|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Wednesday, November 30, 2005
kenapa? hari hari aku terpaksa melalui sesi soaljawab dengan baby.. org lain memang tak larat nak layan.. soaljawab ni berlaku mlm semalam. masa tu kami lalu berhampiran taman permaisuri... baby; kenapa adik tak boleh main buai? abah; hari hujan baby; kenapa hujan tak boleh main buai? abah; tempat mainan basah baby; kenapa hari hujan? abah; sebab sejuk hehe baby; kenapa sejuk? abah; sebab malam baby; kenapa malam sejuk? abah; sebab matahari tak ada baby; kenapa matahari tak ada? abah; matahari berehat , tidur baby; kenapa matahari tidur? aduhhhh.. penat aku memikir jawapan jawapan yg lojik utk baby.. kalau aku jawab benda lain kang dia lagi rancak menyoal.. dia akan terus soal sampai puas hati.. baby oh baby kenapa banyak bona soalan hehe
|
zino at Wednesday, November 30, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, November 29, 2005
makan makan di JB.. last episod.. aku nak cerita sikit beberapa tempat yg kami singgah dan tak jadi singgah makan makan di JB.. maybe org johor nak komen ke..hehe.. memula makan di rumah pengantin.. no komen le jamuan ala bufee masa tu dah kebuluran.. memang berselera makan pun.. tapi terkilan pulak bila pakek ceita ada tamu tak di undang buat hal kat sana.. rugi tak dapat menyaksikan adegan tersebut. kalau tak dapat gambar mamat tu masuk forum ni.. selepas check-in ptg tu kami turun minum2 kat depan hotel tu sebelah dataran JB.. yg menarik perhatian deretan lori lori kecik yg telah di ubahsuai menjadi gerai bergerak benda yg di jual semua nya sama. terfikir jugak konsep ni boleh ke di praktikkan di KL ni. apa yg perlu di sediakan ialah kawasan lapang.. tempat parking pun ok.. bila ptg je dia org berniaga di sana , malam bila selesai kemas dan beredar balik. esok pagi kawasan tu boleh di guna utk parking semula. nanti aku poskan gambar2 esoknya kami nak cuba makan di restoren singgah selalu.. nampak dari jauh meriah je.. bersusah payah cari tempat parking.. memang banyak tempat di sediakan tapi org pun ramai, terutama dari singapura. malang nya bila hampir je (tak masuk lagi pun) baby dah tutup hidung.. mmm memang tak lulus pun maka kami pun keluar semula dari tempat tu.. melopeh le nak makan kat situ.. bincang punya bincang kami masuk ke Danga Bay.. aku tengok gerai makan tak semeriah dua tahun dulu. kenapa ye? banyak gerai yg tutup .. dan rasa nya bukan selera aku pun kat situ. bila duduk di kawasan terbuka tu sekali lagi baby tutup idung.. sensitif betul budak sorang ni. lantas aku bawa dia keluar jalan jalan.. mem dan yg lain beredar cari tempat yg lebih selesa di dalam. malam tu aku naik keretapi dengan baby hehe.. aku peratikan Danga Bay bukan lagi sesuai utk tempat makan makan.. makanan yg mem oder langsung tak capai citarasa aku. aku tengok kemeriahan dulu dah ilang.. org datang kesana nak pi main game dan ronda ronda je.. malang sekali tempat yg bagitu stretegik dan di kunjungi beribu2 manusia tak di jaga kualiti nya terutama makanan. yg ramai aku tengok org lepak di merata2 tempat.. bawak anak bersiar2 dan sebagainya.. selain laksa johor di rumah aimman, makan di rumah makngah memang menyelerakan.. biasa nya kalau kami ke JB memang set nak datang makan rumah makngah hehe.. tak payah cerita lagi le dah cerita sebelum ni.. so habis kisah JJCM ke JB..
