Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Saturday, December 31, 2005

Akhirnya penantian along berakhir....

Penantian along sejak bulan Julai mencapai kemuncaknya.. along dah nekad..
"abah, kalau tak dapat jugak akhir bulan ni cari yg lain je lah!!"
bulan ni pun dah nak berakhir.. kalau nak cari lain proses tu akan berulang semula..tapi along dah hilang sabar menunggu.. akhirnya semalam along beritahu
"abah, Shaharudin talipon, kereta dah ada tapi kaler silver, cantik ke?"
"Silver cantik apa!! ambik je ok tu.."
"ok lah esok kita pegi jumpa Shaharudin dan bayar balance tu.."

No pendaftaran pun dah dapat.. kereta tunggu selasa nanti ..

| zino at Saturday, December 31, 2005 :: (0) <-->
Thursday, December 29, 2005

Picture tell a thousand word..

Image hosted by Photobucket.com

ini cenderahati utk ayahanda..

Image hosted by Photobucket.com

cenderahati utk jejaka paling sibuk..

Image hosted by Photobucket.com

baby dengan sepupu dia.. shikin..

Image hosted by Photobucket.com

hadiah kepada pemenang dari ayahanda..

Image hosted by Photobucket.com

baby bersemangat mewarna tapi.. utk seminit je.. hehe

| zino at Thursday, December 29, 2005 :: (0) <-->
Wednesday, December 28, 2005

Perjumpaan keluarga.. lapuran II

Sebagaimana di rancang tepat 9.30 pagi program dimulakan. Ostman bertindak sebagai juru acara majlis.. bacaan doa selamat di sampai kan oleh ayahanda di ikuti dengan bacaan al-quran oleh adik Muhammad bin ostman, seorang pelajar hafiz.. lepas tu baru lah ucapan pengerusi.. aku lah tu hehe.. ucapan pengerusi tak payah lah di tuliskan di sini pasal nanti kena tulis pulak terjemahan nya hehe.. tapi secara ringkas nya ada kaitan dengan sejarah bagaimana program perjumpaan ini di mulakan sampai ia nya terlaksana juga akhirnya pada hari tu..

Lepas tu giliran Induk Timah menceritakan misi dan visi nya sehingga tercetus idea utk mengadakan majlis perjumpaan keluarga ini. amanat induk biar le perjumpaan ini akan di teruskan dan di ada kan setiap tahun demi mengeratkan siratulrahim antara anggota keluarga. Kemudia ayahanda di jemput sekali lagi menceritakan sejarah keluarga Datuk Bangsa balang Ngah serta Jidah binti Hj Yasin dan salahsilah keluarga tersebut. Lepas tu bermulalah sesi berkenalan.

Setiap keluarga di beri peluang utk tampil ke depan utk bercerita dan memperkenalkan keluarga masing masing .. memang ramai sepupu dan anak anak saudara yang aku tak kenal.. ada tu hari tu lah firt time aku tengok muka dia orang.. tambah yang duduk jauh tu. sesi suai kenal di selang seli kan dengan sesi bergambar dengan ketua ketua keluarga.. usik mengusik, lawak jenaka dan kata kata semangat memeriahkan lagi suasana di "pentas" utama.. sementara kanak kanak di bawah 12 tahun di sebukkan dengan peraduan mewarna lukisan. baby memula tu bersemangat nak mewarna sama.. tapi selang beberapa minit dia dah give up selepas menconteng kertas tu dengan gaya tersendiri.. hehe

Bila majlis berhenti rehat anak anak saudara yang berumur 12 tahun ke atas pula di beri tugasan utk saling berkenalan dengan sepupu dan dua pupu masing masing memui borang yg di sediakan.. ada yang malu malu nak bangun dari tempat duduk.. ada yg agresif menemuduga saudara mara mereka. kepada peserta yang paling peramah akan mendapat hadiah dari pihak penganjur. Perjumpaan kali pertama di program utk sesi sual kenal dan ramah mesra di antara saudara mara dan merakamkan gambar gambar kenangan bersama ketua2 keluarga..

menjelang jam 12.00 majlis di teruskan dengan majlis tahlil di atas rumah mak rek.. semua saudara mara lelaki dewasa di jemput ke atas utk menyempurnakan majlis tahlil tersebut. majlis berhenti rehat dengan makan t. hari. paea sebelah petang nya sesi penyampaian hadiah dan pemberian cenderahati sebagai kenang2an utk semua keluarga. sebelum bersurai borang soal selidik di edarkan utk mendapat maklum balas keluarga semua tentang perjalanan majlis ini dan cadangan utk majlis di masa akan datang.

