirnya ajak aku turun bawah. jam 12.00 masih segar.. aku dah mula ngantuk. baby masih leka bermain sensorang. jam 2.00 pagi baby masih aktif, dia tak bagi abah dia tidur, mula dia minta garu kat tangan le, kat belakang le.. jam 3.00 pagi, baby kata nak makan.. aduh.. letinh nya mata dah berjegait, mengantuk. lalu aku kejut mem to take over , aku nak tidur sekejap. baby turun semula dengan mem dan aku cuba nak melelapkan mata. mem terus buat persediaan bersahur.

belum sempat nak mimpi baby naik kejutkan aku, abah bangun sahur hari dah siang. aduhh tak lelap juga aku. rupanya dah pukul 5.00 . selepas mandi dan sebagainya sempat le bersahur . jam 6.00 baby mandi berendam dalam bath tub .. nampak gaya nya ada yg tidur kat opis lepas ni hehe

| zino at Thursday, October 20, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, October 19, 2005

ini versi yg aku dengar semalam..

Baru baru ni kecoh di akhbar akhbar satu tangkapan telah dilakukan pihak ACA berkaitan kes penjualan lot perniagaan di ibukota. berita kebanyakkan akhbar juga melapurkan dua orang telah dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat tahanan reman bagi membantu siasatan ACA. dilapurkan juga kononnya salah saorang yg ditahan merupakan kaitangan kerajaan. Secara spontan warga kota mula membuat andaian apa yg sedang berlaku , cakap cakap mula tersebar berlaku penyelewengan dan sebagainya. Nama buruk telah tercalit.. aku pun kecewa, marah, geram , hangin bila mendengar berita berita sebagini.. bak kata pepatah akibat nila setitik rosak susu sebelanga. se ekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit..

semalam aku mendapat sedikit gambaran dari sumber yg boleh di percayai, aku juga percaya siasatan dalaman telah di lakukan. lot lot perniagaan tersebut telah di agihkan agihkan secara undi seperti tahun tahun sebelumnya juga. setiap peniaga yg ingin mendapat lot lot tersebut perlu mematuhi syarat syarat standard yg di kenakan kepada semua org. Memang terdapat di antara lot lot perniagaan ni menjadi rebutan peniaga kerana lokasi dan sebagainya. Siapa yg tahu niat mereka mereka yg memohon lot perniagaan tersebut benar benar berniat utk berniaga. Ada di antara mereka hanya berminat utk mendapatkan lot dan menjual semula kepada org lain .ini lah satu fenomina peniaga melayu. nak untung cepat. dan mereka akan melakukan pelbagai cara utk mengelak di kesan pihak berkuasa dari di kesan melakukan kesalahan tersebut.

maka berlaku lah penjualan semula beberapa lot secara haram kepada orang kaya ini. Dan org kaya ni pun bukan nak berniaga tetapi menjual semula lot lot berkenaan kepada peniaga yg benar berhajat utk berniaga di lot lot panas ini. semasa urus niaga ini lah tangkapan di lakukan oleh pihak ACA. Yg ditangkap kedua duanya peniaga atas angin tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan sebagaimana di war warkan dalam akhbar. hanya satu akhbar yg aku jumpa telah membetulkan kesilapan lapuran awal mereka. Biarlah ACA menyelesaikan siasatan mereka.. jika betul berita yg aku terima ini, aku harap ACA atau pihak AG atau polis akan membuat kenyataan menafikan penglibatan mana mana kakitangan kerajaan dalam kejadian ini.

Sampai bila orang kita nak maju, di beri peluang berniaga didagangkan tempat berniaga itu sendiri dan bukan barangan , ramai yg nak cari jalan pintas mendapat untung. yg rugi orang kita juga. berlaku perselisihan paham dan sebagainya.

| zino at Wednesday, October 19, 2005 :: (0) <-->
Monday, October 17, 2005

Abah cacit jiji..

Malam tadi baby sakit gigi.. semalaman tak boleh tidur.. sekali lagi aku sama tak tidur.. aku beri dia sirap panadol utk melegakan sakit.. ok lah sekejap lepas tu sakit balik.. dia pun mula merengek .. sakit gigi ni aku pun tak tahan.. pernah sebelum ni aku kena ..nyut nyut nyut.. aduhh.. memang gigi baby ada lubang pun..

tadi kami bawak dia jumpa Dr gigi, penat aku pujuk.. dr tak cabut gigi adik , dia nak tengok je.. dan macam macam.. baby takut bila dengar nak jumpa dr. bila dr periksa dia kata, tak perlu cabut. dia kata ini gigi susu, kalau cabut nanti, bila gigi kekal nak keluar , susunan jadi tak berapa betul.. entah aku angguk je. Dr kata makan ubat tahan sakit dan antibiotik utk 4 hari. kecuali selepas tu baby mengadu sakit gigi lagi, baru lah Dr akan cabut. Dr kata lagi..sayang nak cabut, tak lama lagi gigi kekal mulai tumbuh.