|
zino at Tuesday, November 29, 2005 ::
(0) <-->
Monday, November 28, 2005
JJCM JB part II Selesai check in.. memasing keletihan naik terus tidur.. dapat mesej dari aimman minta bersedia jam 7.30 mlm.. rosli akan datang jemput kami dan Hairani ke rumah aimman.. Hairani baru datang dari Kedah.. dan aku tak pernah jumpa lagi walaupun selalu sembang di forum. tapi atas sebab tertentu aimman yg datang menjemput. susah payah aimman dan keluarga, menyediakan laksa Johor yg cukup enak utk kami semua. Disitu aku berkenalan dengan hairani yg selalu berbual dengan pantun di forum, dan hazran yg jarang aku lihat di forum sejak kebelakangan ni. selain beta01 (rosli) yg pernah aku jumpa dulu.. paling akhir masa di Tanjung balau. Balik dari rumah aimman rosli yg tunjuk jalan, rasa nya aku boleh balik sendiri kalau aku boleh cari Jln Pasir Gudang.. tapi Rosli bawa kami jalan yg berbelit2 dan kalau suruh aku cari balik jalan tu sah sesat. Setiap kali aku ke JB setiap kali tu aku penin dengan jalan jalan yg tak cukup tanda arah tu.. kadang tu tetiba je sampai simpang yg tak ada tanda arah.. aku pun ikut cita rasa sendiri nak ikut terus, belok kiri atau kanan.. entah berapa kali sesat.. malas le nak kira.. aku selalu ikut long cut kalau nak ke mana mana.. aku ikut jalan yg ada tanda arah je.. ahad kami keluar beraya.. mem book makngah utk makan t hari. makngah memang pandai masak.. kalau makan di rumah dia pasti memasing tersandar kekenyangan. kali ni mak ngah masak nasi ayam.. memang sodap..kalau makngah berniaga agaknya , banyak gerai2 bersebelahan tutup di buatnya. makngah selalu ajak kami tidur je di rumah dia.. tapi kami tak mau menyusahkan mereka. segan dengan layanan makngah dan pankngah yg cukup mesra. tak boleh duduk diam di buat nya makan makan makan.. hehe.. Petang nya kami cari rumah nina, ini lah firstime ke rumah nina. berpandukan alamat yg di berikan aku bercadang mencari sendiri rumah nina tanpa perlu menggunakan talian hayat. percarian berjalan lancar.. walaupun tersasar sedikit semasa mencari jalan 16..hehe . akhirnya kami terpacak di muka pintu.. terima kasih tuan rumah yg sudi menerima kehadiran kami.
|
zino at Monday, November 28, 2005 ::
(0) <-->
JJCM ke Johor Bahru..part I beberapa kali aku menerima peringatan supaya boleh sampai tepat pada masa nya.. konvoi ke JB akan bermula jam 9.00 di jejantas air keroh. hehe ni semua gara gara aku lewat beberapa jam masa nak berkonvoi raya dulu..ok lah aku akan pastikan sampai on time hehe.. betul tak pakek? jam 8.30 kami dah sampai air keroh dan sempat bersarapan. anggota rombongan yg lain sampai jam 9.00 sebagaimana di janjikan. ada 6 biji kereta akan konvoi ke JB , masa Idris potong kereta aku berhampiran senawang aku langsung tak perasan itu dia.. mana aku ingat no kereta dia tu.. Konvoi di mulakan.. dengan si marwan berada di depan sekali.. agaknya 1 jam selepas tu aku perhatikan memasing dah mula pecut laju.. hai konvoi apa ni? memula tu aku ikut juga lah tapi akhirnya aku selowkan balik bila speed melebihi 130km/jam.. akhirnya aku jumpa balik marwan dengan idris.. mana yg lain? entah dah tak nampak bayang.. dia org race ke apa? sampai di hentian Macap baru lah dapat tau kenapa mereka racing awal hehe.. yg ni pakek je yg boleh jawab..hehe sampai ke rumah pengantin lebih kurang jam 12.45 kot.. pak usu memang dah lama aku tak jumpa. kami merupakan rakan sepermainan semasa kecil dulu.. malah kami ada kisah bersama semasa bercuti di Port Dickson satu masa dulu.. hehe tapi bila pak usu berpindah ke JB aku jarang berjumpa dia. malah bila aku ke JB pun aku tak teringat nak cari rumah dia.. apa punya anak buah ni? hehe.. kat situ juga aku jumpa pakcik mat dan pak cik zai.. juga jarang berjumpa. jam 2.30 ptg lebih kurang aku minta diri baby dah mula mengamuk, gelisah dan kepanasan. sibuk bertanya kata nak duduk hotel!! di ulang berpuloh kali..