bagi aku sendiri.. cukup berpuas hati dengan perjalanan majlis. di tambah penyertaan yang melebihi 80%. keluarga yang tak dapat hadir ada alasan yang menyebabkan mereka terpaksa menguzurkan diri. InshaAllah di masa masa akan datang mereka dapat meluangkan masa utk hadir sama.. sebelum menutup tirai aku dah jemput semua AJK utk satu sesi minum petang di rumah aku , untuk mengimbas kembali perjalanan majlis, mencari satu rumusan dari cadangan2 yang di kemukakan , menyediakan misi utk tahun depan dan menutup akaun 2005.

| zino at Wednesday, December 28, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, December 27, 2005

keluarga Datuk Bangsa Balang Ngah Bin Ujang

Image hosted by Photobucket.com

Kain rentang menceritakan maksudnya..

Image hosted by Photobucket.com

Barisan ketua keluarga


Image hosted by Photobucket.com

sesi bergambar beramai ramai..

| zino at Tuesday, December 27, 2005 :: (0) <-->
Monday, December 26, 2005

Perjumpaan keluarga.. lapuran 1..

24hb Dis.
jam 4.00 ptg..
kami memulakan perjalanan balik ke kampong.. hajat hati nak balik awal tersekat dek beberapa masaalah yang terpaksa di selesaikan dahulu. dalam perjalanan balik aku sms pakek memaklumkan lokasi kami sekeluarga serta bertanyakan lomang paneh!! hehe lomang dah masak hanya menunggu rendang ayam je lagi.. aduhh teruja mendengar jawapan tu hehe.. perjalanan aku tersekat sekat oleh trafik jem di seremban.20 Km lagi dari seremban dah sesak.. ramai yang ambil kesempatan cuti hujung minggu yang panjang.

6.30 ptg..
kami baru sampai ke lubuk cina.. satu jam terlewat dari perjalanan biasa..pakek maklumkan ayah, mak, osman dan izan dah sampai makan lomang paneh..!! selepas solat asar aku angah dan baby bergeges ke sri melenggang, yg lain kepenatan kerana perjalanan tadi terhenjut henjut..10 minit je perjalanan dari lubuk cina ke sana. tak sabar rasanya nak merasa lomang yg induk rek masak.. bila sampai rupanya ayah mak dan adik2 dah bersedia nak balik.. tak pe lah turn aku pulak akan lomang hehe.. sampai jugak hajat aku nak makan lomang panas.. aku tak tunggu lama.. jumpa lagi esok..lomang bakal di hidangkan utk sarapan..

25hb Dis 2005
6.30 pagi...
liat betul nak mengejutkan masing masing bangun tidur.. tidur kat kampong ni memang sejuk .. masing masing macam udang kena goreng..hehe bengkok je dalam selimut.. sorang sorang bangun .. itu pun puas aku berleter.. last sekali baru lah kejut baby.. puas aku goyang kekiri ke kanan baby tetap lena, tak sedar langsung.. dah masuk pukul 7.45 baru lah baby terjaga.. rasa nak renjis je muka dia tu dengan air hehe tapi risau juga kalau dia mengamuk nanti satu keje pun tak boleh nak buat lepas tu.. dah menjadi trademark baby.. kalau di kejut bangun tidur tentu dia akan mengamuk sakan..sape yg susah...

8.30 pagi..
miah talipon.. abang!! kat mana ni? orang dah ramai sampai ni nak register..!! oops dah ramai sampai ? ok lah abang on the way hehe.. ( senarai daftar aku yg sediakan.. buku cenderamata juga ada bersama aku.. )masa tu baby dah bersiap dan kami pun dah bersedia nak kluar rumah.. sebelum ke sana kena hantar mak mertua ke rumah ipar berhampiran.

bila aku sampai dah ada beberapa saudara jauh sampai dulu. pak tam ,pak cik zai dan pak busu serta keluarga dari JB dah pun sampai. bagitu juga keluarga mak rek (tuan rumah) dah ramai juga.. keluarga induk koto pun dah sampai.. paklang pun dah ada.. hehe ayah dan mak aku pun dah sampai.. aku pulak yg terlewat sikit.. bila aku sampai je minah bersuara.. mari kita sorak kan dia hehe.. itu kira sambutan hangat utk aku dan keluarga.. suasana cukup ceria.. gurau senda bermula sebaik bersemuka.. ada yg aku kenal ada yg aku rasa2 macam kenal dan ramai juga muka2 yang aku langsung tak kenal.. terutama anak anak saudara aku yg muda belia.. malah ada juga sepupu aku yang aku tak penah tengok lagi.. hehe

9.30 pagi...
kita sambung selepas ini...

| zino at Monday, December 26, 2005 :: (0) <-->
Friday, December 23, 2005

Segala persiapan telah di atur...