Bila dah makan ubat, baby dah cergas semula, dah jerit jerit macam biasa, terlompat lompat macam biasa.. that my baby hehe..

| zino at Monday, October 17, 2005 :: (0) <-->
Sunday, October 16, 2005

syok nya kueh kelepong..

Sebelum balik aku talipon mak. "Assalamualaikum mak, hari ni nak balik kg berbuka dengan mak, mak tak kemana ke?" aku mulakan perbualan bila talipon mak pagi tadi. mak kata ada jemputan di rumah saudara tapi mak kata balik le .. kalau kami balik mak tak jadi le ke jemputan tu.

kami tak terus balik ke rumah, sebelum balik singgah ke car 4 dulu utk mencari barang2 hafizah. dah lama tak singgah car4 Sri Petaling, rupanya dah ada sistem bayaran utk letak kereta.. tapi utk pelanggan car4 tak perlu bayar. bagus jugak sistem tu sekurang2 nya boleh mengurangkan risiko kecurian di basement tu.

Selepas selesai urusan di rumah mem di LC kami ke masjid tanah utk membeli barang dapur utk mak. tak perlu lah ayah keluar ke pekan utk berbelanja. ayah maklum dia akan berbuka puasa di rumah saudara yg menjemput, dan mak akan menemani kami di rumah. mak dah siap masak. ada gulai ayam masak lemak cili api, ada gulai ayam campur nangka masak kari, mak kata kak long yg bagi. ada rendang ayam lagi.. ada sayur goreng kacang panjang dari kebun mak di depan rumah tu. Mak juga sediakan kelepong kegemaran aku. Macam aku terasa je mak pasti akan buat kelepong bila kami balik berbuka. mak juga buat bubur kacang pulut hitam lagi.. meriahnya .. hehe

aku tengok along dengan fizah berselera sekali makan, dua kali tambah nasi. apa tak nya kiri ayam, kanan ayam hehe..aku? tak usah cakap le.. bila selesai makan terus tersandar hehe.. terima kasih mak.. sesekali dapat makan dengan mak memang menyelerakan. kemana anda berbuka di hujung minggu?

| zino at Sunday, October 16, 2005 :: (0) <-->
Friday, October 14, 2005

exam oh exam..

Semalam aku mark kertas periksa staff yg mengambil peperiksaan *** yg menjawab soalan aku, soalan subjektif.. tak ramai yg ambil dan yg gagah nak jawab soalan tu, ada 12 org je.. terkejut aku tengok gaya masing masing menjawab soalan.. rata rata ramai yg tak bersedia utk menduduki peperiksaan, atau datang peperiksaan sekadar nak melepas syarat.. namun tapi ada lah beberapa orang yg boleh menjawab dengan baik.

Dengan skima yg telah di berikan aku berusaha memberikan markah se adil2nya. kepada peserta tersebut. aku harap di kalangan yg tak dapat menjawab soalan aku dengan baik boleh menjawab soalan dari department lain, dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan. minggu depan aku kena bagi taklimat lagi utk group yg lain pulak.

| zino at Friday, October 14, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, October 12, 2005

satu kisah di dalam LRT..

Petang tadi aku naik LRT lagi.. kali ni aku tak nak naik PUTRA , lalu terpaksa jalan kaki jauh sikit menuju terus ke stesyen STAR.. bukan apa PUTRA selalunya sendat padat dengan manusia.. di stesyen yg aku tunggu tu kadang tu pandang je le lrt berhenti tapi langsung tak boleh nak masuk..sempat sengeh je kat org dalam tu..

walaupun aku terpaksa berjalan kaki jauh (sikit je) tapi aku tak perlu transit lagi di Masjid Jamek. nak jadi cerita bila sampai di stesyen Hang Tuah , tetiba seorang gadis? (atau ibu) mengadu dia di copet (betul ke ayat tu..) purse duit nya dalam bag yg di sandang di ambil org. Berlaku betul betul depan aku. Si gadis baru saja masuk dari stesyen Hang Tuah tu.. bersama pencopet , si mamat yg entah dari mana tu masuk ambik purse gadis dan keluar semula sebelum pintu tertutup . Ia nya berlaku dalam kesibukkan dan dalam sekelip mata. Aku tak nampak budak tu ambil.. tapi ada saksi kata (jugak berdiri depan aku ) nampak budak yg pakai baju merah jalur hitam tu.. sambil menunjuk kat mamat yg dengan selamba land beredar dari stesyen.

keretapi sudah pun bergerak. kalau bas boleh lagi jerit kat driver.. gadis di nasihat turun di stesyen berikutnya (stesyen pudu) dan memaklukan kepada security supaya menahan mamat2 yg pakai baju merah utk di periksa. (yg aku nampak sorang je mamat pakai baju merah) aku harap dia sempat membuat aduan dan tindakan pantas pihak pengawal di stesyen Hang Tuah..