|
zino at Monday, November 28, 2005 ::
(0) <-->
Friday, November 25, 2005
meeting ohh meeting.. Tetiba je sibuk pulak dua tiga hari ni. semalam petang zino kena hadir satu meeting.. lepas tu dapat satu asigment kena siapkan dalam masa dua minggu. tadi dah book member sorang tu nak diskus pasal asigment tu.. tapi tunggu le zino balik dari JB dulu. pagi tadi meeting lagi. ada satu perhimpunan khas dengan DB akan di adakan minggu depan. DB nak semua staff hadir. tapi bila kira kira semua dan cari tempat yg available tak boleh pulak nak tampung semua sekali. staff tak le ramai ada lebih kurang 7000 orang je hehe , ramai ke tu? dan tempat yg available boleh tampung 4000 je itu pun kira dah sendat.. macam2 le cadangan.. akhirnya penyertaan terpaksa di hadkan kepada 4000 je.. aku kira itu pun dah cukup ramai. just imagine nak memperuntukan makanan sebanyak itu.. space yg di perlukan.. dan macam macam benda lagi yg perlu di sediakan. aku harap semua akan berjalan lancar.. dan matlamat tercapai. dan kepada warga kota yang tak kemana mana sabtu ni.. datang le beramai2 kedataran merdeka jam 3.00 ptg , ada jamuan hari raya utk warga kota.. kalau org Bintulu klang atau morocco nak datang pun boleh hehe..
|
zino at Friday, November 25, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, November 24, 2005
apa isu hari ni ye? penat zino memikir .. macam tak ada isu nak tulis ari ni.. macam buntu pulak.. tetiba baru ingat hari ni gaji le hehe.. patut le buntu semacam je dah kekeringan hehe..
|
zino at Thursday, November 24, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, November 23, 2005
aduhh kaki ku.. Sejak menjak dua tiga hari ni kaki rasa sakit bila berpijak.. jangan je tersilap langkah sikit terasa sangat sakitnya.. terutama di bawah bahagian buku lali sebelah kiri.. gejala apa kah itu? sekarang ni bila berjalan perlu berhati2 sungguh.. terutama bila menaiki dan menuruni tangga.. nampak gaya kena jumpa Dr jugak lepas ni.. adussss..
|
zino at Wednesday, November 23, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, November 22, 2005
bila le Myvi nak kluar ni? Pepagi tadi dapat sms dari along, "abah, boleh call produa HQ tak?" mm dah tak sabar le tu.. mana tak nya bulan ni kira dah bulan ke empat along menunggu.. menunggu something yg tak pasti. mamat kat produa tu pun tak dapat nak beri jawapan jelas bila along boleh jangkakan Myvi tu akan kluar. Dulu berangan dapat kereta sebelum raya.. selalu tanya tapi akhirnya syawal datang cuma Myvi tak datang datang. so lepas ni bila? hujung tahun ke? atau tahun depan.. along dah tak sabar tunggu. apa lagi bila kawan dia kata dah dapat kereta. ada yg dah bertukar beli kelisa , ada juga yg dah beli gen-2 dan mcm mcm lagi.. so nak buat macam mana ye..? sabar je lah along..