Mesyuarat di Selayang tiga minggu lalu adalah mesyuarat terakhir sebelum berlangsungnya perjumpaan keluarga Bang Sebalang Ngah hari ahad ni di kampong Seri melenggang, NS. Semua jawatankuasa yg di pertanggungjawabkan telah melaksanakan tugas dan membuat persiapan akhir demi menjayakan perjumpaan sulung nanti.. Dari lapuran lapuran yang di terima segalanya berjalan lancar.. Kami hanya menunggu hari yang bersejarah itu saja..

Bagaimanakah penerimaan sanak saudara jauh dan dekat? Adakah mereka berpuas hati dengan perancangan kami? Adakah perjumpaan ini merintis jalan kepada pertemuan pertemuan yang akan datang? berapa ramai yang dapat hadir? banyak lagi persoalan yang bermain yang tak boleh di jawab sekarang.. tunggu dan lihat apabila tiba masanya..

kepada semua ahli jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus membuat persediaan terakhir aku ucap syabas dan terim kasih. semuga apa yang kita rancang membuah kejayaan.. inshaAllah..

| zino at Friday, December 23, 2005 :: (0) <-->
Thursday, December 22, 2005

dialog lucu ... hehe

semalam lepas ambik baby kami singgah di gerai berhampiran.. dalam perjalanan pulang lalu berhampiran sebuah pondok kecil berjaring.. aku pun memberi penjelasan..

aku; dalam tu ada orang, keje dia tangkap nyamuk
baby; kenapa dia tangkap nyamuk.
aku; nak buat ujian
baby; ujian tu apa?
aku; ujian tu nak cari nyamuk baik dan nyamuk jahat
baby; kenapa nyamuk tu jahat?
aku; dia gigit orang
baby; nyamuk baik?
aku; nyamuk baik tak gigit orang.
baby; nyamuk baik tu macam mana
aku; nyamuk baik nyamuk jantan
baby; nyamuk jahat?
aku; nyamuk jahat nyamuk betina.
baby; adik nak main dengan nyamuk!!
aku; hahahaha....!!!!(spontan aku ketawa besar..)
baby; blurrr
aku; kenapa adik nak main dengan nyamuk?
baby; adik nak main dengan nyamuk baik!! nyamuk jantan..
aku; (macam mana lah baby boleh terfikir ke situ.. hehe )

| zino at Thursday, December 22, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, December 20, 2005

Sebahagian yg hadir ...

Image hosted by Photobucket.com

sebahagian dari yang hadir masa TT di restoren UNCLE NED'S

| zino at Tuesday, December 20, 2005 :: (0) <-->
Monday, December 19, 2005

ada satu kisah lucu..

Sejak awal cuti lagi fizah ajak tengok wayang.. aku janji nanti le abah cuti dulu nanti kita tengok. sebelum tu dia minta nak tengok wayang dengan geng dia aku tak luluskan.. so last thursday and friday aku dan mem ter cuti pasal mama baby dah apply cuti dua hari tu. aku pun cari le tiket online.. dapat le friday tu jam 3.30 ptg.. fizah nak tengok hary potter tapi manjang fully book je. so dapat le book King Kong..baby bila dengar King Kong bukan main seronok lagi hehe..

pesan dengan dia org get ready.. bila abah balik dari sembahyang jumaat semua dah ready.. bila aku balik.. masa tu lah baru nak makan dan sebagainya. aku dah warning kalau lambat nanti dia org kensel booking.. bila keluar rumah dah kol 3.00.. nak jadi cerita jem pulak nak ke leasure mall tu.. kenkonon dekat je dari rumah.