Kepada yg naik LRT atau mana mana jenis transport.. berhati hati lah.. mamat yg macam tu rasa nya berkeliaran dan menunggu masa je utk mengambil kesempatan.

| zino at Wednesday, October 12, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, October 11, 2005

bila baby sakit.. abah dia pun sama sakit..

Dua malam aku tak dapat tidur.. malam semalam sangsung tak tidur.. setiap saat kena urut..sapu dan tepuk baby.. dia tak boleh tidur langsung.. sebelum tu aku dah bawa di ke pusrawi.. lega lah sekejap.. beberapa jam lepas tu dia kena balik.. bila makan ubat dah tak berapa berkesan.. so sampai ke pagi baby gelisah , nangis , batuk dan sebagainya. sesaat pun dia tak benarkan abah dia behenti menepuk, mengusap dan menyentuh badan dia tu.. aduhh ngantuknya..

pagi semalam sekali lagi aku bawa baby ke klinik.. kali ni ke klinik majikan aku.. klinik ni hanya berpoerasi waktu pejabat je.. bila aku sampai jam 8.00 pagi org dah ramai.. aku beritau kaunter ini kes imergensi dan perlu rawatan segera. baby terus di bawa ke bahagian kecemasan utk mendapatkan rawatan. dalam tu aku tengok sorang makcik sedang enerima rawatan .. sama kes dengan baby.. selepas rawatan baby nampak ok.. tak masih tak berapa.. Dr kata kahak nya masih banyak.. bila balik baby masih meragam.. tak boleh nak tidur.. gelisah panas dan sebagainya.. last last dia minta nak mandi.. tah berapa lama dia berendam dalam bilik air tu.. makan tak mau minum pun tak mau.. last last dah letih sangat baby terlena juga beberapa jam kot.. masa tu lah aku dapat kaver sikit.

malam tadi sekali lagi aku ke klinik bawa baby.. kali ni klinik kat rumah aku ni.. sekali lagi aku mohon utk di beri rawatan segera kepada baby.. selesai menerima rawatan baby nampak segar.. mula lincah dan mengacau Dr yg sedang sibuk bertugas. abih semua perkara di tanya nya. hehe dan aku pun minta ubat.. dua hari ni juga aku demam.. badan panas.. sehingga hari siang aku kena basahkan baju yg dipakai. malam tadi baby masih tak lena tidur.. mengigau dan menangis .. bila aku tanya kenapa adik nangis.." dalam sedan dia kata " adik tak nangis, mata adik ni keluar air" hehe "adik mengigau ye?" aku tanya lagi.. baby jawab "adik tak mau ngigau.." sambil menangis..

last last aku bawa baby kat bawah tidur di ruang tamu.. baru lah dia lena. agaknya dalam bilik tu panas.. air-con tak boleh buka.. nanti dia kena lagi.. bila aku tengok baby dah nampak ok aku hantar dia rumah acik baby kat flat tu.. dan aku nak kaver tidur je hari ni..

shhh ni pun baru bangun ni hehe

| zino at Tuesday, October 11, 2005 :: (0) <-->
Sunday, October 09, 2005

Persediaan makanan..

Tiap kali bulan ramadan, maka muncul le bagitu banyak peniaga makanan utk mencari rezeki di bazar ramadan. Perbagai jenis dan warna makanan tersedia utk di beli oleh pengunjung. Di kawasan tempat kami tinggal ini pun terdapat beberapa bazar ramadan yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan kawasan sekitar nya utk berbelanja dan membeli juadah berbuka puasa.

satu persoalan yg selalu aku tanya , ada kah mereka yg berniaga ini semua nya memang peniaga makanan di tempat tempat lain di luar bulan ramadan. atau mereka bertukar menjadi penjual makanan hanya bila musim ramadan tiba?.. Masaalah nya aku bagitu sensitif dengan makanan makanan yg tersedia ini. sekiranya makanan yg tidak di sediakan dengan sempurna , aku yg akan menjadi mangsa keracunan dahulu. Kalau baby bagitu sensitif dengan bau2an , aku pulak mudah alah dengan makanan tercemar atau sebagainya. Pasal tu aku tidak pernah teruja sangat utk membeli makanan di pasar ramadan kecuali dari peniaga yg aku kenal dan biasa membeli dari mereka.