|
zino at Tuesday, November 22, 2005 ::
(0) <-->
Monday, November 21, 2005
sambung JJCM Semalam JJCM di teruskan.. dalam perjalanan balik dari Sabak sebelum tu .. anak anak saudara aku minta aku bawa mereka ke KLCC , yg si kecik pulak minta aku bawa dia naik LRT.. dan patutnya malam tu dia org tidur rumah aku. tapi bila sampai je plan berubah.. mak ayah dia yg naik kereta adik aku ada plan B hehe mereka nak tidur di rumah adik aku di bangi. maka plan yg di rancang sebelum tu perlu di rombak.. so adik aku le yg akan bawa dia org JJCM.. dan adik aku cadang ke putrajaya je.. sementara mereka ke putrajaya kami lepak kat rumah je.. malas pulak nak ke sana janji jumpa nanti di rumah adik di Selayang. semalam lagi dah oder dia masak kami nak datang makan t hari hehe.. sampai selayang agak lewat, mem kena masak utk mak dia dulu. adik aku yg ke putrajaya pun lewat sebab ada hal last minit. tuan rumah di selayang gelisah.. juadah dah sedia tetamu yg meng oder tak sampai2 hehe.. bila sampai je memasing dah kebuluran. sementara menunggu adik dari bangi sampai kami makan dulu. ayah dah gelisah , lapar le agaknya tu. masa nak balik dari selayang dapat panggilan dari semenyeh.. dia org nak serang rumah aku.. alamak.. macam mana ni langkah kiri lah tu. minta maaf je lah kepada yg talipon tu.. aku kena balik kg hantar mak ayah. adik aku jugak kena balik hantar adik yg sorang lagi tu. dalam perjalanan balik adik aku sms kata dia ke KLCC dulu.. hehe berjaya jugak si kecik tu pujuk paklang dia ke KLCC..tapi tak kesampaian nak naik LRT .jam 6.00 kami sampai kg. lepas makan malam baru kembali ke KL. kepada adik aku Rahim dan keluarga yg akan pulang ke Lahat Datu sabtu ni Selamat kembali bertugas. panjang umur kita jumpa lagi.
|
zino at Monday, November 21, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, November 20, 2005
Rumah terbuka dan JJCM..Bagi meraikan jemputan rumah terbuka.. aku berusaha utk balik awal jumaat tu.. segera mengambil baby utk sama ke seri kembangan.. tapi "mama" kata baby batuk tak berenti2 dan muntah2.. alahai anak aku.. baru je elok beberapa hari dah kena balik.. masa aku bawa baby balik dia sedang nyenyak tidur.. tapi aku tengok nafas dia agak kencang.. memula kami bercadang nak singgah klinik dulu.. tapi memandangkan klinik ramai org kami decide ke seri kembangan dulu.. sampai sana baby dah jaga dan mula meragam.. aku sempat menjamah sedikit makanan tuan rumah sebelum mebawa baby keluar baring dalam kereta.. tak sempat pun nak berkenalan dengan lain lain tetamu yg datang.. entah siapa lah mereka.. cuma EP saje yg aku kenal.. selain tuan rumah..maaf ye tuan rumah. kami terpaksa balik awal bila baby tak mau keluar kereta. dan kami perlu segera ke klinik. terus ke PUSRAWI.. untuk mendapatkan rawatan.. malam tu baby tak lelap tidur.. resah gelisah dan merenget sepanjang malam.. akhirnya jam 1.00 pagi aku decide utk membawa dia mendapat rawatan sekali lagi. kali ni aku ke HUKM.. jam 2.30 baru selesai.. mengantuk nya mata.. entah pukul berapa baru baby terlena.. jam 5.30 aku dah bangun semula.. walau pun mengantuk , aku dah ada agenda sepanjang hari ni.. selepas subuh.. aku segera ke gerai berhampiran membeli sarapan utk semua.. jam 6.30 aku dah bergerak ke kampong seorang diri. aku dah janji dengan adik mak dan ayah menjemput mereka ke KL dan akan berkonvoi ke sabak bernam dengan adik aku yg sorang lagi. 7.45 aku dah sampai kampong adik aku dan keluarga dia sedang bersiap.. ayah dan mak dah ready.. jam 10.00 aku dan sampai ke KL semula. baby dah mandi.. nampak letih tapi bersemangat nak ikut JJCM.. jam 10.30 mula bergerak ke sabak bernam ke rumah kakak.. anak anak adik aku bersama baby dan fizah naik kereta aku.. kecoh si sepanjang jalan. jam 1.20 kami sampai ke sabak.. perjalanan pergi agak lancar kecuali jem di kapar.. rupanya ada lubang besar di tengah jalan, akibat paip bocor.. jam 5.00 kami bertolak pulang dari sabak kembali ke KL.. dari skincan sampai ke KL hujan sangat lebat.. ada masa masa nya aku sukar melihat keadaan jalan di hadapan.. sesekali aku merempuh kawasan air dalam tanpa sengaja.. tapi akhirnya alhamdullilah selamat sampai ke KL.. malamnya kami makan besar di veledrom..nak masak memang tak sempat dan masing masing dah keletihan..sebelum adik aku mengikut adik aku ke bangi bermalam di sana.. ayah dan mak tidur di rumah aku.. esok kami ada agenda lagi..