minta mem pegi ambik tiket dengan alang sementara aku cari tempat parking.. bila aku sampai mem masih lagi beratur.. laaaa ramainya org.. sampai je turn mem " encik, tempahan kami dah batalkan dah lewat , patutnya kena datang collect 45 minit sebelum show " mm apa lagi melepeh le nak tengok.. "ok lah malam besok punya ada tak?" "ada depan sekali nak tak?" "depan sekali ? mm tak payah le nanti lepas tengok aku sakit tengkok!! hehe terima kasih je lah.."

apo nak cerito!! melopeh le nak tengok King Kong..apa lagi baby mengamuk apa sal tak tengok kata janji nak tengok King Kong.. untuk menyejukkan keadaan bawa dia org pegi JJ makan kat secret recipe.. hehe.. janji pulak minggu depan hehe

| zino at Monday, December 19, 2005 :: (0) <-->
Sunday, December 18, 2005

Ulang tahun yg ke...dot dot dot...
Image hosted by Photobucket.com
kek untuk abah..

Image hosted by Photobucket.com
nah abah makan dulu

Image hosted by Photobucket.com
oops dah nak habis..

Image hosted by Photobucket.com
ucapan penutup sekian terima kasih..

Sekali lagi aku berkesempatan merayakan hari ulang tahun kelahiran dengan rakan dan taulan .. kali ni di restoren uncle ned's.. perjumpaan kali ini juga ada lah perjumpaan TT terakhir utk tahun ni.. terima kasih kepada dapat hadir kenchua lawchoo leongwk Victor MB kamato mrroslan lan haslinda suhaimij zul dan selamat berkenalan dengan dua geng baru benji dari sitiawan dan yee dari PJ.. serta keluarga masing masing..

terima kasih semua ..

| zino at Sunday, December 18, 2005 :: (0) <-->
Friday, December 16, 2005

sebahagian urusan dah selesai..

Semalam dan hari ni aku cuti..mama baby apply cuti dua hari.. nak mengurus perkahwinan adik abah di melaka. kesempatan itu aku guna utk mengurus buku2 sekolah fizah dan alang.. pagi semalam ke sekolah fizah 90% buku dah pun di beli.. ada sebuah dua yg tak ada stok.. manakala buku alang pulak dah janji nak pinjam dulu dengan sepupu dia di Shah Alam sana tu.. dia baru habis SPM baru2 ni.. baju sekolah dia berdua dah beli minggu lepas lagi.

baby pun nak pegi daftar semalam.. cikgu tadika dia kata 26hb baru boleh daftar.. aku pun dah belikan baju sekolah kasut dan beg..tiap malam baby menerai kasut dan menyandang beg hehe..

| zino at Friday, December 16, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, December 13, 2005

......UNCLE NED'S...

Image hosted by Photobucket.com

Saje nak bagi promosi percuma ..tolong kawan.. kalau tuan/puan datang atau lalu di bandar Sri Permaisuri, ceras singgah le menjamu selera di restoren UNCLE NED'S ni. Tokey restoren ni En Rosli kawan zino.. dia kata NED'S tu nama timang2an dia masa kecik2 dulu.. mana tau sebut nama zino dapat diskaun ke hehe..

| zino at Tuesday, December 13, 2005 :: (0) <-->

baby oh baby..

Balik dari faesta baby dah mula batuk batuk.. aku dah boleh agak asma dia akan menyerang.. memang pun bila malam dah semakin menjadi.. ubat yg aku berikan dah tak berapa berfungsi lagi. malam tu jam 1.00 pagi aku bawa baby ke pusrawi.. selepas rawatan baby nampak ok.. tapi ubat tu cuma bertahan beberapa jam sahaja dan baby kembali di serang. semalaman baby tak tidur.. gelisah.. aku lagi le langsung tak boleh tidur , setiap saat kena urut belakang dia , sekejap minta aku urut kat dada, sekejap minta tepuk.. ajak aku turun tidur kat bawah le..sampai le kepagi..

semalam aku terpaksa imergensi , dia tak nak org lain selain abah.. apa saja abah.. mata aku berjegait menahan mengantuk. jam 9.00 aku bawa baby ke klinik kasim, aku ingatkan klinik buka jam 9.00 rupanya 8.30 dah buka, org pulak dah ramai menunggu. aku minta utk masuk awal.. kalau ikut no yg di beri aku dapat no 30!! sedangkan masa tu baru no.4.. baby langsung tak nak duduk berdukung sepanjang masa. naik lengoh tangan aku di buatnya.. akhirnya aku di panggil masuk selepas pesakit ke lapan.. ok lah tu. setelah mendapat rawatan baby nampak ok..