lauk pauk yg di beli utk berbuka tidak akan aku sentuh lagi waktu bersahur. kecuali makanan yg mem masak. Lebih2 lagi lauk yang berkuah. aku lebih rela makan nasi dengan telor goreng atau ikan bilis goreng sahaja dari mengambil resiko keracunan. Mungkin orang lain bila makan OK tapi aku.. mm dah galak kali terkena. Kalau ada peniaga yg menjual atau mengoreng di tempat jualan..pasti akan menjadi pilihan aku. terutama ada sorang pakcik yg jual karipap panas.. tu.. sat lagi nak pi cari hehe

ada ke sesiapa yg spesisi sama dengan aku? hehe

| zino at Sunday, October 09, 2005 :: (0) <-->
Friday, October 07, 2005

juadah berbuka..



kurma yg di bungkus cantik utk di jadikan hadiah

Kurma ada lah salah satu juadah berbuka yg perlu ada di rumah aku. setiap kali bulan puasa, rumah kami perlu ada stok kurma secukupnya. Kadang tu aku cukup dengan kurma saja bila berbuka. Sebelum ni aku pernah di hadiahkan dengan kurma yg besar, segar dan cukup enak tu.. dan tahun tahun berikut nya (bila tak dapat yg free lagi hehe ) aku mencari kurma tersebut di merata tempat, nasib baik terjumpa le.. kalau tak terpaksa berpuas hati dengan stok yg ada.

tahun ni belum cari lagi kurma tu.. ada ke di pasaran ? uktuk maklumat kita bersama, dari kajian saintifik, kurna di dapati mempunyai kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya memberi tenaga yang berpanjangan. Ia juga mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.Galian ini berfungsi membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

Paling menakjubkan, ada kajian mendedahkan makanan yang tinggi kandungan kaliumnya ini mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Atas sebab itulah, kurma dianggap sebagai buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.kurma diketahui mengandungi pelbagai vitamin penting lain seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi. Kurma juga mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral ini sangat diperlukan tubuh. Serat kurma misalnya, dapat melancar dan mengaktifkan fungsi usus, sekali gus melawaskan proses perkumuhan.

sape lah nak hadiahkan kurna tahun ni ye.. hehe

| zino at Friday, October 07, 2005 :: (0) <-->
Thursday, October 06, 2005

apa yg di rancang berjalan lancar..

Sebagaimana di rancang, mem balik awal semalam.. dia siap beli belah di restoren Haslam sebelum pulang. sempat le dia buat persediaan apa yg patut.. tapi biasanya kami ni ringkas je.. tak ada lah berlebihan.. dan aku pulang lam 5.30 , sebelum tu gerimis sekejap tapi tidak menghalang aku ke stesyen LRT . Aku tak tau sama ada LRT putra ni sentiasa sibuk atau sibuk di bulan ramadan je. train yg pertama sampai aku tak boleh masuk dan penuh sesak. rasanya dua org je sempat menyelitkan diri. train kedua sampai pun sendat, tapi aku berjaya menyelitkan diri bila ada dua org turun kat situ. fuhh macam sardin sampai ke masjid jamek.

stesyen LRT STAR pun ramai org tapi masih boleh menampong semua penumpang yg ada. hujan renyai telah pun turun, mem call kata di tempat kami hujan lebat. bila aku sampai hujan masih turun, terus aku call angah utk datang jemput aku di stesyen. Alhamdullilah Plan B berjalan lancar.

pagi ni bila aku sampai opis , aku dengar masing masing bercerita masaalah jem petang semalam, masaalah tak cukup masa nak tunjuk juadah di pasar ramadan. selamba je aku kata " saya balik semalam tak jem pun " hehe.. masing masing hairan dan segera bertanya jalan mana aku ikut. hehe.. tu le lain kali guna lah plan B ..

| zino at Thursday, October 06, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, October 05, 2005

Plan B bulan puasa..

Setiap kali bulan puasa aku kena set plan B.. waktu datang ke opis ok tak ada masaalah.. jam 7.30 pagi lagi aku dah terpacak kat opis ni.. masaalah nya waktu balik nanti. Mulai hari ni, mem yg bawa kereta ke opis.. tak perlu aku hantar dan bersarapan di sana lagi. Aku cadang petang nanti dia terus balik dengan kereta tu.. pasal nya dia keluar jam 4.30 sedangkan aku jam 5.30 . dulu galak kali kami sampai lambat.. kadang tu tak sempat pun nak pi tunjuk kat man mana.. atau dah tak ada yg tinggal utk di tunjuk.. hehe. aku tak kisah sangat tapi kesian kepada yg menunggu kat rumah tu. cuma lega sikit pasal mertua masih di Shah Alam.