|
zino at Sunday, November 20, 2005 ::
(0) <-->
Friday, November 18, 2005
pelik tapi benar..Terbaca dalam paper pagi ni.. seorang penganggur dengan sengaja merompak stesyen minyak di Ipoh dengan harapan di tangkap polis dan di sumbat dalam jel.. mengikut cerita nya dia berbuat demikian kerana tak mampu membayar hutang along sebanyak RM20,000.00 . along gertak dia, tangan nya akan di potong sekiranya gagal bayar hutang . dalam keadaan ketakutan mencari tempat selamat dia pun merancang utk merompak dengan harapan akan di tangkap dan di sumbat dalam jel. dia masuk ke kedai petrol stesyen tu menggunakan pistol palsu sehingga membuatkan kasier tersenyum bukan nya takut hehe.. tapi akhirnya dia di tahan remand polis.. moral cerita ni.. kalau tak ada RM jangan le pinjam dengan along.. pinjam dengan kawan boleh kot.. hehe pasal tak perlu bayar.. teringat kawan yg pinjam duit aku dah berkurun tak bayar bayar.. report kat along kang baru tau.. hehe
|
zino at Friday, November 18, 2005 ::
(0) <-->
Thursday, November 17, 2005
 alang dengan fizah se usia baby skrg..  acara tetap kami makan pizza di sekolah alang..  Keletihan menunggu feri di jeti..pangkor.. Selamat hari lahir utk alang.. Hari ni genap usia alang 16 tahun.. Selamat hari lahir khas utk alang.. semuga sihat sejahtera, panjang umur dan menjadi anak yg berbakti kepada ibubapa, keluarga masyarakat dan agama... inshaAllah.. siapa yg tak kenal alang.. di kalangan kawan kawan, saudara mara dan yang sewaktu dengan nya semua kenal alang. semasa kecil alang telah meninggalkan satu trademark yg sinonem dengan nama dia .. hehe semasa kecil dulu alang lah yg paling hero dalam keluarga kami.. kalau nak compare dengan baby skrg.. alang jauh lebih hero lagi hehe.. satu perangai dia yg menjadi sebutan ramai ialah menangis setiap kali bangun tidur.. biasa lah tu kan tapi alang luar biasa sikit.. kalau dah start hujan tu.. payah tol nak reda.. tak kena gaya siap dengan ribut dengan angin puting beliung lagi hehe.. tambah lagi bila di kejut dia tidur dalam kereta.. ke rumah sape saja kami pergi mesti dengan baby yg sedang memberontak.. dari situ trademark alang di kenali ramai.. hehe itu duluuuu Dalam pelajaran alang seorang pelajar yg average tapi selalu buat kejutan.. masa sekolah rendah dulu kalau di suruh baca buku dia akan mula dengan mengasah pensel le, menyusun2 buku la.. apa apa lah asal masa terbuang dan akhir nya sampai masa utk tidur.. kejutan pertama di buat nya masa tahun 4.. sebelum tu tak pernah jejak no 15 ke bawah.. tetiba tahun tu dia dapat no 7 kalau tak salah.. dengan pencapaian luar biasa tu dia mendapat anugerah di sekolah bagi murid yg menunjukkan peningkatan mendadak..terus tahun lima dia dapat lompat ke kelas A.. lepas tu dia kembali dengan stail biasa dia tu.. masa UPSR alang agak cemerlang juga.. mendapat 4A 1B.. tapi sekali lagi membuat kejutan semasa PMR.. dalam trail exam.. hanya dua atau 3 A saje.. tapi bila keluar result PMR alang telah mengejutkan semua org.. alang bergaya cemerlang dengan 8A.. makna nya bila dia nak dia boleh lakukan nya.. itu lah alang.. tahun depan alang akan menghadapi SPM.. aku harap alang dah cukup dewasa utk mencorakkan masa depan nya.. aku tak nasihatkan dia lagi supaya dia rajin rajin baca buku dan sebagainya.. tapi aku selalu beri motivasi apa yg dia nak lakukan bila dewasa nanti.. apa yg perlu dia buat kalau nak menjejek kali ke universiti.. sekali lagi selamat hari lahir ke 16 tahun...