sampai ke petang baby asyik tidur, tak mau minum tak mau makan.. aku langsung tak boleh bergerak kemana.. bila terjaga je cari abah mana? minta aku tepuk le, usap kepala le dan macam macam lagi. selepas dua kali makan ubat baru nampak baby ceria sikit. baru le kurang merengek.. baru lah nak cakap dan sebagainya. menjelang pukul 9.00 mlm baby dah ok..dah mula lincah bergerak. dah mula demand nak main game suara dia pun dah boleh kedengaran dari hujung tanjung hehe . jam 11.00 malam tadi baru le rasa lapar, baru nak makan.. aku minta mak dia uruskan kenkonon boleh aku berehat sekejap.. dah lebih 24 jam aku tak tidur.. dah terbayang bayang rasanya tapi anak abah tu tak mau langsung org lain urus kan dia.. dia boleh bawa nasi dalam pinggan bawa naik , pujuk aku yg buat2 lena bangun minta aku jugak suapkan dia makan..

malam tadi baby tidur lena.. baru lah dapat abah dia tidur , pada mulanya nak sambung sehari lagi cuti tapi pagi ni aku ada mesyuarat utk di pengerusikan .. terpaksa juga datang ke pejabat.. nak buek cam mano!!

| zino at Tuesday, December 13, 2005 :: (0) <-->
Monday, December 12, 2005

feista di shah alam..

Ini bukan feista carnival TV3 yg juga berlaku di shah Alam.. tapi carnival pemilik kereta TOYOTA di ibu pejabat TOYOTA di shah Alam.. aku pergi bertiga je.. aku mem dan baby, yg lain tak ikut.. lagi pun kena bayar.. loteh den nak bayar kalau ghamai yg poe.. acara bermula jam 9.00 am ke 3.00 pm. aku datang lebih kurang jam 10.00 pagi.

Matlamat penganjur nak mengumpulkan 100 kenderaan.. tapi matlamat tu tak tercapai.. mengikut rekod hanya 37 keluarga saja yg dapat menghadirkan diri.. aku rasa ia ada kena mengena dengan bayaran yg di kenakan.. tapi yg tu biar le management TOYOTA yang fikirkan.. sama ada nak buat sebarang perubahan di lain masa. kalau berterusan macam ni aku jamin penyertaan tidak akan menggalakkan kecuali kepada yg memang punya fulus berlebihan.

pelbagai acara di ada kan bertujuan supaya seluruh warga keluarga TOYOTA berinteraksi sesama mereka. aku pulak sibuk melayan baby nak mencuba beberapa game yg ada.. geng baru aku hanya sempat berkenalan dengan seorang pemilik AVANZA.. zul, datang pulak solo tanpa bersama keluarga.. dan aku berjumpa semula kawan lama yg dah lama menyepikan diri dari forum .. sebaik saja selesai acara makan, hujan lebat pun turun.. segala aktiviti terhenti di situ. bila hujan reda kami pun beredar pulang walaupun masih awal lagi.

| zino at Monday, December 12, 2005 :: (0) <-->
Saturday, December 10, 2005

gerai baru..

Kalau sesiapa yg datang ke BTR atau lalu je kat hiway sebelah tu pasti akan ternampak sebuah bangunan kaler (alamak lupa lak kaler dia) sebelah stesyen LRT BTR tu.. ramai yg tertanya tanya bangunan apa tu? Dah lama di bina.. dan dah lama jugak siap tapi baru mula di huni dan digunakan. Kalau nak tau sejarah di tapak bangunan tu lah dulu peniaga gerai makanan dan pasar berniaga mencari rezeki..

Untuk menaik taraf peniaga DBKL telah menambah nilai guna tanah di situ.. DBKL telah membina sebuah pusat komuniti yang cantik dan menarik serta menempatkan semula semua peniaga gerai asal (aku harap betul statement ni) dan peniaga pasar . Selain tu tempat tu juga menyediakan tempat letak kereta bertingkat, dewan orang ramai dan beberapa kedai dan pejabat utk di sewa. tempat letak kereta sepatutnya boleh menampung keperluan pengguna LRT dan komuniti sekitar kawasan tersebut.