Tengok le plan B ni berjalan lancar ke tidak hehe.

| zino at Wednesday, October 05, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, October 04, 2005

jom kita puasa..

Kepada semua umat Islam selamat berpuasa..
Syukor alhamdullilah kita bertemu ramadan lagi.
mari kita bertekad dan berazam..
puasa kita lebih baik dari sebelum nya.
amal kita lebih banyak dari sebelum nya.
ibadat kita lebih kudus dan ikhlas

malam ni mula tarawih
surau dan masjid pasti sesak
tua dan muda sembahyang bersama.
tapi biar le sampai kehujung nya.
pertengahan ramadan dah mula lega
semakin ke hujung semakin ketara
yg tinggal cuma pelanggan tetap je.

persiapan raya bagaimana pula..
terlalu awal ke hendak di tanya?
atau yg dah beres pun ramai pula.
sebelum syaaban telah berkira.
anika fesyen dan pelbagai warna
anak kecil yg pasti gembira..
berpasang pasang baju utk nya..
yg pening pasti si bapak nya..
mana nak cari uwang belanja.. hehe

Waktu berbuka tak kurang meriah nya..
pesta tunjuk di mana mana
apa di jual habis belaka
para peniaga tersenyum suka..
penat lelah berbaloi akhirnya
kalau membeli biar berpada
habis di makan tak apa juga
sayang terbuang bagitu saja.
bila nampak memang sedap belaka
bila makan tersentak selera..

jom kita puasa...

| zino at Tuesday, October 04, 2005 :: (0) <-->
Sunday, October 02, 2005

Hari minggu datang dan pergi..

Rasa nya baru je bercerita pasal aktiviti hari minggu.. dah satu minggu lagi berlalu..masa berganti terlalu pantas!! satu saat pun tak menuggu kita. Kita yg perlu bijak mengatur apa yg mahu kita lakukan sebaik2nya dengan perkara perkara yg berfaedah kepada kita dan orang2 di keliling kita..

hari sabtu aku hadir satu majlis kendiri kahwin tak jauh dari rumah, kira jiran setempat dan rakan seperjuangan di tempat kerja. Masa aku jumpa dia sama kursus tempuh hari, aku ucap tahniah sebab anak dia nak kahwin.. nak tau apa dia cakap balik? hehe

"ni mesti tak baca kad ni?" sambil senyum kat aku.
"kenapa pulak?" aku jawab hairan.
"yg nak kahwin tu adik aku la, bukan anak aku!" jawab nya sambil ketawa kat aku.
"oops ye ke aku tak baca detail, cuma tengok sape hantar dan berapa haribulan je " aku jawab sambil menepuk bahu dia.
"yg tu tak penting, yg penting jangan lupa datang nanti" katanya lagi.
"InshaAllah, kami akan datang." balas ku.

malam nya aku ke Bangi, cadangan utk mengadakan mesyuarat keluarga di luar Selayang terlaksana jugak. Di bangi tu rumah adik aku. Aku keluar selepas magrib, jangkaan awal setengah jam boleh sampai, tapi bila aku keluar je jalan menuju Bukit Jalil jem teruk. Rupanya ramai berpusu pusu ke sana kerana Piala Malaysia antara Selangor dengan Perlis. Tak ada pilihan, aku tempuh juga kesesakkan tu beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan ke Bangi. Bila sampai Pakek, dan beberapa saudara yg lain telah terlebih dahulu sampai. Acara pertama makan .. sebelum memulakan mesyuarat. Beberapa kali mesyuarat "terganggu" bila selangor menjaringkan gol hehe . mesyuarat berjalan lancar, tetapi keputusan muktamat terhadap semua perkara masih tidak di perolehi, walaupun kami dah semakin jelas tentang perkara2 yg perlu di beri perhatian. Aku yakin segalanya akan berjalan lancar.

Ahad seperti biasa agenda kami berkampung di sekolah alang. kali ni along dengan angah tak mau ikut, me bertungkus lumus masak ayam masak lemak cili padi, ayam masak kicap..( ayam lagi.. hehe) sayur dan goreng ikan. baby hanya memerhati. puas di pujuk supaya makan sama. dia kata "dah kenyang, semalam adik dah makan nasi tomyam".. hehe

| zino at Sunday, October 02, 2005 :: (0) <-->