|
zino at Thursday, November 17, 2005 ::
(0) <-->
Wednesday, November 16, 2005
tak buat rumah terbuka ke? Dah dua tiga kali fizah tanya mak dia.. angah pun tanya.. "tak buat rumah terbuka ke?" tapi mak dia tak pernah pun jawab.. masih memikir.. masih mencongak.. akhirnya sabtu lepas mak dia kata tahun ni tak ada rumah terbuka, nak rehat hehe.. lagi pun setiap hujung minggu kami dah ada program.. bermula hujung minggu ni nak berkonvoi ke rumah kakak di sabak bernam.. hari tu dah jumpa pun kakak di kg. tapi adik yg bercuti sebulan dari sabah tu nak ke sana.. dia pulak tak ada kenderaan nak pergi so kami cadang nak berkonvoi tiga kereta bawa dia sekali. sabtu depan pulak kami nak berkonvoi ke JB pulak. kebetulakan ada seorang bapa saudara nak melangsungkan perkahwinan anak sulung dia. selalu aku ke JB tapi tak pernah nak cari rumah bapa saudara sorang ni.. hehe baik punya anak buah. semasa kecil dulu selalu bertepuk tampar dengan dia, umur dia sebaya aku. kira dia ni adik bongsu ayah. bila dah sampai JB terus le cuti cuti malaysia di sana dua hari. sabtu berikut nya sekali lagi nak berkonvoi.. kali ni kami akan ke PD pula.. berholiday di tiara beach resort. kali ni bersama geng UNSER.. amboi berjalan sakan nampak. kebetulan cuti sekolah.. kebetulan belen bonus masih ada .. kebetulan tahun ni tak ada periksa besar.. kebetulan mood nak berjalan tu ada..
|
zino at Wednesday, November 16, 2005 ::
(0) <-->
Tuesday, November 15, 2005
Dimana sebenar punca nya..??Sekali lagi selamat hari raya aidil fitri kepada semua.. aku harap semua rakan taulan, saudara jauh dekat telah selamat sampai ke distinasi masing masing sama ada semasa balik kg atau tembali ke tempat mencari nafkah. Setiap kali musim perayaan kita di sajikan dengan angka angka kemalangan yg menigkat dari tahu ke tahun . Pelbagai kempen di lakukan, bermacam nasihat di sarankan, puluhan saman di keluarkan tapi angka angka tersebut terus juga meningkat dan menggerunkan. Dan setiap tahun juga pelbagai pendapat dan alasan di berikan kenapa kemalangan berlaku dan bagaimana untuk mengatasi nya. ada saranan yg boleh di fikirkan semula dan ada juga pandangan yg hanya sekadar bercakap tanpa memikir lojik atau sebaliknya. Tetapi jawapan terus di cari.. apa kah punca sebenarnya , mengapa malaysia mempunyai kadar kemalangan yg paling tinggi? di mana sebenarnya perlu di perbetulkan. sementara kita memikir angka angka terus meningkat.. apakah kita mau terus di sajikan dengan angka angka yg menyedihkan ini. tindakan perlu di lakukan.. sebelum sesuatu pelan tindakan di lakukan .. marilah kita mencari punca punca penyebab mengapa kemalangan ini berlaku. Dari angka angka yg di paparkan saban hari, penunggang dan pembonceng motosikal paling ramai yg terlibat dalam kemalangan dan kemalangan pula lebih banyak berlaku di jalan jalan persekutuan. mengapa motor? dan mengapa di jalan persekutuan? sehingga ada satu cadangan supaya motor tidak di benarkan melalui jalan persekutuan!! tak masuk akal langsung. Kajian perlu di perincikan lagi siapa kah mereka yg malang ini.. adakah kegiatan lumpa harap ada kaitan dengan kemalangan..? setiap malam minggu kalau ke jalan TAR sana tu.. aku cukup berhati hati kerana aktiviti lumba haram sudah semacam satu pesta yang mempunyai ramai peminat.. Kalau lalu di lebuhraya persekutuan pula kita juga akan berdepan dengan pelumba pelumba kereta haram .. bagaimana mengekang kegiatan mereka2 yg tak sayang nyawa ni? entah.. aku belum jumpa jawapan dia lagi.. bagaimana anda? posting ni gagal di poskan sebelum ni..