Lepas ni kalau aku nak pekena T tarik, kenalah naik ke tkt satu dan boleh memilih sama ada nak makan mengadap hiway atau nak mengadap ke FLAT hehe.. gerai roti canai kasim dah mulakan business nya.. feberet baby tu..bagitu juga beberapa gerai lain. gerai tomyam feberet kami masih lagi dung dang dung dang buat beberapa ubahsuai..

aku harap mereka semua dapat bekerja sama memajukan tempat tu.. tak ada dengki mengki.. hasut masut.. dan iri hati sesama mereka.. berniaga lah.. gerai mana yg menyediakan makanan yg sedap dan menyelerekan tetap akan menjadi pilihan biar pun di tingkat mana.. aduhh letih jugak naik tangga nak ke gerai tu.. hehe

| zino at Saturday, December 10, 2005 :: (0) <-->
Tuesday, December 06, 2005

kisahnya di Tiara beach resort..

bila sampai je berhampiran tiara beach resort aku lihat banyak kenderaan di letak di luar kawasan resort .. wow banyak nya kereta!! dan bila kami masuk ke dalam kawaasan resort tu lagi banyak kereta!! dalam hati berkata kata.. ramai nya org datang kesini bagus sangat ke tempat ni.. sementara kawan aku menguruskan check in kami terus mencari tempat parking..takut2 tak ada tempat hehe.. rupanya blok apr utk kami jauh lagi di depan.

terdapat beberapa blok apt di kawasan resort ni melihat kepada bilangan kereta yg ada aku jangkakan terdapat beberapa ribu org di sana. kawan aku kata ada satu group menyambut hari keluarga di sini dengan 1000 peserta. di sana sini kelihatan kaler oren je.. wow ramai tu. satu stretegi business yg berjaya.. kawasan yg asalnya hutan tanpa sebarang nilai ekonomi telah bertukar menjadi tempat riadah yg berjaya menarik beribu ribu org ke sana. satu pelaburan yg sungguh menguntungkan.

sebaik saja baby di ofer utk mandi di kolam yg besar tu dia tak tunggu lama utk bersiap. cuaca masih panas lagi tapi itu tidak menghalang baby berendam di gigi air.. nak masuk ke dalam mcm org lain dia tak berani dan aku tak benarkan pun. siapa saja yg datang berhampiran di tegurnya.. sekejap je baby dah dapat ramai kawan bermain air. aku terpaksa mencari tempat utk bertedur dan memerhati baby dari jauh. biar lah dia bergumbira di sana. entah berapa jam baby berendam baru lah aku pujuk dia naik. apa lagi hitam sekejap anak aku.

esok nya baby sambung mandi lagi. pada mulanya aku nak balik awal kerana ada jemputan kahwin di kampong. tapi tak sampai hati nak angkat baby awal.. biar le dia berseronok dulu. memang baby tak puas pun bila kata nak balik dia mula masam muka tak puas mandi lagi le tu. tapi aku terpaksa hadkan juga masa baby di dalam air tu.. takut juga kesihatan dia terganggu. nasib baik baby ok je.. kalau sesiapa bercadang nak outing dengan famili dan bercadang mengadakan famili day utk organisasi pergi lah melawat tempat ni dulu mana tau sesuai .. apa kata kita plan satu trip ramai ramai ke sana nak?

| zino at Tuesday, December 06, 2005 :: (0) <-->
Monday, December 05, 2005

tiga minggu saje lagi..

Hari yang di tunggu semakin dekat.. saat yg di tunggu semakin hampir.. aku harap segalanya akan berjalan lancar.. semua yang hadir berpuas hati dan mencapai matlamat perhimpunan. malam tadi berlangsung mesyuarat terakhir memperkemas persiapan sebelum perjumpaan yang bakal berlaku pada 25hb nanti. malam tadi juga kami menyelesaikan daftar peserta terkini yang akan atau dapat hadir di perjumpaan sulung ini nanti. Pada keseluruhan cadangan perjumpaan ini mendapat sambutan dari kebanyakkan keluarga.

Terima kasih kepada tuan rumah yang telah sudi menjadi hos perjumpaan malam tadi. Dan terima kasih juga kepada yang sudi hadir ke mesyuarat malam tadi walau pun terpaksa menempuh perjalanan jauh dan kesesakkan jalan raya. suasana perjumpaan cukup ceria dan mesra. suasana bagini le yang di harapkan berlaku semasa perjumpaan ulung yang bakal berlaku pada 25hb nanti.

| zino at Monday, December 05, 2005 :: (0) <-->
Sunday, December 04, 2005

JJCM ke Tiara Beach Resort..