|
zino at Tuesday, November 15, 2005 ::
(0) <-->
Monday, November 14, 2005
Apa yg berlaku hujung minggu..Hari sabtu tu biasa le cuti.. tapi pepagi zino kena bangun jugak sebab mem keje.. aduhh tak boleh le nak extend tidur hehe.. lepas hantar dia balik ingat nak tudir semula .. baby pulak cepat bangun.. bangga je baby cakap.. " abah adik dah bangun pagi" hehe so aktiviti seterusnya melayan budak sorang tu le.. tengah hari ada jemputan makan di rumah adik di Bangi. lepas ambik mem kami terus kesana. balik dari Bangi me kata nak balik kg sekejap.. ewah ewah mewah nya.. balik kg sekejap!! rupanya balik raya dulu kueh raya semua tinggal kan kg.. mana tak nya kereta dah penuh dengan org dan kain baju.. terpaksa jugak le balik. malam nya singgah rumah mak, utk makan malam.. jam 10 malam baru bergerak dari kg ke KL. sebelum tu set dengan adik utk ke Sabak hujung minggu ni. makna nya sabtu nanti aku kena balik lagi menjemput dia org ke KL sebelum meneruskan perjalanan ke sabak. ahad kami soping di kot mamot.. kira memborong jugak le.. baby tergolek golek nangis minta belikan dia katil baru.. hehe yg dia nak nya katil double deker tu.. mana nak sumbat kat rumah tu pun dah ada satu.. yg lain tak mu. malam tadi tidur sampai mengigau nak katil hehe.. sepatutnya dia tak boleh ikut semalam.. tapi tergolek2 pulak kat depan gate tu nak ikut.. sape nak pujuk..
|
zino at Monday, November 14, 2005 ::
(14) <-->
Friday, November 11, 2005
|
zino at Friday, November 11, 2005 ::
(1) <-->
Thursday, November 10, 2005
Baby di hari raya.. Bergaya dengan baju baru.. lepas ni guna ke sekolah ye baby hehe  lemang menjadi feberet baby.. seronok tengok dia makan..  tiga sepupu.. jarang berjumpa sesekali jumpa riuh..  Semasa konvoi ke Seremban.. baru perasan mana pakek? tak ada dalam gambar tu..!!
|
zino at Thursday, November 10, 2005 ::
(0) <-->
Sunday, November 06, 2005
cerita raya.. 2hb Nov. 2005 dua hari sebelum raya.. masih di Kl. menjelang t.hari keluar soping lagi bersama fizah baby dan along.rupanya mem tak belikan lagi tudung utk fizah.. manakala along nak beli samping. baju melayu guna yg tahun lepas je. fizah singgah dari satu gerai ke satu gerai di lorong TAR tu.. sehinggalah dia selesai beli enam helai tudung. along pun dapat samping yg di cari.. ok lah jom balik. baby asyik berdukung je. dalam perjalanan balik fizah mengadu penat .. belum sempat nak kata apa dia terue terjelepok jatuh tak sedarkan diri!! nasib baik masa tu aku berdiri hampir dengan dia sempat le le sambar ..kalau tak tak tau apa jadi. panik aku di buat nya.. berkali kali aku panggil nama sebelum dia buka mata, terus aku suruh dia minum air yg baby pegang. aku tak larat nak papah dia ke kereta, lantas minta along jaga dia berehat di kedai berhampiran sementara aku mengambil kereta. ni baru betul soping sampai tumbang hehe.. 3hb Nov.2005 masih di KL along keje.. mem sibuk di dapur buat kueh sebelah pagi.. masak rendang daging dan ayam di sebelah petang.. fizah membantu di dapur. aku terpaksa mengambil tugas menggosok baju raya. hehe selalunya gosok kat kampong .. tapi rasanya tak ada masa nanti. malam selepas ishak baru kami balik kampong. mertua dah balik lebih awal dengan ipar. sepanjang perjalanan ok cuma jem sekejap berhampiran seremban. rupa2nya ada aksiden 6 biji kereta , sebuah kereta tertunggeng ke atas dan menghempap kereta yg melanggar dari belakang. dalam hati aku kata ni mesti kereta yg di pandu laju tadi..yg memotong ke kiri dan kekanan.. 