Pagi sebelum bergerak keluar tu hujan lebat.. dalam hati kata.. konvoi pagi ni dalam hujan le nampak nya.. tapi tak pe awal lagi ni.. kami keluar sarapan dulu di gerai roti canai kasim.. along kata tak mau ikut.. angah jugak ambik kesempatan tak nak ikut tapi nak ikut bersarapan sama. lepas sarapan masih ada masa lagi.. hujan dah mulai renyai.. dan bila kami bergerak ke tol sg besi hujan dah pun teduh..

bila aku sampai, kereta kenneth dan ayub dah ada di sana. rasanya ayub baru kali ni aku jumpa dia.. wan zawawi terserempak tadi di hiway.. so kami sampai serentak. tak lama lepas tu shukri, leongwk dan Victor sampai.. kenneth leongwk ambik kesempatan bersarapan dulu sementara menunggu lawchoo sampai. hampir jam 10.00 baru lawchoo sampai.. terperangkap dalam kesesakan.. bee ling tunggu kami di R&R seremban.. leongwk yg jadi ketua deligasi.. katanya ada tempat makan yg bes di PD.. perjalanan lancar tanpa sebarang masaalah.. berpusing pusing mencari akhirnya berjumpa tempat yg di tuju di PD tu.. aku last sekali sampai.. tetiba aku tengok wan zawawi, shukri dan ayub tak jadi masuk ke restoren tu.. apasal??

rupanya tempat tu tak sesuwai utk kami lunch.. restoren daun pisang.. leongwk , lawchoo tertanya tanya.. selepas di beri penjelasan mereka paham kenapa kami tak boleh makan di sana.. ok lah biar kami makan di tempat lain u all boleh continue di sini.. aku pun mencadangkan kami makan di batu 4 sebelah sri malaysia.. rasanya kat sana ada gerai makanan melayu. so kami berpecah di situ.. selepas makan continue konvoi ke tiara.. masa di perjalanan beberapa kali haslinda menghantar mesej bertanyakan distinasi kami. dia ke melaka dulu menguruskan barang anak yg dah hampir selesai SPM.. semuga anak dia berjaya.

akhirnya kami sampai juga ke Tiara beach resort.. terletak kira2 16km dari PD .. tak ada beach pun.. tapi ada satu kawasan thema air yg besar.. sesuai utk beriadah se isi keluarga.. atau satu organisasi.. cukup luas.. sebelum ni ada kawan kata teribble resort!! tapi pada pendapat aku.. tempat ni cukup menarik.. nanti aku cerita hehe..

| zino at Sunday, December 04, 2005 :: (0) <-->
Friday, December 02, 2005

selamat tinggal dan kalau panjang umur jumpa lagi..

sekarang syawal dah berlalu.. rumah terbuka pun dah berakhir.. kalau ada lagi sambutan lepas ni.. bukan lagi utk syawal... tapi utk pelbagai acara lain. aku pun cuma sempat hadir satu rumah terbuka saja.. itu pun utk beberapa minit saje. panjang umur , murah rezeki tahun depan kita jumpa lagi..

sekarang masa utk kesekolah.. daftar anak ke sekolah, beli baju sekolah , beli buku dan segala peralatan sekolah malah segala galanya utk ke sekolah. tapi kali ni tak le sesibuk beberapa tahun dulu.. hanya dua org yg perlu di urus. dulu aku ke globe utk urusan persekolahan ni..mcm org kampung hehe tapi sejak menjak ni aku cari di BTR je.. ada satu kedai tu lengkap dengan segala keperluan.. tak perlu pergi jauh.. bersesak dengan org ramai dan sebagainya.

baby nak ke sekolah ke? rasanya baby akan bertadika tahun depan ni.. mama minta dia bersekolah di kawasan yg berhampiran je . nanti senang dia nak urus. aku pun bercadang macam tu.. tak perlu naik bas.. jalan kaki je.. tahun berikut nya baru lah hantar ke tadika yg fizah pergi dulu.. biar terbuka minda lebih luas.. bercampur dengan pelbagai bangsa.. pembelajaran yg lebih sistematik dan di bimbing dengan tenaga pengajar yg berwibawa..

| zino at Friday, December 02, 2005 :: (0) <-->