4hb Nov. 2005 Alhamdullilah.. raya juga akhirnya hari ni. baby bergaya dengan baju melayu puteh..puteh? iya puteh hehe.. entah macam mana dia pekenan yg tu biar le .. kan aku dah kata bila dia dah pekenan dia tak nak tukar lagi.. kali pertama aku bawa di sembahyang raya di masjid.. tahun2 sebelum tu melalak nak ikut aku tak konfiden nak bawak.. kali ni dah lulus utk ikut. biasa nya selepas sembahyang kami ke rumah mak.. tapi lewat sikit dapat keluar melayan tetamu yg tak putus naik.. sebelah petang baru beraya di rumah mak dan saudara mara di sana.. makanan feberet aku di rumah mak andak tak ada pulak..apa lagi kalau bukan tapai.. setiap kali raya aku cari tapai di sana.. mak andak dah uzur.. dah tak larat naka masak. 5hb Nov.2005 kami beraya secara berkonvoi.. mulanya aku ingat acara konvoi di tangguhkan. rupanya aku yg salah faham.. agaknya lama menunggu aku tak sampai2 , minah talipon, kol brapa nak datang? ha? jadi ke konvoi, abang ingat tangguh ke esok!! hehe bergegas kami bersiap , call adik aku tak dapat, tempat dia tak ada coverage rupanya.. hantar juga sms ..acara pertama ke seremban, kemudian mencari jejak kasih di kg penajis dan astana raja. sebelum berakhir di kota. tak lupa nak mention pakek pun ikut serta. ada banyak gambar konvoi nanti bakal di terbitkan. 6hb Nov.2005 baby beraya sakan.. makan kurang tapi minum berjemis minuman, sibuk mengira duit raya akhirnya dia mula batuk dan selsema. bila dah batuk.. asma datang menyerang, petang tu semakin teruk, aku ke masjid tanah, tapi klinik tutup.. akhirnya aku decide ke tampin. sementara baby mendapat rawatan di wad kecemasan beberapa kes kemalangan di rujuk ke wad tersebut.. tengah malam tu baby di serang asma lagi. jam 4.00 pagi aku lihat baby berpeluh2.. aku tak sampai hati nak tunggu sampai pagi. malam tu jugak kami ke tampin lagi mendapatkan rawatan. semalaman aku dan baby tak tidur. 7hb Nov 2005 kami cadang nak balik awal ke KL baby masih semput.. tapi akhirnya kol 11.00 baru lah dapat bergerak.. rumah perlu di kemaskan.. yg lain dah balik awal. aku takut mengantuk je masa memandu.. sepanjang jalan baby merengek tak selesa dan minta aku urut dada dia. sebelah memegang steering sebelah mengurut baby yg tidur dipangkuan mem. mem yg buat dia tak nak.. nak abah jugak. sepanjang jalan penuh sesak.. aku bergerak perlahan dan jarak dari kereta hadapan. sampai di hentian seremban aku berhenti sekejap minta angah belikan 100plus. ukt aku yg dah mula mengantuk dan utk yg lain juga.. hampir habis setin baby minum yg dah dua hari tak makan.. lepas tu baru lah dia bangun dan mula berceloteh.. agaknya dah bertenaga semula. dari hentian seremban ke KL hujan lebat selebat2nya. sekali lagi aku perlu berhati2 dan menjarakkan kereta aku dari kenderaan depan. sampai Kl jam 2.00 ptg masing2 dah kelaparan. mem masak ala kadar utk mengisik perut semua hehe. dan hari ini juga kami menerima kunjungan tetamu pertama sempena raya.. rombongan keluarga kakak yg jaga fizah dulu.. bersama anak2 menantu dan cucu2..kami tak sempat nak masak utk mereka , sekadar makan kueh tunjuk je.. hehe. ok ok.. dah panjang ni.. baby pun dah nampak ok ..
|
zino at Sunday, November 06, 2005 ::
(0) <-->
|
|